30 May 2012

Braces (Pendakap Gigi)

disebabkan aku tengah sakit gigi (semalam ada appointment dengan dentist) hari ni rajin mengorek-ngorek cerita braces.

braces ni ada macam2 jenis. sebelum tu, sape tengah sakit gigi sebab pakai braces? angkat tangan. *angkat tangan*

okey bagi sesape yang ada niat nak pakai braces ni sila la belajar sikit2 macam aku.. yang paling penting sape nak pakai braces kena kuat semangat dari segi fizikal (tahan sakit sebab gigi ditarik) dan mental (melayan soalan2 orang lain yang sibuk bertanya berapa lama pakai, pasang kat mana dan berapa bayaran)

pertama~




metal braces --> yang ni braces jenis traditional dan yang paling lama dalam pasaran serta didapati yang paling murah. tapi diaorang kata jenis ni senang perangkap plak kat gigi. (tak tau la betul ke tak) yang jenis ni pun didatangkan dengan pelbagai warna getah yang pasang kat tengah2 besi tu. boleh tukar2 ikut mood. hehe.. jangan ingat dia ada bentuk ni je tau.. siap ada bentuk bintang la, hati la, apa2 tah lagi.. anggaran kos untuk metal braces lebih kurang RM3,500.00 - 5,500.00 macam tu laa.. ikut klinik mana korang pegi.

kedua~



clear braces --> yang ni agak mahal laa.. tengok pun tau kan.. konsep sama je macam metal braces. braces ni takyah pakai lama2. kalau jenis yang kat atas tu pakai 1 - 2 tahun, yang ni dalam 6 - 12 bulan je. lagipun kalau pakai orang tak berapa perasan korang pakai braces. tapi kalau lepas makan tak gosok gigi dapat pulak ada sayur kangkung terselit.. fullaameekkk.. kantoi di situ. harga? ni mahai le sikit kan.. kata lawa sikit daripada metal braces.. RM7,500.00 lebih kurang laa.

ketiga~



gold braces --> sama je dengan metal braces tapi ada yang rasa pakai jenis ni nampak lebih cun sebab boleh 'match' dengan barang kemas dan lebih 'stand out'. aku takut gak kalau2 pencuri tersalah anggap ni barang berharga. haa.. cemana? haha :p okey, yang jenis ni tak penah aku nampak orang malaysia pakai. so, harga tu tak dapat dikenalpasti.

keempat~



lingual braces --> ada beran? haha. kalau aku pun takmo. tapi sape yang rasa malu sangat2 nak pakai braces kat depan gigi tu boleh la kalau nak pakai yang ni. ni pasang kat dalam gigi. silap2 tengah makan tu terlaga lidah cemana? yang jenis ni memang ada masalah sebab lidah akan selalu terluka masa awal2 pakai. yang ni hanya doktor2 pakar yang sangat terlatih sahaja dibenarkan untuk memasangnya. nak tahu tak berapa anggaran kos nak pakai braces ni? RM18,000.00 tahu? *pengsan*

kelima~


invisalign braces --> ni braces untuk orang yang masalah gigi dia tak berapa nak kronik sangat. dulu kat sekolah ada je member aku sorang yang pakai braces ni.. pastu suka2 je bukak braces dia bila2 dia suka. aku jenis takde hal. tapi ada orang rasa geli kot dengan air liur dia. haha.. tapi kelebihan dia sebelum makan boleh bukak so, takde le sisa makanan yang tak diundang tetiba hadir. cewah! walaupun nampak cam tahapahapa je.. tapi jenis ni mahal gila tahu? harga lebih kurang RM15k - 25k *pengsan lagi sekali*

keenam~


ceramic braces --> yang jenis mmg la mahal okeyh... memang jenis yang sangat kuat dan tak mudah nampak kotor. Tom Cruise pun pakai jenis ni tauu.. uuuuu.... yang ni harga lebih kurang RM5,000.00 ++ *tak pengsan sangat*

ketujuh~



damon braces --> hehehe.. yang ni sebenarnya lebih kurang metal braces tapi nama dia lain sebab dia pakai sistem lain. macam kat bawah ni..



haaa.. lain kan? sebab dia ada clip dan wire yang ikat tu lebih teguh. actually aku pun tengah pakai jenis damon ni. hadoii.. agak la jugeekk sakit dia.. damon ni pun ada jenis ala2 seramik macam kat kat atas tu laa.. harga mahal sikit daripada metal braces jee.. lebih kurang RM 3k++ - 4k++.

sekarang dah tau serba sedikit pasal braces kan? ada berani? hehe.. ongkos kat klinik gomen memang murah sebanyak RM500 jeww. tapi nak menungggu turn nak pasang tu 2 tahun la juga. kalau swasta, ko hulur je duit hari ni lebih kurang RM 2000 - 2500 je.. pastu minggu depan dah boleh start buat treatment. tapi lepas tu setiap kali treatment kena la bayar RM100 - 150 sehingga mungkin RM4000 - 4500 ikut la klinik tu pakai braces jenis apa... daa...

sumber foto : google

76 comments:

  1. salam..awak wat braces yg damon ue kt klinik mana yer?

