Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts
23 May 2014
12 June 2012
Beg Tangan Wanita Yang Kena Amik Tahu
owh, owh.. wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. kalau takde handbag macam tak lengkap dalam bab berfesyen kan? tak kira la nak pegi memana pun.. lagi-lagi ada formal dinner ke.. kenduri kawin (ini wajib bawak handbag) atau gathering dengan kawan-kawan. mata konpom tengok kawan tu bawak handbag brand apa kan? elele.. jangan tak ngaku.. kadang2 tu handbag pun boleh jadi citer or bahan nak start sembang.
contoh : ' eh, cantik handbag you. beli kat mana? design terbaru kan?'
hahaha..
okeyh, jom amik tahu jenis-jenis handbag atau beg tangan. *muka serius*
HOBO BAG
apa yang paling nyata sekali bentuk dia 'half moon' atau bulan separuh dengan panjang tali sederhana je agak2 boleh sangkut kat bahu. boleh dipakai hampir kemana saja sebab dia ada yang direka untuk formal dan ada juga untuk kasual. ada macam2 warna. biasanya guna material yang lembut dan flexible. suka tak? saya suka beg jenis ni.
SATCHELS
nampak tak bentuk dia yang agak berstruktur? tak nampak? p pakai cermin mata. biasanya bentuk beg jenis ni sedikit kekotakan. (kekotakan?) hantam sajalah ya.. ada dua tali, agak besar dan bawah beg yang rata. kalau perasan dalam citer P.Ramlee dulu2 kan ada watak doktor datang rumah orang kaya bawak beg isi steteskop dan barang2 lain.. sama kan? haa.. sbb beg doktor tu dah berevolusi menjadi beg tangan yang bergaya.. muahaha.. sekarang beg ni dah boleh bawak dokumen ke tempat kerja dengan begitu bergaya sekali atau sesape yang yang perlukan beg yang tempat isi barng luas serta elegan.
TOTES / SHOPPING BAG
yang ni saiz kecik takde eaa.. dia start dari medium to large je. budak kecik nak bawak gi sekolah memang tak sesuwaii okeyh.. :p boleh isi hampir sahaja termasuk kamera yang gedabak tuh.. payung, diapers + botol susu dan lain-lain (mak2 memang suka) dan apa2 je la yang boleh muat. kereta, motor atau basikal tak aci nak kira ea.. biasanya ada dua tali dan boleh sangkut kat bahu dan sesuai bawak gi shopping, kerja atau gi pantai giteww.. ada macam2 style daripada kasual, trendy and fun to stylish.
CLUTCH
sape2 yang selalu gi dinner atau majlis formal memang wajib la ada menatang ni kan... *ayat jeles sbb xde sebab nak beli clutch* memang style la bawak clutch ni.. lagi2 yang majlis ala2 glamer giteww.. biasanya bentuk dia rectangular atau empat segi tepat dan panjang dengan rekabentuk yang memang menawan supaya dapat menaikkan seri si pemakai. cewaahh... disebabkan ruang dia kecik biasanya orang letak lipstik, lesen memandu, kunci kereta (kalau muat), henpon dan lain2 yang chumel2 je.. nak tau kenapa nama dia clutch? haa.. sebab bila kita tutup tu ada bunyi 'clutch'. *sila percaya*
WRISTLETS
ni adik beradik clutch tapi ada strap or tali kat tepi. idea asal direka untuk sesape yang gi kelab2 untuk dancing tapi tak payah bawak handbag. kalau bawak clutch kena pegang kan? so diaorang ni pun pandai2 la tambah tali kat tepi. *sukati aku je* ada yang elegan dan ada yang agak kasual rekabentuk dia.
DUFFEL BAG
ooo.. balik kampung... (ikut lagu sudirman - balik kampung) hehe.. ni kira beg balik kampung tapi ada style la kan.. ada gak yang guna untuk bersukan. boleh isi raket tennis kot. kayu hoki konpom tak sajak tau..LV dengan Coach banyak keluarkan beg ni.. ada dua tali untuk dipegang kalau tak cemana nak angkat?
