21 October 2013

Pink Charity Run 2013


Lokasi : Padang Sultan Sulaiman, Klang.
Tarikh : 13 Oktober 2013
Masa : 6.30 pagi
Jarak : 12km

Kali ni aku serius sebab letak gambar sendiri. Sebab? Sebab aku tak sempat nak ngambik gambar lain. Ni je yang hado! 

Ini adalah larian yang yang sangat tragik sesangat! Partner aku bersiap mengalahkan pompuan. Hangin je mak menunggu! Siap sikat rambut bagai! Dah tau lambat dia boleh buat rilek je. Mak dah la jenis takleh nak lambat ni. Dah tu lari dalam hujan kau! *hamik banyak betuk '!' aku hari ni*

Yang paling best sekali ialah aku dapat tempat terakhir sebab start pun dah lambat. Aku berusaha gak kejar tapi dengan keadaan badan aku yang demam lari dalam hujan dan jarak larian dah jauh sangat maka aku tak dapat kejar sampai abis. Tapi aku gagahkan jugak buat muka tebal habiskan larian. Tu yang entry sebelum ni lepas aku lari terus demam dan kena masuk wad kat hospital. Hampeh! Yang paling aku rasa terkilan, aku tak dapat nak lari 21km untuk BSNPNM sebab doktor dah bagi warning kat aku supaya jangan lari dulu sebab takut ada pendarahan dalaman. 

Takpe la, anggap je la takde rejeki aku nak buat half marathon. Tapi mak tetap jeles dengan mereka-mereka yang berjaya habiskan larian malam tu. Tahniah tau korang! 

19 October 2013

Denggi, Siti dan Makcik.

Khamis lepas aku bangun pagi terus pening kepala dan badan rasa tak sedap. Hari Sabtu aku dah rasa okey siap hari Ahad aku boleh habiskan larian 12km dan berlari dalam hujan. Balik dari berlari aku pening kepala balik dan hari Isnin aku kena masuk wad kat Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang sampai hari Khamis.

Aku masuk wad G3, wad yang dikhaskan untuk pesakit denggi. Badan dah menggigil-gigil dan makcik sebelah katil tegur, "Malam nanti lagi sejuk." kata dia. Aku senyum je, badan rasa sakit. Aku cuma tahu anak dia nama Siti Sahidah atau Siti Shahidah. Tapi aku panggil Siti. 

Siti kena SLE sejak umur 12 tahun dan sekarang dia dah 22 tahun. SLE atau dalam Bahasa Melayu penyakit lupus. Tak tahu apa SLE tu? korang Google sendiri lah. Dah 10 tahun dia menghidap penyakit tu. Kali ni dia masuk ICU dan dah ada kat hospital selama sebulan sebab nak habiskan antibiotik. Kalau tengok muka dia dah bengkak, kulit kaki dia bertampal dengan kulit peha sebab bahagian kaki tu dah kena jangkitan kuman, tangan bertanda sana sini, pinggang melecet sebab pakai lampin pakai buang masa dia koma dalam ICU.  Dia adalah pesakit SLE pertama untuk negeri Selangor dan kakak dia pun ada SLE juga tapi kakak dia kena SLE kulit, Siti kena SLE darah. Maknanya darah dia dah dijangkiti kuman dan kuman tu memusnahkan sistem antibodi darah dalam badan. Masa tengok dia kena amik darah sampai dah takde tempat nak cucuk nak amik darah dia.

Hari Selasa aku dah rasa okey sikit, aku mula bersembang dengan mak Siti (aku lupa tanya nama mak Siti). Tengok keluarga dia datang melawat, tengok mak Siti bersembang dengan pakcik yang hantar makanan, pesakit, doktor, semuanya dia tegur dengan senyum dan gembira. Siti yang ada SLE tu pun nampak ceria je. Betapa kuatnya mak Siti menanggung kesedihan anak dia ada penyakit SLE tu kan?

