24 April 2013

Pulau Pangkor

I love beach like I love you *muntah ijo* kehkehkeh.. aku memang suka pantai dan laut sebab memang aku suka. Jalan-jalan ke Pulau Pangkor takde la plan beria sangat tapi plan cenggitu tiba-tiba jadi. Bila dah terjadi makanya terpaksa la pergi muakakaka..

Okey2, sila berlaku siuman dulu.. Cara-cara nak ke Pulau Pangkor tidak le susah dan jauh sangat. Kalau dari Selatan guna pengangkutan darat yang bernama kereta, teksi, bas, motor atau kalau kuat sikit naik basikal. Jalan kaki pun boleh kalau maharajin. Kapal terbang takde, keretapi pun takde. Paham? *muka serius*

Aku pergi naik kereta, sampai kat Lumut tu cari je tempat parking yang ada kat sebelah jeti. Harga parking RM10.00 untuk 24 jam. Siap parking bertingkat lagi you.. ada lif tauu kalau beg ala-ala AF tu senang je nak tolak tarik untuk ke jeti.

Ni la rupa jeti untuk ke Pulau Pangkor. Aku pernah le pegi Pangkor dalam 10 tahun lepas kot.. (muahaha nampak sangat dah tua nii.. ) Dulu jeti dia ala-ala setinggan je tapi sekarang dah upgrade jadi lawa dengan kemudahan dan landskap yang bertambah baik. Perghh ayat dokumentari nii...

Kawasan sekitar jeti untuk naik bot.

Tak sempat nak amik gambar feri, sempat amik gambar dalam feri je.. jadii laaa... eh kome jangan pulak lupa beli tiket nak naik feri ni. Harga tiket dewasa RM10.00 dan kanak-kanak comel RM5.00 untuk pergi balik. Tunjuk tiket masa pergi je.. balik takyah tunjuk dah. Nak ke Pangkor amik masa lebih kurang 1/2 jam naik feri, berenang aku tak penah try lagi.


Tak sempat aku nak berdengkur dalam feri dah sampai ke Pangkor. Bot kuning tu antara benda yang boleh dikatakan 'landmark' dalam bahasa landskap aku laaa... untuk Pulau Pangkor sebab kat Pangkor je ada bot nelayan cenggini. Pulau lain takdee...

Ni pun satu lagi benda yang ada hanyee kat Pangkor iaitu teksi van kaler pink dan takde air cond. Kipas ada. Harga dari jeti nak ke Pasir Bogak RM10.00 dan teluk Nipah RM20.00. 

Aku bermalam kat Teluk Nipah di Budget Beach Resort. Kenapa aku stay sini?  Sebab ni tempat yang aku jumpa dalam Agoda yang aku rasa okey dengan harga yang biasa-biasa. Maklum laa aku ni rakyat marhein sahaja.. Bukan orang ada-ada.. Harga dia dalam lebih kurang RM 100 takde la sampai RM150.00 sebab aku gi bukan cuti Am atau cuti sekolah kot. Takde breakfast cuma ada tempat makan dan air panas kat area luar. Kalau nak main ping pong pun booleeeehhhhh.... Boleh juga nak sewa motor kalau nak jalan-jalan. Cuma RM25.00 selama 24 jam sekali dengan helmet ikut suka nak pakai atau tak. BBR ni bagi aku biasa je. Tv tak clear langsung. Kebersihan okey. Lokasi bagus sebab dekat dengan pantai dan tempat makan. Nak balik cari teksi pink tu pun senang. Nanti aku cerita penginapan yang aku tak dapat dalam Agoda tapi sangat BEST! Tunggu tau. Area Teluk Nipah ni memang berlambak tempat penginapan yang mampu dibayar oleh rakyat biasa macam kita-kita. Kalau orang ada-ada diaorang akan duduk kat Pangkor Laut nuuunnnn...

