14 September 2018

Krabi 2016

Okeyh kita try la throwback pelan pelan. Bertabahla nak mengingatkan balik.

Anak buah aku si Awin le beria-ia nak ke Krabi sebab citer apa tah dia tengok yang Aaron Aziz berlakon dengan Zara Zya yang ada trip ke Krabi. Diaorang satu family tak penah keluar negara so ajak la kitaorang sekali. Aku memang nak naik flight je sebab malas buang masa atas jalan raya. Pastu laki mak yang perasan orang Sekotlen tu beria-ia nak naik keta. Ada ke nak naik Kombi? Takde ekon? Sampai sana jadi daging salai gamaknya. Last2 kitaorang sewa keta jiran sebelah pakai Nissan Serena. Macam-macam drama woi trip ni. Kahkahkah.

Cerita sebelum pergi adik ipar aku tak lepas buat passport kat Melaka sebab dia penah ada passport tapi dia lupa kat mana. Dah la buat last minit memang nak kena sepuk la dia tu. Lepas tu kitaorg on the way tu singgah kat Bangi (tutup!) dan Putrajaya (tutup gak!). Kitaorang gerak tu Sabtu tapi kitaorang dah check sepatutnya tempat tu bukak Sabtu separuh hari tapi malangnya Selangor dan Putrajaya cuti sebab apa tah dah lupa. Dengan muka sedih adik ipar aku (panggil Dak Adik gak) kata takpela dia ikut sampai Perlis je pastu balik Melaka naik bas kalau tak dapat buat passport. Kitaorang kata "Takpe kita try kat Kedah esok pagi. Kedah kan Ahad keje". Bayangkan dari selatan ke utara semalaman (jalan sesak gila sebab orang cuti panjang masa tu, cuti Awal Muharam dan hari jadi Sultan Selangor rasanya) sampai kat Imigresen Alor Setar dapat no. giliran yang pertama, dengan semua orang tak mandi. Wakakakaka.

Lepas drama passport abis, kitaorang menumpang kasih eh mandi... kat rumah adik aku kat Perlis. Tengah hari terus gerak masuk Thailand ikut Wan Kelian.

Okey nak naik keta ke Thailand senang je benaunya. Idokle susah mana. Tapi aku malas nak cerita pasal tu korang gugel la sendiri ye.

Okey sampai je ke Krabi hari dah malam sebenarnya. Penat nak arwah weyh  naik ketaaa.. Sumpah aku tak nak buat dah hahahaha.

Loma Place

Okey kitaorang stay kat Loma Place.

Okey 2 gambar ni aku amik dari google je sebab aku lupa nak amik gambo. Boleh?

Tempat yang cantik tapi bukan berdepan dengan laut. Kedalam la sikit dekat dengan orang kampung. pagi-pagi nampak budak sekolah jalan kaki pegi sekolah ada yang mak hantar naik moto. Laluan dia kecik sikit tapi menarik bagi aku dan aku suka sebab malam tak bising. Kat simpang depan lorong hotel ni ada kedai runcit 24 jam dan kedai makan orang tempatan yang tak sesak macam depan pantai Ao Nang. Ada disediakan parking kereta dan kalau nak sewa motor pun pihak hotel ada sediakan.

Malam tu memang tak kemana sebab penat gila weyh. Jalan kaki kat lorong depan tu ada kedai makan. Kalau kat Malaysia tu ala-ala kedai tom yam la tapi sedapnya diaorang masak.. ya ampunnn...


Elephant Camp Khao Panombenja

Hari pertama kat Krabi pilih nak layan gajah la dulu. So kitaorang pergi ke Elephant Camp Khao Panombenja. Sebenarnya ada banyak tempat macam ni kat Krabi.. Pilih je memana yang mana koram nak pegi. Rasanya kitaorang pegi sendiri naik kereta je kot (dah lupa haha). Kalau koram sejenis pencinta binatang tak tau la nak kata apa diaorang buat ni kejam ke tak. Tapi ni la antara punca pendapatan diaorang kat sana sebab aku boleh nampak diaorang latih gajah-gajah ni sejak dari kecik lagi. Siap ada sekor gajah tu dah besar kot tapi ikat tali je kaki dia kat tunggul kayu yang aku rasa bebila je dia rentap memang abis je kayu tu. Tapi sebab diaorang tu dah dilatih dari kecik yang kayu tu lebih kuat daripada diaorang, maka sampai diaorang besar dia anggap benda tu sama je.

