17 April 2014

Emak

Nama panggilan emak tu macam takde class kan? Tapi aku tak kesah pun sebab sukati aku nak panggil mak ke, emak ke, ibu ke, mummy ke, mama ke.. Janji aku tau dia orang yang melahirkan aku. Entry ni bukan nak bersyarah tapi nak cerita Mac lepas kitaorang first time celebrate birthday emak kat rumah. Aik takkan kat rumah je? Emak aku adalah seorang yang sangat penjimat even nak beli barang untuk diri sendiri pun dia akan fikir sampai 2 juta kali sama ada dia perlukan benda tu atau tak. Kalau dah macam tu punya fikir dah tentu la mak aku akan bising kalau kitaorang membazir buat kat kedai makan ataupun kat hotel yang kena bayar mahal-mahal. Emak aku seorang yang sangat garang dan kalau orang tak kenal sure tak tahan dengan kata-kata yang dia keluarkan. Kitaorang semua dah lali sampai bila dia membebel kitaorang akan twist jadikan benda tu lawak. Sebab kalau kita argue dengan dia maka akan bertambah panjang cerita sampai boleh gaduh. 

Okey cukup sampai situ sebab aku sebenarnya nak cerita yang sebelum Chinese New Year pakcik aku tetiba rajin bagi gambar sejarah pasal keluarga asal emak aku.

Oh emak gua sangat cantik. Masa ni dia baru 15 tahun.

Emak aku dan adik dia aka pakcik aku yang paling kitaorang rapat sekarang.


Gila old school gambar siap ada kerawang kat tepi-tepi.


Gambar perkahwinan emak dan abah. 


Tu cerita emak dulu-dulu yang kitaorang dapat tahu sikit-sikit. So ni baru gambar birthday emak yang lepas pada 24 Mac sempat dirakam. Kitaorang buat sambutan ni sebab tahun ni emak dah pencen.

Aku tengah amik gambar dalam cermin ittew hewhewhew.


Abah kesayangan yang sangat penyabar disamping kelam kabut ayamnya. Dia dah request buat birthday party untuk dia jugak this year. Wahahaha! Abah aku yang suka buat lawak dan sangat workaholic. 


Nenek, anak dan cucu usha kek tak sabar nak potong.


Kek beli kat SR je sebab tak sempat nak tempah. Tulis sekali nama ahli family yang birthday bulan Mac.


Hadiah jam tangan Solvil Titus. Susah tau nak bagi hadiah jam kat emak sebab dia dah ada kriteria jam yang dia suka. Punya la lama kitaorang discuss sebab yang dia nak jam bulat, background putih, kecik, nombor semua lengkap tak nak tulisan roman dan kena ada tarikh. Akhirnya dapat jugak last minute. Lelah nak cari.

Kitaorang paksa emak bergaya dengan jam barunya dan emak ikuuut jeeee. Cayalah emak.

Rupa emak aku macam cina? Emak aku memang orang cina dan diambil sebagai anak angkat masa bayi oleh keluarga orang Melayu. Emak aku sangat suka complaint perangai orang cina walaupun dia tu pure chinese. Dia memang pandai dan suka baca buku, tak tahu naik basikal, takut langkah longkang dan orang yang sangat simple. 

Happy Birthday emak! Kami semua sayang emak walaupun emak garang macam singa. Aummm :3

16 April 2014

KCK Fun Run

Lokasi : Setia City Alam Park, Shah Alam.
Tarikh : 6 April 2014
Masa : 7.30 a.m
Jarak : 7km



Larian ni sesaje je (ewah kemain kau..). Aku join sebab ayah angkat kata nak join akibat dia nampak aku aktif lari-lari ni. Jadi untuk menunaikan hasrat beliau aku join larian ni sebab dekat dengan rumah beliau.

Aku boleh tak tengok info lepas register yang kena amik race kit 29 - 30 Mei 2014 sebab dah terbiasa organizer bagi email bagitau nak amik race kit kat mana. Maka kelam kabut le aku call diaorang tanya acane aku nak amik race kit. Nasib baik diaorang kata boleh amik hari larian tu.