    ReplyDelete
  2. saya buat di Melaka Klinik Ng dekat Ayer Keroh atas BSN dekat dengan Petronas Ayer Keroh. :)

    ReplyDelete
  3. time nk mkn tu, susah tak nk bersih kn balik ?

    ReplyDelete
  4. Muhammad Fadil, takdelah susah sangat. Gosok gigi macam biasa atau awak boleh tengok entry saya 'Cara-cara membersihkan pendakap gigi'. :)

    ReplyDelete
  5. Buat kt kerjaan atau swasta lbih bgus? Sye xkisah tntg byrn.. klu boleh sye nk cepat bukk pendakap gigi tu..

    ReplyDelete
  6. Anonymous, sebenarnya sama je sebab doktor ni belajar benda yang sama kan? kita sebagai pelanggan boleh memilih mana-mana agensi yang sesuai dengan kewangan kita. kalau anonymous tak kisah tentang wang, bolehlah ke agensi swasta sebab perkhidmatan diaorang lebih cepat dan boleh beritahu doktor tu nak pakai braces dalam jangka masa yang awak nak. sure doktor tahu braces mana yang sesuai. harap penerangan ni membantu awak. :)

    ReplyDelete
  7. terima kasihm ianya sangat membantu

    ReplyDelete
  8. salam,pakai braces pade gigi atas saje bleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous, boleh je nak pakai atas atau bawah sahaja. :)

      Delete
  9. kalau umur 18 thun ke atas dah tak bleh buat dkat krajaa.btul ke buat braces dkat kerajaan ni kurang elok?dan btul ke gusi kita akan keras bila smakin dewasa?jdi kalau kta nak pakai braces ni kena cpat2 la kan?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah bertanya kepada seorang kawan yang bekerja di klinik kerajaan dan beliau mengatakan mereka cuma ambil kes pasang braces ni untuk umur 18 tahun ke bawah sahaja tapi kalau ada masalah lain boleh je terima rawatan di klinik kerajaan. untuk lebih kepastian Anonymous boleh call je mana-mana klinik dan bertanya terus ye.

      ish, kalau teruk takde siapa nak buat kat klinik kerajaan. ramai je kawan-kawan saya yang pasang braces kat klinik kerajaan. terpulang kepada kemampuan kan? sama je macam kita ambil ubat demam kat klinik kerajaan dan swasta kan? ubat demam yang sama cuma servis dan fasiliti berbeza sahaja.

      boleh je kalau nak pakai braces kalau umur dah 30 tahun. kecuali ada masalah kencing manis atau darah tinggi kot sebab ada pesakit kena cabut gigi (mungkin). jangan risau ye sebab sebelum proses pasang braces tu doktor akan tanya dan check kesihatan awak. kalau doktor rasa awak tak sesuai nak pasang braces, dia sure akan bagi nasihat yang terbaik.

      (^___^)

      Delete
    2. Salam. Sebelum pakai braces tuh, wajib ke doc tuh cabut dulu Gigi ? Seram la bab2 cabut Gigi nie. Tp tu Lah, nak pasang braces sebab Gigi senget macam dilanda tsunami. Hahah. And lagi satu yg kata kalau kerajaan tuh bole terima pesakit yg berumur 18 tahun ke atas tp atas dasar kes tuh cemana eak ? Yg teruk sangat ke ?

      Delete
    3. Sampai ssh nak makan atau bole mencedera kan lidah atau mulut..

      Delete
  10. hahaha=>ulasan yg bernas sekali=>awak 'TERIMA KASIH,THANK YOU,SYUKRAN,SYUKRIYA,KAMSIA LU,NANDRI,KOKUNKA,XIE XIE'=> "sharing is caring" =)

    ReplyDelete
  11. prlu ke cbut gigi klau nk pkai braces??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anonymous, kena ikut condition gigi. kalau gigi memang dah jarang tak perlu cabut. sebelum pasang braces tu doktor akan check dan bagitau perlu cabut atau tak. biasanya doktor akan suruh kita buat x-ray sebelum dia bagitau awak perlu cabut gigi atau tak.

