23 June 2014

Sundown Marathon 2014 (Singapore)

Lokasi : F1 Pit Building, Singapore.
Tarikh : 31 Mei 2014
Masa : 11.30 p.m
Jarak : 42.195km



Ye ye sila kagum sikit sekarang sebab buat keje tak senonoh pegi lari full marathon. *nangis*

Kenapa kat Singapura pulak ko sebok nak lari full marathon Senah? Kat Malaysia takleh lari? Dengan penuh sopan saya menjawab, "Aku punya duit, aku punya kaki, aku punya suka le nak lari full marathon kat mana." Boleh cenggitu? Hahahaha. Kuang hajo bertingkat ko ye. Kang ada pulak yang komen mulut aku boleh tahan ye dak? Lulz.

Takde takde.. saje je nak lari full marathon alang-alang bayo mahal dan jalan jauh sikit kan? Jadi kekonon rasa berbaloi nak lari dan mengsakitkan kaki ye dak?

Bayaran dia kalau ikut SGD takde le mahal sangat, cuma SGD80 je.. Kalau nak rasa mahal kome darab le sendiri, aku takmo darab sebab nanti rasa mahal, wahahaha.

Disebabkan berlari kat obersi kansss (obersi sangat..) kena le bagi tau aku duduk mana ye dak? Okey kita start dari perjalanan.

Aku dan member (berdua saje) decided naik bas je sebab memikiorkan nak lari jauh-jauh lepas lari nak drive balik memang idok lee.. Aku naik bas dari Melaka Sentral pukul 1.30 pm dan perjalanan amik masa dalam 3 jam lebih. Bas yang aku naik ialah 707 Travel Group dan stop kat Queen Street. Tak jauh dari tempat aku menginap. Sampai kat Kastam Malaysia takyah check beg bagai tapi sampai kat Kastam Singapura kena bawak turun semua beg untuk check tau. Jadi dinasihatkan kome bawak beg yang senang nak diangkut sebab kalau check kat laluan Link Kedua tu jauhnya nak menapak sebab kawasan dia luas bebeno.

Eh tetiba rasa malas nak citer pasal penginapan kat sini. next entry la baru citer ye? (Dasar pemalas)

Okey kita cerita masa nak amik race kit. Untuk overseas runners yang baru sampai, kitaorang boleh amik pukul 6.30pm pada hari nak lari. Sebelum amik tu aku dah jenjalan dulu sebab sampai awal sehari (Citer nanti gak lah ye..) Jadi petang tu dah gelabah nak cari bilik nak solat. F1 Pit Building ni sebelah Singapore Flyer je pun.. Aku tanya kat area Singapore Flyer tu memang takde bilik solat, kat F1 Pit Building pun takde gak. Aku dengan muka tak malu tanya pak guard yang memang dah confirm orang Malaysia dan Melayu katne tempat solat. Pakcik tu pun dengan baik hati bagi aku tumpang solat kat bilik meeting kot dan guna toilet kat dalam tu. Lepas solat terus ngam-ngam dapat amik race kit.

Masa ni dah debor gila sebab takut lari tak abis nanti maluuuu...


Apa yang pelik masa aku amik baju, memang terang-terang minah gila tu amik baju dari kotak Men. Bila aku cakap "You took my shirt from mens box". Dia dengan selamba cakap, "Yes, that's the correct shirt". Aku pun percaya je laaa... Nak tahu ke apa yang ada dalam beg gedabak tu? Hapah takde benda best. Boooo...


Petang sebelum amik race kit sempat makan Tuna sandwich kat Subway sini. Harga satu set je dah SGD10. Jangan darab dengan RM kang pengsan.


Ni route untuk aku habiskan. *nangis* Water station dia memang banyak gak tapi jauh gak laa.


Okey lari start 11.30pm untuk full marathon. Yang 10km dan 5km start awal sikit. Aku rasa yg 21km tu start lepas kitaorang sebab berlambak je bib yang lain lari dengan aku. Takkan aku potong diaorang kan?




Eh haruslah tunjuk bukti aku kat kawasan kejadian. Maka aku pun pakai la shirt untuk lelaki.. Hahahaha. Cilakak punya minah tadi.