Hari kejadian tu aku ingatkan ada le 3 - 4 orang yang terlupa nak ngambik race kit, ghope-ghopenya ramai lagi tak ambik. Takde la rasa bersalah sangat wahahahaha. Maka berlari-larilah kami kat sana beramai-ramai. Ada dua kategori larian sebenarnya, aku lari 7km dan satu lagi 5km.

Lepak sat sebelum lari kat tepi tasik kekonon sambil tengok orang lain terkinja-kinja buat warming up. Hahaha

Gaya orang semangat! Kamon ayah!

Sangat le bergaya lepas lari. Walaupun sebenarnya lari cuma 6.74 km lebih kurang ikut kiraan pakcik endomondo.

14 April 2014

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Hari Ahad lepas lari kat Malaysia Women Marathon tuuuu.. (berapa kali lepas pun tak ingat dah) sempat la pegi melawat perpustakaan kat Shah Alam. Uit bukan yang kat sebelah Muzium Shah Alam tu tau, ni kat Jalan Kelab Golf Seksyen 13. Masa aku sibuk berlari nampak la banyak signboard Perpustakaan Raja Tun Uda warna hijau. Aisehmen tak reti jalan Shah Alam sebab banyak sangat roundabout ye dak? Okey mari kita tengok peta ikhsan laman web perpustakaan kat SINI



Tak reti tengok peta? Sila le hubungi apa-apa nombor yang patut kat bawah ni,

  Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 
D/A Perpustakaan Raja Tun Uda,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor

                                     No. Telefon : 03-5519 7667 ; Faksimili : 03-5510 4264 


Aik? Malas nak call dan kereta awak canggih giler sebab ada mesin moden nama GPS? Nah hamik koordinat.

KOORDINATE GPS PPAS :
Latitude : 3.08925, Longitude : 101.53325

Sementara korang tengok GPS, call atau baca peta tu, jom kita tengok-tengok gambar yang sempat kita amik dan campur baur dengan gambar dalam pakcik gugel, blog orang lain yang dah penah pegi dan dari laman web dia tadi tuu.. 


Pintu depan perpustakaan. Sumber gambar melliasyg.blogspot.com


Ruang lobi yang besar dan smart. Sumber gambar nadiahrafie.blogspot.com


Lepas lalu kat Kaunter Informasi tu korang kalih mata belah kanan akan nampak ruangan yang sangat menarik perhatian kekanak.


Tempat masuk ruangan kekanak. Kalau pakai selipar Tat Seng selamba  dek je la tinggal cenggitu kat luar tapi kalau pakai kasut Abibas tu kome bungkuih le dalam beg kaler oren tu bawak masuk dan jinjit ke hulu hilir ye.


Pokok nan sebatang untuk fefeeling kat taman gittew. 


Kawasan yang luas dan menarik untuk aktiviti.


Tengok sofa ni macam enak untuk ditidurkan kan? Zzzzz...


Satu lagi jenis sofa yang nampak sedap untuk baring dan lunjurkan kaki. Perghh..


Ruang yang menarik dan memang sesuai untuk kanak-kanak. Ni bukan kanak-kanak je suka, mak bapak pun suka Jah!


Bukan cikai-cikai Pc diaorang letak tauu.. Apple kome.. (^o^)



Okey dah penat merayau sambil lari dan lompat bintang tu kita pegi turun bawah.


Turun pakai tangga je sebab takdele tinggi sangat. Pintu keluar ni sebenarnya pintu nak ke cafe dan tasik.


Tasik ni boleh tahan besar, siap ada trek untuk jogging. Pokok tu semua kecik lagi. Kena tunggu 10 tahun baru pokok tu besar dan cantik. Konsep yang praktikal sebab tak banyak pokok renek yang perlukan penjagaan yang remeh.


Berbincang boleh haa.. Dating takmo. Hehehe.. Nampak tak kat atas belah kiri tu? Cafe weyh. Nampak macam cool kan?


