07 February 2013

Panas Hati.

Mau ko tak panas?

Situasi : Ketiadaan elektrik

1. Panggil electrician A. Dah datang, katanya "Saya tak boleh buat sorang ni. Ini kena buat 2 orang. Saya panggil kawan saya datang. Tengah hari lepas makan dia sampai"

2. Telefon electrician B sebelum waktu makan tengah hari. Pun mengaku kalah sebelum berjuang dengan alasan tak boleh buat sorang.

3. Pukul 6 petang baru electrician C sampai. Macam mana nak buat keje?

4. Esok, electrician D datang, check blah kata kena suruh Tnb check dulu.

5. Tnb dah check kata okey. Electrician A datang balik sebab malu electrician C tak muncul.

6. Electrician D kata nak datang hari ni juga tapi sampai petang tak muncul.

7. Tiba-tiba electrician C sampai pukul 3.30 ptg. Buat keje sampai lewat petang.

8. Esok electrician C sampai pukul 10 lebih. Masalah dengan Tnb pula. Tnb datang pun tak boleh settle. Datang satu lagi team Tnb pukul 4.

Arrgghhhhhh!!!!! Acane? Gua dah empat hari keje takde elektrik ni woi! Keje betul-betul laaaaaaaaa.........

Ko tak settle esok satu tiang letrik aku kapakkan. Ada paham?

02 February 2013

Padang Besar, Perlis.

Eh, agaklah macam rugi juga kalau dah ke Perlis tapi tak ke Padang Besar kan? Memang itulah salah satu tarikan utama di sana. Lagipun kat sana Tesco takde, Giant takde, Mydin takde, kira-kira takde hypermarketlah setakat ni. Cuma ada The Store dan supermarket besa-besa je.Betapa aman damainya kalau aku tinggal kat situ dan konpom aku cepat kaya punya laaaaaa.... ngeeee.. Terletak kat sempadan Malaysia dan Selatan Thailand. Nak ke sana memang akan lalu kat bahagian pemeriksaan Kastam untuk ke negara jiran tu. Kalau ada passport tu boleh la sekali ke sana. Pegi luar negara tuu.. kehkehkeh.. 

Nasib baik aku pegi lepas waktu lunch, kalau pegi dari pagi memang sampai tutup la aku kat situ kot, muahaha! Pegi sini kena la set mood ala makcik-makcik gitteww. Oh nasib baik juga aku ke Padang Besar tu aku tak kabor kat sesape, kalau tak sure balik aku kena bawak tong nasik, kuali, periuk, toto bla bla bla. :pp

Laporan tanpa gambar adalah zzzz..

Kawasan sekitar. Lebih kuranglah ye.
Kasut, pelbagai warna, design, warna, baju, beg mainan. Cemana nak balik ni?
Tak lupa makanan kudapan serta barang rumah. Actually banyak lagi tapi yang ni je sempat snap sebab sibuk habiskan duit. Bwahaha!
Selipar pun menarik gak kan? Barang hiasan orang perempuan memang le banyak nyah oiii.... Boleh le beli bebanyak pastu buat bisnes pulak.
Gambaran serba sedikit kawasan Arked Niaga. Ada 3 tingkat. Kemudahan yang ada seperti surau dan tandas.
Ruang legar kat bahagian bawah. Memang tempat ni sentiasa penuh umat ye?

Nota tambahan : Start meniaga dari 8.00 pagi - 6.00 petang lebih kurang. Nak ke sana senang sangat laa... Sampai kat Pekan Kangar tu follow je signboard gi Padang Besar (macam kurang ajar je info aku ni). Cis yang tu takyah bagitau pun takpe.. Hahaha! Aku pun tak reti nak explain (Boleh?). Korang berenti je keta kat mana-mana pastu tanya la sesape kat sana tu. Diaorang konpom tahu punya laaa.. (Jangan marah aaa... :p) 

01 February 2013

Restless Heart




Destiny Heart, tak sedar yang dia ada bakat dalam mencipta lagu dan menyanyi sehingga kawan dia si Copper cabar dia masuk pertandingan Kentucky Idol dan terus jadi juara. Lepas tu dia terus bertekad nak jadi penyanyi dan tinggalkan Wilmot pergi Nashville. Malangnya dia tak sangka betapa sukarnya nak menonjolkan bakat di bandar besar tersebut. Selama 4 tahun dia bekerja sebagai waitress sehingga Seth, kawan sekolah yang dia suka datang melawat dan segalanya mula berubah menjadi semakin baik. Namun, semua kejayaan ada harganya bila dia semakin sibuk dan jauh daripada Seth dan bapanya yang tidak bersetuju dengan pilihannya untuk menjadi penyanyi. 

