28 July 2012

Sebelas Patriot


Menjadi peminat bola sepak bererti menjadi sebahagian daripada keajaiban peradaban manusia.



semua hal ada dalam bola sepak.

trompet memekakkan, bunga api yang ditembakkan dan api suar yang dilambai-lambai dari atas pagar pembatas oleh lelaki kurus tidak berbaju itu adalah perayaan kegembiraan.

bendera raksasa yang berkibar-kibar adalah psikologi.


lagu-lagu pemberi semangat yang gegak gempita adalah seni.

orang-orang yang duduk di podium kehormatan, di tempat paling nyaman menonton bola adalah politik.

orang-orang yang bertali leher yang sibuk dengan telefon bimbit di belakang jajaran ahli politik itu adalah ahli perniagaan.

"patriotisma bukan hanya menyanyikan lagu kebangsaan dan bicara poltik yang tidak berkesudahan"

kisah tentang kekaguman seorang anak terhadap semangat menentang ayahnya suatu ketika dulu melalui bola sepak kerana mereka tidak mampu untuk menentang dengan dengan cara lain.

No comments:

Post a Comment

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...