MESSENGER BAG
owh owh.. yang ni memang la feveret saya.. sebab beg ni rocks!! ^__^Y haha.. sebab saya ni jenis outgoing memang cari beg yang ringkas. biasanya budak2 remaja memang suka (sila diri sendiri jangan perasan remaja sangat ^^") ada tali yang panjang supaya boleh silang kat badan dan sambil jalan tu tangan boleh hayun tinggi2.. memang direka supaya boleh isi barang banyak sikit. biasanya diperbuat daripada material yang kalis air. biasanya laa..
Petua-petua mudah berpesen dengan beg.
- jangan nak memandai-mandai pakai beg corak2 dengan baju corak2. nampak macam pokok krismas dah nanti. kalau pakai baju corak2 sila pakai beg yang warna plain tau.. ingat tauu..
- pesen dulu2 kalau pakai beg musti sama kaler dengan kasut.. ada pulak siap sama kaler dengan subang dan rantai.. sekarang jangan nak buat cenggitu sangat.. warna lebih kurang tu ok. kalau rasa berani pakai la ikut suka haha.. janji gojes! baru la fun and adventure kan ;)
- kalau pakai baju kasual dengan beg formal nampak 'nakal' sikit + glam. tapi jangan buang tebiat nak pakai baju formal tapi pakai beg kasual. no, no, no..
- berhati-hati kalau pakai baju yang turun kaler dengan beg kaler cerah. takut warna baju boleh terkena kat beg.
Cara-cara simpan beg.
tak kira beg tu beli kat butik mahal2 yang harga dia macam sebijik keta myvi punn.. ataupun beli kat pasar malam je.. kena la jaga beg supaya tahan lama. beli kt butik LV tapi balik beg tu campak2 je tak guna gak kan..
- cara terbaik simpan beg kulit kena amik surat khabar pastu gumpal2 dan bubuh kat dalam beg supaya bentuk beg tu dapat dikekalkan. lepas tu letak dalam beg kain. kalau takde beg kain yang biasanya kalau beli beg dia bagi yang kaler putih tu, boleh la jahit selendang lama2 tu.. kalau malas gak.. balut je la.. janji bertutup.
- lain2 jenis selain kulit simpan dalam lemari pun dah ok supaya warna tak pudar dan tak kena habuk.
-kalau ada kotoran kat beg kulit sila cuba lap dengan kain biasa atau kalau tak hilang gak kena rajin sikit pi ke pasaraya cari special cleaning liquid for leather. jangan ngengada nak pakai sabun pencuci baju! Babab nak?
sumber foto: google
24 May 2012
Jenis-jenis kasut.
haa.. kalau nak tahu serba sedikit tentang jenis-jenis kasut org pompuan, meh2 aku nak habaq mai..
1. athletic shoes/ sneakers (kasut atlit)
3. casual shoe (kasut kasual)
7. wedges shoes (kasut baji.. haha ni sumer salah google translator)
8. peep toe (kaki mengintip.. sila salahkan google translator sekali lagi)
sape2 yg pakai kasut ni sebenarnya dia suka mengintip tau.. haha.. ok2 takde.. kasut ni kewajipannya adalah jari kaki kena terkeluar sikit supaya org lain boleh mengintip.. *apakah?* peep toe ni ada dlm kategori sandal, high heels dan wedges juga.. mak pun ada jugee.. mak rasa sexy sikit pakai peep toe.. boleh?
okeyh.. ni je la serba sedikit pasal kasut pompuan. ada byk jenis lagi.. agak rumit nk terangkan.. sbb mak bukannya pandai sgt bab fesyen2 ni tapi boleh lah kan utk kita sama2 tambah pengetahuan.. kalau nk tahu lebih lanjut google2 laaaaaa.... (jangan malas!)
daaaa....