Ewah, ewah.. macam pengulas tak? :pp Haha. Buku ni aku beli masa pegi Melbourne last year. Okey, cerita ni bagi aku biasa-biasa je, takde la menarik sangat sebab dah boleh agak jalan cerita dia. Penulis pun bagi aku takde la bagus sangat sebab dia tak dapat buat aku rasa nak baca lagi dan lagi. Macam tak teruja sangat. Aku rasa remaja yang baru naik dan bercita-cita nak jadi penyayi suka kot cerita macam ni.  

31 January 2013

Nasi Kandar Lawood

Nasi kandar dan mamak adalah cliche. 

Nasi kandar dan orang Kelantan? Ini adalah rare.

Suka shopping kat Nilai 3? Atau pegi hantar sedara mara ke airport atau melawat menteri di Putrajaya? Haa.. inilah masanya korang pegi ke Nasi Kandar Lawood kat Nilai. Sebab? Sebabnya nasi kandar ni diuruskan oleh orang Kelantan versi Pattani (kot). 

Kalau datang dengan niat nak makan dan dapat makanan dengan kadar segera pada waktu lunch, kena la pegi mekdi atap kepsi ye. Sebabnya korang akan lihat ramainya manusia beratur sampai luar kedai. Mak aihh (hati berkata) sedap nau ke makanan dia? Uisshhh..... (muncung) Ce kome makan, ce makan. Kalau malas nak beratur tu duduk je la kat meja makan sebab ada je orang datang amik order tapi banyak le bersabar okey? Idok le lama beno nak nunggu nye (bagi teman le tak lama.. tak tau le kome). 

Sejarah Nasi Kandar Lawood ni maleh le teman nak kabo, kome google je la ye? Udoh le cerita panjang-panjang tu, meh le mike nengok gambor.

Kuah dia = marveles.

Ayam cicah kuah = mimpi

Sayur = standard le ni, tapi banyak.

Nasi = takkan tak tahu kot? :pp

Telur masin = Lauk tambahan. 
Actually ada je lauk lain macam daging, paru, hati, ikan dan lain-lain. Tapi yang orang feveret kat sini ayam le. Sebab aku malas nak beratur, makanya apa yang ada atas meja tu je la aku tangkap.

Kalau nak datang lepas pukul 2 tu lebih baik call sebab diaorang ni lepas abis je terus tutup kedai. Sabtu dan ahad pun buka juga. Tapi better call before datang kang kempunan le pulak.

Mike = tuan kedai.
Okey, aku tak tahu la kalau blog lain kata kak Dah tu owner dia tapi Mike dah introduce he is the owner of the restaurant and explained that kak Dah dan semua yang ada tu workers dia. Kalau dia tipu aku, makanya aku pun tipu lah. Tapi dia selamba je panggil pekerja kat situ dan siap belanja kitaorang. Eh siap bagi business card lagi. Sembang-sembang rupanya dia asal Kelantan (no wonder lah kan?) tapi dia cakap tu slang Kedah abih la. Korang jangan le pulak was-was nak datang sini lepas tau owner dia Chinese. Owner sahaja Chinese tapi all the work done by kak Dah and her friends yang memang Islam dan dijamin Halal okey?

Macam mana nak pegi sini? Kalau sampai Nilai tu cari la Desa Cempaka atau kalau pakai teknologi canggih yang bernama GPS tu search Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka. Sebelah sekolah tu ada pangsapuri Desa Cempaka, dan Lawood ni ada je kat lot kedai bawah pangsapuri tu. Kalau tak tahu jugak, lepas Tol Nilai korang straight sampai traffic light. Kiri ke Nilai 3 kan? Korang gi kanan laa.. pastu straight je sampai first roundabout pun terus gak. Sampai second roundabout tu belok kiri atau amik pukul 9. Jalan je terus dan perhati sebelah kanan sampai ada signboard gi Kota Seriemas dan ikut lorong yang ada tulis nasi kandar apa tah yang kedai mamak tu (signboard kaler biru) atau tengok nama Jalan BBN6/2A. Terus je sampai hujung jalan tu kona kiri. Haaa.. nak sampai dah tu, nampak je sek sebelah kanan perhati kanan juga ya.. tadaaaa.. dah sampai.

Okey, Selamat menjamu selera uols!

