19 October 2012

Terbang Tinggi-Tinggi

kadang tu, apa yang dirancang tak menjadi seperti yang kita mahu.rancangan ini memang berubah sama sekali. 

tapi.. berubah menjadi lebih baik dan lebih manis.

terima kasih tuhan. kau memang adil. aku mengerti kenapa ianya terjadi.

pengalaman ini sangat seronok dan membuka jiwa aku.

:)






alhamdulillah

01 October 2012

Kita terbiasa dengan acara.

Kita terbiasa dengan acara

Sembahyang itu acara

Puasa itu diet

Haji itu makan angin

Terasa tak? 

29 Februari


mengisahkan Budi, lahir 29 Februari. umurnya hanya bertambah setiap empat tahun. dilahirkan sebelum merdekanya Malaya sehingga 2012. 

kisah yang dibentangkan adalah kisah cinta antara dua bangsa secara cliche ditentang keluarga sebab budaya, agama dan harta benda. namun kesungguhan Budi cuba melamar Lili patut dipuji sebab usaha yang dilakukannya bukan sedikit. 

cinta itu sangat indah. wahai manusia, janganlah kamu merosakkannya dengan kata dusta.

p/s: cerita ini mungkin tidak memberi pulangan kepada penerbit kru. tapi bagi aku ia memberi lebih banyak kepada penonton yang telah menontonnya serta memahaminya.

27 September 2012

kenapa aku bukan octopus?


sekali--
dulu, hati pernah berterabur
lama aku kutip serpihan
cuba cantum cantum
cuba lekat lekat

dua kali--
yang ini sedang rapuh
aku tahan tahan supaya teguh
jaga elok elok jangan jatuh

ketiga nanti--
tinggal satu ini
aku simpan untuk diri
jika hilang tak tahu arah pergi


kenapa?

kenapa aku bukan octopus? 
supaya aku sampai ketiganya nanti?

22 September 2012

manusia

Ei barodar, tu hameh andisyeh-i
Mo baqiye tu ustukhon-o risyeh-i
Gar bud andisyeh-et gul, gulshani
War bud khori, tu himeh-e gulkhani

By Mulla Sadra

"manusia adalah apa yang mereka fikirkan. manusia adalah apa yang mereka cintai kerana  jika kita mencintai sesuatu maka dia akan kerap kali muncul dalam ingatan dan fikirkan kita. itulah diri kita yang hakiki. cinta yang sejati."

Untitled #1

Quote ini bukan aku aku yang cipta. Tapi memang betul-betul menggambarkan apa yang aku rasa saat ini. 

untitled #1


19 September 2012

entah apa rasa ini?

sepatutnya aku gembira bercerita dengan kamu malam ini
tapi tidak, aku kekang air bertakung di mata supaya tak mengalir

sepatutnya aku senyum semasa memandu pulang tadi
tapi tidak, aku menyanyi sekuat hati untuk cuba pujuk hati

sepatutnya aku sedang berangan memikirkan kenangan semalam kau dan aku yang hangat
tapi tidak, aku rasa dingin yang menyalut hati


kenapa masih sama rasa yang entah ini?

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...