Cerita tentang Bill dan isterinya Becca dengan anak perempuannya yang menghidap penyakit asma pindah ke Beijing dari London untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan sebagai seorang peguam. Menetap di Paradise Mansion kawasan elit berhadapan dengan apartment yang dihuni oleh 'isteri kedua' warga Cina. Berharap dengan penghijrahan tersebut dapat menjadikan dia sebagai partner dalam firma. Ewah apsal tulis gaya serius sangat ni? Cerita ni ada tentang politik Cina sikit, dan budaya perkahwinan kat sana.
Bila Becca dan anak dia balik London sebab bapak dia sakit, time tu la si Bill start berbaik dengan awek cina depan apartment dia secara tak sengaja dengan erti kata lain skandal secara tak sengaja. Lupa le pulak apa nama dia. Haha :p.
Lepas tu Bill terlibat secara tak langsung permasalahan dalam kehidupan awek dia ni sampai la kantoi dengan Becca. Nak tahu selebihnya kena le kome baca. Tony Parsons ni biasa tulis cerita tentang krisis orang lelaki yang dah berkahwin. Bagi aku cerita dia biasa-biasa je takde le menarik sangat tapi tak tau le kalau korang kan? Masing-masing ada pandangan sendiri kan?
hari ni nak bagitau kesedapan makanan kat restoran cina. elehh.. toksah cakap la korang tak suka la apa la.. booo... tu yang korang makan kuew tiaw goreng la.. char kuew tiaw la.. yong tau fu la.. amende? cuma masakan tu dah diadaptasi ke selera tekak orang melayu.
restoran ni kat Kuala perlis je. ewah.. macam dekat nau je kan? kalau nak gi Langkawi ikut jeti Kuala Perlis korang cari je kat area situ. kalau tanya orang kat situ pun sure tau punya lah. special diaorang ni kat makanan laut sebab memang diaorang kat kuala pun.
okey mari kita jengah-jengah.
atas tu signboard dia kat tepi jalan pun dah nampak. sebelah jalan nak masuk ni ada tempat sewa parking kereta bagi sesape yang nak ke Langkawi. nak ke restoran tu disediakan laluan menggunakan papan. style kan?
kawasan makan dia yang sangat luas dan sangat penuh.
yang atas tu yar char kuai. alaa.. macam kuew tiaw yong tau fu tu.. tapi dia serve dengan mayonis dan bijan. perghh.. meleleh wa cakap luu.. *slurrpp* yang bawah tu takkan takkan tak kenal? udang laaa.. masak dengan butter. huii.. aku je bantai udang ni. *penggelojoh*
menu paling feymes yang diaorang cakap ialah ikan stim ni. boleh dikatakan setiap meja ada menu ni laaa... yang best tu kalau kedai tom yam dia letak lilin kat bawah bagi kekalkan suhu kan? yang ni dia letak arang. memang makan sampai abis la ikan tu panas. kerabu mangga dia memang terbaik uoollsss.... sedap with no description. boleh? haha.. tak sama macam nasi ayam hainan kat bukit bintang tapi sedap. kira sedap yang berbeza.
eh eh yang kacang tu makanan wajib kalau kita gi restoran cina. kira macam dia bagi ko buang masa sembang kacang sebelum makanan sampai. bukan free pun, kena bayau jugee.. uhuk,uhuk yang bawah tu sepatutnya ketam yang dinamakan 'kwai mei' atau deme panggil 'strange taste crab'. disebabkan dah lama tak makan ketam, makanya ketam tersebut telah selamat dikerjakan oleh aku sebelum ditangkapkan gambar mereka. muahaha!
harga? boleh tahan gak laaa...
nak pegi sana? meh amik alamat.
Jalan Jeti
Jeti Baru
2000 Kuala Perlis, Perlis
Tel: 04-985514
p/s: kalau rasa was was jangan lah pegi k? sebab dia serves alkohol. tapi kalau korang datang kat sana memang ramai la sangat orang Islam termasuk bangsa lain. terpulang. tepuk dada, tanya iman. :)
sorok suatu benar
koyak suatu benar
tipu suatu benar
padam suatu benar
simpan suatu benar
bakar suatu benar
pendam suatu benar
halau suatu benar
buang suatu benar
pisah suatu benar
tutup suatu benar
atau apa-apa yang kau boleh lakukan untuk menghalang suatu benar itu
Hari ini mari kita belajar tentang Heliconia psittacorum. Heliconia atau sepit udang bak kata orang Melayu adalah dalam kelompok pokok renek atau omputih panggil shrubs. Ayoh! mari kenal cemana ghopenya Heliconia yang cantik dan gagah ittew.