Tandas yang disediakan memang banyak tapi tak cukup banyak untuk peserta yang berjumlah 30,000. 


Suasana sebelum lari memang happening gila.


Band dan instructor bagai semua letak kat atas, senang kan?


Masa ni adrenalin memang tengah menggila woooo.. hati berdebar gila. Nampak tak orang tua pakai baju hijau belah kanan tu? Jangan pandang rendah woi.. dia sangat aktif marathon, orang Malaysia (sila bangga). Beliau ialah Oliver Ker umur 70 ++ dari Sabah. Dia siap potong gua tauuuuuu.. (maluuuu)



Tak tahu le mana sesat orang neon ni tapi yang ni lari untuk 10km je kot.


Terima kasih Running Shot sebab terambil gambar saya satu je! Eh lupa kebanyakan gambar kat sini daripada Running Shot. Sibuk berlari bila masa ko nak amik gambar ye dak?


Antara laluan yang menarik. Ada laluan tu memang gelap gilos siap ada lubang-lubang yang agak bahaya, tapi organizer berusaha la letak lampu dan volunteers bagi runners tak lalu kat lubang-lubang tu.


Ni bila sampai kat finishing line diaorang siap-siap bagi pisang, air, medal dan finisher T.


Lepas lari dan jalan selama 7 jam 30 minit, kitaorang rehat kat kawasan situ dan berbaring. Memang lega gila sebab lari tu memang sakit kaki woooo (T___T)


Meh le bergambar sementara tunggu matahari terbit dan nak cari teksi balik ke hostel untuk berehat.


Saya dan cik Jie berlatar belakangkan bangunan Marina Bay.


Kebanggaan.


Kesimpulannya, (wah macam karangan spm pulak) larian ni best sebab lari tengah malam. Walaupun lari tengah malam, suhu memang tinggi dan panas tapi nasib baik ada hujan sekejap dan menyejukkan suhu malam tu. 

Tandas kat sana tak tahu la aku sebab ramai gila guna kot sampai kotor gila. Aku pun geli sebab diaorang kat sana kan lap-lap jee.. so bila tandas dah ada 'alien' memang tak dapat le nak cover dah weii..

Water station seperti yang dikatakan tadi boleh laaa... ada bagi pisang gak masa lari dan kek pisang pun ada. Lokasi untuk lari bagus gak dan laluan dia syok tepi pantai. Sambil lari nampak orang camping, dating, bbq siap sambil lari ada bau ikan bakar. Pergghh.. Kat sana pun ada orang gelandangan gak.

Goodies tak best. Hahaha berharap dapat banyak hadiah lettew. Lepas balik hostel, tido sat, makan tengah hari pukul 3.30pm naik bas, pengsan, bukak mata sampai Melaka.

Natijah selepas lari full marathon, hanya yang pernah buat full marathon je akan faham.



Kahkahkah!

The End.

23 May 2014

nike double sport hair bands.

why? why? why nike didn't sell this headband anymore?
 i really want it!!! 



20 May 2014

makan-makan yang tak seberapa kat port dickson

Ini adalah sambungan cerita berpoya-poya kat PD hari tu. Takkan le kami nak makan kat hotel memanjang, kami ni bukannya orang duit berkepuk sangat pun. Lagipun makan kat kawasan setempat lagi best kan?

Hari check in tu kitaorang cari makanan tengah hari sebab perut dah buat lagu remix k-pop. Member gua sibuk laaa nak makan nasi kukus grill panggang, kukus grill panggang, eh? Takde-takde.. Nak makan nasi kukus ayam panggang ala cowboy, gittew. Korang check kat SINI untuk gambar yang banyak dan lokasi. Komen aku adalah seperti berikut;


  • lokasi mudah nak cari sebab tepi jalan.
  • memang koboi abis sebab lantai pakai pallet lepas tu pakai plywood.
  • hiasan bagi aku ada tema tapi sila perbaiki lebih banyak.
  • makanan bagi aku tak sedap. budak-budak suka la kot. sup pakai perencah pun cair, sos tak sedap. sila jangan marah aku sebab ni pendapat aku ye. kalau korang suka gila, sila makan aku tak marah pun.   
  • harga tak murah mana pun dengan kuantiti dan kualiti makanan yang ditawarkan.

