02 June 2012

Hoore! Hoore!

'Kita sedang lalui kehidupan, Jangan taruh pagar sekeliling kita'

 Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

 Indah kan kehidupan? Dari Allah kita berasal dilahirkan melalui ibu dan dibesarkan dalam keluarga yang mungkin tidak sesempurna yang kita tonton dalam drama-drama.. Kemudian mula berkawan, bersekolah.. Belajar bagaimana menghargai persahabatan, mula mengenali cinta. Lalu melalui alam pekerjaan terus menempuhi alam perkahwinan.

 Mungkin apa yang aku lalui dengan kamu tak sama. Mana mungkin sama kan? Jari kita pun semuanya tak sama panjang. Kalau semua sama tak seronoklah hidup kita kan? Maka takkan lengkaplah kehidupan kita. Tak salah kalau kita berbeza. Dah tengok cerita Hoore! Hoore!? Deras air mata mengalir bila ibu yang dikasihi 'pergi'. Alhamdulillah aku masih mempunyai ibu dan bapa yang mungkin peranan mereka tak sehebat ibu bapa yang lain tapi aku masih sayangkan mereka.

Aku tahu mungkin aku tidak sehebat kamu yang mampu membelikan kereta, rumah malah wang saku kepada orang tua, tapi aku cuba membahagiakan mereka dengan cara aku. Oklah walaupun nampak macam promote citer ni, tapi aku tetap nak cakap korang patut tengok bukan sebab aku dibayar ye... Tapi ia menyeronokkan. Tolong jangan komen tentang pilihan artis ke.. Lakonan tak mantap ke.. Cuba kita ubah sikit cara kita memandang ke arah yang positif yaitu dengan tidak cuba mencari kesalahan.

 *senyum*



No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...