20 May 2014

makan-makan yang tak seberapa kat port dickson

Ini adalah sambungan cerita berpoya-poya kat PD hari tu. Takkan le kami nak makan kat hotel memanjang, kami ni bukannya orang duit berkepuk sangat pun. Lagipun makan kat kawasan setempat lagi best kan?

Hari check in tu kitaorang cari makanan tengah hari sebab perut dah buat lagu remix k-pop. Member gua sibuk laaa nak makan nasi kukus grill panggang, kukus grill panggang, eh? Takde-takde.. Nak makan nasi kukus ayam panggang ala cowboy, gittew. Korang check kat SINI untuk gambar yang banyak dan lokasi. Komen aku adalah seperti berikut;


  • lokasi mudah nak cari sebab tepi jalan.
  • memang koboi abis sebab lantai pakai pallet lepas tu pakai plywood.
  • hiasan bagi aku ada tema tapi sila perbaiki lebih banyak.
  • makanan bagi aku tak sedap. budak-budak suka la kot. sup pakai perencah pun cair, sos tak sedap. sila jangan marah aku sebab ni pendapat aku ye. kalau korang suka gila, sila makan aku tak marah pun.   
  • harga tak murah mana pun dengan kuantiti dan kualiti makanan yang ditawarkan.

Ni je yang sempat aku snap. :p

Lepas tak puas hati dan tak puas perut, kitaorang on the spot start keta pegi kat depan sikit berdepan dengan Teluk Kemang yang ada ramai orang tu. Nampak le ramai betul umat kat kedai ni, Warisan Corner Asam Pedas. Macam-macam lauk hadoo.. Kitaorang makan macam baru lepas 5 minit tadi kitaorang tak makan apa-apa pun. Punya la resakse. Makanan dia sedap oi. Tak sempat gak nak amik gambar sebab sibuk memenuhi napsu binatang jadi sila lihat link INI

Balik hotel lepak, mandi, berpoya-poya, lapar, keluar makan kat area PD Waterfront. Tapi sebab dah malam, member aku bawak kitaorang makan port lama yang dia penah makan. Aku pun tak tahu nak explain kat mana ni. Makanan dia biasa-biasa je. Kami makan sotong kangkung, char kuew tiaw dan otak-otak.







Lepas makan, balik hotel tido. Sekian.

Esok pagi breakfast kat hotel sebab dah bayar kannnsss... Lepas makan, terjun, siap-siap check out, kebas tisu hotel sekotak, kitaorang decide pegi lepak minum kat Strabucks. PD ada Starbucks weyh! Aku kagum sebentar. Rupa-rupanya malam tadi punya cerita kitaorang makan belakang area PD Water front jew. Takyah le aku citer lelebih minum kopi kat Starbucks je pun. Sama je memana.

Member gua yang omey comel. Singgah nak jadi model sebentar. Kuikui.

Pastikan korang nampak signboard yang penuh ini kat simpang tiga dan ikut anak panah untuk sampai ke lokasi.

Kalau korang nak tengok planning dan gambar-gambar lain kat PD Waterfront ni boleh la pegi ke http://www.pdwaterfront.com.my .

Kat sini ada Mekdi, Dominus, Kepsi, Pizza Hat, Starbucks, shopping mall dan macam-macam lah.. 

Gembira nau kengkawan gua sebab nak balik.


Gambar curik nii..

Nak gakkk gaya retissss member gua.. 


Beriiiikannnn.. Dia nak gaya retiss jugakkk...

The End.

2 comments:

  1. banyak golis ko makan. hehe. btw, pantai pd tak cun macam dulu lagikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! tu semua resakse gorgon la mijah. aah pantai dah tak cantik macam dulu. sad.

      Delete

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...