Ni je yang sempat aku snap. :p

Lepas tak puas hati dan tak puas perut, kitaorang on the spot start keta pegi kat depan sikit berdepan dengan Teluk Kemang yang ada ramai orang tu. Nampak le ramai betul umat kat kedai ni, Warisan Corner Asam Pedas. Macam-macam lauk hadoo.. Kitaorang makan macam baru lepas 5 minit tadi kitaorang tak makan apa-apa pun. Punya la resakse. Makanan dia sedap oi. Tak sempat gak nak amik gambar sebab sibuk memenuhi napsu binatang jadi sila lihat link INI

Balik hotel lepak, mandi, berpoya-poya, lapar, keluar makan kat area PD Waterfront. Tapi sebab dah malam, member aku bawak kitaorang makan port lama yang dia penah makan. Aku pun tak tahu nak explain kat mana ni. Makanan dia biasa-biasa je. Kami makan sotong kangkung, char kuew tiaw dan otak-otak.







Lepas makan, balik hotel tido. Sekian.

Esok pagi breakfast kat hotel sebab dah bayar kannnsss... Lepas makan, terjun, siap-siap check out, kebas tisu hotel sekotak, kitaorang decide pegi lepak minum kat Strabucks. PD ada Starbucks weyh! Aku kagum sebentar. Rupa-rupanya malam tadi punya cerita kitaorang makan belakang area PD Water front jew. Takyah le aku citer lelebih minum kopi kat Starbucks je pun. Sama je memana.

Member gua yang omey comel. Singgah nak jadi model sebentar. Kuikui.

Pastikan korang nampak signboard yang penuh ini kat simpang tiga dan ikut anak panah untuk sampai ke lokasi.

Kalau korang nak tengok planning dan gambar-gambar lain kat PD Waterfront ni boleh la pegi ke http://www.pdwaterfront.com.my .

Kat sini ada Mekdi, Dominus, Kepsi, Pizza Hat, Starbucks, shopping mall dan macam-macam lah.. 

Gembira nau kengkawan gua sebab nak balik.


Gambar curik nii..

Nak gakkk gaya retissss member gua.. 


Beriiiikannnn.. Dia nak gaya retiss jugakkk...

The End.

12 May 2014

Berpoya-poya bersama BFF di Port Dickson

Ada laaa satu minggu tuu aku plan dengan kengkawan pompuang je pegi short vacation je sebab memasing stresssssssssss bekerja. Kitaorang buat plan dalam 3 minggu awal dan bersetuju pegi dekat-dekat je. Setelah dicongak masa dan kewangan, kami sepakat ke Port Dickson dan menginap sehari semalam di hotel Thistle. Eh apasal tak pegi Grand Lexis? Bukan hotel tu tengah in sebab ada private swimming pool? Ceh, kitaorang nak pool yang besar. Ye, yang besar, besau, besaq, biq, hen3 da4.

Mari ambil tahu lokasi hotel Thistle.

Kalau korang sesat gak pakai peta dan gps, boleh la tgk alamat dan call kat alamat bawah ni

KM16 Jalan Pantai, Teluk Kemang, 71050 Si Rusa, Port Dickson 71050
Hotel: +606 648 2828Fax: +606 662 7999


Check in pukul 12.00 dan aku sampai memang ngam-ngam hoi pukul 12.

Signboard hotel yang dah berlambak orang ngambik gambor. Oh ye aku tak ambil gambar parking sebab tak ingat. Parking dia sentiasa penuh kot aku rasa. Memang ramai yang stay kat sini.

Bilik

Kita tengok gambar bilik dulu lah ye sebab bila aku sensorang kat lobi ada rasa vangang ngambik gambar lobi. Kengkawan lain tak sampai lagi jadi aku masuk bilik dan snap gambar bilik lepas tu zzzz haha. Boleh tahan laaaaa bilik kitaorang ni. Aku pilih ngadap garden sebab maleh dengo bunyi bising dari swimming pool. Kekonon nak senyap sunyi sangat. Lantai memang takde carpet langsung. Deco dia aku tak rasa cantik sangat sebab macam deco lama serta langsir pakai kain murah padahal hotel 4 star.


