23 August 2013

Bits & Breads + Gagak di tepi pantai

Amboih, tajuk entry macam cover majalah mangga gittew.. Hahaha.

Alaaa.. aku ni memang le suka makan benda manis-manis gittew bak kata omputih 'sweet tooth'. Tapi kalau nasi lemak manis, mi goreng manis, karipap manis dan makanan yang sepatutnya pedas serta minuman manis aku takleh terima. Bagi kek, cupcake, pavlova atau seangkatan dengannya memang le kegemaran.

Tetiba entry macam promote diri sendiri kan? Haha! Sebenarnya ada le promotion kat Groupson akhir-akhir ni kat Melaka ada bukak satu bakery baru nama dia Bits & Bread kat Melaka Raya. Kemain comel kedai dia uuu.. Aku nak beli coupon dia memula tu tapi sebab bila nak redeem coupun tu kena bagi notice seminggu sebelum, maka aku pun membatalkan niat tu dan pegi teerruuuusssssss....

Aku tak berani nak ngambik gambor sebab nanti tuan kedai hunus pedang kat aku kata aku nak tiru design kedai dia kan? Maka aku pun boleh cerita je sambil-sambil korang gugel sendiri lah ye? *gila pemalas nak up gambo*

Sampai je depan kedai tu, (memang senang nak jumpa sebab obvious sangat signboard nye) ada le tulis 'no pork and no lard'. Takkan kedai roti nak letak b**i kat kek kan? Jadi aku pun dengan kondifen masuk. Pastu mata mula le melilau-lilau sebab cari meja atau kerusi. OOhhh.. rupa-rupanya dia jual jerk.. ingatkna macam cafe ke kan? Nak duduk sambil minum kopi dan makan dessert ala-ala orang perancis nampaknya tak jadi. Jadi aku pun beli je laaaaaa.. *kaciwa*

Ingat nak tapau air mineral ke, air tin ke, tengok-tengok peti ais untuk air pun takde. *kaciwa kali kedua*

Lepas tu pegi laaaa kat area pantai kat Banda Hilir tu. Park kereta tepi jalan duduk atas batu *gaya orang kecewa* Eh lupa, sebelum tu gi beli air mineral yang botol kecil tajuk Desa berharga RM1.50 kat van yang memang hehari ada kat situ *puuii.. mahal nak arwah!*


Kesimpulannya, setelah aku mengketedarah .. cupcake dia boleh tahan laaa... biasa je bagi aku, tapi bab roti dia memang fail abis lah! Tak sedapnyaaaa.... Tak tahu le kome rasa cemana. Harga dia idok le mughah puunn... 3 cupcake, satu cheese twist dalam ada crab stick dan satu hokaido chocolate apatah tu regenya 22 hengget lebih. Mahai kan?

Yang lagi best sebab dia takde meja dan kerusi yang sesuai untuk customer lepak-lepak, aku pun merayau di tengah hari sebab Jumaat kan rehat lama sikiiittt... aku lepak le tepi pantai area Banda Hilir tu. Tengah-tengah syiok makan, minum dan baca buku selamba jerk gagaks datang dekat-dekat nak cilok makanan aku. Cis bedebah! Hilang fokus tau. Sebab marah kat gagak aku pun masuk kereta, (tak sempat nak amik gambar en gagaks) abiskan makanan dan blah gi Tesco beli air gatorade.

Sekian. Hahaha!

21 August 2013

Sepatu Terakhir


Buku ni beli masa pegi melancong ke Bali hari tu. Kira perjudian je beli buku ni sebab aku tak berapa kenal dengan penulis ni.

Cerita yang tak mengecewakan dan bukan cerita cinta macam kat negara kita yang melambak-lambak tu. Cerita tentang Pak Marwan seorang pembuat kasut dan anak angkatnya Alin. Kehidupan Pak Marwan memang hanya dengan kasut, membuka kilang sepatu di kampungnya Blitar, kehilangan anak kandung sebab penyakit dan berpisah dengan isteri sebab sepatu juga. Dia nekad untuk berhenti membuat sepatu pada suatu hari dan ini amat mengejutkan anak dan pekerjanya. Kelakuan-kelakuan misteri Pak Marwan sangat mengganggu Alin dan sebab musabab dia ingin berhenti membuat sepatu juga tak pernah dia nyatakan kenapa. Melalui sepatu juga Alin seorang penulis bebas mengenali kehidupan orang yang kehidupannya berubah setelah memakai sepatu terakhir yang telah dibuat oleh Pak Marwan.

Amboi, macam serius je cerita ni.. Aku suka baca cerita macam ni sebab aku tak boleh agak cerita seterusnya macam baca novel cinta cintun yang banyak kat kedai buku sekarang ni. Disamping cerita yang ada terselit ayat-ayat yang meyedarkan kita tentang makna kita hidup kat dunia ni.

