24 July 2014

Lagu Raya Favorite.


Senandung Hari Raya (Dayangku Intan)



Kurniaan Di Hari Raya (Feminin)

Lagu favorite korang pulak?

16 July 2014

abah

abah kita sakit, disyaki sakit jantung.
abah kita tak pernah seumur hidup masuk wad. semalam dia patut kena masuk tapi dia bantah.

umur abah kita dah banyak tapi nampak sihat sebab banyak buat kerja.

abah kita suka buat lawak, suka kerja, suka makan ikan, pandai tarranum, suka kanak-kanak, suka minum teh tarik dan air suam, buang sampah merata, penyabar sangat-sangat, buat kerja kelam kabut, tak berkira tapi kadang-kadang berkira gak (hehe), suka sangat tolong orang yang susah, suka tolong orang melayu.

abah kita tak pandai simpan duit, tapi pandai belanjakan duit.

harap abah sihat tau *sedih*


10 July 2014

Free Cheque Writer!

Haaa meh sini sesapa yang rasa sakit hati asyik la tersalah ejaan ke, tulisan tak cantik dan nak nampak cek tu ala-ala profesional gittew meh download SINI.

Best woooo.. semua bank boleh pakai dan juga PERCUMA!

Benda yang baik tak rugi kalau dikongsi bersama :)

03 July 2014

bodoh, ego dan malas.

bodoh
tapi ada rasa nak belajar, takpe..

ego
tapi bertempat dan tak bodoh, takpe..

malas
takde tapi

memang patut ko mampos je.


26 June 2014

The Kite Runner



Amir and Hassan (his hazara) was best friend when they were young in Kabul, Afghanistan. They grew up together and one day after the kite tournament, Assef (their friend) done something bad to Hassan and Amir saw it. Amir didn't help Hassan and he felt guilty about it. He can't help it until one day after his 12th birthday he betrayed their friendship because he thinks that he can feel free from that feeling.

Then the Russian attacked Pakistan, Amir and his father ran to America to start a new life. After his father died, his father's friend Rahim Khan called from Afghanistan asking him to visit and told him that he can be good again.

Rahim Khan revealed a secret about his past life and that made he think what to do to end his guilty.

Once I started reading Khaled Hosseini book, i just can't let it go because i really want to know what happen next. He is really a good story teller.



25 June 2014

Melaka River International Marathon 2014

Lokasi : Bandar Melaka
Tarikh : 8 Jun 2014
Masa : 6.45 am
Jarak : 21km

Lepas penat lari kat obersi sangat tuuu... wahahaha sambung sakitkan kaki separuh jalan pulak..


Kemain lagi ko kutuk orang Singapore bagi goodies bag takde mende ye. Haaa amikkk kat Melaka lagi la, goodies bag pun tak dapat Kiah oi. Dapat t-shirt dan bib bodo cenggitu je.

Banyak nak kena complaint event ni even kat page Fb pun kena hentam teruk. Ni pulak pandangan daripada aku.

1) Penangguhan waktu nak lari tu memang aku tak suka walaupun 15 minit. Lagipun start lambat dan memang lari tengah panas walaupun waktu pagi.

2) Tandas kat starting line pun takde. Yang aku perasan satu je kat Kampung Morten. Tak pasti pulak tempat lain ada ke tak.

3) Air mineral bagi dalam botol? Memang kena kaw-kaw laa.. bila masa pulak runners nak abiskan air sebotol sambil lari? Water station pun jauh.. Dalam 5km cenggitu. Last-;ast aku lari sambil bawak botol air weyh. Ada jugak water station yang air sampai habis.

4) Bebudak yang jaga laluan tu main hentam je kasi aku lari ikut salah route. Nasib baik aku tak jauh lagi. 

5) Takde satu pun kon sepanjang aku lari yang sekurang-kurangnya boleh bagi hint kat kenderaan ada orang tengah lari cenggitu sebab tau je la Melaka setiap hujung minggu akan jem, dapat pulak hujung minggu cuti sekolah.

6) Signboard memang kecit kenot. Kesian sorang pelari Kenya tu tersalah lari sampai nak ke Klebang. Nasib baik dia orang Kenya, lari 100km pun takde rasa apa kot wahaha.

7) Full marathon je dapat baju? Nak amik medal pun kena beratur dan kat medal takde tulis aku lari berapa km pun. Tau laaa aku lari takde le lajuuuuuuuuuu... uuuuuu.... Tapi kena la bagitau, lain la lari fun run je kan?

8) Lepas lari pun takde booth yang bagi sponsor. Sama macam kat Singapore. Masa Skyhawk hari tu ada asikrim, mamee dan apa tah lagi dah lupa.

9) Yang full marathon pun takde dapat pisang langsung. 

Takyah le cukupkan sampai sepuluh. Nombor ganjil best sikit. :P

Yang best? Untuk aku lari kat Melaka je la.. Hahaha.. 



