31 December 2012

Terima Kasih :))

assalamualaikum, :))

salam akhir tahun 2012.

walaupun blog ini pada asalnya dibuka untuk meluahkan rasa kepada individu tertentu (still ada sikit entry tersebut) tapi ternyata akal mengatasi hati pada kala itu. memang kalau ikut hati blog ni kalau orang klik-klik takleh jumpa. tapi apa guna tulis kat blog tapi orang tak boleh baca kan? baik tulis kat buku 555 je.

sebenarnya banyak sangat nak tulis tapi tak tertulis. aku bukanlah penulis yang hebat atau sangat berbakat tapi setakat nak kongsi cerita dan ilmu tu boleh la sikit-sikit. sekurang-kurangnya orang yang jelajah kat blog ni dapat la sikit info yang berguna. tak banyak pun takpe sebab aku tau aku bukan ahli ilmuan yang bijak pandai.

kalau ikut pengalaman hati dan perasaan memang banyak tapi akal dah bagi signal 'ewah, kau ingat kau selebriti ke? sape lak nak tahu pasal ko tu?' :P haha. disebabkan aku bukanlah seleberiti atau retis, jadi aku simpan je la wajah aku yang biasa-biasa, perangai biasa-biasa, perhubungan antara manusia yang luarbiasa, kehidupan macam rakyat jelata yang lain-lain gak. aku tak suka nak tayang sangat aku ni siapa, dengan siapa, buat apa, tinggal mana, ada boyfriend ke, girlfriend ke, kawan aku siapa bla bla bla.. kalau boleh siap nak tayang gambar kekasih merata-rata. aku tau la aku bukan sesape pun. kepada SESAPE yang terasa tu nasib la.

tengoklah, kalau tetiba tahap keseriusan aku tetiba melantun-lantun, aku letak la gambar nanti. walaupun tahu takde sape peduli pun. hahaha.. tapi sebab blog ni blog aku so, aku punya suka la kan?

oh ye, kepada pesalah lalu lintas secara SENGAJA atau tak sengaja yang lalu tu saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. kalau ada apa-apa yang nak saya kaji untuk kamu dan paparkan kat sini saya akan berusaha sedaya upaya okey? kalau ada apa-apa permintaan tinggalkan je kat kawasan parking ruangan comment tu ok?

terima kasih, semoga SEMUA nya berbahagia tapi kepada ORANG YANG TERASA tu, hutang kamu dengan saya belum selesai.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...