30 March 2013

Dosa



Keluarga Ricky bukan orang senang dia tinggal dalam rumah yang kecil kat Indonesia. Abangnya yang baru berkahwin akan take over bilik tidurnya dan dia terpaksa ke sekolah pondok bagi menyelesaikan masalah tersebut. 

Lepas tu dia kenal dengan Iwen, Paris, Oskar dan Yusuf yang membawa dia ke dunia lain yang lebih mengasyikkan bagi mereka. Dunia malam mereka dah tak sama lagi selepas itu.

Paris lelaki lembut yang kaya mempunyai abang tiri Oskar. Ricky terserempak dengan Oskar semasa cuba menyelamatkannya daripada dibunuh oleh samseng sekolahnya dengan bersembunyi dalam almari bilik pondok Ricky.

Yusuf teman sebilik Ricky yang juga berperwatakan lembut tetapi cuba dihalang oleh abangnya, mula menampakkan siapa dirinya selepas mengenali Iwenk dan mula berjinak-jinak dengan perniagaan haram sekaligus melarutkan dia ke dunia lain.

Mereka semua semakin larut dengan dunia malam dengan menjadi 'Bidadari' malam sehingga satu malam terjadinya kejadian yang sangat mengejutkan dan menuntut harga persahabatan mereka.

Cerita yang tak mengecewakan dan bukan cerita klise yang boleh diduga jalan ceritanya.

Okey, tiba-tiba gaya tulisan macam serius sangat, kehkehkeh.. tapi cerita ni bukan cerita serius dan seronok untuk dibaca. 

Dah tak tau nak tulis apa dah. Ok bai.. lalalalala~

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...