18 May 2012

16 Mei

Rasanya semua orang tahu apakah yang berlaku pada tarikh 16 Mei setiap tahun kan? Ok kalau nak tahu info lebih lanjut tentang sambutan hari guru, jangan malas2 baca kat sini.

Ok, dah baca? Baguss.. 

Sebenarnya nak cerita pasal sambutan hari guru masa kat sekolah dulu2 je..

Dulu aku sekolah rendah kat Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Dato' Palembang (SRKJDP) kat Melaka. Kira sekolah plg top la utk sek ren time tu dan aku rasa sampai sekrg lagi. Sambutan hari guru memang meriah.... Sebulan sebelum sambutan cikgu yang dipertanggungjawabkan iaitu cikgu Jamiah (rambut kerinting, pakai spek dan pakai baju kurung fesyen bahu tinggi sikit time tu) akan pilih mana2 student yang dia rasa cun dan boleh feymes untuk berlatih buat persembahan. Dia memang pilih bulu sikit.. haha! (ini betul tak tipu)

Sampai la pada hari persembahan.. Memang seronok laa.. Masa aku dulu la.. Perkara wajib aku rasa kt semua sekolah cikgu cikgi akan nyanyi lagu 'Kamu Guru Malaysia' tu la.. ada persembahan tarian.. sajak, drama, nyanyian, guru2 buat persembahan dll.. 

Tapi, dalam banyak2 guru kt sekolah tu sure korang ada sorang guru fav kan? Aku pun ada. Nama beliau ialah Puan Jaharah. Dia cantik sangat.. Sangat pandai berfesyen.. handbag dengan kasut termasuk tudung dan aksesori pakaian selalu sama dan bertukar setiap hari. Dia penah cerita sbb dia nk jadi guru ialah boleh pakai baju cantik2 hari2.. Dia ajar aku Matematik dan Bahasa Melayu. Apa yang dia ajar tu kadang2 mmg xde dlm silibers pelajaran tapi sangat berguna dalam exam. Bahasa yang dia gunakan, lenggok badan dia memang mempersonakan. Ahh.. aku rindu cikgu.

Pernah satu hari tu, (aku mmg budak nakal) aku dengan sorang member Syarinaz (pengawas) pegi pedajal sorg budak pompuan kt kelas sebelah (Maisara). Saje buat jahat.. haha.. ala.. nakal budk2 dulu apa sgt la kan? budk pompuan pulk.. kitaorg just letk kertas kt blkg budk tu 'kick me' je.. pastu cikgu kelas dia cikgu Nyemah nampak.. terus aku dgn member tu kena pggil kt bilik GB. Kena rotan kat tangan.. Haha.. Bukan apa.. time tu si Maisara tu gaya gedik sgt.. tau la muka tu lawa sbb ada kacukan arab.. rambut blonde pastu kerinting2.. comel kot.. mana la budk pompuan lain xjeles ye dak? haha.. tapi sekrg Maisara bukn camtu tau.. tu intepretasi kanak2 time tu je pun...

Okey, dipendekkan citer (Macam dh pjg je pun citer aku), cikgu Jaharah kena warning dgn GB. Pastu dia baking (bukan baking buat kek tau!) la aku dgn member aku ni.. Then yg aku tau dia bergaduh dgn GB lepas tu.. So, the next year after UPSR aku dpt tahu dia dh tukr sekolah sbb gaduh dgn GB pasal kitaorg. Sangat terharu.. :')

Oleh itu, Selamat Hari Guru untuk semua guru yang pernah mengajar saya. Walaupun saya bukan menjawat jawatan tinggi seperti doktor, peguam, jurutera atau yang lain2.. saya tetap menghargainya. Terima kasih sebanyak-banyaknya. :)




No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...