Adik ipar aku dan anak-anak dia.
Sesi menunggang gajah merentas desa, lalu kat anak sungai la ladang kelapa sawit la..
Ni eksen je sebenonya.. Bukan berjalan pun hahaha.. Gila ko nak bawak gajah.
Aktiviti bagi gajah makan. Ni kena beli le makanan dia kat situ.
Cubaan bermesra dengan gajah.
Pandai weyh gajah ni buat show. Sebab dia kecik takleh bawak orang, dia kena gak buat keje.
Diaorang bagi je pelancong bergambar dengan gajah kecik tu lepas dia buat show.
Lepas tu diaorang sediakan buah percuma dan air pun percuma (banyak la kau percuma, padehal dah termasuk dalam pakej tu)

Ao Thalane

Lepas layan gajah kami balik ke hotel pi tukaq baju pastu nak pi kayak kat Ao Thalane. Pakej kayak ni diaorang amik dan hantar balik sekali kat hotel.

Tak tau nak amende menatang aku naik ni bas ke lori ke motor 😂


Area kat tempat naik kayak tu. Jeti dia penuh je dengan bot nelayan. Dia dah siapkan tempat untuk ko letak selipar or kasut dan beg. 

On the way ke kawasan kayak tu diaorang ajak singgah tengok starfish. First time aku dapat pegang abam Patrick. 

Dua ketul budak cuba cari starfish.
Sepet dapat sekor Patrick.
Akak cuba berzapin di Krabi.
Geli sebenaunya nengok Patrick ni berjalan. Kaki dia juta-juta lemon hahahaha.

Lepas tu diaorang bawak kitaorang melawat kengkawan kat sana. Kera kat sini special tau diaorang tak makan buah sebab kawasan diaorang takde buah nak dimakan, yang ada ketam je. Diaorang survive dengan makan ketam kecik. Lepas tu diaorang terer gila cari ketam kat situ.

Diaorang ni jenis berani gila. Jenis tak takut orang dia selamba datang nak korek beg. Jangan la gatal nak offer makanan ke apa memang kena serang la nanti.
Ramai gila diaorang kat situ, tak tau cemana diaorang ada kat situ. memang standby je tengok kayak kalau datang, tak berani kitaorang datang dekat.






Antara gambar-gambar yang sempat diambil masa kayak. Kalau tanya aku sebenarnya cantik kawasan ni. Ngeri gak nak kayak kalau sensorang sebab besar kot kawasan dia. Kayak celah-celah batu gittew.. Abis kayak pun diaorang dah siapkan buah untuk dijamu dan air mineral.

Street Market Ao Nang

Balik malam tu pi cari makan kat area pantai Ao Nang. Yang pemes pancake apatah lupa nak amik gambo sebab lapo bebeno time tu. 




Makan eskrim kelapa pun syiokk..
ainting yang banyak kat jalan Ao Nang tu bukan diaorang lukis pun weyh.. Diaorang kaler pakai kod warna mcam Paint It Yourself tu.. Kantoi sebab aku cari tandas kat area situ tak jumpa.. Pusing-pusing sampai belakang kedai tu yang aku tengok diaorang tengah ralit mewarna ikut kod warna.
Ye ye je diaorang ni jual macam artis yang buat. kehkehkeh.

Island Hoping

Esoknya plan nak island hoping tapi pegi 4 pulau je. Hajat dihati nak buat rock climbing kat Riley Beach tapi malangnya takleh datang terus terjah nak buat rock climbing tu. Kena booking dulu baru boleh.. Aduuhh kecewa tauuu..


Serius lupa ni katne 😅

Riley Beach

Riley Beach la rasanya ni.. Lupa dah ahahaha..  Pantai kat sini kecik je. Kat sini la nak buat rock climbing tapi tak dapat. Kecewa terus tak nak amik gambar orang lain buat rock climbing.

Ni pun kat Riley Beach, penuh la dalam bot diaorang jual makanan macam nasi goreng kat kedai tomyam tu.. jagung bakar dan macam-macam lagi la. Harga boleh tahan mahal la sikit daripada kat Ao Nang.

Chicken Island

Walaupun dia kata 4 island tapi kami dapat 5 sebab Riley Beach sebenarnya tak termasuk dalam pakej tu. Chicken Island ni je rasanya tempat yang boleh snorkeling. Kalau tanya aku la.. Snorkeling kat Malaysia lagi best and serius lebih cantik.

