29 November 2012

Penang Street Art.

Siapa yang tak tahu tentang Pulau Pinang? Jambatan Pulau Pinang, passembor, Pantai Batu Feringhi, Bukit Bendera, char kuew tiaw dan nasi kandar beratur? benda-benda yang sangat sinonim dengan Pulau Mutiara.

Tahu tak korang yang sekarang tengah popular sejak akhir-akhir ni adalah Mural Art / Street Art sekitar Georgetown? (apsal aku rasa cam blog dokumentari ni?) Okey, kita tukar mode! Korang tahu ke sekarang tengah feymess mural art? Artis yang bertanggungjawab nama dia Ernest Zacharevic, budak Luthenia. sorang lagi nama dia Louis Gan, budak Malaysia. (owh, hebat!)

Memang best jenjalan sambil tengok art kat dinding berbanding kita tengok art dalam galeri. Kat galeri kena pakai lelawa macam orang kaya (konon) pastu kena senyap-senyap buat macam orang educated (sangattt laaa..*yawn*). Pastu kena menyamar konon-konon paham apa yang artis tu buat and buat-buat berminat dan konon-konon macam nak beli. kehkehkeh.. tak best kan?

Street art ni kita boleh amik gambar dan buat aksi bebas dan berimaginasi dengan idea kita. Hakhakhak.. okey jom kita amik tahu sikit pasal deme dua orang ni.


Ernest Zacharevic.

Projek ni start tahun ni sempena Georgetown Festival 2012. Projek disponsor oleh Georgetown Festival dan cat daripada syarikat Murobond. 


Dulu laaa... 2 tahun dulu.. si Ernest Zacharevicni , graduate daripada Middlesex University, London, jenjalan backpacking kat Malaysia. Tiga minggu dia jenjalan sampai la last kat di Pulau Pinang. pastu dia tak blah-blah. dia takde le plan nak buat mural pun sebenarnya tetiba je jadi... pastu aku taktau nak citer apa dah.. Hahaha.

Okey masa untuk gambar.

Atas kiri : "Reaching Up"
Lokasi : Cannon Street

Atas kanan : "Little Children On A Bicycle"
Lokasi : Armanian Street

Bawah kiri : "Boy On A Bike"
Lokasi : Ah Wee Street

Bawah kanan : "Little Boy With Pet Dinasour"
Lokasi : Ah Quee Street

Sumber foto: amik sendiri.




"Broken Heart"
Lokasi : Love Lane

Sumber foto : penang-traveltips








"Chlidren In A Boat"
Lokasi : Chew Jetty

Sumber foto : penang-traveltips







"Little Girl In Blue"
Lokasi : Muntri Street


Sumber foto : penang-traveltips







"The Awaiting Trishaw Paddler"
Lokasi : Penang Street

Sumber foto : penang-traveltips






"This Old Man"
Lokasi : Armanian Street

Sumber foto : penang-traveltips











Macam kome-kome tengok la kan.. ada foto aku tak dapat amik sendiri sebab aku jenjalan kat penang taim ada kenduri dan kesuntukan masa jalan kaki. Mana yang sempat je aku amik. Yang best tu, kat tiap-tiap mural tu dah siap orang beratur sendiri tanpa sign 'sila beratur di sini' untuk take turn amik gambar. So... next time korang dah tau nak pi amik gambar kat mana pulak kan?.

Kalau tengok mural yang 'Reaching Up", Little Children On A Bike' dan "Boy On A Bike" tu, kalau korang perasan laaa.. kerusi, basikal dan motor tu adalah barang sebenar dan bukan lukisan. 


Louis Gan

Sila rasa bangga sebab kita ada artis (bukan artis penyanyi atau pelakon) yang berbakat. Beliau ni adalah seorang orang kurang upaya (pekak). Graduated daripada KDU, Penang. Ada sijil Politeknik Johor baru dalam Graphic Design dan dapat biasiswa Star Education Fund.


"Brother And Sister On A Swing"
Lokasi : Chulia Street Ghaut

Sumber foto : onlypenang.com






"Children Playing Basketball"
Lokasi : Chulia Street Ghaut

Sumber foto : onlypenang.com
















Yang ni pun sama, buaian, tiang gol, bola dan signboard 'Step By Step Lane' tu semua adalah benar belaka dan bukan lukisan. Signboard tu pun memang sesaje je letak sana..

Menarik kan? Tapi yang kurang bestnya, macam biasa... ada je makhluk-makhluk yang amik kesempatan kat hasil seni dengan mengambil gambar dan mencetak jadikan t-shirt, fridge magnet, kitchen dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...