03 December 2012

Bobcat (Lynx rufus)


tau tak kat Zoo Melaka ada Bobcat? perghh.. besauu.. weyhh.. tapi korang kena pepandai cari la sebab tempat dia tu agak tersorok. sebab aku teruja tengok Bobcat, meh amik tahu sikit pasal kucing yang on the way nak ke harimau ni.

sejenis mamalia
family Felidae


Ciri-ciri Fizikal

-corak badan berubah-ubah, tapi biasanya tan bagi yang grayish-coklat, jalur-jalur hitam kat badan dan gelap kat kaki dan ekor. 
-corak tu bertindak konon-konon nak menyamar. Aumm... 
-bentuk telinga hitam dan tajam, dengan bulu, pendek hitam. 
-biasanya warna putih kat bibir, dagu, dan underparts.
-muka nampak lebar sebab bulu panjang di bawah telinga. 
-hidung merah jambu-merah, dan warna asas kelabu atau kekuningan atau coklat merah pada muka, sisi dan belakang. 
-pendaki (pendaki?) oklah.. boleh memanjat dengan sangat baik, dan akan berenang apabila ia perlu (wahhh..), tapi biasanya akan elak air macam kucing lain gak. 
-kucing yang berotot (takyah susah2 gi gym), kaki belakang panjang daripada kaki depan, ni yang buat dia bila jalan tu macam sesaje je nak enjut2. (ngada).

Kelakuan

aktif tiga jam sebelum matahari terbenam sampai tengah malam, dan sebelum subuh sampai tiga jam lepas matahari terbit. setiap malam biasanya deme bergerak lebih kurang 2-7 km. aktiviti ni mungkin berbeza ikut musim.


Struktur sosial dan habitat

-aktiviti Bobcat bergantung kepada tempat, saiz, jantina dan mangsa. 
-rumah-rumah diaorang biasanya ditanda dengan memberak (najis), bau air kencing, dan mencakar pokok 
-biasanya Bobcat ada banyak tempat tinggal dalam kawasan dia. seperti den utama (ala.. macam tempat tinggal serigala tuu..), dan beberapa perlindungan tambahan kalau luar daripada kawasan macam balak berongga, belukar, atau bawah ledges batu. 
-jarak antara rumah dan saiz rumah Bobcat tak sama bergantung kepada tempat, jantina dan umur.
-sebahagian besar suka bersendirian. tapi ada je yang dua atau lebih betina tinggal dengan yang jantan. (manusia takleh eaa...)


Pemburuan dan pemakanan

-paling suka tangkap arnab dan hares, sebab tikus kucing suka makan...(-      -)"
-boleh berlapar dalam tempoh yang lama takyah makanan, tetapi bila dia dapat mangsa yang gumuks dia akan makan banyak. :p 
-memburu mengendap mangsanya dan serang dengan mengejar. mangsa biasanya berbeza ikut kawasan. 

Jangka hayat dan pembiakan

-boleh hidup enam atau lapan tahun, dan ada yang sampai lebih 10 tahun. 
-mulakan aktiviti mengawan dalam musim panas kedua dalam hidup diaorang.  
-yang betina boleh start awal tahun pertama musim panas mereka (gatai!). 
-pengeluaran sperma bermula setiap tahun pada bulan September atau Oktober, dan yang jantan subur masa musim panas. 
-seekor jantan yang dominan akan mengorat betina beberapa kali dari musim sejuk sampai awal musim bunga berbeza ikut lokasi, tapi aktiviti mengawan selalu berlaku masa Februari dan Mac. 
-pasangan boleh buat aksi berbeza, macam menghentam, mengejar, dan menyerang (uuii.. ganas.).
- macam kucing-kucing lain gak, diaorang boleh mengwan dengan beberapa kucing lain gak. 
-biasanya 2-4 ekor kalau sekali dia beranak dan lahir pada April atau Mei, lepas 60 hingga 70 hari hamil., dalam ruang yang tertutup, (gua kecil atau log berongga.)
-baby start buka mata hari kesembilan atau kesepuluh. minggu keempat dah start explore tempat tinggal dan bercerai susu lebih kurang dua bulan. 
-tiga hingga lima bulan, diaorang start jenjalan dengan ibu mereka. 
-start memburu bila dah setahun. 


Sebab-sebab pupus

Manusia memang suka buru Bobcat. Serigala pun suka juga.. (untuk makan la kot.. takkan nak buat kot pulak kan..). anak-anak bobcat selalu jadi mangsa burung hantu, helang , dan musang, serta lain-lain. 
Penyakit, kemalangan, pemburu, kereta, dan kelaparan adalah punca utama kematian. 


Bobcat adalah haiwan menyesuaikan diri. Ia lebih suka hutan-daun, konifer, atau bercampur tetapi tidak seperti spesies lain Lynx, ia tidak bergantung semata-mata pada hutan. Ia akan membuat rumah dekat dengan kawasan pertanian. 

ada 12 jenis Bobcat tau...

1. Lynx rufus rufus
2. Lynx rufus gigas 
3. Lynx rufus floridanus
4. Lynx rufus superiorensis
5. Lynx rufus baileyi
6. Lynx rufus californicus
7. Lynx rufus escuinipae 
8. Lynx rufus fasciatus
9. Lynx rufus oaxacensis
10. Lynx rufus pallescens
11. Lynx rufus peninsularis
12. Lynx rufus texensis

hermm.. lebih kurang serupa je kan? pepandai le korang tengok apa beza diaorang tu ye? kehkehkeh..

sumber foto: pakcik google.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...