Tup Island

Kera banyak kat Tup Island pastu jenis tak takut manusia. Pantang tengok kita lepa dia curi makanan kita. Kitaorang kena gak tau. Masa tu bukak jajan seaweed pastu anak buah gatai bagi kera makan. Pastu dia boleh terpa rampas jajan tu, yang lagi best dia rampas jajan seaweed yang pedas. Padan muka kera tu tapi yang lagi malang dia pegi rampas botol air orang lain sebab pedas. memang kecoh la tetiba kat kawasan kitaorang masa tu.

Poda Island

Kat Poda ni rasanya paling pemes sebab sesuai kanak-kanak nak mandi.
Gambar ni nak tunjuk dari pulau boleh jalan kaki ke pulau satu lagi masa air tengah surut. Takde mende pun kat pulau pandan jauh ke tengah tu hahaha. Oh ye ni kat Tup Island.
Aku agak je ni kat Poda hahaha lupa katne ni..

Sehari buat island hoping penat balik terus tido tapi sebelum tu makan la kat depan lorong hotel tu.


Emerald Pool

Esoknya pepagi gerak pegi Emerald Pool. Boleh tahan la gak jauh dalam sejam kot. Rasanya tempat ni memang pemes kalau ke Krabi. Rasa macam kat Malaysia je kalau pegi sana sebab penuh orang Malaysia je. Kena bayar masa nak masuk dan dah lupa berapa (adehhh). Pastu dari pintu masuk kena jalan kaki dalm 1.4km nak dapatkan kolam yang boleh mandi. Ada hot spring tapi lupa la ada pegi ke tak. Macam takde gambar jadi anggap tak pegi je la.

Laluan air dan banyak kolam takungan kecil semulajadi daripada pintu masuk ke Emerald Pool.
Emerald Pool ni penuh terutama cuti sekolah dan hujung minggu. Takde la dalam sangat tapi memang cantik tempat ni tapi kena hati-hati sebab licin gila kawasan ni.
Blue Pool ni kena jalan kaki ke dalam lagi. Lawa tempat ni tapi tak dibenarkan untuk mandi, bahaya rasanya. Lagipun sulfur dia tinggi tu yang nampak biru dia kemain lawa lagi.
ntara makanan yang menarik perhatian tapi lupa dah amende ni. Macam telur ayam kan? 
Jumpa budak kecik ni comel je dia dengan kaki ayam minum air dalam baldi. 

Krabi Shell Fossil Beach

Tak tau cemana lepas tu kitaorang boleh terpegi ke Krabi Shell Fossil Beach. Kalau aku ni saintis maybe la aku rasa teruja sebab aku tak paham apa yang berlaku kat situ sebenarnya (konpius melanda diri). Tapi kawasan tu boleh tahan cantik sebenarnya kalau dibangunkan dengan baik. Nak masuk pun kena bayar gak (koram google la sendiri kalau minat).

Fosil tu kat konkrit tu tapi khalus bebeno. Katanya ada kat US dengan Jepun gak. Yang pasti Malaysia takde.

Tak tau nak buat apa kami main buaian. Mana tah gambar tepi pantai kat sini. Malas nak cari dah.
Balik singgah le nak bergambo gak kat ikan todak ni. Motip?
Esoknya kami gerak la balik ke Malaysia. Singgah banyak tempat gak. Tapi malas nak citer sebab dah panjang sangat rasanya entry ni. Malas nak recall dah. 

Okey bye.

04 September 2018

My Beloved Mok

Okey sekarang baru nak brush up balik semangat nak berblogging.

Buat sementara ni semangat nak share anasir berbulu yang pernah ada dalam hidup.

Memperkenalkan Mok. Member bagi sebab dia ada banyak kucing masa tu. Nama asal Gohan tapi sebab bila dah besar dia makin gemok maka melekat nama Mok. Manja tapi eksen. Kalau pegi travel kan..balik je dia mesti loghat nak tido sesama. Dia rindu tapi segan nak cakap. Wakakaka. 


Sejenis jantan tapi baik hati. Karaktor dia rileks je.. jenis kalau nak makan kena teman. Suka dipeluk.

Lama aku bela Mok dalam 8 tahun kot. Tak pandai mengiau macam kucing normal. Macam terer gaduh tapi eksen nak gaduh.

Mok penah hilang sebab dia tido atas keta rumah jiran pastu jiran tu keluar tak perasan Mok ada atas tu. 2 minggu kitaorang cari dia. Satu hari tu jiran satu lagi kata Mok balik dan mengiau cara dia laa.. Kesian gila tengok Mok masa tu, kurus gila. Rasa terharu sangat dia berusaha gak cari jalan balik. Uish sambil taip ni pun boleh sebak sebab terbayang-bayang time tu dia cemana.