1. athletic shoes/ sneakers (kasut atlit)
ada je ramai yang suka kasut ni termasuk aku yang suka jalan sambil lari2 manala tau tgh2 jln tu tetiba nk kejar pencuri ke.. kena kejar anjing ke.. haa.. kan senang nak lari. :p
2. women boots (but wanita)
but pompuan ni ada mcm2 jenis weyhh... ada tinggi, rendah, yang terbukak kt depan (wedges boots), bla bla bla.. tapi aku rasa tak sesuwaaiii nk pakai kt m'sia ni sbb kita kan iklim khatulistiwa.. nk drive pun susah.. nk naik public transport? hermmm *kerut dahi*
3. casual shoe (kasut kasual)
kasut ni memang ramai yang suka sebab sesuai nak g pasar malam, g kedai runcit, g tgk wayang dll tempat sebab sangat selesa. sesuai juga untuk semua peringkat umur.. aku rasa laa..
4. flat shoes (kasut leper)
haa.. ni mmg konpom ramai yang ada kan? kan? kan? kasut ni comel je kalau pakai dgn baju kurung cotton atau jeans pun ok. aku pun ada 2 tau.. satu brand nike satu lagi beli kt sarawak.. 15 hengget je..
5. high heels (kasut tumit tinggi)
setau aku laaa.. kasut ni direka oleh lelaki.. dengan rekabentuk kasut tumit tinggi ni akan memaksa dada sipemakai lebih kedepan dan punggung ditolak kebelakang bagi menampakkan bentuk tubuh kewanitaan tu lebih sikit. kalau pakai kasut ni otomatik jalan jadi lain sikit.. maklumle nk kena kontrol balancing.. aku ada satu tu pun pakai g hari raya or kenduri kawin. satu tu aku akan pakai dalam 3 tahun kot.. pastu baru tukar.. haha.. tapi idok ler tinggi beno cenggini.. tak larat mak..
6. sandal (selipar yang cantik sikit kot)
okey, yang ni pun budak2 remaja suka pakai sbb harga dijual dgn sgt berpatutan dan simple serta sesuai nk bwk g dating or tuition. yg ni pesen tali2 ada je yg pesen cam selipar jepun tapi tambah manik2 sikit dh jadi sandal.. tadaaa!!
lebih kurang cenggitu le ghupe kasut baji.. aku pun tak reti nk explain lebih2.. sbb aku pun bukan pakai nau pun.. aku rasa dia mcm high heels tapi tapak dia rata je..
sape2 yg pakai kasut ni sebenarnya dia suka mengintip tau.. haha.. ok2 takde.. kasut ni kewajipannya adalah jari kaki kena terkeluar sikit supaya org lain boleh mengintip.. *apakah?* peep toe ni ada dlm kategori sandal, high heels dan wedges juga.. mak pun ada jugee.. mak rasa sexy sikit pakai peep toe.. boleh?
okeyh.. ni je la serba sedikit pasal kasut pompuan. ada byk jenis lagi.. agak rumit nk terangkan.. sbb mak bukannya pandai sgt bab fesyen2 ni tapi boleh lah kan utk kita sama2 tambah pengetahuan.. kalau nk tahu lebih lanjut google2 laaaaaa.... (jangan malas!)
daaaa....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hampir Kena Scam Lagi
Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...
-
disebabkan aku tengah sakit gigi (semalam ada appointment dengan dentist) hari ni rajin mengorek-ngorek cerita braces. braces ni ada m...
-
Ewahhh.. kemain lagi tajuk. Ala-ala wartawan gittew.. aww... kehkehkeh Okey, memandangkan tiket kapal terbang semakin mampu dibeli oleh r...
-
Wohoooo!!!!! Hoyeah!! Hoyeah!!! *joget-joget*. Akhirnya braces saya dan dibuka selepas 3 tahun lebih menjadi robocop. Apa, kome ingat lepa...