Ini balkoni dan view dari balkoni. Nampak lauuutttttt uuutttt uuuutttt *sila moncongkan molot*


Apa, ingat aku budak tak matang amik gambo selfie dalam tandas? Lokasi tempat aku berdiri itu adalah diluar tandas. Tandas ni takde bathtub, tak tahu kenapa takde. Tak berapa bersih bagi mata aku. Mungkin diaorang tak cukup pekerja nak bersihkan tandas? Atau tak sempat nak bersihkan tandas dah ada ada orang check-in? Maleh nak tunjuk gambar part kotor tu kang tak comey pulak entry aku ni.

Oh ye room service masa aku stay sini macam lambat sikit, mungkin sebab ramai sangat orang yang menginap kot. Kesian kat akak room service tu melayan telefon aku yang tak putus-putus. 

Lobi

Tengah syok tido member call dah sampai. Jadi kita dah tak rasa vangang nak ngambik gambar lobi deme yang gedabak besonya. Caption atas tu adalah sedang menikmati welcome drink yang super duper sedap! Walaupun dah check in tapi setiap kali lalu dan dah check out pun kitaorang minum air ni. Memang teringat-ingat kesedapan air tu. Aku saspek diaorang letak kas-kas kot?


Kalau lepak kat sini petang-petang memang syiok laaa.. Boleh nampak laut dan swimming pool. Siap ada piano yang tak tahu laaaa bila masa orang guna. 



Ni gambar daripada google. Nampak lawa le angle dia daripada aku punya kan.. Maklumle kita amik gambar pakai henpon jew.


Kat lobi tu siap ada deck boleh nengok swimming pool.... Walaweh.. memang jadi jakun kejap laaa tak sabor nak terjun. Tunggu petang sikit la kang terjun tengah hari abis legam nanti.

Swimming Pool

Petang tu jugak dengan perasaan kanak-kanak dah mebuak tu kitaorang pegi terjun. Weehoooo!!!!


Besau woi kolam dia. Tapi idokle dalam macam kolam olimpik. Paling dalam 2.8m jewww.. Tak taule aku berenang tu gaya apa. Dugong pun apa ada hal.. Hahaha. Apa yang best kat sini kalau weekend tu diaorang bagi popcorn percuma! Bila berenang tu masa kepala dalam air okey je.. Angkat kepala je bau popcorn, angkat kepala je bau popcorn, angkat kepala je bau popcorn. Diaorang bagi air mineral free kat tepi kolam tu letak dalam chiller box. 


Yang best satu lagik ada bar tengah-tengah kolam. Kekonon sambil duduk dalam ayor tu kita boleh order air untuk minum. Ni pun gambar daripada google.

Kolam untuk kanak-kanak tak mengecewakan tapi aku tak pegi ngambik gambar. Cari dalam google pun tak jumpa lak. Ada dua slide dan sangat best walaupun aku bukan la kekanak lagi.

Surrounding 

Lepas jadi dugong kita jadi ketua kampung pegi merayau tengok kawasan sekitar. Besar gak kawasan ni. Boleh dikatakan perancangan aktiviti dan landskap kat sini agak berjaya.


Cantikkkkkkkkkkk.....


Suka tak? Suka tak? Ada fefeeling macam alam bunian sikit tak? Hahaha. Tetiba rasa seram.

 Fun Fair

Sempat le kitaorang main benda-benda mini fun fair ni. Takde orang lain main punnnn kitaorang je. Dah kenapa 3 pompuan yang tak berapa nak muda ni macam orang tak betul main mende ni? Dapat hadiah air tin tau. Takde le senang nau nak menang tapi staf tu kasik tolong kita menang dan kami semua dapat air tin. Wahahaha! Tak lupa ada dam aji dan dam ular gergasi. Kitaorang cuma buat aksi munguks kat situ je. Takde nak main leee.. Kihkih.

Cumulus

Kitaorang berusaha nak berkaraoke sebab boleh karaoke free 30 minit. Tapi takleh sebab diaorang tengah renovate le pulakkkkkk... Memang saje je tak nak bagi kitaorang tunjuk bakat terpendam lettew. Tempat karaoke tu kat area Cumulus. Bar ni kat tepi pantai dan terletak jauh sikit daripada bilik. Takde le orang melalak nanti ganggu ketenteraman orang nak tido.