Ni je gambar yang hado. Lari half marathon dalam masa 3 jam 40 minit cenggitu. Orang last-last gak laa.. Ye ye jangan kutuk. Saya cuma amatur. 

Eh orang MBMB ni takde upah photographer amik gambar ke? Kedekut!

24 June 2014

Jalan-jalan & Penginapan Budget Di Singapura

Ehem semalam dah up entry pasai penat verlari. Hari ni kemain rajin le pulak nak cerita tempat aku tidoq kat Singapura. Bagi sesape yang yang bajet ciput cam aku ni boleh le duduk kat 5footway.inn Project Sultan. Kenapa Sultan? Sebab hostel ni terletak kat Sultan Street.

5footway.inn ni ada banyak kat Singapura. Korang klik sendiri je la kat SINI . 

Dah ko bagi link kat atas tu apsal nak sambung cerita lagi ni? Alaaa.. Aku na citer gak sikit-sikit. Korang baca ek, terutama remaja-remaja yang tengah simpan duit dan plan nak pegi Singapura jenjalan amik gambar masuk USS tuu.. Meh-meh ahkak bagi tips nak stay kat sana.

Okey, ni kena cerita lagi sekali la kan? Hahaha.. Mula-mula beli tiket bas naik dari Melaka Sentral ke Singapura. Ada macam-macam bas pegi tapi ahkak naik Bas 707. Adik-adik boleh beli online ataupun pegi je kat kaunter. Harga tiket dari Melaka RM25 dan dari Singapura SGD18. Kat Singapura dia akan berhenti kat Queen Street Bus Terminal.



Memang koboi je Bus Terminal ni. Tempat duduk dia tak cukup kalau korang plan nak lepak dan tunggu bas awal-awal. 

Okey korang sila klik kat MAP untuk faham cerita ahkak hokey?

Daripada Bus Terminal tu kalau korang nak stay tempat lain boleh le naik MRT kat line kaler hijau untuk ke lokasi korang. Nampak ke yang belah kiri sikit tu? Tapi kalau korang stay kat tempat ahkak ni haaa.. jalan kaki je dek non. Dekat bebeno. Dalam 16minit jalan kaki dah sampai.

Nampak tak? Aish.. maklumlee ahkak baru belajo acane nak copy paste google map ni haa.. 

Meh le kita nengok ceman ghope hostel ni walaupun kome boleh nengok kat link atas tu kansss... ahkak tak kira, ahkak nak ceghite gak.

Kalau jalan kaki memang senang sangat nak kenal hostel ni.

Kawasan pendaftaran dia simple je.

Bilik untuk 2 orang tapi kena share toilet. Actually ada banyak design. Bilik memang sekangkang kera je, cukup la kalau setakat nak tido je pun. Boleh letak barang dalam laci berkunci, ada cermin besar satu, personal lamp kat katil, dan soket untuk charge phone memang mewah le. Takyah rebut-rebut.

Ni yang siap dengan bathroom.

Superior quad room untuk 4 orang.

Ni le ghope tandas yang kena kongsi. Ni kat area bilik ahkak tu. Lain floor lain toilet dan takde le nak berebut pun guna bathroom dan toilet. Boleh laaa kalau setakat nak bersihkan diri. Bersih je. Cuma toilet tu ada satu tu takde le pulok ayor kena lap-lap je.. Eee.. Satu lagi ada ayor.. selamat ahkak boleh le beristinjak gittew.

Kalau korang nak basuh baju pun boleh jeee siap dengan dryer sekali.




Tempat sarapan. Eh lupa bagitau harga dia SGD50 je satu malam seorang termasuk breakfast. Kalau tukar RM jadi RM125 cenggitu. Ni kira paling murah lee kat sana kannsss... Breakfast dia simple je, dia letak roti 4 atau 5 buku, letak botol peanut jam, strawberry jam, butter ke marjerin tah, toaster, susu, cornflakes, coco crunch. Pepandai korang le nak amik banyak mana. Air pun buat sendiri je sebab dah siap-siap ada coffee machine. Pinggan mangkuk cawan sudu bagai lepas makan kena basuh sendiri. Kata hostel kan? Pernah duduk hostel tak? Hahaha.

Tips berguna, korang datang awal sikit sebab kerusi tak berapa banyak dan matahari akan memancar terik kalau duduk kat luar bumbung tu. Panas woi.

Kawasan lobi sebelah kaunter nak check in ni pun okey gak. Lepak-lepak sementara tunggu kengkawan mekap. Ada tv, magazine, kuda mainan, poskad, pc dan buku. 

Kelebihan hostel ni ialah lokasi dia sangat-sangat strategik. Dekat dengan tempat makan dan MRT. Kalau nak jalan ke mana-mana keluar dari hostel jalan kaki sikit kat depan jalan, belok kiri, naik jambatan terus sampai tempat beli tiket. Boleh bayang tak? Kehkehkeh. MRT paling dekat kat sini (sila refer map kat atas tu tau) yang line kaler kuning tu, Nicoll Highway. 