Sembang-sembang dengan mak Siti, dia bercerita masa dia kat ICU baru-baru ni. Ada seorang makcik tua, mempunyai dua orang anak lelaki yang tinggal di rumah flat di tingkat 9. Abangnya seorang panjang tangan dan dah dipenjarakan. Adiknya bekerja untuk menjaga maknya tapi dah terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga tulang rusuknya tercucuk ke organ dalaman. Selepas kemalangan doktor benarkan si adik ni pulang ke rumah tapi selepas beberapa ketika, anak makcik tu mengadu sakit dada dan meminta pertolongan jiran-jiran. Tau apa terjadi? Jiran-jiran dia buat tak tau je dan anak makcik tu terlantar selama 3 hari di rumah sehingga makcik tersebut meminta pertolongan orang-orang JPA mengangkatnya dari tingkat 9 dan menhantarkan ke hospital. Kenapa ye jadi macam tu? Sebabnya jiran-jiran kat situ dah menghukum makcik tu dan anak dia atas kesalahan anak dia yang pertama yang panjang tangan itu.

Lepas tu anak dia ditakdirkan meninggal di hospital dan cerita tak habis di situ sahaja. Makcik tu dah dalam kesedihan yang teramat sebab dia kata takkan ada sesiapa yang akan tolong uruskan pengebumian anaknya kalau dibawa pulang. Kakitangan hospital yang berasa kasihan tolong hubungi JKM dan merekalah yang uruskan pengebumian anaknya hingga ke liang lahad dan mereka juga mengamanahkan AJK surau di kawasan kediaman dia untuk buat doa tahlil.

Kesian kan? Tak rasa berdosa ke jiran-jiran tu buat makcik tu macam tu? Nanti jangan sampai giliran diaorang pulak yang kena baru dia tau macam mana rasa dipulaukan jiran-jiran. Tak payah la nak hukum makcik dan anak dia yang tak bersalah tu. Anak-anak pun kena ingat juga, jangan la buat perkara-perkara bodoh dan mengakibatkan sekeluarga jadi susah. Kalau kau ingat benda tu semua takde kesan kat keluarga korang, korang salah sebenarnya. Lain la korang memang lahir-lahir je memang takde mak bapak, abih tu takde pakcik? Nenek? Tuk sedara? Takkan ko tetiba terpacul kat muka bumi kan? Aku tak kata kalau korang takde keluarga tu boleh buat benda jahat tapi kan dalam agama Islam pun dah terang-terang bagitau berbuat baik sesama manusia malah aku rasa semua agama tak suruh korang buat jahat pun..

Haish.. kita sama-sama doa jiran-jiran makcik tu sedar ye.

Noktah.

10 October 2013

kasih sayang yang ajaib.

semalam aku terima satu panggilan daripada abah masa makan tengah hari. abah cakap,

"pakcik jamal dah meninggal"

...........

jumaat lepas aku dapat tahu baba (pakcik jamal) masuk hospital sebab demam, tapi dia keluar balik. ahad aku call mak (mak bibah) tanya keadaan dan mak cakap dah okey cuma tak berapa sihat dan disyaki menghidap parkinson.

malam selasa mak cakap baba tak boleh bernafas dan pergi hantar ke hospital dan didapati paru-paru baba dah dijangkiti kuman. sebelum zuhur baba pergi meninggalkan kami.




aku bukan ada dna baba pun. tapi baba dan mak jaga aku masa bayi sampai umur 3 tahun. mereka bukan orang kaya, baba kerja sebagai attendant hospital dan mak cuma suri rumah yang buat kuih dan hantar ke kedai makan untuk dijual. mereka tak ada zuriat pun. anak yang dia jaga adalah anak buah yang diberi oleh saudara sebagai anak angkat.

mak mendapat upah sebanyak rm60 sebulan dengan menjaga aku pada tahun 80an. rumah yang mereka diami bukan rumah batu tapi rumah kayu yang disewa. pintu kayu yang boleh dibuka atas dan bawah. bila malam kita tutup pintu bawah dan biar pintu atas terbuka supaya dapat masuk angin malam. beratapkan zink dan pembahagian rumah tu memang rumah dulu-dulu. laluan masuk dan tempat duduk ruang tamu ada bertingkat. kalau nak pergi dapur, kena turun tangga. pintu bilik tutup pakai langsir. bilik air satu kat dalam rumah untuk mandi siap ada satu tempayan besar dan tandas kat luar dapur. pakai lampu mentol je. ada serambi yang dibina tinggi sikit untuk orang bertandang yang digunakan untuk aktiviti mengaji dan bersembang waktu petang. sebab serambi tu tinggi, jadi ada bahagian bawah rumah yang orang dulu-dulu panggil kolong. kolong ni baba letak basikal dia yang ada bakul dia tu yang dikayuh tiap-tiap hari untuk pergi kerja. baba takde motor dan kereta. sampai akhir hayat dia setia dengan basikal.

