Semalam pegi tengok wayang cerita Bola Kampung. Sangat seronot weyhh... tak sangka cerita tu best! *two thumbs up* Tak sangka suara Iwan tu suara Ezlynn. Suara Sabok tu masa awal-awal dengar tu macam ku kenal jeee.. Lelama sikit baru dapat perasan eh eh sore Afdlin! Best jugak dialog dia sebab takde la ikut skrip sangat kannnn... Jadi! Dengan ini saya ingin menyeru kome-kome semua, moh kita nengok lagi. kelakar dan aksi yang tak mengecewakan termasuk grafik yang membanggakan! Hoyeaahh!!!
30 March 2013
25 March 2013
Adik Datang
Cerita yang ditulis oleh sasterawan negara ni memang selalunya serius dan kena baca perlahan-lahan. Takleh leee aku nak baca lelaju. Konpom aku pening apsal jadi cenggini? Apsal jadi cenggitu? Lalalalala...
Cerita ni masa zaman sebelum perang dunia kedua mula kat Tanah Melayu. Kat satu kawasan tu watak utama yang jadi nadi cerita ni adalah Suhaidah janda anak satu yang tengah mengandung. Anak dia yang ada masalah sebab kehilangan bapa masa kecik dan lepas tu atuk pulak. Tak terkecuali orang-orang disekeliling dia termasuk abang, guru agama anak dia, kawan dia, dan orang kampung Suhaidah. Menggambarkan suasana cemas sebelum perang bermula dan perasaan berkecamuk Suhaidah dalam cuba mengubati anaknya, abangnya yang tidak mempunyai pekerjaan, Dzulkifli yang terpaksa mengorbankan keinginan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Rasimah yang bergelut dengan suami kaki judi dan macam-macam lagi laaa.... Baca buku ni pun dah rasa berkecamuk habis.
Kesimpulannya memang kena baca lagi sekali. Muahaha..
13 March 2013
Rakyat biasa je.
Hari ni tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang ke kedai dan berkata, "Saya nak ambil kayu bendera 1000 batang. Haji tuttt.. suruh saya ambil"
Aku pun jawab, "Saya takde dapat pesanan daripada bos. Sekejap saya call dia mintak confirmation, manalah tahu bos antara bos bercakap tapi tak bagitahu saya."
Truutt.. Trutt..
Bos menjawab selepas soalan diaju "Eh, mana ada cakap apa-apa. Kalau dia nak suruh dia bayar dan kita akan order kayu tu sebab kita tak simpan stock sampai banyak macam tu."
Pakcik tu pun call la bos dia dan beritahu aku yang suruh Haji tutt ambik adalah Dato' tuutt.. Lalu dia pun pass la telefon ke aku, "Dato' tutt ni suruh pekerja saya datang ambil kayu bendera kat kedai awak"
Maka aku dengan mulut longkangnya sound tepek je kat Haji tuttt... "Haji tutt, Dato' tutt tu tak bincang dengan bos saya pun dan bos saya dah bagitahu saya yang kitaorang tak boleh nak bagi kayu tu kalau dia tak bayar tunai. Hutang dia yang lama 5 tahun dulu pun tak habis bayar tak termasuk hutang Japerun yang dia ambil barang tahun lepas tu tak bayar lagi. Takkan saya nak bagi lagi? Lagi pun bos saya dah pesan tak boleh bagi macam tu je. Kalau nak bagi duit dulu dan kami akan order kayu tu sebab kami tak simpan banyak stock"
Lantak kau la Haji tutt.. Kau nak berpolitik pun agak-agak le. Kalau takde duit jangan le buat muka tak malu datang kat kedai kami dan selamba nak ambil barang tanpa sebarang notification. Bos pun tak tau. Kau ingat tu kedai bapak kau ke?
Kenapa kau tak pegi je kedai ca ya nun alip tu? Mintak je la. Apa nak takut, kata kau power sangat..
Sudah-sudah lah berpolitik cara kotor tu. Kami ni generasi baru dah jelak tengok tipu cara lama ni. Kau buat kerja biar lah ikhlas. Jangan la nanti kami bangsa yang paling ramai tapi miskin kat tanah air sendiri ni kena mengemis pada masa akan datang. Aku bukan pandai bab politik pun tapi aku pun tak bodoh sangat.

