11 January 2013

Seiring dan Sejalan

"Berlari berkejaran.. Seindah Bunga Di Taman..."
(buat aksi kejar-kejar)

penah dengar lagu ni tak? lagu Seiring Dan Sejalan nyanyian asal Allahyarham Broery Marantika dan Dato' Sharifah Aini dalam cerita Hapuslah Air Matamu. ewah.. korang budak-budak manade layan cerita-cerita lama ni kan? lepas tu bekas suami isteri Ajai dan Nurul lak nyanyi..

sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu, cerita atau pun penyanyi tu. tapi nak cerita pasal tempat yang diaorang buat rakaman tu kat Taman Tasik Taiping.

sangat best tempat ni sebab banyak pokok Samanea saman atau Hujan-hujan yang dah besar gedabak sampai dahan pokok berjuntai kat tanah. okey sedikit info, korang tau tak nama lain pokok Hujan-hujan ni adalah pokok Pukul Lima? tak tau? haa.. kalau korang gi kat pokok tu pukul lima (petang tau, bukan pagi!) ce perati betul-betul kat daun dia... jeng, jeng, jeng.. kalau nampak apa-apa perubahan nanti bagitau k? hehehe... kalau sejarah tentang tempat ni korang google la sendiri ye. berlambak kot ada.

kat sini ada Zoo Taiping, track jogging, tasik, kemudahan asas, taman permainan, hotel, tempat makan, kayak, bot itik yang kayuh-kayuh tu malah ada sekolah berasrama penuh SMS Tunku Abdul Rahman. Konpem jadi tempat feveret buat riadah dan dating sorok-sorok kan?kan?kan? okey dah dah.. meh tengok gambar yang tak seberapa ni. next time kena improve skill amik gambar.

 







last but not least. enjoy! hahaha





10 January 2013

Burps & Giggles, Ipoh

eh ipoh lagi? hakhakhak.

ini adalah kesinambungan jalan-jalan ke Memory Lane. lepas penat jalan kena la cari kedai makan kan? tak ramai Melayu yang makan kat sini kot. masa aku datang pun cuma kitaorang je Melayu yang lain semua Chinese. maybe sebab harga makanan, jenis makanan, lokasi atau lain-lain. tapi sebab aku memang la kaki makan juga, maka seharusnya aku terjebak ke tempat-tempat seperti ini.

memang cantik uolss.. i sukee.. tempat yang menarik dan makanan yang sedap. harga makanan boleh taahaaannnnn laaaa... *tepuk wallet* haha.. tapi for me memang berbaloi. boleh lepak-lepak and ambil gambar bagai.

dah bagitau ambil gambar, so opkos la kena la letak gambar. sebab tempat ni cantik bagi aku jadi macam gembira la pulak ambik gambar. dah jom tengok  (n___n)

dari luar pun dah menarik kan?

comel tak?

jangan duduk je tau, banyak yang menarik kat luar.


deko deme cun.

antara yang kitaorang bedal hari tu.

toilet pun style uols :)

i lurve drawings.


antara yang diskodeng

jalan-jalan kat belakang

open : 8.00 a.m - 8.00 p.m except tuesday.
location : 95, Jalan Sultan Yussuf, Ipoh, Perak.
Tel: 05-242-6188
GPS Coordinates  :4.596488,101.07733 (Estimated)

09 January 2013

Ipoh Memory Lane

peminat barang lama atau barang terpakai sure penah pegi Memory Lane kat Ipoh kan? sangat happening!

eh, eh awak tak penah pegi? deme kat sana maybe panggil 'pasar karat' or Loken? (is it because banyak jual barang berkarat?) haha.

cuma buka pada pagi Ahad sahaja daripada 6.30 pagi - 12.00 tengah hari ikut ramainya pengunjung. terletak kat Kampung Jawa, Jalan Horley. cari je The Store haaa.. belakang tu je..

macam-macam ada.. daripada makanan, pakaian, barang antik, tv, set karaoke, basikal, beg, rocking chair, telefon, permainan, kasut, ladam kuda, cermin mata, buku teks, kaset lama dan baaanyaaakkkkk lagi la.. haha tak tertulis kat sini. tengok gambar lagi best daripada baca kan?

p/s: sebab konon-konon cerita lama, gambar pun kena la konon-konon lama. ;pp

sebelum diaorang start saya dah start usha. diaorang siap je terus serbu sampai la diaorang tutup. hahaha.

tak salah beli barang terpakai asalkan berkualiti dan masih baik kan?

what a beautiful view :)

ladam kuda, goku, spiderman, set BOFA. u name it, they got it.

08 January 2013

cerita apa ni?

eh eh jangan le salah faham ye.

entry "Cerita Hangat" tu bukan gossip artis.

saya tak suka cerita pasal benda tak sahih ni.

minta maaf jika sesiapa terbaca entry tu dan lepas tu berkata "cis cerita apa ni?"

hahahaha.. ;pp

05 January 2013

Cerita Hangat.. hohoho.

pada satu malam yang indah, bulan mengambang penuh. (konon-konon scene seram) waktu menunjukkan..*tengok jam* hati berkata 

"oh, awal lagi ni. bosan ah. nak buat apa ni?"

uik.. rasa panas.. apahal berasap-asap lak ni? 

uhuk,uhuk.. *batuk olok-olok*

eh.. kat mana ni?