      Delete
  12. Boleyh ke klau umur 13 thn pkai braces ? Masalah gigi sye ni byk spaces . Atas n bwh . Parent sye suruh buat kt Putra tpi sye nk thu kt orthodonthic mne awk buat ? Please share . N hrge nye skali . Sye dduk Melaka gak .

    ReplyDelete
  13. Nik Arianna : Boleyh ke klau umur 13 thn pkai braces ? Masalah gigi sye ni byk spaces . Atas n bwh . Parent sye suruh buat kt Putra tpi sye nk thu kt orthodonthic mne awk buat ? Please share . N hrge nye skali . Sye dduk Melaka gak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Nik, :) boleh je pakai. kalau gigi banyak spaces lagi senang tak payah nak cabut gigi. saya buat kat klinik NG dental & surgery kat Ayer Keroh. Awak cari kat belakang KFC & Pizza hut sebelah Petronas Ayer Keroh. Awak boleh contact No 06-2327036.

      Delete
    2. hi kirua. nak tnye, awk buat braces tu harga dia dlm bpe? sye nak buat kt situ jugak sbb sye dok area melaka.

      Delete
    3. hi anonymous, lebih baik awak pergi sana dan tanya terus kat doktor gigi sebab nanti saya bagitau salah harga doktor marah saya pulak, sebab saya rasa doktor kena tengok gigi awak dulu. :)

      Delete
  14. ape beze clear braces dgn ceramic braces tgk cm sm je tp hrga dye pn byk beze.. bole explain x?? n sure ke hrge ni cmtu?? coz pna tye kwn dye kj klinik swata @ subang dye ckp yg ceramic tu dlm 10k.. reply pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anonymous, alamak saya cuma pengguna biasa yang baca sini sana dan suka bertanya kemudian share maklumat. beza clear dan ceramic tu of course dari segi material. kalau ceramic tu dah tau guna ceramic (ceramic tak bertukar warna kuning) dan clear braces tu maybe guna plastik yang berkualiti je (mungkin dalam setahun akan bertukar warna). harga tu saya rasa bergantung kepada klinik awak pergi. kalau dah namanya area subang tempat orang berada mungkin harganya agak mahal berbanding kalau awak pergi tanya kat terengganu. faktor kos hidup, sewa kedai, kos bayar pekerja, cukai dan lain-lain akan mempengaruhi harga barangan yang dijual. harap2 info tak seberapa ni dapat membantu ye. :)

      Delete
  15. Biasanya klau pasang braces dekat atas je..kos brpe yekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi fatin, maaf ye saya pasang braces penuh. kalau awak nak tahu lebih lanjut boleh je tanya kat klinik gigi. :)

      Delete
  16. kalau buat braces dekat swasta ni , condition gigi tu teruk atau tak beberapa teruk sangat , dia tak kisah kan ? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Nik =)

      klinik swasta atau kerajaan akan terima semua pesakit janji ongkosnya ada ya buk. (^__^)

      kalau gigi kita takde masalah takkan la kita nak pegi jumpa dia dan bagi dia suka-suka masukkan alat-alat pelik dalam mulut kita kan? hehe..

      Delete
  17. Nak kene buat temujanji dulu ke sblum pegi? Atau walk in je? Klau nk buat consultation kene byar tak? Bole cerita step2 sblum psang damon braces tu? Sbb mcm berminat dgn damon tu.. hehe brapa total cost ye? Tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik k!eRa, awak boleh je tanya terus kat klinik gigi yang awak rasa nak buat tu. diaorang takkan marah pun kalau awak tanya by phone. consultation semua tu rasanya tak payah sebab diaorang akan suruh awak pegi buat x-ray dulu. bila awak dah buat x-ray tu menunjukkan yang awak serius nak buat braces (ikut klinik jugak rasanya) kalau bab step2 tu lebih baik awak tanya dentist terus sebab nanti saya salah bagi info susah pulak. saya bukan dentist (n_n). cost tu seperti yang saya terangkan kat soalan kawan2 yang kat atas, terpulang kepada klinik nanti saya suka2 bagi awak bagitau klinik saya bagi info harga dia lebih murah kang klinik gigi semua marah saya pulak.