Canna senegalensis yang menarik hati. :p dan tak lupa eh dah lupa nama pokok keladi tu hahaha.. nanti la bukak kitab pokok balik.


Okey ni dah on the way nak gi cafe.


Aikk.. sampai-sampai je nampak makcik Tutti Frutti. Kelas ko library ada eskrim mahal. 


Suasana ruang makan yang ala-ala elegan gittew. Jimat ko takyah pakai ekon, janji ada ventilation yang baik.


Diaorang ni memang suka letak pokok kat tengah tak kira la pokok sebenar ataupun pokok tipu. Kehkehkeh. Ada beberapa cafe yang menyediakan makanan berat dan ringan dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan kos sara hidup orang Shah Alam :)


Menu dan harga makanan salah satu peniaga yang ada kat cafe ni.


Gambar tasik dari ruang makan cafe.


Gambar tasik lee.. Petang-petang lepak sini memang best gak kan?


Dua budak nakal tengah mengendap itik. Ada hati town boy nak tangkap itik. Kahkahkah


Ehem! Ni la tuan punya nama perpustakaan ni. 


Library yang tahu kelemahan manusia yang pemalas naik tangga menuju kejayaan sebab lambat dan penat. Naik eskelator cepat sikit menuju kejayaan ye dak? Eh kalau nak cepat lagi korang boleh naik lif jee.. Yee komee ada lif. Wahaha!


Tempat letak kasut.


Tempat simpan beg yang kena bayar.


Ni salah satu gym kat setiap tingkat. Perpustakaan ni ada 4 tingkat. Uiihh memang best gila! Untuk info kegunaan gym macam bayaran, masa dan lokasi untuk jantina boleh le korang refer kat sini.


Ni salah satu kaunter informasi kat kawasan untuk dewasa. Sangat moden oh yeah *tetiba*


Ewah, kemain lagi sila panggung ko nengok tibi ye? 


Sofa-sofa yang disediakan memang gaya moden dan warna yang menjerit. Kasik terbeliak bijik mata nak membaca takde le mengantuk.


Gambar dari tingkat atas sampai bawah.


Macam shopping complex pun ada gak.

Haa ni gambar dari website. Sure le lawo sebab tukang ngambiknya profesional.


Lorong antara rak buku menuju ke pintu yang mengundang rasa ingin tahu.


Kawasan lepak setelah pintu misteri tadi dibuka. Mungkin kemudahan untuk orang yang nak mengambil angin atau untuk hisap rokok?


Ni nak masuk balik pun sempat ngambik gambo? Padahal sama jee. Hahaha



Eh eh ada personal sofa gittew. Privasi sangat.. boleh duduk main candy crush.


Ni rasanya area untuk diskas sebab sebelah kanan ni ada bilik ulangkaji. Aku memang diharamkam masuk bilik ulangkaji sebab asal masuk je sure tido punyalah.


Sini siap ada bilik wayang 3D. Weheho tapi aku takde le masuk  sebab tak tahu dan tak sempat sebab aku datang dah petang sangat. Eh apa sangat 3D tu ye dak? Ni haaaaaa... amek kau.. XD / 6D. Korang sangat beruntung tau warga Shah Alam sebab dapat guna kemudahan canggih manggih ni dengan harga yang murah.

Kalau korang nak buat meeting pun boleh? Huyyoo.. Kemain. Tapi memang sesuai la sebab kalau ada buat meeting orang-orang besar kat sini lepas tu boleh le main golf.

Kalau korang ada kerja sekolah atau assignment yang nak guna internet, boleh je buat kat sini dan siap boleh print dengan harga yang berpatutan. Ewah macam buat iklan je rasanya ni. Harga dia boleh korang check kat laman web ni.

Oh ye, ni adalah jadual yang ditampal kat pintu belakang area taman.

Sumber gambar : sridiah2u.blogspot.com


Okey tu je lah. Kemain lama aku nak siapkan entry ni tau. Macam-macam halangan yang silih berganti. Nantikan entry akan datang ye. Hakhakhak. Macam le ghamai bebeno nak baca belog teman ni. Okey dah, Wassalam.