hujung minggu baba amik upah buat bakul telur orang kawin guna kotak rokok dan gunting pakai gunting berketak tu. lepas tu stapler buat kasi ada tangkai. setiap hari  masa lunch baba balik rumah makan. lepas tu baba akan duduk tepi tingkap dan hisap rokok benson & hedges. lepas tu baba kayuh balik pergi hospital.

aku ingat lagi masa tu mak isi minyak masak pakai tin yang besar tu dan pam keluar kat botol kaca untuk memasak. mak masak pakai dapur minyak tanah sebab tak mampu nak beli dapur gas. masa makan selalu ada pokde, adik mak. dia bekas askar. aku dipaksa membaca suratkhabar setiap hari bila dia datang. bila aku tengah makan aku kena berbudi bahasa jemput dia makan walaupun dia tak nak makan.

mak tinggal dan jaga arwah ayahnya sampai ke nafas terakhir. mak mengajar kanak-kanak mengaji pada waktu petang termasuk aku yang dia jaga. aku akan jadi anak murid yang dapat giliran pertama mengaji.

kak lah (anak mak) bijak, dia masuk sekolah seri puteri. lepas tu dapat biasiswa dalam course akauntan ke u.s serta sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. dia tinggal di lembah kelang sekarang.

depan rumah ada pokok rambutan merah dan kat bawah pokok tu ada pangkin yang boleh duduk masa petang-petang. mak suka tanam pokok bunga dan bunga yang paling aku ingat mak suka ialah portulaca tu. memang banyak kat area tangga serambi. cantik sangat.

depan rumah tu ada banyak rumah sewa. ada orang india dan aku berkawan dengan anak dia nama 'manggis'. haha aku tak tahu betul ke tak nama dia tu. rambut dia panjang dan berkutu. sebab aku selalu main dengan dia maka aku pun berkutu juga.

tepi rumah ada satu nenek tu, badan dia gemuk. aku panggil mak dah. dia duduk sorang-sorang dan aku selalu datang main kat rumah dia masa tengah hari sebab dia ada koleksi barang dapur mini. dari periuk, lesung batu, senduk, pinggan dan macam-macam lagi.

aku sangat dimanjakan, tak pernah dipukul dan sampai orang kata aku anak jamal. haha, sampai takut la parents aku nak hantar aku kat rumah mak. aku kena balik rumah abah dan aku sedih sangat. walaupun aku kecil, aku menangis malam-malam sebelum tidur. masa abah ambil aku naik kereta, dia letak aku kat pintu sebelah kanan, aku lari keluar pintu kiri. aku siap datang rumah mak senyap-senyap duduk kat tepi tengok bumbung rumah sambil menangis. aiyak, sambil tulis ni pun dah mengalir air mata aku.

aku sampai sekarang memang selalu juga datang rumah mak. semalam pertama kali aku nampak mak sedih sebab baba dah takde. sepanjang perkahwinan mereka tak pernah aku tengok mak dan baba berjauhan. dan yang paling aku kagum mereka tak pernah risau tak ada zuriat dan tetap setia sampai akhir hayat.

kehidupan mereka memang sangat sederhana, tak kaya dengan harta dan zuriat tapi disayangi oleh semua orang.

aku tak tahu aku boleh bersedih sampai macam ni walaupun baba bukan bapa sebenar dengan aku.

kasih sayang untuk kanak-kanak memang ajaib kan?  