Ermm sayang Mok ketat-ketat.

Nakal Mok ni tak bagi kita buat keje.

3 Jan 2018 jam 6.40pm Mok meninggal depan mata. 2 hari sebelum tu pagi-pagi masa nak keluar rumah nampak Mok duduk tengah jalan. Panggil pun dia macam blur. Aku turun amik dia bawak balik rumah bagi makan makanan kegemaran dia yang dalam tin tu pun dia tak makan. Lepas tu aku bawak pegi klinik doktor cakap dia eksiden sebab tu dia lemah dan kepala dia injured. Aku tenangkan dia kat klinik tu rasa macam bawak anak dah. Mok cuba bangun gak masa kat klinik dan doktor masukkan air dalam badan Mok. Balik petang tu nak bagi Mok makan ubat masa tu dia terus nazak. Aduh berderai air mata aku taip ni. Petang tu gak kebumikan Mok kat belakang rumah.

Rindu la kat ko Mok. 

03 September 2018

Meoowww

Hai lama tak jumpa. Jom la kenal dengan kucing kita.

Billy.

Ni masa kecik. Masa besar takde le pulak gambar dia. Tapi dia ni membesar dengan jayanya. Orang kalau tengok Billy ni orang ingat harimau. Memang besar la. Disebabkan dia ni besar dan bulu kembang, memang orang curi la kan. Maka takde la jodoh lama sangat.

Nama Penuh : Bodoh
Nama Manja : Bo

Ni kucing paling aku sayang sebab connection tu macam rapat gila. Kutip kat RnR Sungai Perak. Bo kena buang kat sana. Karaktor dia memang best. Pandai dengar kata. Sangat baik dengan mana2 kucing pun. Suka naik keta. Dia hilang sebab dia ni jenis pantang orang bukak pintu keta dia dah lompat naik. Tau2 hilang je. Aku syak dia naik keta tah sape2.

Ada lagi tau. Nanti sambung la. Nak gi lari. K bai. Muah.

29 September 2017

I am back.

Wahh lamanya tak menulis. Sibuk sangat sebenarnya. Sekarang pun masih sibuk jugak tapi curi-curi masa nak tepek post baru jugak. (Bukan post mende pun hahahaha.. merepek mode on XD)

Okey, life been up and down as usual. Just take it easy la kan. Some people just rasa jengkel bila aku sejenis yang dia kata "Awak ni senangnya laaa nak amik keputusan dan nak selesaikan masalah. Macam tak kesah pun natijah kepada keputusan ataupun tindakan yang dah dipilih tu."

Kenapa perlu susah? Memang la ada benda perlu fikir panjang tapi setiap orang tak sama kan cara berfikir. Aku sejenis buat keputusan takde terhegeh hegeh. Kalau salah takpe, just jangan la buat salah yang sama lagi. Kan? Tapi kalau terbuat gak salah yang sama (maklumlah kita manusia biasa) terima je la natijahnya dan sila teruskan kehidupan dan hadapi la cabaran baru.

Semalam jumpa kawan lama. 18 tahun kot tak jumpa (Okey kantoi aku dah tua sebenarnya kan? Ahahaha). Selalu tengok dalam FB je dia ada la buat marketing jual produk kecantikan. Aku sebagai wanita biasa yang normal walaupun malas nak arwah mekap, tetap la terpengaruh untuk mencuci muka kheennn.. Maka niat dalam hati beli la produk dia di samping dapat la sambung silaturrahim (Allah nak bagi rezeki kat dia melalui aku kan walaupun aku cuma beli 1 barang je pun). Dalam FB takde la tanya macam mana life dia. Dia pun terkejut teteiba aku PM mintak no. telefon pastu nak beli barang. Dia kata aku tak penah 'like' post dia pun. Ahahaha aku memang pemalas nak 'like' post sangat punn.. Terekejut bila tau dia dah jadi ibu tunggal dan ada 2 anak yang kecil lagi. Dengar cerita dia serba sikit buat aku rasa aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bukan la aku tak pernah bersyukur tapi kadang-kadang fikir dan rasa aku pun patut gembira. Kenapa ada pasangan tapi kita rasa stress dan terbeban?

Herm sesi luahan perasaan ahahaha. K laa. nanti kalau tak sibuk update la secara throwback segala mak nenek yang ada tersimpan tu. Aku malas nak edit dan tengok apa aku tulis kat atas ni. Terima kasih terbaca post kerepek pisang wakakakaka.

