sorok suatu benar
koyak suatu benar
tipu suatu benar
padam suatu benar
simpan suatu benar
bakar suatu benar
pendam suatu benar
halau suatu benar
buang suatu benar
pisah suatu benar
tutup suatu benar
atau apa-apa yang kau boleh lakukan untuk menghalang suatu benar itu
Hari ini mari kita belajar tentang Heliconia psittacorum. Heliconia atau sepit udang bak kata orang Melayu adalah dalam kelompok pokok renek atau omputih panggil shrubs. Ayoh! mari kenal cemana ghopenya Heliconia yang cantik dan gagah ittew.
haaa.. ada beza tak? kenal dah? ni baru sikit belajar tau.. ada lagi spesis Heliconia tau. nanti bila rajin kita sambung lagi okey?
jadi sebelum kita mengakhiri kuliah pada hari ini, kena tahu juga cemana nak tanam dan jaga kan? pokok ni memang la senang bangat nak tanam. kalau malas nak gi nursery beli ataupun kedekut atau takde duit, pegi je mana-mana tempat yang ada tanam seperti tepi jalan raya, rumah jiran, rumah makcik, atuk atau kawan-kawan yang ada tanam tu.. cabut je sampai akar bebawang dia tercabut. sebab pembiakan dia cara bebawang ye anak-anak. tapi korang kena minta izin dulu tahu.. kalau tak mintak lepas tu kena kejar dengan parang atau penyapu aku tak jamin aa... balik rumah sila tanam atas tanah. jangan le gatai tangan kata.. 'tanam dalam pasu la sebab pasu rumah saya cantik sangat.. mahal saya beli rugi tak pakai'. diingatkan ye.. jangan... sebab nanti bila dia membiak mereka-mereka heliconia ini akan menyebabkan perpecahan pasu. sape yang rugi? bukan hakak yang rugi.. pokok ini amat lah senang dijaga. siram sekali sehari je pun cukup sebab dia tahan lasak. yang paling best berbunga sepanjang tahun. tiap-tiap hari boleh petik bunga tanpa risau dia merajuk.
okey adik-adik? setakat ini sahaja kuliah kita, lain kali kita cerita lagi. babai.
penah dengar lagu ni tak? lagu Seiring Dan Sejalan nyanyian asal Allahyarham Broery Marantika dan Dato' Sharifah Aini dalam cerita Hapuslah Air Matamu. ewah.. korang budak-budak manade layan cerita-cerita lama ni kan? lepas tu bekas suami isteri Ajai dan Nurul lak nyanyi..
sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu, cerita atau pun penyanyi tu. tapi nak cerita pasal tempat yang diaorang buat rakaman tu kat Taman Tasik Taiping.
sangat best tempat ni sebab banyak pokok Samanea saman atau Hujan-hujan yang dah besar gedabak sampai dahan pokok berjuntai kat tanah. okey sedikit info, korang tau tak nama lain pokok Hujan-hujan ni adalah pokok Pukul Lima? tak tau? haa.. kalau korang gi kat pokok tu pukul lima (petang tau, bukan pagi!) ce perati betul-betul kat daun dia... jeng, jeng, jeng.. kalau nampak apa-apa perubahan nanti bagitau k? hehehe... kalau sejarah tentang tempat ni korang google la sendiri ye. berlambak kot ada.
kat sini ada Zoo Taiping, track jogging, tasik, kemudahan asas, taman permainan, hotel, tempat makan, kayak, bot itik yang kayuh-kayuh tu malah ada sekolah berasrama penuh SMS Tunku Abdul Rahman. Konpem jadi tempat feveret buat riadah dan dating sorok-sorok kan?kan?kan? okey dah dah.. meh tengok gambar yang tak seberapa ni. next time kena improve skill amik gambar.
ini adalah kesinambungan jalan-jalan ke Memory Lane. lepas penat jalan kena la cari kedai makan kan? tak ramai Melayu yang makan kat sini kot. masa aku datang pun cuma kitaorang je Melayu yang lain semua Chinese. maybe sebab harga makanan, jenis makanan, lokasi atau lain-lain. tapi sebab aku memang la kaki makan juga, maka seharusnya aku terjebak ke tempat-tempat seperti ini.
memang cantik uolss.. i sukee.. tempat yang menarik dan makanan yang sedap. harga makanan boleh taahaaannnnn laaaa... *tepuk wallet* haha.. tapi for me memang berbaloi. boleh lepak-lepak and ambil gambar bagai.
dah bagitau ambil gambar, so opkos la kena la letak gambar. sebab tempat ni cantik bagi aku jadi macam gembira la pulak ambik gambar. dah jom tengok (n___n)
dari luar pun dah menarik kan?
comel tak?
jangan duduk je tau, banyak yang menarik kat luar.
peminat barang lama atau barang terpakai sure penah pegi Memory Lane kat Ipoh kan? sangat happening!
eh, eh awak tak penah pegi? deme kat sana maybe panggil 'pasar karat' or Loken? (is it because banyak jual barang berkarat?) haha.
cuma buka pada pagi Ahad sahaja daripada 6.30 pagi - 12.00 tengah hari ikut ramainya pengunjung. terletak kat Kampung Jawa, Jalan Horley. cari je The Store haaa.. belakang tu je..
macam-macam ada.. daripada makanan, pakaian, barang antik, tv, set karaoke, basikal, beg, rocking chair, telefon, permainan, kasut, ladam kuda, cermin mata, buku teks, kaset lama dan baaanyaaakkkkk lagi la.. haha tak tertulis kat sini. tengok gambar lagi best daripada baca kan?
p/s: sebab konon-konon cerita lama, gambar pun kena la konon-konon lama. ;pp
sebelum diaorang start saya dah start usha. diaorang siap je terus serbu sampai la diaorang tutup. hahaha.
tak salah beli barang terpakai asalkan berkualiti dan masih baik kan?
what a beautiful view :)
ladam kuda, goku, spiderman, set BOFA. u name it, they got it.