30 March 2013

Dosa



Keluarga Ricky bukan orang senang dia tinggal dalam rumah yang kecil kat Indonesia. Abangnya yang baru berkahwin akan take over bilik tidurnya dan dia terpaksa ke sekolah pondok bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Lepas tu dia kenal dengan Iwen, Paris, Oskar dan Yusuf yang membawa dia ke dunia lain yang lebih mengasyikkan bagi mereka. Dunia malam mereka dah tak sama lagi selepas itu.

Paris lelaki lembut yang kaya mempunyai abang tiri Oskar. Ricky terserempak dengan Oskar semasa cuba menyelamatkannya daripada dibunuh oleh samseng sekolahnya dengan bersembunyi dalam almari bilik pondok Ricky.

Yusuf teman sebilik Ricky yang juga berperwatakan lembut tetapi cuba dihalang oleh abangnya, mula menampakkan siapa dirinya selepas mengenali Iwenk dan mula berjinak-jinak dengan perniagaan haram sekaligus melarutkan dia ke dunia lain.

Mereka semua semakin larut dengan dunia malam dengan menjadi 'Bidadari' malam sehingga satu malam terjadinya kejadian yang sangat mengejutkan dan menuntut harga persahabatan mereka.

Cerita yang tak mengecewakan dan bukan cerita klise yang boleh diduga jalan ceritanya.

Okey, tiba-tiba gaya tulisan macam serius sangat, kehkehkeh.. tapi cerita ni bukan cerita serius dan seronok untuk dibaca. 

Dah tak tau nak tulis apa dah. Ok bai.. lalalalala~

O o o laa o o Bola Kampung!

Semalam pegi tengok wayang cerita Bola Kampung. Sangat seronot weyhh... tak sangka cerita tu best! *two thumbs up* Tak sangka suara Iwan tu suara Ezlynn. Suara Sabok tu masa awal-awal dengar tu macam ku kenal jeee.. Lelama sikit baru dapat perasan eh eh sore Afdlin! Best jugak dialog dia sebab takde la ikut skrip sangat kannnn... Jadi! Dengan ini saya ingin menyeru kome-kome semua, moh kita nengok lagi. kelakar dan aksi yang tak mengecewakan termasuk grafik yang membanggakan! Hoyeaahh!!!



25 March 2013

Adik Datang




Cerita yang ditulis oleh sasterawan negara ni memang selalunya serius dan kena baca perlahan-lahan. Takleh leee aku nak baca lelaju. Konpom aku pening apsal jadi cenggini? Apsal jadi cenggitu? Lalalalala...
Cerita ni masa zaman sebelum perang dunia kedua mula kat Tanah Melayu. Kat satu kawasan tu watak utama yang jadi nadi cerita ni adalah Suhaidah janda anak satu yang tengah mengandung. Anak dia yang ada masalah sebab kehilangan bapa masa kecik dan lepas tu atuk pulak. Tak terkecuali orang-orang disekeliling dia termasuk abang, guru agama anak dia, kawan dia, dan orang kampung Suhaidah. Menggambarkan suasana cemas sebelum perang bermula dan perasaan berkecamuk Suhaidah dalam cuba mengubati anaknya, abangnya yang tidak mempunyai pekerjaan, Dzulkifli yang terpaksa mengorbankan keinginan melanjutkan pelajaran ke Mesir, Rasimah yang bergelut dengan suami kaki judi dan macam-macam lagi laaa.... Baca buku ni pun dah rasa berkecamuk habis. 
Kesimpulannya memang kena baca lagi sekali. Muahaha..

13 March 2013

Rakyat biasa je.

Hari ni tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang ke kedai dan berkata, "Saya nak ambil kayu bendera 1000 batang. Haji tuttt.. suruh saya ambil"

Aku pun jawab, "Saya takde dapat pesanan daripada bos. Sekejap saya call dia mintak confirmation, manalah tahu bos antara bos bercakap tapi tak bagitahu saya."

Truutt.. Trutt..

Bos menjawab selepas soalan diaju "Eh, mana ada cakap apa-apa. Kalau dia nak suruh dia bayar dan kita akan order kayu tu sebab kita tak simpan stock sampai banyak macam tu."

Pakcik tu pun call la bos dia dan beritahu aku yang suruh Haji tutt ambik adalah Dato' tuutt.. Lalu dia pun pass la telefon ke aku, "Dato' tutt ni suruh pekerja saya datang ambil kayu bendera kat kedai awak"

Maka aku dengan mulut longkangnya sound tepek je kat Haji tuttt... "Haji tutt, Dato' tutt tu tak bincang dengan bos saya pun dan bos saya dah bagitahu saya yang kitaorang tak boleh nak bagi kayu tu kalau dia tak bayar tunai. Hutang dia yang lama 5 tahun dulu pun tak habis bayar tak termasuk hutang Japerun yang dia ambil barang tahun lepas tu tak bayar lagi. Takkan saya nak bagi lagi? Lagi pun bos saya dah pesan tak boleh bagi macam tu je. Kalau nak bagi duit dulu dan kami akan order kayu tu sebab kami tak simpan banyak stock"

Lantak kau la Haji tutt.. Kau nak berpolitik pun agak-agak le. Kalau takde duit jangan le buat muka tak malu datang kat kedai kami dan selamba nak ambil barang tanpa sebarang notification. Bos pun tak tau. Kau ingat tu kedai bapak kau ke?

Kenapa kau tak pegi je kedai ca ya nun alip tu? Mintak je la. Apa nak takut, kata kau power sangat..

Sudah-sudah lah berpolitik cara kotor tu. Kami ni generasi baru dah jelak tengok tipu cara lama ni. Kau buat kerja biar lah ikhlas. Jangan la nanti kami bangsa yang paling ramai tapi miskin kat tanah air sendiri ni kena mengemis pada masa akan datang. Aku bukan pandai bab politik pun tapi aku pun tak bodoh sangat. 

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...