28 July 2012

Laskar Pelangi


Cinta benar-benar telah menyusahkanku


Ketika kita saling memandang saat sembahyang rebut

Malamnya aku tak bisa tidur karena wajahmu tak mau pergi dari kamarku

Kepalaku pusing sejak itu…
Siapa dirimu?


Yang berani merusak tidur dan selera makanku?

Yang membuatku melamun sepanjang waktu?

Kamu tak lebih dari seorang anak muda pengganggu!
Namun ingin kukatakan padamu
Setiap malam aku bersyukur kita telah bertemu
Karena hanya padamu, aku akan merasa rindu…

"awak, jom kita kejar pelangi?"

(n_n)

Sebelas Patriot


Menjadi peminat bola sepak bererti menjadi sebahagian daripada keajaiban peradaban manusia.



semua hal ada dalam bola sepak.

trompet memekakkan, bunga api yang ditembakkan dan api suar yang dilambai-lambai dari atas pagar pembatas oleh lelaki kurus tidak berbaju itu adalah perayaan kegembiraan.

bendera raksasa yang berkibar-kibar adalah psikologi.

19 July 2012

suatu pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


by fynn jamal

28 June 2012

Cinta Fansuri



tengok pun dah tau buku ni penulis dia A. Samad Said. ada 158 muka surat. walaupun nampak nipis tapi buku ni memerlukan kesabaran dan pengamatan yang tinggi untuk memahaminya. kisah tentang Fansuri, cintanya telah ditolak berkali-kali, perang teluk, bengkel penulisan, persepsi seorang penulis dan pengkritik. ahh... rumit nak terangkan satu-satu. yang penting bila membaca perlu menghayati dan aku perlu membacanya lebih dari sekali.

27 June 2012

20 June 2012

Wildlife Theatre Melaka

"Bringing Nature Closer To You"


Hari tu ada masa terluang terrr... tengok binatang comel beraksi ala-ala comel (n__n)Y.

korang kalau pergi melawat Melaka rugi tak tengok show ni. show kat Pulau Melaka yang nak pegi Masjid Selat. sebelum amik tahu pasal deme ni, bagi eksaited dulu la dengan menuntun gambar.





seronok kan? seronok kan? haha.. memang seronok! masa mula-mula datang tu macam takde orang sangat pun, tapi bila dah start tu memang terbahak-bahak ketawa.

Perkara-perkara yang kena amik tahu pasal diaorang ni sebelum korang terjah suka-suka ati ke sana.

Selasa - Jumaat
Masa : 10.30 a.m & 3.00 p.m
Tiket ; RM15.00 (Dewasa) RM10.00 (Kanak-kanak / Warga Emas)

Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am
Masa : 10.30 a.m & 3.00 p.m
iket ; RM20.00 (Dewasa) RM15.00 (Kanak-kanak / Warga Emas)

cemana nak gi sana? hermm..


dah dah, apa tunggu lagi tu?

jom!

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...