03 October 2013

Sofa Biru


aku dah order kat selutpress sebenarnya tapi bertangguh nak bayar. bila lejenpress kata menjelajah ke melaka, aku berkejar pergi beli. beli 3 buku dengan harga rm50. tak murah sangat tapi aku support karya tempatan. aku pun faham kos penerbitan kat sini bukan murah pun disamping nak bayar gaji pekerja yang kerjanya main-main je.

dah membebel tak pasal-pasal benda tak kena mengena, meh bebel tentang isi buku.

puisi yang monotonous tapi menarik dari segi bahasa. tak macam seksi ovari yang lebih 'deep' dengan rima hujung kata sentiasa cuba dicari sama bunyi. buku ni tak.. dan lebih 'direct'. penulis yang berbakat.

jom sokong penulis tempatan. (n_n)Y


25 September 2013

Negeri 5 Menara


Cerita yang menarik tentang pengalaman sebenar penulis sebagai Alif Fikri yang separuh hati belajar di sekolah agama Pondok Madani (PM) sebab dipaksa oleh emaknya yang berniat jika mendapat anak lelaki hendaklah belajar agama. 

Di PM Alif bertemu 5 rakan lain yang berbeza karakter sekaligus menjadi rapat dan mengalami pelbagai pengalaman belajar yang unik. Mereka berenam suka lepak kat bawah menara berdekatan masjid sebelum waktu Maghrib dan berangan-angan tentang cita-cita. 

Alif sehingga hampir menghabiskan pelajaran di tahun terakhir pun masih ragu-ragu tentang ke mana dia harus pergi selepas tamat belajar kerana PM tak mengeluarkan sebarang sijil seperti sekolah lain.

Cara penulisan novel ni tak macam novel Andrea Hirata, tapi ceritanya bagi aku adalah sama. Tentang keazaman kanak-kanak yang mahu berjaya. Andrea Hirata cara penulisan membuatkan pembaca berasa seronok dan seperti berada dalam dunianya. Novel ni pulak kau akan terasa betapa payahnya berusaha untuk berjaya. Masa membaca tu terasa berat dada dan emosi sebab kau macam rasa apa yang si Alif ni rasa.

Novel ni sangat laris kat Indonesia dan dah diulang cetak berbelas kali kot. 

Okey, jom tengok trailer.


Best jugak kan?

24 September 2013

pengalaman camping yang luar biasa part 2

eh ada pulak part 2? haha. entry kali ni nak kasi up gambar lain yang bukan aku amik.



motip gambar ni ialah bukti unggun api yang berjaya sakan.



kekonon tengah panaskan badan. tikar aka banner lebih iklan papa john diubahsuai dengan kreatif jadi tempat alas pendudukan buntut manusia.



aku pun tak mengerti kenapa unggun api ni jadi fokus nak ngambik gambar.



kerinting dan bantal busuk. wahahaha! padan muka sape suruh kutuk aku gemuk.



salah satu gambar kerinting amik. cantik kan? tadi kutuk, sekarang puji lak.



ni pun kerinting yang amik.



gambar sebelum bergerak pergi mandi. aku tak tau apa pekerjaan dua orang mamat tu buat cenggitu kat depan kamera. haha.




21 September 2013

pengalaman camping yang luar biasa.

wahaha! tajuk entry macam tajuk dalam majalah mastika. tanpa membuang masa, aku nak cerita minggu lepas bersempena choti Hari Malaysia, kami-kami pergi berkhemah.

ceritanya bermula begini, kami (6 orang satu kenderaan) bergerak dalam pukul 3 petang dan terus lunch kat MITC dekat depan masjid tu. lepas perut semua orang kenyang, kami teruuussss lalalala.. sampai kat port dickson. waahhh.. kemain lagi.. nak camping, nak buat unggun api, nak bbq bagai.. mula-mula sampai kat teluk biru atau blue lagoon. sampai 3 spot kami pegi, semua nyaaaa... semuaaaanyaaaaa.... ada signboard takleh camping dan buat unggun api. nyampah betul kat pakcik mppd tauuu...

lepas tu pegi lagi satu spot sebelum blue lagoon tu dekat dengan FAMA ke apa nama dia tu.. punnn.. takleh camping! double menyampah mak tau!

maka dengan dukacita terpaksa pusing balik lalu kat area pengkalan balak, dan turun tengok-tengok serta tanya-tanya pakcik nelayan tepi tu boleh ke camping? dengan bergaya diaorang bagitau boleh la dikkk.. kat sini sepanjang-panjang pantai boleh camping dan buat unggun api. weehoooo!!!!

