23 July 2013

Salina


Cerita ni dah lama tapi aku baru terhegeh-hegeh nak baca, sebab dulu kena baca buku teks je keennn... *konon rajin*

Salina digambarkan sebagai awek cun masa zaman selepas perang dan sebelum merdeka hidup setelah kematian keluarga dan kekasih akibat perang meneruskan kehidupan sebagai seorang pelacur. Tinggal di Kampung Kambing (sebab rumah tu asalnya nak buat kandang kambing tapi tak jadi) dengan penyewa-penyewa lain. Cerita berkisar tentang bagaimana mereka-mereka berusaha meneruskan kehidupan, anak muda jatuh cinta, hasad dengki, cita-cita dan lain-lain lagi.

Salina yang menanggung pasangannnya Abdul Fakar selama hampir 2 tahun 'makan tanggung, berak cangkung' kerana sejarah cintanya yang tak kesampaian.

Ewah, macam pengulas buku le pulak.

Buku ni bukan terbitan pertama, dah lama diaorang tak cetak sebab ada kontreversi kekonon cerita ni takde tauladan. Lepas tu anak A.Samad Said berusaha cetak balik dan aku beli online siap dengan tanda tangan. Hemph.. bangga sat dapat autograph. Sekarang korang beli kat Popular dan MPH tapi takde autograph lee.. Tetiba aku rasa special. Kahkahkah.

Ok dah, pi beli cepat.

20 July 2013

Kelli's Castle

Wahh... selama hidup 100 tahun ni makcik tak penah pegi Kelli's Castle. Ni le first time makcik datang sini. Dulu masa sekolah bukan jauh nau nak pegi sini tapi sebab masa tu rombongan sekolah aku tak follow makanya ni le baru nak jejak kaki kat istana tak siap ni..

Sebelum apa-apa moh le kita belajar sejarah..

Pakcik William Kellie Smith ni lahir kat Kellas, Moray Firth, Scotland tahun 1870. Masa dia 20 tahun dia dah sampai Malaysia, kerja katanya.. Jurutera kau.. Agak pelik kan? Umur berapa dia masuk unibersiti? 
Dia dapat 'wang besar, wang besar' (gaya Roda Impian) lepaskerja dengan Charles Alma Baker dan dapat kontrak dengan kerajaan buat jalan dan kosongkan 9000 hektar hutan kat Batu Gajah. Lepas tu dia beli 1000 ekar tanah kat Kinta dan tanam pokok getah serta buat bisnes biji timah. 

Dia dengan suka hati pulak namakan estet dia "Kinta Kellas" dan rumah ladang dia "Easter Kellas" dan lepas tu dia pulak memiliki syarikat Kinta Kellas Tin Dredging. Lepas dah kaya balik kampung le cari bini yedak? Tak nak dia kawin dengan minah melayu. Kalau time tu dah ada rupa Lisa Surihani tah-tah dia dah rembat awal-awal kot. Haha. Dia kawin dengan awek dia Agnes dan bawak balik Malaysia (mana bleh tinggal ye dak?) masa 1903. Next year tu dia dah dapat dapat anak pompuan' Helen Agnes. 

Tahun 1909 Smith bina rumah yang dia bagi nama "Kellas House". 1915 pulak dia dapat anak lelaki, Anthony. Lepas tu dia start plan nak buat istana kekonon ada ciri-ciri senibina Scotland, Moor dan India. Dia bawak 70 tukang dari Madras India, batu bata dan marmar diimport dari India dan dia plan nak buat menara 6 tingkat dan letak lif. Kalau dia buat gak time tu memang kira sejarah terulung "Lif pertama di Malaya". Dia siap plan nak buat gelanggang tenis dan garden atas bumbung tuu.. ye la kan.. kan dah ada pepatah, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Ewahh.. 


Masa istana tu dibina, pekerja dia ramai yang terkena wabak penyakit Spanish Flu atau dalam BM selesema Sepanyol. Eh? Sebab nak kasi baik penyakit selesema tu pekerja dia mintak dia bina satu kuill sebelah istana tu dan Kellie ni setuju je la. Dekat kuil tu diaorang siap buat patung ghope si Kellie kekonon nak balas budi laaa... Lepas kuil tu siap baru diaorang sambung nak buat istana dia balik. Tapi tetiba si kellie nak balik kampung diaorang kata ada family gathering. Masa nak balik tu dia melencong ke Lisbon, Portugal nak ambik lif yang dia nak pasang tu la. Tapi lepas tu dia tak penah balik Malaya. Dia meninggal 1926 sebab sakit patu-paru. jadi, tinggal le istana dia yang tak siap tuuu.. 

