27 September 2012

kenapa aku bukan octopus?


sekali--
dulu, hati pernah berterabur
lama aku kutip serpihan
cuba cantum cantum
cuba lekat lekat

dua kali--
yang ini sedang rapuh
aku tahan tahan supaya teguh
jaga elok elok jangan jatuh

ketiga nanti--
tinggal satu ini
aku simpan untuk diri
jika hilang tak tahu arah pergi


kenapa?

kenapa aku bukan octopus? 
supaya aku sampai ketiganya nanti?

22 September 2012

manusia

Ei barodar, tu hameh andisyeh-i
Mo baqiye tu ustukhon-o risyeh-i
Gar bud andisyeh-et gul, gulshani
War bud khori, tu himeh-e gulkhani

By Mulla Sadra

"manusia adalah apa yang mereka fikirkan. manusia adalah apa yang mereka cintai kerana  jika kita mencintai sesuatu maka dia akan kerap kali muncul dalam ingatan dan fikirkan kita. itulah diri kita yang hakiki. cinta yang sejati."

Untitled #1

Quote ini bukan aku aku yang cipta. Tapi memang betul-betul menggambarkan apa yang aku rasa saat ini. 

untitled #1


19 September 2012

entah apa rasa ini?

sepatutnya aku gembira bercerita dengan kamu malam ini
tapi tidak, aku kekang air bertakung di mata supaya tak mengalir

sepatutnya aku senyum semasa memandu pulang tadi
tapi tidak, aku menyanyi sekuat hati untuk cuba pujuk hati

sepatutnya aku sedang berangan memikirkan kenangan semalam kau dan aku yang hangat
tapi tidak, aku rasa dingin yang menyalut hati


kenapa masih sama rasa yang entah ini?

11 September 2012

Cuba Tegak

"suatu hari nanti awak akan tinggalkan saya" kata aku

"mana awak tahu? Saya takkan tinggalkan awak." balas 'tatu'

"saya yakin awak akan tinggalkan saya bila awak berkahwin nanti" 

"tak. Saya takkan tinggalkan awak sampai bila bila." tegas 'tatu'



Aku susah payah cuba bertatih lagi.
Kau papah aku untuk berdiri.

Ah, aku berjaya.

Eh, kenapa aku sedang bertatih sendiri?

Aku berpaling

Aku lihat.

Aku terjelepuk kembali.

10 September 2012

penat

walau sedalam mana kau mencintai seseorang,

walau sebesar lautan sayang kau pada diri dia,

sampai satu tahap bila acapkali hati kau disakiti,

sebagai manusia yang punya kelemahan,

kau tetap akan penat.



p e n a t

06 September 2012

sahabat


tak sama antara kau dengan yang lain
berkongsi denyut rasa dengan cara kita

biar--
hanya kita mengerti  :)




bahagia kamu impian aku


05 September 2012




let go of those who bring you down

and surround yourself with those who bring out the best in you

03 September 2012

maaf



maaf, rasa aku tercalar
langkau jarak kamu dengan aku
biar usai amarah ini

biar aku tatih hati lagi
agar tahan ribut rasa


Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...