pada satu malam yang indah, bulan mengambang penuh. (konon-konon scene seram) waktu menunjukkan..*tengok jam* hati berkata
"oh, awal lagi ni. bosan ah. nak buat apa ni?"
uik.. rasa panas.. apahal berasap-asap lak ni?
uhuk,uhuk.. *batuk olok-olok*
eh.. kat mana ni?
tadaaaaa.... Selamat Datang ke JASIN HOT SPRING uoollss.. orang japang panggil onsen
![]() |
kalau tengok gambar siang tu bukan gambar aku amik tau. tu gambar dari website tu sendiri. aku pegi malam, jadinya gambar-gambar aku adalah suasana malam seram sejuk okey? |
ni memang tempat kebahagiaan kanak-kanak. bahagian ni bukan air panas. so kalau ada kanak-kanak yang tak tahan air panas, boleh la bergumbira di sini dan amma appa boleh gi tempat air panas. |
kawasan ni hanya untuk rendam kaki sahaja. kaki sahaja tahu? |
![]() |
yang bahagian sini tempat kanak-kanak ke remaja. (ikut suka aku bagi klasifikasi. hahaha) kat bahagian luar tu siap ada gelanggang futsal tuuu... |
![]() |
ini adalah bahagia untuk kanak-kanak dan juga sebahagian kecil orang tua. |
![]() |
ada bahagian special untuk wanita yang malu-malu nak tayang badan dengan baju basah yang melekap kat badan tu. takdele aku nak ngambik gambar kat bahagian dalam ni kang tak pasal-pasal kena lempang. |
![]() |
salah satu bahagian untuk mandi air panas cara 'kaburi yu' atau bahasa kampung aku, 'cedok pakai gayung dan jirus'. cedoookkk.. jangan tak cedoookkk.. |
![]() |
cara-cara mandi air panas ikut cara japang. kang aku citer. |
macam biasa mari ambil tahu sikit-sikit pasal Jasin Hot Spring
terletak kat Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin (opkoss la kat Jasin..) kalau datang dari Ayer Keroh tu dalam 20 minit naik kereta. jalan kaki aku tak tau. haha.. cari je signboard ke Bemban atau Jasin ikut Jalan Gapam. nanti lalu depan Seri Negeri Melaka ada roundabout pun straight je.. sampai nampak Petronas belah kanan pastu belok kiri. pastu korang akan nampak signboard Jasin Hot Spring. kalau ikut sejarah yang aku baca dari sana sinun orang pertama jumpa tempat ni ialah... jeng jeng jeng.. bukan orang Portugis, bukan orang Belanda tetapi seorang baba yang bernama encik Tan Kim Tian tahun1884.
banyak khasiat wooo sebab ada unsur-unsur galian yang baik, boleh merawat macam-macam penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. boleh juga merawat penyakit kulit yang ringan-ringan, malah tak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.
banyak khasiat wooo sebab ada unsur-unsur galian yang baik, boleh merawat macam-macam penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. boleh juga merawat penyakit kulit yang ringan-ringan, malah tak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.
luas kawasan, dua hektar. ada sembilan kolam air panas, dua kolam taman air dan satu kolam mineral sejuk. ada tempat mandi suhu dia dari 40 hingga 41 darjah celsius. sebelum masuk tu diaorang dah tulis siap-siap dah suhu kolam yang ada kat situ. air panas tu semua daripada lima perigi sumber (asal) dan dijaga keasliannya dan tak campur hujan.
kemudahan lain yang ada tandas, tempat salin pakaian untuk lelaki dan wanita, kolam aktiviti kanak-kanak, surau dan kafeteria.
Waktu operasi
Isnin : 3 petang - 12 tengah malam
Ahad, Selalsa, Rabu, Khamis : 9 pagi - 12 tengah malam
Jumaat , Sabtu : 9 pagi - 2 pagi
Harga tiket
Isnin - Jumaat : RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak).
Sabtu, Ahad dan cuti umum : RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak).
Telefon : 06-5210369
GPS Coordinate : N2.290575, E102.375176
tadi dah janji nak cerita pasal jenis-jenis mandi air panas kan?
awase yu
cara mandi air panas dengan merendamkan keseluruhan badan kecuali kepala. cara ni meransang aliran darah dan buat badan lebih relaks. uu.. aku suka cara ni. <3
utase yu
kalau ikut tatacara orang japang ni cara mandi jirus air daripada tempat tinggi macam mandi kat air terjun. cara ni boleh release preassure kat bahagian badan yang lenguh-lenguh tu. aku tak perasan lak kat Jasin ni ada jenis yang ni
ashi yu
kome tengok gambor pun tau tauuu.. rendam kaki je. elok le kalau kita ni jenis kuat berjalan kot.. tapi aku dah try, memang best! kalau kat rumah pun kekadang aku buat sendiri letak air suam dalam baldi dan tambah garam ikut sukatan ikut suka aku haha. pastu rendam sambil tengok tv. pergghh.. memang heaven.
kaburi-yu
kalau ikut orang japang kaburi-yu ni kena buat sebelum buat aktiviti lain dalam hot spring ni. tapi kat Jasin ni dia letak port ni kat area belakang. ikut suka kome lah.. janji hepi ye dak? ni kira macam warming up laa... takmo kasi badan terkejut bila buat aktiviti lain. ni macam kita mandi kat perigi je. amik gayung, cedok, simbah. siap. dah. jom masuk. hahaha. yang ni tak yah gambar la.. sebab kat atas tu dah ada. hehe. (dah cari kat google takde lak gambar mandi jenis ni)
kalau ikut ada beberapa cara lagi untuk onsen. tapi aku cerita yang ni je lah ye. kalau orang japang la kan, masuk tempat onsen ni pun ada tatatertib. tapi kita kat sini masuk je la.. janji perangai tu senonoh dah la. okey, banyak dah cerita ni. till next time. :)
No comments:
Post a Comment