setelah bergembira dalam kombi, we alls cari spot yang dekat sikit dengan fasiliti utama iaitu tandas. ye la kang nak terberak kat mana pulak nak dilepaskan tahi kan? muahahaha! okey, sila buang imaginasi tahi tadi dan kemudian kami sepakat turunkan barang-barang kat area sungai tuang, pengkalan balak.



barang-barang awalan yang diturunkan. spot baek punya betul-betul dekat dengan pantai. baru la nyaman dan style kan? heemph!



sambil-sambil setting tempat masak dan bbq tu dua orang mamat ni gigih la pasang khemah. 



ni le antara barang-barang persiapan. apekehal batang kayu tu kat situ? kalau korang nak tahu la kan.. sebenarnya orang-orang yang menyiapkan senarai barang-barang nak dibawak ni terlupa nak bawak papan potong. tapi! bukan itu sahaja ye, mereka juga terlupa bawak minyak masak, spaghetti, mi segera dan selimut. hebat bukan? pakcik makcik kat belakang tu tengok dengan kagum je kami-kami ni gigih siapkan barang-barang.



huuiiiiiiii.... cun giler ah spot. siap bila dah gelap tu ada lampu lagi.



ni masa mula-mula start masak laaa... kemain lagiii... time ni dalam pukul 6.30 - 7.30 kot.. lepas maghrib jeee... hamik kauu... angin kencang nak arwah! masa tu aku dah pasangkan khemah lagi satu tapi takde le letak barang dalam khemah. *dah aku pasang khemah memang le takde gambar* angin bukan sepoi-sepoi bahasa dah, time tu angin dah belaku kurang ajar kot. sampai tergolek-tergolek le khemah yang aku pasang tu ke seberang jalan raya siap melintas lagi. sikit je lagi nak kena kereta yang tengah lalu kat jalan raya tu. pheeww.. masa tu aku dan yang lain-lain dah tahan-tahan khemah satu lagi supaya tak perlu terbang beduet kot.

disebabkan cuaca amat mengerikan untuk kitaorang pasang khemah, kitaorang pun bungkus khemah cincai boncai masukkan dalam kombi dan alihkan semua barang-barang lain ke tempat yang lebih selamat.



tempat kitaorang pindahkan barang-barang untuk bbq dan memasak. time ni hujan memang lebat dan takleh duduk tepi-tepi pun sebab abis tempias. tapi yang bagusnya tukang bbq tu takyah mengipas. yang tak bagusya, tempat ni gelap sebab takde lampu. dengan bantuan lampu suluh kecit kenot je kitaorang masak. lepas masak dan makan-makan, dalam pukul 9 lebih kot hujan pun berenti dan angin berlaku sopan terhadap kami. eh lupa lak, kitaorang bbq malam tu masak ayam, daging lembu, ikan cencaru, sosej dan kambing. kita bakar je terus makan sebab bakar dalam suasana hujan, akibatnya kelaparan melanda bertubi-tubi. tapi ada gak masak spaghetti walaupun tertinggal sebab kitaorang cari gak kat kedai runcit berdekatan. semuanya abis ilek licin. cuma tinggal ikan cencaru tu sekoq ja.



bila dah tak hujan, ketua rombongan kata kita tak jadi balik sebab cuaca dah elok. semua orang pun bergembira dan start buat unggun api daripada kayu yang kitaorang kutip sebab kang beriya nak buat unggun api tapi takde kayu kat situ lak.



sesi mengcamwhorekan diri sebab ada je orang yang layan kitaorang ni mengedik-gedik. haha. mamat yang pegang kamera tu diaorang panggil azim kerinting sebab nama dia azim dan rambut dia kerinting. logik sangatt.. dia tu ada mereng banyak. dia sampai-sampai je dari putrajaya sebab amik gambar orang kawin terus terjun laut dalam hujan tu. dah naik basah-basah baru perasan henpon pun dia bawak masuk berenang tengah-tengah malam. nasib baik henpon zaman monochrome lagu pun setting ada kod-kod tertentu.