28 March 2014

Captain America : The Winter Soldier

This film is super AWESOME! I just love all the actions. From all the Marvels heroes, Captain America and Thor are the most I ignore because I think they were not cool enough. Thor The Dark World for me is so so but this one is really outstanding for me. You won't regret buying the tickets! 


20 March 2014

Malaysia Women Marathon 2014

Lokasi : Shah Alam, Selangor
Tarikh : 16 Mac 2014
Masa : 5.45 a.m
Jarak : 21km


Akhem! Sebab hari ni adalah hari meng'up' entry jadi mari kita cerita aktiviti pada tarikh seperti yang dinyatakan di atas. First time lari kat Shah Alam start and finish point kat depan padang dekat dengan Muzium Shah Alam dan Perpustakaan dan kali kedua aku buat Half Marathon. berapa banyak dan daaaa... Ewahh... kali ni sebenarnya lari 21km tak rasa penat sepanjang lari tapi malangnya sebab terlalu ghairah nak berlari jadi aku telah berlari dengan agak laju semasa turun bukit yang pertama. Naik bukit memang aku jalan je laaaa.. Takde makna aku nak lari sebab dah tau kemampuan diri ini. Disebabkan aku berlari masa turun bukit dengan jarak agak jauh ittew.. 6km yang terakhir aku hanya berjalan dengan kaki yang sakit. Padan dengan muka aku. 

Apa yang best, setiap 2km ada water station dan toilet. Yang tak best, lari dalam jerebu, dan ramai yang dapat discount masa larian sebab ada 2 part yang masa lari tu penganjur bagi runners potong je. Tracker tak tau la berfungsi ke tak. Yang aku dengar masa dah nak balik tu takde hadiah pertama, kedua dan selanjutnya. Diaorang bagi hadiah-hadiah tu secara cabutan bertuah. Untung wooo dapat Habib Jewels 2k tau. Tapi aku dah habis tu dengan sakit kaki blah je la.. Nak makan. Balik tu pun hujan dah start turun.

Dah membebel banyak-banyak sampai kaki dah tak sakit pun, semalam dah start lari balik. 

Kawan-kawan yang setia berlari. Terima kasih, love you all.


Gaya mesti lebih walaupun jalan 6km yang terakhir.

2

Amboiiii kemain lama tak up entry naaa... hehehe.. bukan apa, kat tempat keja cheq ni ada sepupu baru lepaih espiem keja. Cheq tak buleh nak taip-taip entry takut la nanti kantoi.. Maluuuu.. 

Haghi ni sepupu cheq tak mai keja sebab dia pi amik result. Jadi cheq nak up entry la. 


Buku dari Indonesia ni aku beli masa melamcong ke Bali tahun lepas. Kemain lama simpan baru baca haha. Awal-awal cerita aku macam nak give up sebab agak slow jalan cerita tapi kat tengah-tengah dah semakin okey. Cerita tentang anak gadis yang gempal sebab penyakit genetik Gusni Anisa Puspita bercita-cita nak main badminton. Yang paling tak sangka ni adalah daripada kisah sebenar.

Aik, tu je ke? Hahahaha :p Aku tak reti nak cerita pulak sebab dah habis baca lama tapi sekarang baru nak cerita. Yang aku tau cerita ni bagus sebab kita memotivasikan diri supaya tak mengalah dengan impian. Jalan cerita yang kadang-kadang kelakar tapi selalunya serius dan cara penceritaan masa perlawanan badminton tu aku rasa terlalu detail menyebabkan aku ngelat tak baca. 

Tak rugi baca!


20 February 2014

Battle Hymn Of The Tiger Mother

I don't think I can summarize this book as good as the writer itself. You can read it at http://amychua.com/ :)

What can I say as Asian, this is really an interesting book. You can feel how hard was the mother tried to bring out the best for her daughter.

Recommended for reading!

Hampir Kena Scam Lagi

 Cerita tahun lepas duduk dalam draf. Baru ni ha nak post. Gigih betul scammer sekarang. Minggu lepas (Akhir Nov 2024 punya cerita) aku dapa...