05 March 2015

Neon Night Run 2014

Lokasi : Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.
Tarikh : 31 Disember 2014
Masa : 8.45pm
Jarak : 5 km


Acara ni di buat mungkin untuk celebrate new year. Kami datang awal sebab takut jem maklumlaaaa Banda Hilir kan? Selalunya jem waktu cuti. 

Acara kalau ikut poster dia 7.30pm. Maka kelam kabut le kami maghrib kat Parkson. Lepas tu boleh le pulak Enche' John Lejen terluppa bawak kasut? Hahahahahahahaha. Plan lari barefoot je la..

Kami tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu apehal le pulak acara tak start lagi ni? Dah le diaorang ni punya hampeh tak sediakan tempat letak beg. Rupa-rupanya 7.30pm tu waktu berkumpul? Pergghhh sakitnya tuh di sini di dalam hatikuuu.. *nyanyi ikut lagu dangdut*

Sampai 8.30pm to dah kira maksimum la kitaorang tunggu, lepas tu kami pun blah dengan bergaya dan tak lari. Hahahahahaha. Dah tu sibuk jugak nak up entry tapi tak lari sebab kami sempat bergambar jadi untuk tidak membazirkan gambar marilah saksikan sekitar acara sebelum bermula.

Ini adalah laluan larian yang tak jadi lari kehkehkeh.

Sepet berlakon jadi pari-pari turun dari langit *pengaruh kartun sangat dah ni*

Lampu-lampu neon dihias dalam padang.

John Lejen dah siap nak lari barefoot dah tuu..

Starting point yang sejam kami tunggu tak start lagi tuuu.. 

Oklah tu je laa.. pengalaman lari malam kat Melaka takde lagi tapi ada member sorang kata tak best sebab kena lari celah-celah keta. Fuuhh nasib baik kami tak lari hahaha. Untuk penganjur sila baiki kelemahan yang ada sebab kami macam dah nak pangkah event yang di organize oleh diaorang sebab poyo je lebih. Boleh? Hahahaha. 

Braces Retainer

Wohoooo!!!!! Hoyeah!! Hoyeah!!! *joget-joget*. Akhirnya braces saya dan dibuka selepas 3 tahun lebih menjadi robocop. Apa, kome ingat lepas bukak braces penyiksaan akan berakhir begitu saja macam citer dongeng 'kemudian mereka pun hidup bahagia selama-lamanya'. No no no nooo... 


Kenapa?

Lepas bukak braces, kita kena pakai retainer. Kenapa kena pakai? Tak cukup ke 3 tahun ko pakai besi tu?

Retainer (dalam BM 'penahan' ish pelik bebeno bunyik dia haha so kita panggil retainer je lah ye.) ialah peralatan ortodontik yang direka untuk "mengekalkan" atau memegang kedudukan gigi selepas kita bukak braces sebab gigi perlu menyesuaikan diri (boleh ayat camtu?) untuk kekal dalam tulang rahang dan tisu lembut dalam mulut kita. Kiranya gigi tak berapa stabil la ni. Retainer ada yang diperbuat daripada dawai dan plastik atau plastik pepejal. Retainer ini la menatang yang penting untuk memastikan gigi kita kekal cantik dan tak senget benget lepas bukak braces dan paling penting tak rasa duit kita membazir bayo mahal-mahal tapi lepas tu gigi tak rata balik.


Ish, Selesa Ke Pakai Retainer?

Alaa.. biasala mula-mula mesti rasa pelik tapi lama-lama okey la. Lagi lama pakai lagi selesa la nanti macam pepatah 'alah bisa tegah biasa' gittew.


Berapa Lama nak Pakai?

Err ikut la kot, kalau ikut doktor saya kata wajib 6 bulan lepas bukak braces kena pakai sepanjang masa Tapi lepas tu kita sendiri akan rasa perbezaan dia dan mungkin boleh pakai waktu malam sahaja. Lepas tu mungkin setahun dah tak payah pakai lepas gigi dah betul-betul masuk dalam rahang.


