17 May 2012

Semoga Kita Sama-Sama Berusaha

Assalamualaikum.


Tahniah kepada pasukan hoki remaja Malaysia atas kemenangan mereka (M'sia 2 - 1 Pakistan) pada 13 Mei 2012 (Ahad) yang telah berlangsung di Stadium Tun Fatimah. Yeayy!!

Memang ramai penonton pada hari tu, siap ada makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kanak-kanak.

Ok, pertama sekali mungkin penganjur tak menyangka akan ramai penonton. Ini Melaka okeehh..... kalau letak beruang sarkis kat tengah padang pun diaorangg akan datang ramai-ramai. Kerusi penonton memang tak dapat menampung kebanjiran manusia yang bersemangat menyokong pasukan Malaysia termasuklah mamat-mamat Pakistan yang bekerja kat sini. Kerusi yang aku berdiri (sebab kalau duduk memang ko akan nampak punggung-punggung manusia sahaja, silap-silap boleh kena bom gas kot) sampai patah! Punyala dahsyat kelompatan kitaorang. Haha!

Kedua, kesian kat makcik-makcik yang datang walaupun bersemangat nak menyokong tapi pakaian makcik sangat tak sesuai sebab dalam suasana kesesakan lautan manusia suhu akan meningkat dengan mendadak. Makcik, lain kali datang sokong lagi tau! Tapi jangan la pakai baju kurung macam nak pergi kenduri. Saya kesian tengok makcik.. sob, sob..

Ketiga, gelagat seorang mat saleh tua yang mana sesat tah.. tetiba datang kibar-kibar bendera Malaysia (konon sokong M'sia). Aku rasa dia mabuk kot sebab lain macam je hiper. siap panjat pagar tepi padang. yang menyampahnya orang melayu kita ni senang sangat kena bodek! Mat saleh tu baru kibar bendera je punnn.... diaorang dah panggil duduk kat kerusi. Kalau ada orang Malaysia yang cacat datang belum tentu ko kasi diaorang duduk kan? 

Keempat, gelagat kebanyakan penonton yang datang tu sebenarnya bukan nak sokong sangat.. saje je nak buat ramai dan buat kecoh, terutamanya remaja. Aku perhatikan yang diaorang tak tengok sangat pun game tu.. just buat bising tiup horn yang mana aku memang tak suka nak mampus sebab mengganggu perlawanan dan kosentrasi orang lain yang datang dengan secara original nak menikmati perlawanan! Lepas tu siap kacau mamat Pakistan yang datang dengan niat murni nak sokong negara diaorang. Kalau nak kacau pun dik.. kacau la dengan cara yang bijak dan dengan semangat kesukanan. Bukan kacau dengan menunjukkan yang korang tu bodoh, takde otak, mentaliti kelas ketiga, takde budi bahasa dan perangai biar senonoh sikit. Tahu tak? Apa yang korang buat tu menggambarkan didikan keluarga tu macam mana? Lain kali fikir-fikirkan lah..

Oklah, semoga kita sama-sama dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan masa lalu. Jom sama-sama berusaha! Caiyok!





TAHNIAH!


10 April 2012

Ting.. Ting..

I am going to learn something new for myself.

I'm going to challenge myself.

Insyaallah.

*my journey still far*

03 April 2012

awal bulan macam biasa..

sibuk prepare statement.. prepare cheque untuk supplier...

warrgghh!! hari ni gua betul-betul tension! gua dah campak invoice book bersama-sama fail.

puas hati gua! gua dah malas nak buat keje!

*esok kena sambung keje (sigh..) -_-"

12 March 2012

M I M P I

Hari tu baru tengok cerita Sang Pemimpi. *sangat best ok*

Quote dia yang paling aku suka

" ……. Sejak itu aku mengenal bagian paling menarik dari Arai, yaitu ia mampu melihat keindahan dibalik sesuatu, keindahan yang hanya biasa orang temui dalam mimpi-mimpi.Maka Arai adalah seorang pemimpi yang sesungguhnya, seorang pemimpi sejati."

" ..bermimpilah kamu sebesar-besarnya kerna tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu"

Malam tadi aku bermimipi kamu. 

Aku Risau.

Alhamdulillah pagi ini aku lega.

Semoga Allah melindungi kamu.

Amin.

09 March 2012

Fatwa Pujangga

T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga

Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia

Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan

Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Bang/Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua




08 March 2012

Happy National Women Day.

Beruntung jadi wanita sebab ada hari wanita yang tidak diketahui diraikan untuk apa.

Meraikan menjadi wanita adalah acara harian sepanjang tahun dalam hidup selagi masih bernafas.

Menjadi wanita perlu kekuatan dalaman yang tinggi berbanding lelaki yang mempunyai kekuatan jasmani #vice versa

Ok sebelum aku merepek lebih panjang aku nak stop di sini.

Aku rasa seronok hari ni dapat makan chicken salad dan menangkap seketul buku tulisan A.Samad Said.

Owh.. Masih banyak buku yang telah dibeli tetapi masih belum diterokai ^^"

Berusaha!

*kan dah merepek?*

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...