12 June 2012

Beg Tangan Wanita Yang Kena Amik Tahu

owh, owh.. wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. kalau takde handbag macam tak lengkap dalam bab berfesyen kan? tak kira la nak pegi memana pun.. lagi-lagi ada formal dinner ke.. kenduri kawin (ini  wajib bawak handbag) atau gathering dengan kawan-kawan. mata konpom tengok kawan tu bawak handbag brand apa kan? elele.. jangan tak ngaku.. kadang2 tu handbag pun boleh jadi citer or bahan nak start sembang.  

contoh : ' eh, cantik handbag you. beli kat mana? design terbaru kan?'

hahaha..

okeyh, jom amik tahu jenis-jenis handbag atau beg tangan. *muka serius*

HOBO  BAG


apa yang paling nyata sekali bentuk dia 'half moon' atau bulan separuh dengan panjang tali sederhana je agak2 boleh sangkut kat bahu. boleh dipakai hampir kemana saja sebab dia ada yang direka untuk formal dan ada juga untuk kasual. ada macam2 warna. biasanya guna material yang lembut dan flexible. suka tak? saya suka beg jenis ni.

SATCHELS

nampak tak bentuk dia yang agak berstruktur? tak nampak? p pakai cermin mata. biasanya bentuk beg jenis ni sedikit kekotakan. (kekotakan?) hantam sajalah ya.. ada dua tali, agak besar dan bawah beg yang rata. kalau perasan dalam citer P.Ramlee dulu2 kan ada watak doktor datang rumah orang kaya bawak beg isi steteskop dan barang2 lain.. sama kan? haa.. sbb beg doktor tu dah berevolusi menjadi beg tangan yang bergaya.. muahaha.. sekarang beg ni dah boleh bawak dokumen ke tempat kerja dengan begitu bergaya sekali atau sesape yang yang perlukan beg yang tempat isi barng luas serta elegan.

TOTES / SHOPPING BAG


yang ni saiz kecik takde eaa.. dia start dari medium to large je. budak kecik nak bawak gi sekolah memang tak sesuwaii okeyh.. :p boleh isi hampir sahaja termasuk kamera yang gedabak tuh.. payung, diapers + botol susu dan lain-lain (mak2 memang suka) dan apa2 je la yang boleh muat. kereta, motor atau basikal tak aci nak kira ea.. biasanya ada dua tali dan boleh sangkut kat bahu dan sesuai bawak gi shopping, kerja atau gi pantai giteww..  ada macam2 style daripada kasual, trendy and fun to stylish.

CLUTCH

sape2 yang selalu gi dinner atau majlis formal memang wajib la ada menatang ni kan... *ayat jeles sbb xde sebab nak beli clutch* memang style la bawak clutch ni.. lagi2 yang majlis ala2 glamer giteww.. biasanya bentuk dia rectangular atau empat segi tepat dan panjang dengan rekabentuk yang memang menawan supaya dapat menaikkan seri si pemakai. cewaahh... disebabkan ruang dia kecik biasanya orang letak lipstik, lesen memandu, kunci kereta (kalau muat), henpon dan lain2 yang chumel2 je.. nak tau kenapa nama dia clutch? haa.. sebab bila kita tutup tu ada bunyi 'clutch'. *sila percaya*

WRISTLETS

ni adik beradik clutch tapi ada strap or tali kat tepi. idea asal direka untuk sesape yang gi kelab2 untuk dancing tapi tak payah bawak handbag. kalau bawak clutch kena pegang kan? so diaorang ni pun pandai2 la tambah tali kat tepi. *sukati aku je* ada yang elegan dan ada yang agak kasual rekabentuk dia. 

DUFFEL BAG

ooo.. balik kampung... (ikut lagu sudirman - balik kampung) hehe.. ni kira beg balik kampung tapi ada style la kan.. ada gak yang guna untuk bersukan. boleh isi raket tennis kot. kayu hoki konpom tak sajak tau..LV dengan Coach banyak keluarkan beg ni.. ada dua tali untuk dipegang kalau tak cemana nak angkat? 

MESSENGER BAG


owh owh.. yang ni memang la feveret saya.. sebab beg ni rocks!! ^__^Y haha.. sebab saya ni jenis outgoing memang cari beg yang ringkas. biasanya budak2 remaja memang suka (sila diri sendiri jangan perasan remaja sangat ^^") ada tali yang panjang supaya boleh silang kat badan dan sambil jalan tu tangan boleh hayun tinggi2.. memang direka supaya boleh isi barang banyak sikit. biasanya diperbuat daripada material yang kalis air. biasanya laa..

Petua-petua mudah berpesen dengan beg.

- jangan nak memandai-mandai pakai beg corak2 dengan baju corak2. nampak macam pokok krismas dah nanti. kalau pakai baju corak2 sila pakai beg yang warna plain tau.. ingat tauu..
- pesen dulu2 kalau pakai beg musti sama kaler dengan kasut.. ada pulak siap sama kaler dengan subang dan rantai.. sekarang jangan nak buat cenggitu sangat.. warna lebih kurang tu ok. kalau rasa berani pakai la ikut suka haha.. janji gojes! baru la fun and adventure kan ;)
- kalau pakai baju kasual dengan beg formal nampak 'nakal' sikit + glam. tapi jangan buang tebiat nak pakai baju formal tapi pakai beg kasual. no, no, no..
- berhati-hati kalau pakai baju yang turun kaler dengan beg kaler cerah. takut warna baju boleh terkena kat beg.

Cara-cara simpan beg.

tak kira beg tu beli kat butik mahal2 yang harga dia macam sebijik keta myvi punn.. ataupun beli kat pasar malam je.. kena la jaga beg supaya tahan lama. beli kt butik LV tapi balik beg tu campak2 je tak guna gak kan.. 

- cara terbaik simpan beg kulit kena amik surat khabar pastu gumpal2 dan bubuh kat dalam beg supaya bentuk beg tu dapat dikekalkan. lepas tu letak dalam beg kain. kalau takde beg kain yang biasanya kalau beli beg dia bagi yang kaler putih tu, boleh la jahit selendang lama2 tu.. kalau malas gak.. balut je la.. janji bertutup.
- lain2 jenis selain kulit simpan dalam lemari pun dah ok supaya warna tak pudar dan tak kena habuk.
-kalau ada kotoran kat beg kulit sila cuba lap dengan kain biasa atau kalau tak hilang gak kena rajin sikit pi ke pasaraya cari special cleaning liquid for leather. jangan ngengada nak pakai sabun pencuci baju! Babab nak?

sumber foto: google


No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...