Ewah.. dah dah. Nanti cerita lagi lah. Tata. :p 

16 August 2013

POHON DAN BURUNG




pohon mengeluh pada burung
"aku iri padamu yang berterbangan kesana kemari saksikan dunia"


burung menjawab
"justeru aku yang iri padamu tiada perlu jauh bepergian tuk sekadar mencari makan"

15 August 2013

kerendahan hati

kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
jadilah belukar, tetapi belukar yang baik
yang tumbuh di tepi danau


kalau kamu tak sanggup menjadi belukar
jadilah saja rumput
tetapi rumput yang memperkuat tanggul pinggiran jalan


kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
jadilah saja jalan kecil
tetapi jalan setapak yang membawa orang ke mata air


tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya...
bukan besar kecilnya tugas
yang menjadikan tinggi rendahnya nilai dirimu


jadilah saja dirimu..
sebaik-baiknya dari dirimu sendiri

27 July 2013

Seksi Ovari


Buku-buku macam ni dah semakin menular dalam pasaran. Banyak je syarikat yang berminat nak terbitkan naskah diaorang ni. Puisi, cerpen, novel yang bergenre 'zaman sekarang' ni boleh tahan jugak. Berbeza dengan puisi, cerpen dan novel orang-orang dulu, mereka-mereka ni lebih lantang dalam menyuarakan isi hati dengan kata-kata yang lebih direct. Mereka-mereka ni memang berbakat dan dengan evolusi marketing menggunakan internet ni lebih memudahkan mereka ke depan. Berbanding orang dulu-dulu yang terpaksa ketuk pintu syarikat penerbitan dan kalau nasib tak baik hasil mereka akan ditolak. Kelebihan di sini karya tak perlu dicetak dan boleh je diletakkan di blog dan jika kau bagus maka akan ada yang menawarkan untuk menerbitkan karya kau. 

Aku suka cara sekarang bukan sebab lebih memudahkan tapi kita boleh cari bakat-bakat yang ada tak disedari sendiri oleh tuan punya badan.

Okey, Seksi Ovari dengan penulis wanita, buku yang sangat feymes. Puisi-puisi tentang rasa hati seorang perempuan. Mungkin penulis nak bukunya diterbitkan dengan cara begini sahaja, polos tanpa gambar dan hanya tulisan. Bait-bait kata yang cuba disamakan irama di setiap penghujung. Bagus bagi aku tapi masih tak cukup bagus. Ceh macam aku bagus sangat tapi bakatnya tak dinafikan.

You go girl!

26 July 2013

Nuzul Quran tu apa ye?

Eh eh dah 17 Ramadhan? Tak sedar masa berlalu.. ecewwaahhh... Amboi.. ramai cuti ye? Dapat pulak cuti hari Jumaat sambung sampai Ahad. Sure ramai yang amik kesempatan ni nak balik berbuka dengan keluarga dan shopping untuk kelengkapan raya kan? 

Sebenarnya hari ni terpanggil nak tulis pasal Nuzul Quran sebab pagi-pagi dah ada soalan daripada budak cerdik, "Nuzul Quran tu apa?" Alamak, makcik cuma boleh jawab cenggini je, "Hari di mana Al-Quran diturunkan." Dah terpinga-pinga budak cerdik tu. Amende le makcik ni cakap? Tah-tah dalam kepala otak dia fikir Al-Quran tu diturunkan sebijik macam sekarang dalam satu jilid turun pakai tali. Ah, sudah.. ni yang pepagi sibuk baca sana sini sebab dah janji nanti petang nak explain balik kat dia apa dia Nuzul Quran.

Bila baca tu baru la cheq tau yang Nuzul atau maknanya diturunkan atau berpindah dari tempat yang tinggi. Manakala Al Quran maknanya bacaan atau himpunan. Yang paling cheq tak tau sebenaqnya tarikh Nuzul Quran ni bukan la 17 Ramadhan macam yang selalu kita cuti tapi sebenaqnya pada 24 Ramadhan. Macam mana kita boleh kata 17 Ramadhan? Depa habaq laaa.. Bukan aku habaq tau..


Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

 إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١﴾

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”   (8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.

“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.

.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan  seperti di bawah.

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

  1. “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Ewah, kemain lagi penulisan kan? Rilek-rilek, jangan kagum sangat... ni aku copy paste je daripada shafiqolbu ni haa.. aku bukan pandai sangat pun tapi terima kasih la sebab aku dapat maklumat ni dan bolehla aku terangkan kat budak cerdik petang nanti.
Selamat bercuti. :)

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...