28 May 2012

Sihat Dan Cergas

Duduk kat Malaysia memang sangat mencabar sebab kepelbagaian makanan yang sedap2. Cakap je nak makan apa.. 24 jam ada makanan. Kalau malas nak keluar rumah siap delivery pun 24 jam! mcm mana nak kurus ni?

boleh tahan ke tgk makanan ni.. ish ish ish..

tau tak kenapa kita mudah jadi gumuks? haa... tu lah.. sape suruh makan byk2. Padan muka :p hehe.. 

sebenarnya berat berlebihan adalah pengambilan kalori yang melebihi keperluan kadar tenaga yang kita guna hari2. ala.. tak paham ke? camni.. korang keje apa? kalau korang keje membanting tulang mcm kuli kontraktor angkat brg2 berat ke.. yang banyak pergerakan xkesah la kalau nk makan kepsi, mekdi banyak2 sbb mmg menggunakan tenaga. tapi kalau keje dduk je kat opis tu pastu gerak2 kan jari jeee.. jangan lee memandai mandai nk makan mende tak tentu hala tuju. haip! jangan buat muka tak puas ati.

sape2 yang dah terasa tuuuu.. meh2 ikut petua ni..

Tip diet dan pemakanan

- makan 5 -7 hidangan kecil (KECIL je tau..) berbanding 3 hidangan besar. bukan apa.. sbb nak pastikan kita sentiasa ada tenaga berterusan. makan dalam kuantiti sikit tapi jarang2 mana bulehh.. kang pengsan mak jugak yg salah..

- jgn ngelat waktu makan tau. sbb kalau ngelat takkan tolong korang turunkan berat badan pun.. puasa tu lain laa..

- kena belajar kira kalori yg bersesuaian dgn aktiviti harian kita.. cemana ek? try klik kt sini

- kalau boleh elakkan kalori drpd minuman. gantikan minuman manis dgn air mineral sbb xde kalori dan tak boleh tambahkan berat badan. tapi.. tapi... kalau boleh elakkan makanan yg ada garam berlebihan tau sbb garam ni simpan air dalam badan mcm kentang goreng tuu..

- walaupun buah-buahan tu bagus tapi kena amik dengan berpada-pada sebab buah ada gula jugee.. (kalori gak tu) yg boleh menggemukkan.

- lepas ni amik segenggam je makanan berkarbohidrat mcm nasi, roti, kentang, mi kuning dll. kalau agak2 lapar gak tambah lauk.

- pastikan korang amik protein secukupnya lebih kurang 2.5gm setiap kg berat badan jee. cth: berat badan 50kg (50kg x 2.5gm)= 125gm sbb protein lebih mengenyanggkan berbanding karbohidrat. 

- dan.. yg paling susah sekali ialah... kawal napsu makan tu. adehh.. ni pun mak susah nk buat tau.. tapi kena la berusaha demi kesihatan diri yg terchenta ini.. sob.. sob..

Senaman

- buatlah senaman yang serasi dgn gaya hidup kita dan bukan ikut trend terkini. senaman bukan benda wajib tapi sangat membantu untuk turunkan berat badan yang berlebihan tu.

- haa.. ni mesti buat tau.. angkat berat! tak kira umur berapa, jantina apa, kena buat senaman angkat berat. kenapa? kenapa? hehe.. sbb ia akan bantu kuatkan otot, tulang dan sendi.

- jaga kualiti senaman.. hermm.. maksudnya senaman bukan berdasarkan kuantiti.. atau bahasa mudahnya senaman banyak2 pun xguna kalau xde kualiti. kena tau dan mahir dalam perlaksanaan senaman yang kita buat tu.. jangan la main hantam asalkan nampak mcm buat senaman je ok laa..

- masa bersenam tu pastikan yg kita bakar lemak dan bukan glukosa. jgn le korang g jogging ke.. main badminton ke.. buat lompat bintang pastu g minum minuman berkarbonat dan bertenaga pulak.. sia-sia je senaman tu.. 

- takyah la gigih sgt nk buat senaman tiap2 hari.. 2 - 4 kali seminggu dah cukup.. badan kena rehat gak.. mesin pun ada time rehat kan? 

- nak perut kempis mcm saya? muahaha..*perasan* tak payah susah2 nk buat bangkit tubi kalau lemak berjemaah kt perut tuu.. so, kena la buat kardio dan jaga pemakanan utk bakar lemak2 yg bermaharajalela tu. yoga xsesuai utk kurangkan berat badan ye kawan2.. yoga sesuai utk ketenangan dan keseimbangan.

- haa.. yg ni sy mmg sukaaa... (love, love) sauna! sauna atau bilik wap pun boleh bakar kalori dan bantu proses pencernaan.. rajin2 la g sauna lepas ni yee..

- seks pun bantu juga.. (untuk yg dah bernikah je ye..) ni xmo komen lebih2 sbb dah tau la kan.. aktiviti seks menyebabkan perpeluhan.

Diet + Senaman = Kurus. ^^"

- jgn le mengkome mengkome caya kt pil kurus tuu.. bida'ah je tu. xkira le harga dia mahal mana pun.. 

- Pembakar lemak? Apa tu? Cth: kopi dan guarana. mende-mende sebenarnya membantu pembakaran lemak tapi kena la buat senaman dan jaga pemakanan sekali. tapi toksah bergantung sepenuhnya kat mende-mende tu tau.

- tambahkan makanan berprotein sbb kurang kalori mudah disimpan dan dibawa kemana-mana. :)

- cuba dapatkan multivitamin yg baik sbb kalau badan kurang mikro-nutrisi boleh buatkan napsu makan kita meluap-luap tau.. pastikan multi-vitamin yg sesuai dgn umur, jantina dan gaya hidup kita.

jom-jom kita jaga kesihatan.. jangan makan lebih2 sbb nnt dah tua penyakit dh dtg apa pun xleh makan. 

p/s: sumber drpd Harian Metro (Sihat Cergas - Kevin Zahri)




No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...