Semoga aku dan korang semua bahagia dalam definisi kita masing-masing!


31 January 2017

Berlapang Dada.

Sungguh hari ni betul-betul menguji maksud berlapang dada untuk diri aku.

Aku dapat tahu kakak aku minta gaji setara dengan aku sedangkan dia tak bekerja pada hari Sabtu, waktu kerja pergi ambil anak balik sekolah, hantar anak pergi sekolah petang. Kereta dia tak boleh digunakan untuk urusan kerja sedikit pun. Datang kera selalu lambat, balik awal. Kalau cuti tak boleh jawab telefon. Urusan syarikat satu pun tak buat. Walaupun dia ada bahagian 50% dalam syarikat tapi dia tak pernah dan tak nak ambil tahu tentang akaun syarikat. Segala kerja urusan pembayaran GST, gaji pekerja, uruskan purchase order, fax order pun tak buat sedangkan guna duit syarikat beli mesin faks RM800, bayar Perkeso, EPF, bil utiliti, payment supplier semuanya dia tak pernah buat dan banyak lagi la.

Jujur, aku memang sakit hati teramat sangat sampai rasa nak meletup dada.

Aku cuba berlapang dada. Tapi macam mana nak buat tu?

Allahuakbar, sesungguhnya aku memang rasa tak puas hati. Tapi tadi lepas solat aku cuba mohon kat Allah ajarkan aku berlapang dada, berikan aku rasa senang dengan apa yang dah berlaku hari ni.

Jadi, aku ajar hati aku, aku anggap itu rezeki dia. Kalau lah sebenarnya kakak aku yang rasa sakit hati dan iri hati dengan apa yang aku dapat, maknanya dia masih dibelakang aku. Kalau itu rezeki dia, aku yakin Allah akan berikan aku dengan lebih baik dikemudian hari. Aku takkan berdiam diri tapi bukan dengan membalas dendam kat kakak aku.

Aku adalah pejuang dan aku akan berusaha dengan lebih lagi dan pastikan dia kekal dibelakang aku.

Semoga Allah jauhkan aku daripada manusia yang tak bersyukur dan berhasad dengki.


23 June 2015

Sambutan Hari Lahir Mak & Abah

Birthday Mak pada 24 Mac tapi kami sambut awal sikit sebab nak belanja makan ikan bakar, jadi kena cari tarikh hujung minggu. Plan makan kat area Alai je sebab dekat sikit dan harga boleh tahan la.. Takde la mahal sangat.. Berpatutan la..

Kami pilih kedai Ala Kassimm... sebab dia kat depan dan dekat dengan parking serta masakan dia boleh tahan sedap gak.  

Tak semua adik beradik ada sebab jauh tak dapat balik. Abah suka je sebab dapat makan makanan laut.

Kanak-kanak kalau berjumpa main je la.. 


Hari ni hari jadi abah (23 Jun) tapi kami dah sambut ahad lepas sebab bulan puasa. Jadi kami berbuka sama-sama. 

Kek beli je kat Melaka Mall. Apatah nama kedai tu.. Ada satu je kedai kek kat situ. Kek buah RM56 untuk sekilo. Sedap woooooooo... Dapat lak tengok masa tengah pose ni kan.. Hahaha.


Abah sempat rembat si Aqied. Kemain susah la nak pegang makhluk tecit ni. Abah baca doa selamat lepas tu potong kek dan kami bagi hadiah baju raya dan sampin sempena nak raya ni. Mak pun dapat sekali sebab birthday hari tu kami tak sempat beli apa-apa pun. 



Okey, abah memang suka buat lawak. Kami suruh la dia try baju yang kami beli, dia boleh sarung seluar tu macam tu je padahal dalam tu ada kain pelekat. Lepas tu kata nak amik gambar, dia boleh buat gaya cenggitu. Ko rasa? Memang berdekah le kami semua time tu jugak.


Sempat la kami bergambar mana yang ada sebab abah bergegas nak pegi terawikh lak. 

Apa yang pelik tahun ni, abah suruh kami amik gambar guna hp dia sebab dia kata nak tunjuk kat kawan-kawan dia kami belikan kek untuk dia. 

Tak tahu berapa lama boleh macam ni lagi. Belum kehilangan pun dah bergenang air mata weyh mengenangkan abah & mak dah tua. Dah la aku selalu gaduh dengan abah kat kedai. Semoga abah & mak sihat selalu dan dirahmati Allah. 

Kami sayang abah & mak. 

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...