28 February 2013
Raphis spp
Assalamualikum w.b.t
Hari ni moh le kita belajar tentang pokok renek / shrub yang dikenali sebagai Raphis. Termasuk dalam family Aracaceae dan Palmae, shrub ni selalunya restoran dan hotel memang suka guna sebagai hiasan sebab penjagaan dia memang mudah, warna hijau yang cantik serta form dia yang menarik dan juga memberi impak ala-ala tropika gitteww..
okey moh tukar mode ala-ala kuliah lak.
Rhapis ni kalau kat Malaysia kita belajar ada 2 jenis je yang biasa kita tanam tapi kalau ikut mungkin ada 12 spesies - semuanya dari Asia, termasuk China Selatan, Thailand dan beberapa pulau-pulau lain. Walaupun asal-usul pokok ni kat kawasan tropika, tapi kebanyakan boleh hidup dengan baik dalam apa jenis cuaca pun sebab memang tahan lasak.
Struktur
Bentuk daun Raphis ni macam tapak tangan dengan konon-konon ada jari yang langsing gittew. Batang pokok ni ada macam batang pokok kelapa sawit.
Pembiakan
Cara Rhapis nak membiak adalah melalui bawah tanah (rizom) dan merebak ke semua arah secara perlahan. Kalau tanam dalam pasu memang sesuai sebab dia takleh membiak secara berlebih-lebih, tapi sampai satu tahap bila dia dah semakin membiak korang kena buang sebahagiannnya atau pi tanam dalam pasu lain atau pi bagi kat kawan-kawan atau jiran atau kalau dah keturunan Haji Bakhil tu bolehla pegi cari pasu besaaaar punyaa.. tanam dalam pasu besar atau malas nak jaga tapi sayang nak buang, tanam atas tanah. Settle.
Penjagaan

Spesis Rhapis Humilis adalah daripada semuanya genus jantan dan Rhapis laoensis adalah semua betina. Kedua-dua spesies ni kena laaa dibahagikan kalau nak dibiakkan. Ini adalah cara pembiakan yang memang le mudah, semudah Hantu Kak Limah pun boleh buat tauu.. Tapi spesis-spesis lain kenala buat pembiakan dengan pengeluaran benih dan percambahan.
Penjagaan
Secara amnya Rhapis ni memang le mudah bebeno nak tanam dan jaga sebab hanya perlukan usaha membuat persenyawaan sikit, air untuk bagi dia minum, tanah untuk tinggal (tanah berasid adalah paling yang Raphis suka), cahaya terang (walaupun ramai rasa yang cahaya redup berpanjangan tu sesuai, tapi spesis palma, jadi palma memang perlukan cahaya), suhu yang agak hangat tapi idok le sampai panas terik (walaupun Raphis memang tahan lasak dalam cuaca sejuk juga) dan kelembapan. Kebanyakan spesies Rhapis juga agak tahan kepada pemangsa serangga.
Okey, jom kita kenali spesis-spesis Raphis ni.
Raphis excelsa (Broadleaf Lady palm)
Spesis yang paling biasa ditanam dan paling mudah adalah Rhapis excelsa. Senang sangat nak jumpa kat nurseri tanaman sebab senang membiak dan hidup walau dengan cahaya rendah, kemarau dan tahan angin dan tahan serangan serangga perosak. Paling sesuai tanam dalam pasu. Rhapis excelsa boleh dikenal pasti dengan bentuk daun yang hujungnya tumpul berbanding Rhapis lain biasa yang mempunyai hujung daun yang tajam. Daun biasanya ada kurang daripada 8 hingga 10 bilah kat setiap daun (berbanding dengan Rhapis humilis atau Raphis multifida yang biasanya mempunyai lebih daripada 10, atau Rhapis laoensis yang biasanya hanya mempunyai 2 atau 3.) Struktur daun yang berpecah memberi impak ilusi pokok ni mewah dan lebat. Perlu disiram secukupnya, kalau tak daun akan mula mati dari bawah ke atas. Daun selalu coklat kat bahagian hujung. Jadi biasanya kome rajin-rajin la potong bahagian tersebut. Tak potong pun boleh takde masalah punya sebab tak bagi apa-apa efek. Cuma kalau potong efek cantik je la dan takkan rosakkan pokok pun kalau potong. Batang dia berlapis warna perang gelap. Kadang-kadang batang dia menipis keluar gak dan boleh la potong je bagi meningkatkan mutu kecantikan pokok ni.