25 January 2013

Pengajaran #1

Untuk menghasilkan sushi, jangan sesekali menggunakan beras Basmathi ye kawan-kawan!

JANGAN!

Sekian, terima kasih.

*frust buat sushi malam ni tak jadi*

23 January 2013

My Favourite Wife



Cerita tentang Bill dan isterinya Becca dengan anak perempuannya yang menghidap penyakit asma pindah ke Beijing dari London untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan sebagai seorang peguam. Menetap di Paradise Mansion kawasan elit berhadapan dengan apartment yang dihuni oleh 'isteri kedua' warga Cina. Berharap dengan penghijrahan tersebut dapat menjadikan dia sebagai partner dalam firma. Ewah apsal tulis gaya serius sangat ni? Cerita ni ada tentang politik Cina sikit, dan budaya perkahwinan kat sana. 

Bila Becca dan anak dia balik London sebab bapak dia sakit, time tu la si Bill start berbaik dengan awek cina depan apartment dia secara tak sengaja dengan erti kata lain skandal secara tak sengaja. Lupa le pulak apa nama dia. Haha :p. 

Lepas tu Bill terlibat secara tak langsung permasalahan dalam kehidupan awek dia ni sampai la kantoi dengan Becca. Nak tahu selebihnya kena le kome baca. Tony Parsons ni biasa tulis cerita tentang krisis orang lelaki yang dah berkahwin. Bagi aku cerita dia biasa-biasa je takde le menarik sangat tapi tak tau le kalau korang kan? Masing-masing ada pandangan sendiri kan?

Sehingga jumpa lagi :)

18 January 2013

Hai Thien, Perlis.

hai semua.. ewah. *perasan*

hari ni nak bagitau kesedapan makanan kat restoran cina. elehh.. toksah cakap la korang tak suka la apa la.. booo... tu yang korang makan kuew tiaw goreng la.. char kuew tiaw la.. yong tau fu la.. amende? cuma masakan tu dah diadaptasi ke selera tekak orang melayu.

restoran ni kat Kuala perlis je. ewah.. macam dekat nau je kan? kalau nak gi Langkawi ikut jeti Kuala Perlis korang cari je kat area situ. kalau tanya orang kat situ pun sure tau punya lah. special diaorang ni kat makanan laut sebab memang diaorang kat kuala pun.

okey mari kita jengah-jengah.

atas tu signboard dia kat tepi jalan pun dah nampak. sebelah jalan nak masuk ni ada tempat sewa parking kereta  bagi sesape yang nak ke Langkawi. nak ke restoran tu disediakan laluan menggunakan papan. style kan?

kawasan makan dia yang sangat luas dan sangat penuh. 

yang atas tu yar char kuai. alaa.. macam kuew tiaw yong tau fu tu.. tapi dia serve dengan mayonis dan bijan. perghh.. meleleh wa cakap luu.. *slurrpp* yang bawah tu takkan takkan tak kenal? udang laaa.. masak dengan butter. huii.. aku je bantai udang ni. *penggelojoh*

menu paling feymes yang diaorang cakap ialah ikan stim ni. boleh dikatakan setiap meja ada menu ni laaa... yang best tu kalau kedai tom yam dia letak lilin kat bawah bagi kekalkan suhu kan? yang ni dia letak arang. memang makan sampai abis la ikan tu panas. kerabu mangga dia memang terbaik uoollsss.... sedap with no description. boleh? haha.. tak sama macam nasi ayam hainan kat bukit bintang tapi sedap. kira sedap yang berbeza.

eh eh yang kacang tu makanan wajib kalau kita gi restoran cina. kira macam dia bagi ko  buang masa  sembang kacang sebelum makanan sampai. bukan free pun, kena bayau jugee.. uhuk,uhuk yang bawah tu sepatutnya ketam yang dinamakan 'kwai mei' atau deme panggil 'strange taste crab'. disebabkan dah lama tak makan ketam, makanya ketam tersebut telah selamat dikerjakan oleh aku sebelum ditangkapkan gambar mereka. muahaha!

harga? boleh tahan gak laaa...

nak pegi sana? meh amik alamat.

Jalan Jeti 
Jeti Baru 
2000 Kuala Perlis, Perlis
Tel: 04-985514

p/s: kalau rasa was was jangan lah pegi k? sebab dia serves alkohol. tapi kalau korang datang kat sana memang ramai la sangat orang Islam termasuk bangsa lain. terpulang. tepuk dada, tanya iman. :)


Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...