25 December 2014

Muar Strong Man Challenge 2014

Lokasi : Kompleks Sukan Pagoh, Muar.
Tarikh : 21 Disember 2014
Masa : 6.30 pagi
Jarak : 21km


Hahahahahahahahahahaha!

Gelak gila-gila dulu sebab aku tak tau pun pasal event ni. Jiran aku punya bini yang forward sebab dia nak join yang basikal. Aku dah register dia pun tak register. Maka aku pegi je la kekonon ni marathon macam biasa je laaaaaaaaaa....

Kemain lagi goodie bag dia, memacam hado. Nak amik goodie bag ni pun rock abis la. Pegi je kat kedai basikal pastu bagi nama. Rilek je pakai meja bulat yang diaorang letak dalam kedai basikal haha.

Start kat Stadium Pagoh dalam 30 minit la dari pekan Muar nak ke sana. Aku pun macam pelik le kenapa dia nak buat kat Pagoh sana, macam le kat Muar takde stadium kan? Stadium dia simple je. Dah nama event ala-ala rock so start pun ala-ala rock gak la. Simple je tapi yang penting event berjalan.





Nangissss kena panjat bukit walaupun tak berapa tinggi tapi sebab penat lari kena nangis sikit gak la.

Ni dari atas bukit tau. Kena turun dan lari celah kebun sape tah.

Hai encik lembu. Nasib baik dia seberang parit, risau gak dia kejar aku yang tengah berlari pakai baju kaler merah.

Haaa.. bila dah lari.. hamik laaaa.. Macam merentas desa pun ada. Bukan lari atas jalan tar Senah oi. Lari dalam kebun kelapa sawit. Lari kat jalan tar ada le 5 km je kot tu pun area pekan Pagoh.



Haaa ni la pekan Pagoh yang aman damai sekali. Lari pagi-pagi orang pekan lepak minum, bapak bawak anak pegi mancing tepi sungai, pakcik pegi kedai runcit bawak kambing. Nostalgia sungguh la. Siap tengah lari ada le pulak kereta berenti tanya aku cemana nak keluar highway Pagoh. Kehkehkeh. 

Memang aku tak sangka la kena seterrrrooooonnggg nak lari ni. Siap lari celah-celah taik lembu tepi lombong. Punya la sakit kaki sampai rasa nak give up dah lari-lari ni. Paling stress aku berjalan je sebab sakit kaki ada le pulak ahso yang berjalan pun boleh potong aku yang tengah berjalan ni. Psiko abis tauuuu... 

Aku abiskan larian dalam 3 jam 34 minit (7km kot aku jalan je sebab tu banyak gambar lari kali ni wahahahaha!). Medal dia besar dan cantik. Siap ada kategori yang strong man tu dia cantumkam medal yang ni dan basikal. Kreatip sangat. Cuma aku rasa tak best water station dia lebih 4km jauhnya. Aku pun silap gak dengan rehat tak cukup, tak breakfast dan aku takde amik apa-apa supplement pun sebelum lari ni. Yang best abis lari aku nampak diaorang sediakan nasi lemak la woiii tapi aku takleh makan sebab rushing balik bilik hotel, si Sepet sensorang je kat sana. Ada cabutan bertuah gak tapi aku tak tunggu. 

Kesimpulannya, kalau korang rasa nak cabar diri sila lah masuk event yang tak glemer ni sebab yang akan masuk adalah ahso yang senior tapi power. Memang stress abis la ko kena tinggal dengan ahso kat belakang. (TT_____TT)


Sumber gambar : Run & Explore & Fb Muar Strong Man Challenge.

Penang Bridge International Marathon 2014

Lokasi : Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang.
Tarikh : 16 November 2014
Masa : 3.30 pagi
Jarak : 21 km



Sebelum 2014 melabuhkan tirai, moh le kita lekas-lekas habiskan cerita 2014 yang ada ni.

First time lari event ni sebenarnya. Dengar cerita event ni bagus la, seronok  dan macam-macam lagi. Kesungguhan orang yang join marathon ni sangat la mengagumkan tau. Dah la bayar nak masuk marathon ni bukannya murah, dah tu kena travel jejauh (penat), bayar duit minyak, tol, hotel, makan lagi. Bila join event yang agak mengecewakan memang frust la jugak kannss..

Nak kata teruk sangat tuuu.. er er er.. tak jugak tapi ada gak yang best.

Route aku yang kaler kuning tu.

Water station yang first je aku rasa nak dekat 4km kot. Walaupun lari waktu tengah malam tapi panasnya ya ampun.. Nasib baik diaorang sediakan air dalam paper cup & air botol. Aku grab je air botol tu and bawak lari sepanjang aku lari sampai habis.

