28 July 2012

Lelaki Labah-Labah



owh, terlambat membuat review tentang cerita ini.

eleeehhh takkan tak tau ni cerita apa kan? kalau tak tau.. ehh ko dari planet mana eh? haha..

macam biasa, cerita yang sama seorang remaja secara tak sengaja digigiti oleh seekor labah-labah lalu menjadi lelaki labah-labah atau spiderman *sila buat suara macam bisik masa baca spiderman tu*

lepas tu musti ada awek punya.. dan juga professor yang bertukar menjadi resakse.

kemudian lelaki labah-labah tu pun nak selamatkan dunia dan dalam masa yang sama kena selamatkan awek dia.

jalan cerita yang sama, cuma tukar hero, heroin, dan juga orang jahat.

best ke? tak sangat laa.. sebab dah tau dari mula sampai abiss..

Laskar Pelangi


Cinta benar-benar telah menyusahkanku


Ketika kita saling memandang saat sembahyang rebut

Malamnya aku tak bisa tidur karena wajahmu tak mau pergi dari kamarku

Kepalaku pusing sejak itu…
Siapa dirimu?


Yang berani merusak tidur dan selera makanku?

Yang membuatku melamun sepanjang waktu?

Kamu tak lebih dari seorang anak muda pengganggu!
Namun ingin kukatakan padamu
Setiap malam aku bersyukur kita telah bertemu
Karena hanya padamu, aku akan merasa rindu…

"awak, jom kita kejar pelangi?"

(n_n)

Sebelas Patriot


Menjadi peminat bola sepak bererti menjadi sebahagian daripada keajaiban peradaban manusia.



semua hal ada dalam bola sepak.

trompet memekakkan, bunga api yang ditembakkan dan api suar yang dilambai-lambai dari atas pagar pembatas oleh lelaki kurus tidak berbaju itu adalah perayaan kegembiraan.

bendera raksasa yang berkibar-kibar adalah psikologi.

19 July 2012

suatu pernah

habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


by fynn jamal

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...