haaa.. ada beza tak? kenal dah? ni baru sikit belajar tau.. ada lagi spesis Heliconia tau. nanti bila rajin kita sambung lagi okey?
jadi sebelum kita mengakhiri kuliah pada hari ini, kena tahu juga cemana nak tanam dan jaga kan? pokok ni memang la senang bangat nak tanam. kalau malas nak gi nursery beli ataupun kedekut atau takde duit, pegi je mana-mana tempat yang ada tanam seperti tepi jalan raya, rumah jiran, rumah makcik, atuk atau kawan-kawan yang ada tanam tu.. cabut je sampai akar bebawang dia tercabut. sebab pembiakan dia cara bebawang ye anak-anak. tapi korang kena minta izin dulu tahu.. kalau tak mintak lepas tu kena kejar dengan parang atau penyapu aku tak jamin aa... balik rumah sila tanam atas tanah. jangan le gatai tangan kata.. 'tanam dalam pasu la sebab pasu rumah saya cantik sangat.. mahal saya beli rugi tak pakai'. diingatkan ye.. jangan... sebab nanti bila dia membiak mereka-mereka heliconia ini akan menyebabkan perpecahan pasu. sape yang rugi? bukan hakak yang rugi.. pokok ini amat lah senang dijaga. siram sekali sehari je pun cukup sebab dia tahan lasak. yang paling best berbunga sepanjang tahun. tiap-tiap hari boleh petik bunga tanpa risau dia merajuk.
okey adik-adik? setakat ini sahaja kuliah kita, lain kali kita cerita lagi. babai.
penah dengar lagu ni tak? lagu Seiring Dan Sejalan nyanyian asal Allahyarham Broery Marantika dan Dato' Sharifah Aini dalam cerita Hapuslah Air Matamu. ewah.. korang budak-budak manade layan cerita-cerita lama ni kan? lepas tu bekas suami isteri Ajai dan Nurul lak nyanyi..
sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu, cerita atau pun penyanyi tu. tapi nak cerita pasal tempat yang diaorang buat rakaman tu kat Taman Tasik Taiping.
sangat best tempat ni sebab banyak pokok Samanea saman atau Hujan-hujan yang dah besar gedabak sampai dahan pokok berjuntai kat tanah. okey sedikit info, korang tau tak nama lain pokok Hujan-hujan ni adalah pokok Pukul Lima? tak tau? haa.. kalau korang gi kat pokok tu pukul lima (petang tau, bukan pagi!) ce perati betul-betul kat daun dia... jeng, jeng, jeng.. kalau nampak apa-apa perubahan nanti bagitau k? hehehe... kalau sejarah tentang tempat ni korang google la sendiri ye. berlambak kot ada.
kat sini ada Zoo Taiping, track jogging, tasik, kemudahan asas, taman permainan, hotel, tempat makan, kayak, bot itik yang kayuh-kayuh tu malah ada sekolah berasrama penuh SMS Tunku Abdul Rahman. Konpem jadi tempat feveret buat riadah dan dating sorok-sorok kan?kan?kan? okey dah dah.. meh tengok gambar yang tak seberapa ni. next time kena improve skill amik gambar.
ini adalah kesinambungan jalan-jalan ke Memory Lane. lepas penat jalan kena la cari kedai makan kan? tak ramai Melayu yang makan kat sini kot. masa aku datang pun cuma kitaorang je Melayu yang lain semua Chinese. maybe sebab harga makanan, jenis makanan, lokasi atau lain-lain. tapi sebab aku memang la kaki makan juga, maka seharusnya aku terjebak ke tempat-tempat seperti ini.
memang cantik uolss.. i sukee.. tempat yang menarik dan makanan yang sedap. harga makanan boleh taahaaannnnn laaaa... *tepuk wallet* haha.. tapi for me memang berbaloi. boleh lepak-lepak and ambil gambar bagai.
dah bagitau ambil gambar, so opkos la kena la letak gambar. sebab tempat ni cantik bagi aku jadi macam gembira la pulak ambik gambar. dah jom tengok (n___n)
dari luar pun dah menarik kan?
comel tak?
jangan duduk je tau, banyak yang menarik kat luar.