Starting line untuk wanita. Tak tau la kenapa dia asingkan setiap kategori tu sampai 4.

Okey, gambar ni aku amik daripada Fb kak Intan yang aku berkenalan masa naik kereta sesama dari Hotel Seri Malaysia ke tempat lari. Walaupun kak Intan lagi tua sikit je daripada aku tapi dia punya lari memang dahsyat le. Kemain berdesup. Tahniah kak Intan! 

Ni gambar lepas lari. Masa lari memang takde le aku nak amik gambo punya. Femalas aku ni.

Laluan lalu bawah fly over dari starting point ke finishing point. Yang ni pun aku tak paham kenapa kena asingkan tempat start dan finish. Kalau dekat takpe la, jauh le pulak. Bayangkan orang sakit kaki lari full marathon nak jalan lagi. Perghh.. Oh ye line telefon kat sini punya haram jadah la. Sakit hati sesangat susah nak berhubung.

Medal aku dan medal John Lejen.

Kesian gila sape yang lari 10km sebab participant terlalu ramai macam pegi umrah. Nak lari pun berhimpit-himpit. Belum lagi cerita yang diaorang nak naik shuttle bus dari Queens Bay Mall tu dia punya beratur panjang nak arwah. Tengah nak lari ada pulak lori tangki air tengah-tengah tempat starting point, apa jadah kat situ ye dak? Siap aku tengok gambo kat fb masa nak u-turn tu dia punya ramai memang boleh pengsan la. Bila balik aku dengan John Lejen sampai tak tahan nak tunggu bas kitaorang naik je sebab shuttle bus dia tak tulis pegi Komtar atau Queens Bay. Nasib baik yang kami naik tu betul ke Queens Bay kalau pegi Komtar pun naik jugak la sebab panas gila dah time tu tak tahan nak tunggu. Siap ada orang pengsan la dalam bas.

Organizer terlalu ghairah nak dapatkan rekod paling ramai peserta sampai lupa keselesaan yang patut disediakan. Ramai peserta yang tak cukup training main ikut suka je masuk full marathon dan half marathon sampai menyusahkan peserta yang serius. Tandas yang ada pun sebenarnya tak cukup untuk 60 ribu peserta (kalau tak silaplah). Petugas yang sepatutnya bertugas siap ada yang tido atas jambatan. 

Aku habiskan larian dalam 3 jam 10 minit kot. Lari atas jambatan sangat la membosankan hokeyyyy.. Tak tahula nak joint next year ke tak. Kita tengok la cemana nanti. 

22 December 2014

Barfi!



Kisah berkisar zaman 70-an kot area Darjeeling, India. Mengenai kisah hidup Barfi (pekak), Jhilmil (autistik) dan Shruti (normal). 

Barfi dibesarkan oleh ayahnya seorang diri sebagai pemandu keluarga Jhilmil sebab ibunya meninggal masa dia kecik lagi. Asalnya ayah dia letak nama Murphy sebab obses dengan radio Murphy. Barfi ni seorang yang nakal dan suka mengusik orang. Dia berkawan dengan Jhilmil sejak kecik. 

Shruti gadis yang baru berpindah ke Darjeeling dah bertunang dan akan berkahwin dalam masa 3 bulan akan datang. 

Jhilmil cucu keluarga kaya yang akhirnya datuk dia meninggal dunia dan mewasiatkan segala harta kepada Jhilmil manakala ibu dan ayah dia cuma dapat elaun bulanan. Seorang penjaga juga diupah untuk menguruskan Jhilmil. 

Barfi & Shruti bertemu secara tak sengaja dan bercinta, mak Shruti cuba menghalang dan Shruti ikut cakap mak dia. Lepas kawin Shruti berpindah ke Kolkata kemudian tak lama lepas tu datuk Jhilmil meninggal. Bila ayah Jhilmil takde duit, dia pecat semua pekerja termasuk ayah Barfi. Kemudian ayah Barfi jatuh sakit dan perlukan wang dengan kadar segera untuk buat pembedahan. Barfi yang terdesak cuba culik Jhilmil tapi tak jadi sebab ada orang dah culik Jhilmil dulu. Lepas tu dia try rompak bank tapi gagal jugak.

Secara tak sengaja masa Barfi cuba lari masa dia rompak bank, dia nampak Jhilmil dalam kereta penculik, kemudian Barfi mintak wang tebusan dan berjaya. Masa dia serahkan wang tebusan kat hospital ayah dia dah meninggal dan pihak polis cuba cari Barfi. Masa tu Barfi cuba hantar Jhilmil ke rumah pengasuh dia tapi Jhilmil tetap ikut Barfi dan dia tinggal bersama kat Kolkata.