tadaaaaa.... Selamat Datang ke JASIN HOT SPRING uoollss.. orang japang panggil onsen


kalau tengok gambar siang tu bukan gambar aku amik tau. tu gambar dari website tu sendiri. aku pegi malam,  jadinya gambar-gambar aku adalah suasana malam seram sejuk okey?
masuk-masuk je dah nampak kedai jual barang-barang mandi. antara kemudahan yang ada ialah kawasan riadah untuk keluarga yang luas, tempat untuk barbeque (yang halal je boleh), pondok-pondok untuk berehat dan letak barang. kira masuk tu macam gi berkelah la..
ni memang tempat kebahagiaan kanak-kanak. bahagian ni bukan air panas. so kalau ada kanak-kanak yang tak tahan air panas, boleh la bergumbira di sini dan amma appa boleh gi tempat air panas.

kawasan ni hanya untuk rendam kaki sahaja. kaki sahaja tahu?

yang bahagian sini tempat kanak-kanak ke remaja. (ikut suka aku bagi klasifikasi. hahaha)  kat bahagian luar tu siap ada gelanggang futsal tuuu... 

ini adalah bahagia untuk kanak-kanak dan juga sebahagian kecil orang tua.

ada bahagian special untuk wanita yang malu-malu nak tayang badan dengan baju basah yang melekap kat badan tu. takdele aku nak ngambik gambar kat bahagian dalam ni kang tak pasal-pasal kena lempang.

salah satu bahagian untuk mandi air panas cara 'kaburi yu' atau bahasa kampung aku, 'cedok pakai gayung dan jirus'. cedoookkk.. jangan tak cedoookkk..


cara-cara mandi air panas ikut cara japang. kang aku citer.

macam biasa mari ambil tahu sikit-sikit pasal Jasin Hot Spring

terletak kat Kampung Ayer Panas, Bemban, Jasin (opkoss la kat Jasin..) kalau datang dari Ayer Keroh tu dalam 20 minit naik kereta. jalan kaki aku tak tau. haha.. cari je signboard ke Bemban atau Jasin ikut Jalan Gapam. nanti lalu depan Seri Negeri Melaka ada roundabout pun straight je.. sampai nampak Petronas belah kanan pastu belok kiri. pastu korang akan nampak signboard Jasin Hot Spring. kalau ikut sejarah yang aku baca dari sana sinun orang pertama jumpa tempat ni ialah... jeng jeng jeng.. bukan orang Portugis, bukan orang Belanda tetapi seorang baba yang bernama encik Tan Kim Tian tahun1884.

banyak khasiat wooo sebab ada 
unsur-unsur galian yang baik, boleh merawat macam-macam penyakit tubuh badan seperti sakit sendi dan pinggang. boleh juga merawat penyakit kulit yang ringan-ringan, malah tak memudaratkan walaupun kepada kanak-kanak dan orang tua.


air panas ada lapan jenis mineral semula jadi iaitu boron, kalsium, fluorida, besi, magnesium, fosforus, silika dan sulfur.

luas kawasan, dua hektar. ada sembilan kolam air panas, dua kolam taman air dan satu kolam mineral sejuk. ada tempat mandi suhu dia dari 40 hingga 41 darjah celsius. sebelum masuk tu diaorang dah tulis siap-siap dah suhu kolam yang ada kat situ. air panas tu semua daripada lima perigi sumber (asal) dan dijaga keasliannya dan tak campur hujan.


kemudahan lain yang ada tandas, tempat salin pakaian untuk lelaki dan wanita, kolam aktiviti kanak-kanak, surau dan kafeteria.

Waktu operasi

Isnin                                       : 3 petang - 12 tengah malam  
Ahad, Selalsa, Rabu, Khamis : 9 pagi - 12 tengah malam 
Jumaat , Sabtu                        : 9 pagi - 2 pagi 

Harga tiket 

Isnin - Jumaat                       : RM5 (dewasa) dan RM2 (kanak-kanak).
Sabtu, Ahad dan cuti umum : RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak).

Telefon : 06-5210369

GPS Coordinate : N2.290575, E102.375176



tadi dah janji nak cerita pasal jenis-jenis mandi air panas kan?


awase yu

cara mandi air panas dengan merendamkan keseluruhan badan kecuali kepala. cara ni meransang aliran darah dan buat badan lebih relaks. uu.. aku suka cara ni. <3



utase yu

kalau ikut tatacara orang japang ni cara mandi jirus air daripada tempat tinggi macam mandi kat air terjun.   cara ni boleh release preassure kat bahagian badan yang lenguh-lenguh tu. aku tak perasan lak kat Jasin ni ada jenis yang ni



ashi yu

kome tengok gambor pun tau tauuu.. rendam kaki je. elok le kalau kita ni jenis kuat berjalan kot.. tapi aku dah try, memang best! kalau kat rumah pun kekadang aku buat sendiri letak air suam dalam baldi dan tambah garam ikut sukatan ikut suka aku haha. pastu rendam sambil tengok tv. pergghh.. memang heaven.



kaburi-yu

kalau ikut orang japang kaburi-yu ni kena buat sebelum buat aktiviti lain dalam hot spring ni. tapi kat Jasin ni dia letak port ni kat area belakang. ikut suka kome lah.. janji hepi ye dak? ni kira macam warming up laa... takmo kasi badan terkejut bila buat aktiviti lain. ni macam kita mandi kat perigi je. amik gayung, cedok, simbah. siap. dah. jom masuk. hahaha. yang ni tak yah gambar la.. sebab kat atas tu dah ada. hehe. (dah cari kat google takde lak gambar mandi jenis ni)



kalau ikut ada beberapa cara lagi untuk onsen. tapi aku cerita yang ni je lah ye. kalau orang japang la kan, masuk tempat onsen ni pun ada tatatertib. tapi kita kat sini masuk je la.. janji perangai tu senonoh dah la. okey, banyak dah cerita ni. till next time. :)

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...