malam tu lokasi khemah dah berubah sebab kitaorang amik langkah berjaga-jaga takut angin buat gila balik. kitaorang cari spot yang boleh ikat khemah supaya angin gila tu sampai takde le masuk paper esoknya nanti ada khemah melintas di tengah malam sambil ada bunyi orang menjerit.

malam tu gak ada je grup lain datang buat bbq tapi jauh sikit daripada lokasi kitaorang. sebab aku terjumpa diaorang cuci ikan kat toilet. aku gi toilet memang nak buang air le.. pastu lepas hujan berenti tu ada le pulak satu keta myvi merah sampai bukak khemah dan terus tido. ish macam orang gelandangan le pulak. mintak mahap le aku bersangka begitu sebab esok pagi diaorang bangun pack khemah dah tu terus blah cenggitu. aik? macam mana aku tak terpikir camtu kan?



khemah yang besar dengan model tak berbayar. *maaf cheq ney ;p* khemah ni boleh masuk 6 orang kalau berimpit-himpit.



malam tu aku tido dalam pukul 12 kot. yang lain semua tak tido lagi. lantak korang leee.. aku dah penat sebab semalam petang tu aku dah lari 5km dah tu sabtu tu aku keje. yang lain-lain semua tak keje sabtu dan tak berlari, jadi logik la kan aku penat. tido malam memang sejuuuuuuukkkk weyh... aku tido tebangun-bangun gak sebab diaorang sembang-sembang kat unggun api tu pun kat sebelah khemah gak. diaorang tido kol 3.30 pagi. *kata merekalah* yang pompuan tido dalam khemah, yang lelaki biasa laaaa... sure nak tunjuk macho tido kat luar. tu yang pagi-pagi aku bangun si ujang ni dah terbongkang atas kerusi. kesian, kesian, kesian. tapi pilihan di tangan sendiri kan? hakhakhak. tukang masak paksa rela tu pagi-pagi dah sibuk masak telur, dan mi segera. aku kena masak sardin dan cicah dengan roti. kesemua aktiviti memasak bukan kat situ tauuu... semuanya dalam kombi tapi aku takde le ingat nak capai kamera pepagi sebab perut sibuk mintak makanan. kitaorang bawak portable cooking apatah yang boleh masak sesuka hati di mana-mana tu. gambar tu awal-awal percubaan nak masak kat luar tapi takleh sebab angin kuat gila la. 



gambar khemah di waktu pagi *gambar takde motip* dan azim kerinting sibuk kacau chef paksa rela memasak dalam kombi. hoih! sila kagum tau, macam-macam boleh jadi kombi ni.rupa luaran dia memang nampak menarik kan? dalam dia takleh tengok sebab macam setan. kahkahkah.



lepas semua perut dah buncit, apa lagi masuk laut laaa... aku takde le minat sangat nk mandi laut *bukan sebab takut hitam ye*. tapi aku lagi suka rilek duduk baca buku kat tepi pantai dan rasa angin bertiup kat muka serta dengar bunyi ombak. waahhh.. ayat mengada-ngada dan klise sungguh.



cuaca hari ahad tu takde la panas sangat tapi angin dia memang kuat. pagi-pagi pun dah ramai yang datang dengan family. bunyi angin wwuusshhh.. wuuushhh.. wuushhh...



ni gambar sebelum kejadian ribut taufan melanda.


lepas mandi laut tu kitaorang pack semua barang dalam pukul 11 lebih kot pegi ke tempat mandi yang proper sikit kat pengkalan balak gak tapi dekat dengan masjid tanah kot untuk bersihkan diri. tandas kat sungai tuang ni siang-siang kena bayar tapi masyaallah memang tak best. tandas kotor dan banyak benda rosak. bayar tu tak kesah la, tapi masalahnya tak berjaga. agak konpius gak apsal kena bayar sebab rasanya tandas tu majlis yang buat. dan majlis pun takde le pulak nak amik tahu apa masalah tandas tu ye dak? atau semuanya nak kena tunggu orang komplen? aish tadi cerita camping ni citer masalah penduduk tempatan pulak. haha.

sebelum sampai rumah kitaorang singgah makan kat abc tanjung keling yang feymes tu tapi aku pun tak keluarkan kamera amik gambar sebab kepenatan. akhirnya sampai je kat rumah terus zzzz... 




Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...