      Delete
    2. trima kasih.. hehe saya mcm berminat sebab klinik ni dekat ayer keroh je.. sebab kebanyakannya bila saya cari psal self ligating braces semua dekat kl.. jauh.. jadi klinik ni tak sediakan perkhidmatan xray ye? awak punya braces da bukak? agak2 skrang range harga damon kat klinik tu still sama tak? hehe deposit dlam range 1k - 2k la kan? maaf la bnyak tnye lg.. mana tau bole dpat tau info lg sikit sblum sy tekad nk buat.. heeee

      Delete
    3. hai k!eRa :) kalau ikut pengalaman saya yang dah pasang braces kat klinik Ng ni memang diaorang takde sediakan perkhidmatan untuk x-ray tapi better pegi sana dulu bagitau nak buat braces dan doktor akan bagi satu note untuk awak dapat harga yang berpatutan untuk buat x-ray atau dengan kata mudah lain boleh datang sana dan bertanya terus. saya belum bukak braces lagi. harga tu saya tak boleh confirm le awak sebab seperti yang saya dah nyatakan sebelum ni bergantung kepada klinik juga. deposit pun saya dah penah bagitau yang ianya terpulang kat klinik tu gak. :) harap-harap berani pasang ye. berusaha! (^_^)

      Delete
    4. Ohhh.. terima kasih sgt2 sbb membntu..lama jugak ye awk pakai..sy rasa kondisi gigi saya ni pun mcm lama jugak ni..huhu hati da tekad betul nk buat..tinggal pegi klinik je nk tanya lagi semua n bajet suma..hehe :)

      Delete
  18. hi..saye nih bru nk pegi dftr kt klinik krajaan hri jumaat nih...tp xbest la nk kne tunggu turn kite...2thn plak tuh haish..ptt ke saye trus mnunggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi anonymous :)

      takpe kalau menunggu pun kalau boleh sabar. tapi kalau nak pakai cepat kena la sediakan duit yang cukup ye. :)

      Delete
  19. saya pi check gigi tpi .. hbk doc kata nk pakai braces .. gigi sangat condition tak teruk sngt ,, cuma gigi depan ada jarang ,, dia kata xperlu buat lah sbb xteruk sngt ,, tapi saya risau lama2 ia jadi smkin jarang,, klinik kerajaan xterima gigi yg condition xbrpa teruk sngt ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wasan naka

      tak pasti pulak kalau mereka boleh pilih kes. saya cuma tahu diaorang cuma amik untuk pasang braces bawah 18 tahun. condition gigi tu saya tak sure. mungkin diaorang nak dahulukan kes-kes yang lebih kritikal kot.

      Delete
    2. kalau buat di klinik swasta ,, misal kata jumlah kos RM4000 .. kita byr deposit Rm1000 ,, lepas tu ansuran monthly RM200 ,, hrga braces yg kita tukar setiap bulan akan cas sekali RM200 atau cas asing?? :)

      Delete
  20. kalau buat di klinik swasta,, misal kata jumlah kos RM4000.. kita byr deposit RM1000,, lepas tu ansuran monthly RM200,, harga braces yg kita tukar setiap bulan akan cas sekali RM2oo tu atau cas asing??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai wasan naka, macam ni kira-kira dia.

      Harga penuh - RM4000
      Deposit - RM1000
      Baki - RM3000

      Bayaran baki RM3000 tu kalau bahagi 20 bulan = RM150.

      Harga yang awak bayar itu sahaja tau. Kalau rawatan awak lebih daripada 20 bulan la contohnya, awak cuma bayar keseluruhan rawatan RM4000 sahaja. Yang lain-lain sepatutnya takde apa-apa bayaran kecuali mungkin doktor ada jumpa masalah lain ke.. itu awak kena tanya doktor balik.

      Satu lagi awak tak tukar braces setiap kali treatment. Awak cuma tukar getah untuk braces (bergantung kepada jenis braces). Doktor buat rawatan tiap-tiap bulan tu untuk tengok perkembangan gigi dan check kalau-kalau ada masalah lain.

      Delete
  21. masa tukar getah kena cas lain x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai wasan naka, seperti yang dah saya nyatakan di atas, tak perlu bayar apa-apa pun selain daripada jumlah yang telah dipersetujui oleh awak dan klinik gigi. maksudnya getah tak perlu bayar, bersihkan gigi tak perlu bayar, tukar wire tak perlu bayar (kalau awak pakai jenis yang kena tukar wire), ubat tahan sakit tak perlu bayar dan lain-lain.

      awak cuma perlu bayar jumlah yang telah dinyatakan oleh doktor sahaja ye.. tak tahulah saya kalau doktor awak tu jenis cekik darah dia nak charge awak tapi setahu saya dan mengikut pengalaman saya dan kawan-kawan saya memang tak perlu bayar apa-apa pun service dan barang-barang yang digunakan dalam rawatan awak sebab semuanya dah termasuk dengan harga yang telah dinyatakan. kalau Rm4000 tu maknanya semuanya dah termasuk awak tak perlu bayar lebih Rm1 pun sebenarnya.