Baca sejarah ni memang boring kan? Adeeehhhh... dah le jom tengok gambar yang tahapahapa ni..

Gambar dari luar bangunan.

Batu bata import ni weeyyy..

Tak tahu le si Kellie ni nak plaster bangunan ni ke tidak. Ada yang siap plaster ada yang takde.

Kawasan belakang istana.

Bangunan tak siap le.. Apa lagi ye dak?

Landskap yang kekonon omputih leee.. Boleh laaa... Usaha yang patut dipuji.

Kawasan luar dan belakang istana.

Bilik simpanan arak. kemain takut nak turun kau.. gelap nak mampus.. apa laa... pasangkan le lampu ye dak?

Ruang tamu yang tak bertamu dan takleh masuk pun.. Tak tahu le betui ke tidak sebab macam pelik je ada mangkuk sia kat atas lemari tu..

Ada pulak tempat sembahyang. Dia ni agama apa pun aku tak pasti.

Haaa.. ni namanya serius sebab tetiba ada model segan-segan nak lompat. Kahkahkah.

Kome nengok tu, kemain lagi view ni. Ni kat bahagian paling atas istana. Kalau gayat kome jangan le naik. Tangga nak naik pun kecit kenot. Memang takleh nak selisish le. Orang dulu-dulu kecik sangat ke?


Ceh kome ingat nak masuk sini free? Takdeee.. kena bayar tauu.. Dewasa RM5 dan kekanak RM2.50.

Aku tulis ni takde le lengkap bebeno, kome nengok le kat sini ye.. Aku takde study sejarah sebab senang no tetidonye. 

10 July 2013

Ramadhan Kareem

Sahur di 1 Ramadhan tahun ni semoga semuanya baik-baik belaka dengan izin Allah S.W.T.

Semoga kita tak menggantikan syaitan yang terikat dengan makan sebanyak-banyaknya waktu berbuka nanti.

Semoga segala toksin dalam badan dapat dikeluarkan.

Semoga tak jadi jin di Isetan kala berbelanja untuk sambutan raya.

Semoga semuanya gembira di bulan Ramadhan ini.

Hoyeeeahhhhhhhh!!!!!!!

09 July 2013

Despicable Me 2

wahh.. kan main lagi sejak akhir-akhir ni pegi tengok wayang ye.. almaklumlaaa.. ehem, ehem.. :p

ok2, ni citer sambungan daripada yang no 1 dulu tu bagi aku laaa... tak best sangat pun dan aku takde gelak gila-gila dalam panggung macam yang orang lain kata kelakar giler tu. Gru (watak utama yang merupakan bekas penjenayah yang pelik) ditawarkan oleh AVL untuk cari sape yang curi serum PX-41. Dia dipasangkan dengan Lucy untuk menyamar dan syak pengusaha restoran (El Macho) kat pasaraya kat situ yang curik tapi takde bukti kukuh. Okey, plotnya bagi aku mudah sangat dan jalan cerita yang boleh dijangka. Dah dah jom layan trailer. Hahaha..

kiut kan?

05 July 2013

Lone Ranger

owhhh... Johnny Depp.. *guling-guling*

kahkahkah, tak menahan aksi hindustan tapi citer aksi ni. Semalam pegi tengok kat GSC (kemain cepat pegi tengok JD punya pasal kennn...)

Johnny Depp jadi Tonto dari puak Indian apa tah lupa.. nasib laa.. haha, nak balas dendam kat orang yang dia gelar Windigo (orang kulit putih) sebab masa dia kecik dia tukarkan maklumat hasil bijih perak kat tempat tinggal dia dengan jam rantai. Lepas tu Windigo tu datang kat tempat puak Tonto dan musnahkan penempatan diaorang. Tonto ni ingatkan yang Windigo tu nama dia Butch Cavendich (penjenayah) dan selama dia hidup memang dia kejar mamat tu je laa... Masa dia dalam ketapi nak pegi Texas dari Colby Tonto ni dah sama2 dengan si Butch dalam ketapi nak kena hukuman gantung pastu si Butch ni boleh pulak terlepas dan time tu gak la si Tonto ni terjumpa dengan John Reids (Armie Hammer atau Armie si Pengetuk? kahkahkah) adik kepada ranger terknal Dan Reids.