Jenis-Jenis Retainer

Hawley Retainer

Ini adalah yang paling biasa orang pakai. Masa kat sekolah dulu memang ramai kengkawan ada pakai. Reka bentuk dia daripada wayar dan kancing terbenam dalam badan plastik yang agak tebal yang meliputi rahang atas atau terletak di sepanjang sisi lidah gigi bawah. Dah jangan banyak citer tengok bidio.


--------------------


Clear Retainer

Retainer ni rupa plastik. Doktor akan buat acuan gigi untuk dapatkan saiz yang betul-betul ngam. Memang jenis ni nampak lebih cantik tapi dia leceh nak jaga sebab takleh kena air panas dan kena asyik membukak dan pakai masa makan. Nak gosok gigi pun kena bukak. Kalau minum air oren ke, air anggur ke, air seteroberi pun takleh pakai nanti warna melekat le pulok. 



--------------------


Fixed Retainer

Fixed retainer memang paling terbaik la kot sebab takyah bukak pakai.  Kenapa nama dia fixed retainer? Sebab dia dah siap-siap ikatkan 6 gigi depan tu dan takyah bukak tapi kelemahan dia gigi belakang dia takleh sambung dan ini mungkin akan menyebabkan gigi belakang akan beralih nanti. Bila pakai fixed retainer ni memang korang kena jumpa balik dentist lah kan bila nak bukak tapi bila pakai retainer yang lain tu agak-agak sendiri je bila nak stop pakai. 


...............................................


Okey, harap-harap maklumat ni dapat membantu untuk yang pernah bertanya. Saya pakai yang clear retainer. Hahahaha.. ye ye memang leceh nak kena bawak bekas nak letak retainer sebelum makan supaya tak hilang sebab doktor dah pesan kalau hilang nak buat balik tu kena bayo Rm500. Maka untuk kita yang kedekut ni, kena la jaga elok-elok. 

:)

17 February 2015

Lamanya menyepi!

Hai! Lama dah menyepi sebab terlalu sibuk dengan kerja. Okey supaya tak lupa berikut sepatutnya entry yang bakal dikeluarkan.

- Neon Night Run.
- Skyhawk Nature Run 2015

Eh, macam banyak aktiviti tapi 2 je? Hahaha! Okey saya terlalu sibuk membetulkan akaun syarikat disebabkan oleh kelewatan akauntan yang telah dilantik terhegeh-hegeh membuat kerjanya sehingga syarikat saya telah didenda dengan SSM. (paham ke?). Saya akan menukar akauntan, auditor dan juga setiausaha dan melaburkan wang dalam sistem kerja untuk mengahdapi gelombang GST pada April ini. Semoga saya berjaya ye!

Oh ye saya juga sibuk berlatih untuk melakukan kerja gila dan cuba sehabis baik untuk larian melebihi 42km. Amin! Insyaallah! *semangat*


26 December 2014

Bercuti sambil beramal di Lenggong, Perak.

Okey, marilah berusaha menghabiskan cerita 2014 sebelum terlambat. Kami konvoi beramai-ramai ke Lenggong pada 28 November 2014 - 1 Disember 2014. Bertolak malam dalam pukul 10.00 pm. Tapi macam biasa la.. Gerak lambat punya sebab macam-macam hal. Aku takde masalah sebab aku tak drive. Aku selamat berdengkur sampai pagi. Tau-tau je bangun dah sampai Ipoh.

29 November 2014



Aaahhh.. Pagi indah dengan kabus.

Kami bergerak terus ke Kuale Kangsor untuk sarapan.

Sepanjang jalan diaorang ni main hapa tah tembak-tembak ayor.

Antara kereta yang ada pagi tu. Semua ahli konvoi tak mandi lagi ni.

Selamat datang ke Kuale Kangsor mike.

Kami sarapan kat pekan yang ada pasar tani. Terjumpa le unam & duri ni. Tah hapa la ghasenya ye? 

Pakcik jual madu lebah.

Terjumpa motor apa tah ni. Sibuk je John Lejen tanya nak jual ke tak.