      Delete
  22. terima kasih bnyk2 atas info ,, saya juga ingin minta maaf klau terlalu bnyk bertnya soalan .. anyway jawapan amat berguna

    ReplyDelete
  23. hi kirua! braces ni boleh mengecilkan gigi yg lebar atau besar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi FiahLetto tak boleh laaa.. alihkan gigi je. :)

      Delete
  24. kalo sy umo 22,nak pasang braces kat kerajaan masih layak lagi ker,gigi sy ok...cume bahagian gigi bawah tu satu gigi dah kebelakang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi suhaimi zamil, saya bukan doktor gigi tapi kalau ikut maklumat yang saya dapat bawah 18 tahun je. tak tahu la kalau awak cuba tiba-tiba ada rezeki awak dapat ke?

      Delete
  25. masa nk pakai braces tu kena cabut 4 btg gigi ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lxfieyy, saya dah penah jawab soalan ni kat atas. awak boleh baca ye :)

      Delete
  26. retainer itu sejenis pendakap gigi x? gigi boleh tersusun ke kalau pakai retainer?? kalau pakai retainer kena cabut gigi tak?? kos agar-agar brpa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya buat entry pasal retainer ye tapi kena sabar la. kalau nak tau cepat awak boleh google je atau tanya kat dentist terus :)

      Delete
  27. .assalamualaikum .. nk tnye, kwn sy de mslah gigi . 4gigi atas brlubang dan bnyak kali d tampal . Gigi bwh plak mcm r0sak ckit tp msih el0k . Gigi jenis rapuh kte d0c gigi . keadaan gigi atas bwh teratur, cme kew dpan ckit, mcm j0ngang lar . Klaw keadaan mcm niey bley kew pkai brace ? Klaw bley, brace jenis pew perlu dia pkai ? Bpe k0s nye ? Dan 4gigi tuw perlu cabut kew ? Hrap dpat bantu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam shishimaru, boleh je.. pegi terus kat dentist so dia akan advice apa yg perlu kawan awak buat. saya bukan dentist tapi kalau ikut pengetahuan saya, memang boleh buat :)

      Delete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum, nk tanyew klw ibu kerja swasta n then nk bwat braces dkt klinik kerajaan boleh ke? Please reply...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Puteri Nur Nabilah, setahu saya boleh je sebab kerajaan takde bagi syarat parents kena kerja gov je boleh buat. tapi prosedur dia saya tak pasti. :)

      Delete
  30. Bayaran untk parents yg kerja swasta bwah seribu ke? Maksud saya dlm ratus ii larh...tq kerana reply kirua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya sama je bayaran cuma kena sabar dengan appointment je :)

      Delete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. ada mklumat ttg removable appliance..yg ni option braces..( slaen metal..ceramic etc)
    brp ye kos rwtn ortho guna invisalign skrg

    ReplyDelete
  33. Salam. Sis ada jual alatan untuk braces tak? Mcm warna getah braces tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf Nurul Khairunnisa, saya tak jual apa-apa :)

      Delete
  34. Salam. Sis ada jual alatan untuk braces tak? Mcm warna getah braces tu.

    ReplyDelete
  35. As salam. Kalau government punya ada tak damon braces? And brapa kosnya?

    ReplyDelete
  36. As salam. Kalau government punya ada tak damon braces? And brapa kosnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf Nurul Afifah, saya tak pasti kalau klinik kerajaan ada sediakan damon braces ke tak. :)

      Delete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. hi sy nk tanye mmg stiap smua klinik swasta boleh byar secara ansuran ke utk buat braces? sy punya gigi belah atas jarang tp belah kanan sbb gg taring x tumbuh dah lepas cabut mse darjah 6..so kesan die skrg makin jrang belah kanan..huduh pon ada dah tgk...agak2 kne cbut jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Jah, minta maaf lambat sangat reply. Setahu saya memang diaorang sediakan bayaran ansuran. Atau nak maklumat lebih tepat, awak boleh tanya je kat klinik terus. Diaorang takkan marah punya lah.. :)

      Delete
  39. hai.. saya nak tanye di Melaka klinik ortodontik kerajaan di mana yee?

    ReplyDelete
  40. This is the type of information I’ve long been trying to find. Thank you for writing this information.
    disadvantages ceramic braces vs metal

    ReplyDelete
  41. Buat dengan goverment memang kene tggu 2 tahun eh

    ReplyDelete

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...