Si John ni pulak sebenarnya peguam, nyampah tul dengan sikap kekanak dia tu.. Hahaha.. So, dipendekkan cerita Tonto dan John ni sama-sama buru si Butch sebab dia dah bunuh abang John si Dan tuuu.. (konon nak dapatkan keadilan letteww..) Last-last deme dapat tahu yang dalang sebenar ialah Latham Cole orang yang beriya nau nak bina landasan ketapi kat situ kekonon nak bagi kemajuan la apa laaa.. Tapi niat sebenar dia nak korek semua hasil bijih perak kat situ.. Last sekali opkos laa citer Walt Disney sure happy ending punyaaa... kan? kan? kan? Dah moh tengok trailer pastu kalau ada duit lebih gi la tengok kat panggung berdekatan anda kalau tak tunggu dia keluar kat astro. Muihihihi..




p/s : cerita ni kelakar dowh.. paling tak boleh bla si Tonto sibuk bagi burung gagak dia yang dah arwah tu makan tapi walaupun terbitan encik Disney macam tak sesuai je untuk kekanak sebab aksi bunuh-bunuh dan cium-cium tu ada.

19 June 2013

as you believe, so it is for you.

Max owned a thriving sandwich shop. There were almost always people waiting in line to eat at his little shop. He gave away free pickles, free potato chips, sometimes a free soft drink, and his sandwiches were famous for being overstuffed.

One day his son, who lived in a distant city, came to visit. They had a good visit, but as the son was leaving, he told his father, "Since I've been here, I've been observing how you run the sandwich shop, and I have to tell you for your own good that you're making a big mistake giving away all those extras. The country's economy is in bad shape. People are out of work, and they have less money to spend. If you don't cut back on free items and on your portion sizes, you'll be in bad way before long too." His father was amazed, thanked his son, and told him he would consider his advice.


After his son left, Max followed his son's advice. He stopped giving away free items and he cut back on generous portions of food in his sandwiches. Before long, after many of his disappointed customers had stopped coming, he wrote to his son: "You were right! The country's economy is in bad shape, and I'm experiencing the results of it right here in my sandwich shop!"


The poor economy that the man's son saw all around him was real. Despite the poor economy, though, the father had been running a successful sandwich shop. He didn't realize that times were hard, that many people were out of work, and that money was scarce. He was treating everyone with great generosity and he was reaping the rewards that such actions always bring: a positive, generous outpouring of good things. But after his son told him about the "bad shape" the country was in, he began to act as if it were so, bringing about the only possible result - a negative, fearful, ungenerous experience of life, an experience that he believed was "out there"?

"The answers are never "out there". All the answers are "in there", inside you, waiting to be discovered.

  

18 June 2013

Larian Kitar Semula 2013

Lokasi : Depan Mydin MITC, Melaka
Tarikh : 15 Jun 2013
Masa : 7.30 am
Jarak : 4 km


Acara ni baru kali kedua buat. Yang pertama tahun lepas dianjurkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPA). Diadakan serentak dengan beberapa negeri seperti Kuantan, Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor Bahru, Alor Star dan Kangar untuk direkodkan dalam Malaysia Book Of Records. Tahun lepas aku tak join le..

Asalnya jarak larian kat Melaka tu 5km tapi terpaksa dipendekkan sebab tetiba ada lagi satu Larian Harta Intelek le pulak. Diaorang takut pelari semua berlanggar le kot kan.. Jadi le 4km..

Pendaftaran kena bagi barang-barang untuk dikitar semula sama ada 10 naskah surat khabar ke, 10 botol plastik dengan tutup ke atau 10 tin aluminium atau apa-apa brang yang boleh dikitar semula yang ada dalam senarai dia la.

Pengurusan agak lemah sebab pagi-pagi baru ada orang datang set up pentas. Dah kita menengok deme tu bekerja. Cesss.. Tak profesional keyh..

Yang ni kira fun run tapi takde pemenang walaupun ko dapat no. 1. Akhir sekali ada cabutan bertuah dapat tv, basikal, DVD player dan Sijil Simpanan Premium BSN RM5,000.00. Ewaahhh... nampak cam best kan? Tapi tak best sebab aku tak dapat. Waaaaa!!!! 

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...