Paling best jumpa bff. Masa ni keta member tengah tuko tayar. Aku wasap je bff aku tetiba je datang singgah, katanya nak ke Ipoh nak pegi wedding. Nasib le Mona kamu jumpa aku dengan tak mandinya hahaha. Thank you dear, muah!

Lepaih tu kami terus gerak ke Resort Tasek Raban.


Laluan nak masuk tu kena ikut tepi perumahan baru siap.

Bilik kami.


Abam Awie in da house. Bilik ni kalau diaorang buat koje pembersihan elok le juge. Ni macam buat bodo dengan lantai berhabuk, peti ais berbau. Harga aku tak tau sebab aku folo je trip ni wahaha. Tu pun sibuk nak komplen ke? Ish, mesti le walaupun bukan aku bayo tapi tetap bayo. Pekerja dapat gaji tu buat apa?

Ada balkoni dan boleh tengok Tasek Raban.

Bilik ayor yang maintenance dia gagal. Tak berbasuh ke hapa?

Nampak macam bersih tapi sebenarnya tak.

Petang tu aku tak buat apa pun, lepak bilik je. Si Sepet dah selamat ikut sape tah pegi Lata Kekabu. Aku layan Perhimpunan Agong Umno kat tv. Petang sikit keluar pegi pekan Lenggong beli selipar sebab aku tertinggal selipar kat RnR Dengkil malam tadi dan makan roti canai.

Pekan Lenggong. Rileks seyyhh..

Malam tu ada disediakan makanan kat dewan makan (eh macam bunyi asrama je haha). Malas le aku nak amik gambo makanan. Tapi sarapan pagi tu makan nasi lemak memang sejibik rasa dewan makan sekolah aku dulu kat Teluk Intan. Sambal dia sejibik laa.. Kuih ketayap dia memang terbaik. Okey, makanan memang best!


30 November 2014

Lepas sarapan kami bergerak reramai ke Kampung Beng Beng! Eh tak tak, Kampung Beng je. :p

Kumbang reramai cari parking.

Nak ke Kampung Beng kena park keta reramai kat jeti dan kita kena naik sampan.

Berani ko? Ni memang naik selamba rock je ni.

Jiran aku yang mengong.

Apa? Safety jacket? Amende tu? Wahahaha!

Dua ketul budak yang sepanjang trip ni main je la kojenye.

Nak acah berkelah pun bolehhh

Jeti kat Kampung Beng.

Boleh je kalau nak naik ikut tangga jeti tu tapi kami kan pelancong, kena la kasi adventure sikit ye dak? Naik le ikut celah semak ni haa..

Kena paksa bawak makanan pagi tadi, boleh la buat makan-makan nanti kang daripada membazir.

Okey, di sini lah aktiviti sebenar akan dijalankan.

Padang sekolah. Difahamkan sekolah ini ada lebih kurang 100 pelajar keseluruhannya. Oh mai.. Bahagianya!

Kantin dijadikan tempat berkumpul.

Tak ke korang rasa syahdu setiap hari pegi sekolah nampak pemandangan gunung ganang ini? Walaweeeyyhhhh...

Ini salah satu projek amal kami, melukis mural ni kembali ke wajah asal.

Kerja-kerja awalan aku & Ainaa.

Yang lain-lain membersihkan kawasan sekolah.


Dan juga menanam pokok.

Semua orang cuba memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga.

Lain yang dirancang lain jadiknya.

Si Cendol yang rajin melayan kanak-kanak. 

Tengah siapkan stensil untuk huruf nak tulis rukun negara. Tak tau le sape yang handle projek ni. Banyak barang tak cukup. Kami pinjam roller cat kat kontraktor yang tengah buat masjid sebelah sekolah, stensil pakai kotak mana tah diaorang kutip, pisau gunting pun pinjam sape tah, berus lukisan diaorang jumpa dalam bilik guru. Hadehhh.. tapi alhamdulillah projek berjaya disiapkan walaupun dalam keadaan daif. Boleh ayat camtu? Hahaha.

Tengah hari makanan dah disiapkan dan seperti biasa ini adalah penyelamat keadaan. Memang sedap sape yang siapkan makanan ni, terima kasih.

