13 March 2013

Rakyat biasa je.

Hari ni tiba-tiba ada seorang pakcik ni datang ke kedai dan berkata, "Saya nak ambil kayu bendera 1000 batang. Haji tuttt.. suruh saya ambil"

Aku pun jawab, "Saya takde dapat pesanan daripada bos. Sekejap saya call dia mintak confirmation, manalah tahu bos antara bos bercakap tapi tak bagitahu saya."

Truutt.. Trutt..

Bos menjawab selepas soalan diaju "Eh, mana ada cakap apa-apa. Kalau dia nak suruh dia bayar dan kita akan order kayu tu sebab kita tak simpan stock sampai banyak macam tu."

Pakcik tu pun call la bos dia dan beritahu aku yang suruh Haji tutt ambik adalah Dato' tuutt.. Lalu dia pun pass la telefon ke aku, "Dato' tutt ni suruh pekerja saya datang ambil kayu bendera kat kedai awak"

Maka aku dengan mulut longkangnya sound tepek je kat Haji tuttt... "Haji tutt, Dato' tutt tu tak bincang dengan bos saya pun dan bos saya dah bagitahu saya yang kitaorang tak boleh nak bagi kayu tu kalau dia tak bayar tunai. Hutang dia yang lama 5 tahun dulu pun tak habis bayar tak termasuk hutang Japerun yang dia ambil barang tahun lepas tu tak bayar lagi. Takkan saya nak bagi lagi? Lagi pun bos saya dah pesan tak boleh bagi macam tu je. Kalau nak bagi duit dulu dan kami akan order kayu tu sebab kami tak simpan banyak stock"

Lantak kau la Haji tutt.. Kau nak berpolitik pun agak-agak le. Kalau takde duit jangan le buat muka tak malu datang kat kedai kami dan selamba nak ambil barang tanpa sebarang notification. Bos pun tak tau. Kau ingat tu kedai bapak kau ke?

Kenapa kau tak pegi je kedai ca ya nun alip tu? Mintak je la. Apa nak takut, kata kau power sangat..

Sudah-sudah lah berpolitik cara kotor tu. Kami ni generasi baru dah jelak tengok tipu cara lama ni. Kau buat kerja biar lah ikhlas. Jangan la nanti kami bangsa yang paling ramai tapi miskin kat tanah air sendiri ni kena mengemis pada masa akan datang. Aku bukan pandai bab politik pun tapi aku pun tak bodoh sangat. 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...