Raphis humilis (Chinese Lady palm)
Rhapis humilis adalah spesis kedua paling biasa ditanam. Spesies ini juga boleh dikenal pasti dengan bilah daun melebihi sepuluh atau lebih tajam dan melabu. Kurang sarat dengan daun dan batang buatkan batang dia lebih nampak sebab daun tak rimbun sangat serta boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki. Pertumbuhan yang sangat lambat. Dalam banyak-banyak, yang ni paling tahan dengan cahaya matahari tapi masih lebih suka teduhan.
Raphis multifida (Finger Palm)
Rhapis multifida mungkin adalah yang paling cantik sebab form dia lebih kembang, rendah sikit daripada Raphis Excelsa dan ada rupa Raphis humilis yang diminikan. Batang yang menonjol dan lansing serta daun yang runcing buatkan dia ada rupa bonsai sebab spesis ni lebih pendek, biasanya hanya kira-kira 4 atau 5 kaki tinggi tapi dia boleh membesar sampai 8 kaki kat atas tanah. Batang spesis ni kecil macam pensil dan nipis. Spesis ni takleh kering dan memerlukan akarnya basah sepanjang masa, takleh kena cahaya matahari yang terik dan tak tahan suhu rendah juga.
Raphis subtilis (Dwarf Thailand Lady Palm)
Rhapis subtilis kononnya spesis kerdil Rhapis. Spesies ni daunnya lebih lembut dan berjurai dengan hujung agak tajam. Pertumbuhan sangat perlahan dan agak cerewet. Ketahanan suhu sejuk lebih kurang Rhapis multifida. dan memang kena sentiasa pastikan akar dia sentiasa basah. Spesis ni memang banyak sangat ditanam kat Thailand.
Raphis laoensis (Laos Lady Palm)
Rhapis laoensis adalah satu lagi spesies seks tunggal, hanya betina sahaja. Spesis ini adalah rare. Bentuk dia macam sawit mini dan mungkin boleh capai ketinggian 6 kaki. Bilah daun biasanya dibahagikan kepada 2 atau 3 (kadang-kadang lebih sedikit). Tak tahan dengan suhu bawah takat beku dan memerlukan air pada setiap masa, dan daun akan bertukar coklat jika kualiti air lebih berakali.
Rhapis 'Alicia' bukanlah spesis yang pelik sebab ia adalah hibrid rasmi dinamakan daripada kawin campur antara Rhapis laoensis dan Rhapis multifida. Hasilnya spesis ni ada kedua-dua ciri daripada pokok-pokok yang dikawinkan. Bilah daun yang elegan laoensis, sempit (tak jarang), bilah daun multifida dan batang pensil-nipis. Ketahanan cuaca sejuk hampir sama dengan multifida atau lebih baik. serta tahan cahaya matahari. Tapi tak tahan dengan angin serta daun mudah koyak.
Spesis ni mempunyai daun yang lebar, licin dengan bilah palma yang mudah dikenalpasti. Biasanya ada empat bilah dengan daun berlipat dan jalur yang sangat jelas, tepi melengkung, lebih tirus kat bahagian pangkal dan hujung. Mempunyai batang yang agak halus dan berserat kasar.
26 February 2013
Janji
Setiap kata yang diucap adalah janji. Walaupun hanya,
"kita jumpa lagi 5 minit ye." Itu adalah janji.
Apatah lagi bila kata saya sayang awak, maknanya kita dah berjanji secara tak langsung menyatakan yang saya ada niat nak kawin dengan awak tapi bukan sekarang.
Orang perempuan adalah orang yang paling mudah percaya dengan kata-kata. Jangan le kau janji nak pegi tengok wayang hujung minggu nanti. Tiba-tiba esok nak gi hari kau kata,
"Tak jadi la, mummy I suruh balik rumah, kucing I nak beranak".
Walaupun dia kata,
"Oo ye ke? Takpelah, I faham. Next time la kita pegi ye." Padahal dalam hati dia remuk redam tau?
