16 August 2013

POHON DAN BURUNG




pohon mengeluh pada burung
"aku iri padamu yang berterbangan kesana kemari saksikan dunia"


burung menjawab
"justeru aku yang iri padamu tiada perlu jauh bepergian tuk sekadar mencari makan"

15 August 2013

kerendahan hati

kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
jadilah belukar, tetapi belukar yang baik
yang tumbuh di tepi danau


kalau kamu tak sanggup menjadi belukar
jadilah saja rumput
tetapi rumput yang memperkuat tanggul pinggiran jalan


kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
jadilah saja jalan kecil
tetapi jalan setapak yang membawa orang ke mata air


tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya...
bukan besar kecilnya tugas
yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu


jadilah saja dirimu..
sebaik-baiknya dari dirimu sendiri

27 July 2013

Seksi Ovari


Buku-buku macam ni dah semakin menular dalam pasaran. Banyak je syarikat yang berminat nak terbitkan naskah diaorang ni. Puisi, cerpen, novel yang bergenre 'zaman sekarang' ni boleh tahan jugak. Berbeza dengan puisi, cerpen dan novel orang-orang dulu, mereka-mereka ni lebih lantang dalam menyuarakan isi hati dengan kata-kata yang lebih direct. Mereka-mereka ni memang berbakat dan dengan evolusi marketing menggunakan internet ni lebih memudahkan mereka ke depan. Berbanding orang dulu-dulu yang terpaksa ketuk pintu syarikat penerbitan dan kalau nasib tak baik hasil mereka akan ditolak. Kelebihan di sini karya tak perlu dicetak dan boleh je diletakkan di blog dan jika kau bagus maka akan ada yang menawarkan untuk menerbitkan karya kau. 

Aku suka cara sekarang bukan sebab lebih memudahkan tapi kita boleh cari bakat-bakat yang ada tak disedari sendiri oleh tuan punya badan.

Okey, Seksi Ovari dengan penulis wanita, buku yang sangat feymes. Puisi-puisi tentang rasa hati seorang perempuan. Mungkin penulis nak bukunya diterbitkan dengan cara begini sahaja, polos tanpa gambar dan hanya tulisan. Bait-bait kata yang cuba disamakan irama di setiap penghujung. Bagus bagi aku tapi masih tak cukup bagus. Ceh macam aku bagus sangat tapi bakatnya tak dinafikan.

You go girl!

26 July 2013

Nuzul Quran tu apa ye?

Eh eh dah 17 Ramadhan? Tak sedar masa berlalu.. ecewwaahhh... Amboi.. ramai cuti ye? Dapat pulak cuti hari Jumaat sambung sampai Ahad. Sure ramai yang amik kesempatan ni nak balik berbuka dengan keluarga dan shopping untuk kelengkapan raya kan? 

Sebenarnya hari ni terpanggil nak tulis pasal Nuzul Quran sebab pagi-pagi dah ada soalan daripada budak cerdik, "Nuzul Quran tu apa?" Alamak, makcik cuma boleh jawab cenggini je, "Hari di mana Al-Quran diturunkan." Dah terpinga-pinga budak cerdik tu. Amende le makcik ni cakap? Tah-tah dalam kepala otak dia fikir Al-Quran tu diturunkan sebijik macam sekarang dalam satu jilid turun pakai tali. Ah, sudah.. ni yang pepagi sibuk baca sana sini sebab dah janji nanti petang nak explain balik kat dia apa dia Nuzul Quran.

Bila baca tu baru la cheq tau yang Nuzul atau maknanya diturunkan atau berpindah dari tempat yang tinggi. Manakala Al Quran maknanya bacaan atau himpunan. Yang paling cheq tak tau sebenaqnya tarikh Nuzul Quran ni bukan la 17 Ramadhan macam yang selalu kita cuti tapi sebenaqnya pada 24 Ramadhan. Macam mana kita boleh kata 17 Ramadhan? Depa habaq laaa.. Bukan aku habaq tau..


Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

 إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١﴾

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”   (8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.

“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.

.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan  seperti di bawah.

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

  1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Ewah, kemain lagi penulisan kan? Rilek-rilek, jangan kagum sangat... ni aku copy paste je daripada shafiqolbu ni haa.. aku bukan pandai sangat pun tapi terima kasih la sebab aku dapat maklumat ni dan bolehla aku terangkan kat budak cerdik petang nanti.
Selamat bercuti. :)

25 July 2013

Zen And The Art Of Happiness


Ni bukan buku cerita tapi tentang buku cara-cara nak mencari gembira. Eh? Bukan kot, mencari bahagia agaknya. Hahaha. Jangan le skeptical nengok gambo pakcik perut buncit tu ye. Buku ni bagus dan best sebab cara penulisan dia simple dan buku tak tebal. Tengah-tengah baca tetiba eh dah habis ke? 

Okey penulis dia Chris Prentiss (aku pun tak kenal gakk..). Acane nak cerita pasal buku ni eh? Dia bukan cerita tapi tentang macam mana kita nak rasa happy walaupun sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Boleh? Boleh? Korang boleh buat? Semuanya sebenarnya bergantung kepada pemikiran kita. Lagipun ada jugak yang mamat ni kata betul, kalau kita dah biasa marah-marah kita akan lebih mahukan kemarahan sebab kita rasa hati kita puas dengan rasa marah tu. Paham ke? Hahahaha! Okey2 aku memang tak pandai nak explain sangat tapi buku ni tak rugi baca dan akan membuka minda kita yang kadang-kadang tak terfikir pun yang kita sebenarnya boleh untuk pilih rasa gembira daripada merasa marah.

:)

24 July 2013

Turbo

Cerita Theo si siput yang berangan nak jadi laju macam kereta lumba. Satu malam Theo ni jenjalan memalam dan terpelanting dalam enjin keta lumba haram teruuuussss.. dia bertukar DNA jadi keta lumba le pulak> Ceh macam citer Spiderman pun hadooo.. Lepas tu mamat Mexico terjumpa dia dan Chet (abang dia) kat tengah jalan sebab dia dah kena buang dengan geng. Dari situ dia akhirnya dapat berlumba dengan idola dia si Guy Gagne yang kahirnya dia tahu takdela sebaik mana yang dia sangkakan tu..

Ceh sejak akhir-akhir ni semua citer kekanak je kan? Takpe, nanti cerita pasal drama bersiri Korea le pulak. Muahaha!


23 July 2013

Salina


Cerita ni dah lama tapi aku baru terhegeh-hegeh nak baca, sebab dulu kena baca buku teks je keennn... *konon rajin*

Salina digambarkan sebagai awek cun masa zaman selepas perang dan sebelum merdeka hidup setelah kematian keluarga dan kekasih akibat perang meneruskan kehidupan sebagai seorang pelacur. Tinggal di Kampung Kambing (sebab rumah tu asalnya nak buat kandang kambing tapi tak jadi) dengan penyewa-penyewa lain. Cerita berkisar tentang bagaimana mereka-mereka berusaha meneruskan kehidupan, anak muda jatuh cinta, hasad dengki, cita-cita dan lain-lain lagi.

Salina yang menanggung pasangannnya Abdul Fakar selama hampir 2 tahun 'makan tanggung, berak cangkung' kerana sejarah cintanya yang tak kesampaian.

Ewah, macam pengulas buku le pulak.

Buku ni bukan terbitan pertama, dah lama diaorang tak cetak sebab ada kontreversi kekonon cerita ni takde tauladan. Lepas tu anak A.Samad Said berusaha cetak balik dan aku beli online siap dengan tanda tangan. Hemph.. bangga sat dapat autograph. Sekarang korang beli kat Popular dan MPH tapi takde autograph lee.. Tetiba aku rasa special. Kahkahkah.

Ok dah, pi beli cepat.

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...