Senang sesangat deknon naik MRT kat sini. Kaler kuning tu nama dia Circle Line sebab dia round city. Nak gi Marina Bay pun naik yang line kuning ni tau. Haa kaler lain-lain tu kome baca le sendiri ye. Kalau beli tiket tu sekali je dan boleh pakai ke semua laluan MRT takyah beli tiket lain macam kat KL. KL korang kalau naik Putra LRT kena beli tiket kan? Komuter kena beli tiket gak. Naik monorel kena beli tiket lain lak. Kat sini takde, beli satu tiket haaa pegi le memana dan paling senang sebab tiket dia boleh top up. Siap bagi discount dan refund kalau korang pakai banyak kali. 




Ni le ghope mesin tiket dia. Memang senang sesangat nak guna. Korang cuma kenalpasti kat mana nak tukar train je. Tapi kalau tersalah bayar (terkurang), korang boleh je turun dan bayar baki kat kaunter yang disediakan. Jangan takut sebab ahkak dah buat dah hahaha..

MRT diaorang rasa macam besar sikit kot. 98% penumpang akan pegang handphone. Karaktor diaorang sama je macam orang Malaysia, buat tak nampak warga tua atau orang mengandung kalau takde seat. 

Okey, mari cerita ahkak jenjalan jeeee.. Tak sempat nak shopping pun sebab kesuntukan masa.

Ahkak naik MRT dari Nicoll Highway ke Marina Square ikut Circle Line malam pertama sampai. Gambar ahkak kebanyakannya kena amik kat google sebab ahkak terdelete boleh? Memang teriak abis. Tak sempat pegi Marina Bay pun. 

Esok siang pegi Vivo City kekonon nak jalan-jalan kat Sentosa. Naik Circle Line pegi pusing sampai Harbour Line hahaha padahal boleh shortcut tapi kena tukar train beberapa kali la. 


Okey, ini gambar cliche depan Hard Rock Cafe.

Cik Jie tidak berbikini.




Bergambar kat luar je.. Takde masa nak masuk dalam USS pun.



Sempat naik amende tah nama menatang ni. Dalam gayat-gayat tu boleh sempat amik gambar gak hahaha. 


Nama pun Sentosa Island kalau takde pantai pelik le pulok. Pantai kecik je tapi bersih. Boleh buat sunbathing, ada bar, boleh buat aktiviti, lepak etc.

Kalau korang nak buat aktiviti pun ada banyak woooo.. Budak-budak la memang akan gembira kat sini tapi diingatkan cuaca memang panas dan sila siap-siapkan air untuk elakkan dehidrasi.


Sekejap je kitaorang kat situ sebab nak pegi Chinatown pulak dengan harapan boleh le shopping. 



Stesen MRT kat Chinatown. Turun je terus jumpa.


Chinatown ni macam kat Bangkok je cuma harga dia takde la murah macam ahkak shopping bagai nak gila kat Bangkok tu. Takleh tawar menawar pun kat sini tapi harga barang dia lebih murah berbanding kat tempat  lain. Sempat le beli fridge magnet untuk diri sendiri dan jiran sebelah rumah.




Antara gambar yang sempat diambil oleh cik Jie dan ahkak songlap kat fb. Perati lelama, pandai gak Jie ni amik gambar kan?

Lepas penat jalan dan tak makan kitaorang pegi amik race kit (citer semalam). 

Okey Jom citer tempat makan berdekatan hostel pulak. Tak sangka kemain banyak tempat makan kat area hostel cuma kena jalan sikit je la. Nak pegi Masjid Sultan pun dekat je. 

Cantik kan masjid tu? Jalan ni namanya Arab St. Banyak makanan halal kat sini tapi harga dia ehem ehem gak la. Memang happening jalan ni memalam.

Tadi gambar malam ni gambar siang.

Mural yang semua orang suka amik gambar termasuk le ahkak.

Ni tempat makan yang feymes kat Arab St. dan buka 24 jam.


 
Korang jalan kat Arab St tu sampai hujung dan korang akan nampak kedai ni kat corner.



Kitaorang try makan Biryani Rusa masa mula-mula sampai. Hamikk.. Murtabak makan pagi lepas lari jauh sebab tu je kedai yang bukak pagi ahad kat situ sebelum pukul 8. Sedap!

Sebenarnya sebelum balik kitaorang sempat lunch kat satu restoran chinese kat area hostel yang halal dengan harga yang sangat berpatutan dan sedap gila tapi dah terlupa nama dia dan seperti yang dinyatakan tadi, gambar dah terdelete. Maka sampai sini je la cerita ahkak.


Ni je gambar yang tinggal dalam restoran tu.



p/s: Kebanyakan gambar sumber daripada google.

Finish. :)

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...