Ada mini swimming pool tapi aku rasa jakuzi kot sebab air dia ada membuak-buak dan kedalaman dia cetek je. Takde le kitaorang masuk sebab masa kitaorang tengok-tengok diaorang baru je ngangkut encik ti dari dalam kolam. Ish kang ada yang kena jangkitan kulit tak pasal-pasal kang. 


Tetiba gambar ni macam kat obersi lak. Perasan la kau..

Lepak sat sampai sunset tapi awan banyak lak petang tu.


Malam pun lawaaaa... Kitaorang lepak sini sembang-sembang sambil minum kopi dan teh dan ditemani lampu-lampu dan angin malam serta bunyi ombak. Wahhh kemain description. *gambar dari google*

Pantai

Kat sini ada private beach. Apa yang best pantai dia bersih dan landai. Rasa macam dah ke tengah dah tapi masih boleh berdiri. Ombak masa kitaorang datang tu boleh tahan kuat dan syiok.


Tak tahu la siapa yang berusaha buat buaian ni. Macam budak-budak le kitaorang main. Siap buat macam-macam gaya merepek yang tak boleh ditonjolkan kat sini. :p



Hotel ni siap bagi buat aktiviti water sports for free. Tapi ada had masa la kan.. Kalau tak mau aku rempitkan jet ski diaorang sampai abis minyak. Kalau ombak terlalu kuat diaorang tak bagi main laaa bahaya kan? Nyawa tu penting kauuu.. *gambar dari google*

Etc



Ni gambar dari google gak. Kalau korang ada anak-anak kecil, diaorang pun akan gembira kat sini sebab hotel ada sediakan tempat permainan yang warni warni ni. Selain tu untuk kanak-kanak lelaki yang dah agak dewasa ittew ada disediakan bilik video game siap ada psp. Yang umur comel-comel ada gak bilik untuk arcade, ada bilik movie. Ish rugi pulak tak amik gambar hari tu. menyesal kemudian memang tak berguna.


Esok pagi breakfast makanan dia memang superb kat Fresh. Makan tak hengat woi. Habis diet atlit gua. 

Kat sini tempat makan dia je ada 5. Hamik ko.. Tido le 5 hari baru puas ati boleh rasa satu restoran satu hari. 

1. Fresh - Tempat makan buffet untuk breakfast, makan tengah hari dan makan malam dengan juadah tempatan dan antarabangsa.
2. Glass -  Makanan Itali dengan ruang makan terbuka dan tertutup. Bukak hari Selasa - Ahad. Makan malam  6.30 pm - 10.30 pm, makan tengah hari 12.00 tengah hari hingga 2.30 pm pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
3. Steps - Dekat dengan lobi utama, (Gambar yang aku letak kat atas tadi tuuu) sangat sesuai untuk bersantai dan berbual bersama kengkawan. Ada teh,kopi dan wain serta pelbagai jenis kuih muih, kek dan pastri. Malam baru ada orang piano rupanya... :p
4. Chinoise - Menghidangkan makanan Kantonis dan Szechuan dengan tradisi Cina. Buka hari Selasa - Ahad dari 6.30 pm - 10.30 pm. Makan tengah hari dari  12.00 pm - 2.30 pm setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad.
5. Cumulus -Tempat makan yang aku amik gambar beria tuuu. Kanak-kanak tak dibenarkan masuk kawasan ni.

Ada padang golf, gym, spa (mahal nak arwah harga dia), ping pong, mini golf dan lain-lain yang aku tak sempat nak explore pun dalam masa sehari semalam. Nampak gaya kena repeat lagi sekali? Wifi percuma tapi sekarang semua orang dah pakai data memang takde tanya siapa password wifi. Ada flyingfox tapi kena ada 20 orang baru diaorang akan buat. Kalau kitaorang 3 ketul ni memang dia tak layan la.. :p

Kalau tak panjang entry bukan aku lee.. Haha!

Lastly aku belanja sunset yang cantik sebab korang baik hati baca entry aku. :)


Eh, nanti sambung pegi makan area PD pulak lah ye? :P

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...