Makan beramai-ramai kat kantin waktu rehat.

Pandai pulak dua ketul budak ni cari port makan.

Haaa.. Nampak? Lain yang dirancang lain jadinya. Patutnya sebelah bunga raya tu pun ada frame tapi sebab bila dah ramai tangan, ada le pulak yang dah tercat lebih. Jadi kita halalkan je lah. Hahahaha. 

Masa nak bergerak dari Kampung Beng ni cuaca macam nak hujan, si Cendol ni apahal tah kemain kalut siap buat baju hujan sendiri. Padahal tak hujan pun.

Best tak naik sampan lalu celah pokok mengkuang?

Sampai la kami ke kampung..... alamak aku dah lupa la nama kampung ni. 

Dalam kampung ni ada la 15 biji rumah kot. Comel je, nak buat mesyuarat sure senang nak panggil. Memang pengangkutan utama kat sini adalah bot. Kedai runcit pun takde tau. 

Memandangkan monyet dan kucing pun susah nak jumpa kawan, apa yang ada pun bolehlaaaa jadi kawan buat gurau-gurau. Manja tau si monyet dan kucing ni. 


Kalau aku duduk sini, cemana lak agaknya kan? 

Antara laluan nak ke rumah jiran.


Petang tu kami disajikan dengan aktiviti sukan kampung. Boling kelapa.

Pin boling daripada botol air mineral pun bolehhh...

Satu lagi, pertandingan kukur kelapa. Haaaa.. berpeluh le nak kukur kelapa.

Lekas-lekas.

Semua muka dah penat dah. Kami disajikan dengan kuih muih yang sedap dan bubur pun sedap. Masa ni semua bateri dah weak. Badan dah berlengas sebab cuaca agak panas.

Sebelum kami balik ke resort, mari lah bergambar beramai-ramai.

Malam tu kami terjumpa kunang-kunang!

Makan malam hari tu kami dapat cabutan bertuah no. 2 terbesar. Wahahaha! alhamdulillah.

Lepas tu aku selamat beradu dengan jayanya.


1 Disember 2014

Pagi tu sarapan kat dewan makan resort ni.

Eh lupa sebelum tu sempat la aku bangun awal pagi dan joging. Dapat la dalam 3km pusing 5 kali resort. Dari depan bilik boleh nampak jambatan Sultan Azlan Shah kot kan? (agaknya)

Ni la bilik aku yang Superior sangat tu.


Waktu pagi sekitar resort.

Lepas sarapan kami beramai-ramai buat lawatan ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.


Dapat pengunjung macam aku memang sambil lalu je laaa




Ruang multimedia le agaknya. Takleh kecik lagi ea tv dia. Kerusi pun main pakai apa yang ada je kot.

Kalau ikut maklumat yang ada ni memang menarik tapi presentation dia memang tak menarik.

Lepas tu kami dah nak bergerak balik tapi bukan semua la sebab masa ni kira aktiviti dah abis. Diaorang pegi masuk gua tapi kami terus bergerak ke Ipoh singgah tempat member sat nak amik barang.

Ni kat area Tambun je pun tapi kome memang takkan sangka la dia dah ubah tempat ni ikut citarasa dia. Sempat le pulak si Sepet ni mengerjakan drum member kitaorang.

Opis + tempat tinggal memang menjimatkan.

Yang ni ruang yang aku paling suka.

Lepas lepak, makan, layan dvd, buang apa yang patut dan hampir terlelap, kami blah pegi makan kat nasi vanggey. Lepas tu ikut jalan lama keluar kat Slim River dan kami memang bernasib baik sebab ikut jalan lama. Masa tu highway banjir dan ramai yang tersekat dan terpaksa berpatah balik. Kami ikut jalan lama pun banyak tempat dah start banjir. So kami singgah makan kat Yik Mun sat, makan dan teruskan perjalanan balik.


Aku memang selamat tido je la. Memang gagal kalau memandu tengah-tengah malam.

Okey, jumpa lagi tahun depan (InsyaAllah).

Eh lupa nak belanja gambar cantik kat Tasik Raban.


:)

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...