17 May 2012

Semoga Kita Sama-Sama Berusaha

Assalamualaikum.


Tahniah kepada pasukan hoki remaja Malaysia atas kemenangan mereka (M'sia 2 - 1 Pakistan) pada 13 Mei 2012 (Ahad) yang telah berlangsung di Stadium Tun Fatimah. Yeayy!!

Memang ramai penonton pada hari tu, siap ada makcik-makcik, pakcik-pakcik dan kanak-kanak.

Ok, pertama sekali mungkin penganjur tak menyangka akan ramai penonton. Ini Melaka okeehh..... kalau letak beruang sarkis kat tengah padang pun diaorangg akan datang ramai-ramai. Kerusi penonton memang tak dapat menampung kebanjiran manusia yang bersemangat menyokong pasukan Malaysia termasuklah mamat-mamat Pakistan yang bekerja kat sini. Kerusi yang aku berdiri (sebab kalau duduk memang ko akan nampak punggung-punggung manusia sahaja, silap-silap boleh kena bom gas kot) sampai patah! Punyala dahsyat kelompatan kitaorang. Haha!

Kedua, kesian kat makcik-makcik yang datang walaupun bersemangat nak menyokong tapi pakaian makcik sangat tak sesuai sebab dalam suasana kesesakan lautan manusia suhu akan meningkat dengan mendadak. Makcik, lain kali datang sokong lagi tau! Tapi jangan la pakai baju kurung macam nak pergi kenduri. Saya kesian tengok makcik.. sob, sob..

Ketiga, gelagat seorang mat saleh tua yang mana sesat tah.. tetiba datang kibar-kibar bendera Malaysia (konon sokong M'sia). Aku rasa dia mabuk kot sebab lain macam je hiper. siap panjat pagar tepi padang. yang menyampahnya orang melayu kita ni senang sangat kena bodek! Mat saleh tu baru kibar bendera je punnn.... diaorang dah panggil duduk kat kerusi. Kalau ada orang Malaysia yang cacat datang belum tentu ko kasi diaorang duduk kan? 

Keempat, gelagat kebanyakan penonton yang datang tu sebenarnya bukan nak sokong sangat.. saje je nak buat ramai dan buat kecoh, terutamanya remaja. Aku perhatikan yang diaorang tak tengok sangat pun game tu.. just buat bising tiup horn yang mana aku memang tak suka nak mampus sebab mengganggu perlawanan dan kosentrasi orang lain yang datang dengan secara original nak menikmati perlawanan! Lepas tu siap kacau mamat Pakistan yang datang dengan niat murni nak sokong negara diaorang. Kalau nak kacau pun dik.. kacau la dengan cara yang bijak dan dengan semangat kesukanan. Bukan kacau dengan menunjukkan yang korang tu bodoh, takde otak, mentaliti kelas ketiga, takde budi bahasa dan perangai biar senonoh sikit. Tahu tak? Apa yang korang buat tu menggambarkan didikan keluarga tu macam mana? Lain kali fikir-fikirkan lah..

Oklah, semoga kita sama-sama dapat memperbaiki segala kelemahan dan kesalahan masa lalu. Jom sama-sama berusaha! Caiyok!





TAHNIAH!


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...