Jangan laaa... JANGAN! JANGAN! Korang wahai lelaki di luar sana suka-suka janji nak pegi sana sini tapi bila sampai waktu tu korang takleh nak pegi atas sebab yang tak boleh diterima. Sakit hati tau? seringkas-ringkas ucapan tu pun adalah janji tau?
Waima kepada kanak-kanak juga kau tak boleh suka-suka cakap,
"Jangan nangis ye? Nanti ayah belikan Adam basikal okey?"
"Bila?" Soal Adam balik.
"Esok la". Jawab ayah.
Esoknya kau tak beli pulak. Pergghh... Kau tau tak kau dah ajar budak tu bahawa janji tu tak perlu ditepati? Perilaku tu akan diteruskan tanpa dia rasa bersalah.
Salah satu ciri orang yang susah nak tepati janji adalah selalu lewat ke tempat kerja. Kau dah berjanji nak bekerja dengan syarikat tersebut dan perlu menunaikan segala kerja termasuk kedatangan kau dan majikan berjanji akan membayar upah sebanyak RM bla bla bla bila cukup tempoh kau bekerja. Kalau la majikan buat-buat terlupa bayar gaji kau cemana? Takkan kau nak buat-buat bodo jee... sebab tu majikan takleh buat-buat bodo kalau kau datang kerja lambat.
Lagi satu, kau tengok pembayaran hutang kat bank dia cemana. Ada penah sangkut? Kalau ada sikit-sikit tu maknanya dia tu susah nak tunaikan janji sikit-sikit. Tapi kalau sampai buat bodo dan kena blacklist jangan le kau percaya cakap dia. Tapi orang yang kena blacklist sebab jadi penjamin tak termasuk la.
Okey, aku dah merepek tahap cipan sebab aku tengah sakit hati dengan seseorang yang dah berjanji dengan aku sebanyak dua kali berturut-turut dan dia rasa tak apa kalau janji tu ditangguhkan. Oi manusia! Lagi sekali kau buat, memang kau nak kena pukul dengan aku tau?
Orang yang tak menepati janji adalah MUNAFIK tau? M.U.N.A.F.I.K. Aku marah ni.

14 February 2013
Pengajaran #2
Penah rajin buat nasi ayam? Pastu nasi dia ada banyak lebih?
Sila simpan nasi tu dalam peti ais dalam bekas bertutup.
Esok boleh buat nasi goreng. SEDAP weyhhh...
09 February 2013
Syed Mokhtar Albukhary
Menceritakan bagaimana Syed Mokhtar berusaha berniaga dari bawah hingga ke kemuncak. Cara dan prinsip hidupnya membawanya kepada siapa dia hari ini. Keluarga banyak mempengaruhinya dalam mejalani kehidupannya. Sifatnya yang merendah diri dan sentiasa menjaga hubungan baik antara rakan serta berlaku jujur dalam perniagaan membuahkan hasil yang membanggakan.
Tidak dapat menghabiskan persekolahan tidak menghalang minat beliau untuk berniaga. Belajar daripada arwah bapanya menjual dan membeli lembu, beliau bergerak maju ke hadapan dengan perniagaan pengangkutan, hartanah, pembinaan, pembekal kepada badan kerajaan dan banyak lagi. Mencontohi cara bangsa Cina dalam berniaga iaitu tidak menonjolkan diri beliau terus mara dalam diam sehingga dikenali hari ini.
Aku sangat kagum dengan perjalanan hidupnya. Cerita panjang-panjang pun tak guna. Korang pegi beli dan baca. Sangat berbaloi memiliki buku ni macam korang beli buku Doktor Umum juga. (n___n)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hampir Kena Scam Lagi
Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...
-
disebabkan aku tengah sakit gigi (semalam ada appointment dengan dentist) hari ni rajin mengorek-ngorek cerita braces. braces ni ada m...
-
Ewahhh.. kemain lagi tajuk. Ala-ala wartawan gittew.. aww... kehkehkeh Okey, memandangkan tiket kapal terbang semakin mampu dibeli oleh r...
-
Wohoooo!!!!! Hoyeah!! Hoyeah!!! *joget-joget*. Akhirnya braces saya dan dibuka selepas 3 tahun lebih menjadi robocop. Apa, kome ingat lepa...