Lepas tu Barfi terjumpa Shruti yang rasa menyesal tinggalkan Barfi dan mereka berkawan balik dan menyebabkan Jhilmil rasa cemburu. Kemudian satu hari masa diaorang tengah berjalan-jalan Jhilmil rasa kecik hati sebab Barfi marah dia dan dia tiba-tiba hilang. Shruti buat laporan kat Kolkata tapi pada masa yang sama polis dapat laporan penculikan Jhilmil kat Darjeeling. Masa buat penebusan Jhilmil, penculik bunuh Jhilmil dengan menolak kereta dalam sungai, tapi polis cari tak jumpa apa-apa.

Shruti masa tu gembira sebab Jhilmil dah takde tapi Barfi rasa sedih sebab dia sayang kat Jhilmil. Tiba-tiba Barfi teringat nombor yang Jhilmil selalu ingat dan dia start cari. 

Akhirnya dia jumpa Jhilmil kat rumah penjagaan lama dan mereka dapat tahu penculikan tu angkara ayah Jhilmil sebab nak tipu duit dana Jhilmil. Akhirnya Barfi & Jhilmil berkahwin dan mereka meninggal pada hari dan tempat yang sama. Shruti sehingga akhir hidup keseorangan dan berkawan dengan Barfi dan Jhilmil.

Kemain panjang sinopsis ko Jenab. Tak sangka ada cerita komedi romantik Hindustan yang best. Pelakon yang bagus, muzik dan sinematografi dia bagus gila! Kisah cinta yang bukan biasa-biasa. Walaupun kisah ni berkenaan OKU tapi dalam cerita ni bukan cerita mintak simpati. Cerita mengenai cinta yang tak perlu diucap dengan kata-kata tetapi dengan sekecil-kecil perbuatan.

20 December 2014

Down River


Adam had been accused for killing her stepsister's friend at his own house on her birthday party. He went to New York for five years and suddenly he got a call from his best friend Danny asking him to come home.

When he get there, the people get killed and attacked. The police department started chasing him. He got confused what happened. Danny got killed, Miriam (his stepsister) engaged with a police, Jamie got problem with gambling, his father got a lot of debt and gave Dolf his land for free, Grace had been attacked by somebody.

There's a lot of drama and you just can't get rid of this book once you started reading it.  

Orphan Train



Molly Ayer (17 yo) adopted by a couple at Maine became friend with Vivian (91 yo) when she had to do community service because stealing a book at the library but she lied about that. She helped Vivian rearrange her boxes and she get to know the history of Vivian's life.

Vivian came from an Irish family and her family went to America for a new life but she became an orphan when her family was dead on a fire. She gets on Orphan Train and adopted and the journey of her life begin. She learned how to survive until she married and get a daughter but she gave her to other family.

This is a historical fiction book and it based on the elders of American's and they even have Home of National Orphan Complex and we can visit http://www.childrensaidsociety.org/about/history/orphan-trains to get other information. 

19 December 2014

Nice Girls Don't Get The Corner Office

I like this book very much although it is more suitable for women who works for the company. I have to admit that most women done the mistakes written including me (haha!). Women unconsciously act like a girl because we don't feel there's nothing wrong to be like that at the office. Women always think that hard work is the best way to get promoted but unfortunately that is wrong.

If you are wondering why you are not getting promoted or you think you should get better salary because you did a good job (but you did not), you must read this book. The most mistakes (I think) that almost every women do is talking with high pitch (including me sometimes :)). The good thing about this book is not just telling you what mistakes have you done but give advise and solution.

Recommended all women to read it.
  

The (Honest) Truth About Dishonesty.



We cheat almost everyday without knowing that we are cheating. It happens everywhere and mostly every time we have the chances. Sometimes we feel that it's okey to cheat because other people cheat the same way we do.

For example, we put coins on vendor machine to buy soda and we got the soda and the coins back. We think that's not right to take the coin and the soda but people after us get the coins and the soda too. Then we feel that that it is okey because we are not cheating alone.

The book also tells us about that people will purposely cheating if they know that they will not get caught. We also feel it is not guilty cheating in our work if the boss say so.

The author did a lot of experiments mostly in exams, or something to do with paper works. What about husband or wife who cheats? Friends among them maybe? Or family?

In conclusion this book really open my minds about why sometimes my workers cheating and how i can minimize the chances they will cheating.

*haha okey i know the words and grammars are like primary school student but who cares? :p





Got it?

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...