Ni la ghopenya pantai kat Teluk Nipah. Bagi aku yang suka ke pantai, errmm.. ermm... pantai ni tak best sangat. *cakap bisik-bisik*
Eeehh.. apa ingat Pangkor takde tempat snorkeling? Adaaaa...  Budak pakai baju hijau ni kata tempat snorkeling kat sini best (Angah nama dia) tapi bila aku pegi, 15 minit je aku dah takde selera. Pertama, pantai dia memang tak jaga, penuh sampah. Kedua snorkeling amende takde nampak apa pun. coral abis musnah, ikan kecik kenot macam ikan bilis. Maaf lah ye ini bukan kondem tapi untuk kesedaran kita semua yang kita kena warisan untuk generasi akan datang. Nanti diaorang kata snorkeling tu adalah berenang pakai snorkle tengok ikan kecik. Apa yang best pun? Main Ipad ke, PSP ke.. baru best. Haaa... pernah terfikir tak?
Ingat tak cerita aku gi Perhentian? Aku ada bagitahu island hopping pun ada kat sana kan? Harga kat sana RM35.00 selama setengah hari dengan pengalaman snorkeling di semua tempat persinggahan. Kat pangkor RM25.00 untuk lawatan naik bot ke tempat seperti di atas mengikut lagenda kat sana ada batu berupa ikan paus, buaya dan penyu serta snorkeling (ikut korang la nak snorkeling berapa lama). Kalau takde buat snorkeling, lawatan dalam bot akan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Hermm................................................................
Lepas snorkeling dengan 'gembiranya', aku sewa moto pegi pulak Pasir Bogak sebab masa nak gi Teluk Nipah memang akan lalu Pasir Bogak. Ternampaklah benda gedabak ni kat tepi pantai ala-ala wipeout gittew. Tanpa segan silu pegi sana dan kena laaaaa bayar RM25.00 seorang untuk main menatang ni ikut suka kau. Pasir Bogak pun ermm.. ermm.... takde best sangat untuk mandi-mandi.




Setiap petang pukul 6.30 petang korang wajib datang kat area Sunset Beach Resort sebab pakcik Din (yang berdiri sambil bersiul kat atas tu) akan panggil burung enggang atau hornbill yang memang dah lama menetap kat pulau ni untuk bagi makan. Mengikut kebiasaannya burung-burung ni ada dalam 30 ekor kot tapi petang aku datang tu tak banyak sangat dan aku pun tak tunggu lama sangat. Korang berpeluang untuk beri makan burung tu secara hand to paruh. Haaa gittewww...  hahaha... Yang ni memang sesuatu yang lain dan istimewa. Pak Din ni bagi makan burung tu tanpa minta sesiapa duit untuk beli pisang. Jadi kalau korang pegi sana, hulurkan la sumbangan ikhlas untuk beli makanan hornbill tu. 

Ni pulak kat area Coral Beach, atas sikit dari Teluk Nipah. Bagi aku tempat ni best untuk mandi. Kalau nak tau kenapa dan apa beza dia korang kena la pegi sendiri. Sekian. Muahahaha! 

Esoknya, pagi-pagi aku gi sarapan kat area town sebab memang saje je nak cari tempat makan orang tempatan. Kemudian pegi jalan ke Kota Belanda yang dah nak musnah kat Kampung Teluk Gedung. Aku pegi sana pun naik moto jeee...  Tinggalan sejarah yang telah dibaik pulih tapi takde maintenance yang baik sangat. Sejarah dia korang baca le sendiri sebab sakit hati aku baca kat plak yang bahasa omputih tu. Aku rasa dia pakai google translator terus kot. Abis tunggang langgang cerita dia. 
Kejadian wajib akak-akak yang suka masak ialah menyopingkan diri beli ikan bilis dan sotong kering.  Kitaorang pegi ke kilang tajuk Hai Seng Hin ni kat kawasan penempatan orang Cina dengan harapan dapat harga canteeekkk laa sikit. Actually ada banyak kilang kat sana korang pilih je mana korang suka takde le aku kata yang ni paling bagus ok. Balik je ke tempat bukan pulau ni, harga lagi murah. Wadefak? Jadi pengajarannya jangan le kome terpedaya nak beli memacam kat sana. Auta semuanya. Korang cari kat Mydin lagi murah. 

Itu sahaja gambar untuk hari ni sebab aku tido sana semalam je. Lupa nak bawak kamera masa makan malam kat sana. Malam minggu happening le gak sebab banyak kedai bukak. Boleh la beli fridge magnet yang ada bentuk teksi pink dan bot nelayan itteww.. Esoknya tu aku dan bergerak ke Lumut konon-konon nak jadi orang ada-ada laaa.. nanti aku buat entry lagi okey? Oh ye, ada FM tu bentuk pepenyu tapi bila aku kat  sana takde le pulak orang bawak aku tengok penyu. Penyu batu tu ada lee. Rupa-rupanya duluuuu memang ada penyu mendarat kat situ tapi sebab dah ramai orang kacau telur dia, dia dah pindah ke Teluk Senangin. 

Oh ye, kalau pegi sana loghat diaorang tu bukan peghok tau komeee... depa cakap utagha.. tanya punya tanya, rupa-rupanya depa ramai dari Kedah. pasai tu laaa...

Stesen minyak cuma ada 3. Harga minyak memang lebih mahal dari daratan. Kalau sewa moto tu pegi isi dulu yee nanti terkandas kat bukit memang jenuh leee korang nak menolaknya.

p/s : jagalah pantai dan laut kita untuk generasi akan datang menikmatinya.

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...