05 March 2015

Braces Retainer

Wohoooo!!!!! Hoyeah!! Hoyeah!!! *joget-joget*. Akhirnya braces saya dan dibuka selepas 3 tahun lebih menjadi robocop. Apa, kome ingat lepas bukak braces penyiksaan akan berakhir begitu saja macam citer dongeng 'kemudian mereka pun hidup bahagia selama-lamanya'. No no no nooo... 


Kenapa?

Lepas bukak braces, kita kena pakai retainer. Kenapa kena pakai? Tak cukup ke 3 tahun ko pakai besi tu?

Retainer (dalam BM 'penahan' ish pelik bebeno bunyik dia haha so kita panggil retainer je lah ye.) ialah peralatan ortodontik yang direka untuk "mengekalkan" atau memegang kedudukan gigi selepas kita bukak braces sebab gigi perlu menyesuaikan diri (boleh ayat camtu?) untuk kekal dalam tulang rahang dan tisu lembut dalam mulut kita. Kiranya gigi tak berapa stabil la ni. Retainer ada yang diperbuat daripada dawai dan plastik atau plastik pepejal. Retainer ini la menatang yang penting untuk memastikan gigi kita kekal cantik dan tak senget benget lepas bukak braces dan paling penting tak rasa duit kita membazir bayo mahal-mahal tapi lepas tu gigi tak rata balik.


Ish, Selesa Ke Pakai Retainer?

Alaa.. biasala mula-mula mesti rasa pelik tapi lama-lama okey la. Lagi lama pakai lagi selesa la nanti macam pepatah 'alah bisa tegah biasa' gittew.


Berapa Lama nak Pakai?

Err ikut la kot, kalau ikut doktor saya kata wajib 6 bulan lepas bukak braces kena pakai sepanjang masa Tapi lepas tu kita sendiri akan rasa perbezaan dia dan mungkin boleh pakai waktu malam sahaja. Lepas tu mungkin setahun dah tak payah pakai lepas gigi dah betul-betul masuk dalam rahang.


Jenis-Jenis Retainer

Hawley Retainer

Ini adalah yang paling biasa orang pakai. Masa kat sekolah dulu memang ramai kengkawan ada pakai. Reka bentuk dia daripada wayar dan kancing terbenam dalam badan plastik yang agak tebal yang meliputi rahang atas atau terletak di sepanjang sisi lidah gigi bawah. Dah jangan banyak citer tengok bidio.


--------------------


Clear Retainer

Retainer ni rupa plastik. Doktor akan buat acuan gigi untuk dapatkan saiz yang betul-betul ngam. Memang jenis ni nampak lebih cantik tapi dia leceh nak jaga sebab takleh kena air panas dan kena asyik membukak dan pakai masa makan. Nak gosok gigi pun kena bukak. Kalau minum air oren ke, air anggur ke, air seteroberi pun takleh pakai nanti warna melekat le pulok. 



--------------------


Fixed Retainer

Fixed retainer memang paling terbaik la kot sebab takyah bukak pakai.  Kenapa nama dia fixed retainer? Sebab dia dah siap-siap ikatkan 6 gigi depan tu dan takyah bukak tapi kelemahan dia gigi belakang dia takleh sambung dan ini mungkin akan menyebabkan gigi belakang akan beralih nanti. Bila pakai fixed retainer ni memang korang kena jumpa balik dentist lah kan bila nak bukak tapi bila pakai retainer yang lain tu agak-agak sendiri je bila nak stop pakai. 


...............................................


Okey, harap-harap maklumat ni dapat membantu untuk yang pernah bertanya. Saya pakai yang clear retainer. Hahahaha.. ye ye memang leceh nak kena bawak bekas nak letak retainer sebelum makan supaya tak hilang sebab doktor dah pesan kalau hilang nak buat balik tu kena bayo Rm500. Maka untuk kita yang kedekut ni, kena la jaga elok-elok. 

:)

9 comments:

  1. awak.. retainer sy hilng bhg atas mcm mne ni.. brp tmpoh masa gi2 akn bgerak blik tmpt asal? sbb dh 2 mnggub x pkaiii/..

    ReplyDelete
    Replies
    1. retainer hilang buat baru wak.. nanti gigi beralih dah tak cantik wak...

      Delete
  2. assalam nak tanya lepak bukak braces time tu jugak ke doc akan bg retainer utk pakai atau lepas bukak braces kene tunggu retainer siap baru pakai .kalau kene tunggu retainer siap dalam tempoh mase tkpakai braces tu gigi tak beralih tempat ke ?

    ReplyDelete
  3. assalam nak tanya lepak bukak braces time tu jugak ke doc akan bg retainer utk pakai atau lepas bukak braces kene tunggu retainer siap baru pakai .kalau kene tunggu retainer siap dalam tempoh mase tkpakai braces tu gigi tak beralih tempat ke ?

    ReplyDelete
  4. dlu doc bg tempoh 1minggu lepas buka braces br retainer siap.tempoh menunggu tu mmg xpakai apa.tp x pe,xdenya gigi nak beralih jauh2.gigi beralih makan taun

    ReplyDelete
  5. kalau xpakai retainer , gigi kembali asal ke ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee akan blik pada asal. sebab tu kne pkai.. macam say bru x pkai smgu bila pakai retainer dia jd ketat. sebab gigi saya da bergerak

      Delete
  6. knp yg belah atas susah sangat nk masuk

    ReplyDelete
  7. knp yg belah atas susah sangat nk masuk

    ReplyDelete

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...