14 June 2012

Solat Jamak & Qasar




Assalamualaikum, :)


Rasulullah SAW pernah bersabda 
"Ia (solat Qasar) merupakan sedekah Allah yang dikurniakan-Nya kepada kamu semua, maka terimalah sedekah-Nya itu"


ecewah.. tetiba rasa ustazah :p

hehe.. takde2 ni saje nak kongsi ilmu yang seciput pasal solat Jamak & Qasar yang baru baca. Jangan le buat kerut2 dahi tu.. tau.. dulu kat sekolah memang ada belajar tapi dulu agak le jugek main2 sebab suka tido. tskk tskk.. (T _T) sekarang ni baru la terhegeh-hegeh nak carik ilmu balik *padanmuka*

bagi sape2 yang kurang tahu tu jom kita sama2 kongsi yek..

Syarat-syarat


1) tujuan nak berjalan tu takleh yang bukan2 tau! hepp! no, no, no... kalau nak buat maksiat atau nak gi merompak ke.. gi tengok lumba kuda ke.. takleh tau.. kan dosa tu..

2) jarak perjalanan mesti lebih 2 marhalah = 91 km = 56 batu

3) takde syara'k yang cakap kena jalan kaki, naik kereta, motor, sampan waima kapal terbang sekalipun.. janji lebih 2 marhalah dah boleh Qasar dan Jamak walaupun perjalanan tu amik masa tak sampai satu jam pun.

4) bila boleh start solat Qasar? haa... sepanjang-panjang perjalanan  - start keluar rumah (sempadan kampung) sampai ke destinasi, semasa kat destinasi dan on the way balik sebelum sampai kampung halaman (sempadan kampung)

5) berapa hari boleh buat solat Qasar? jeng.. jeng.. jeng.. 

- kalau ikut Imam Shafi'e sesape yang tinggal di sesuatu tempat lebih 3 hari (tak termasuk hari tiba dan pulang) dia dah di cop bermastautin. kecuali.. dia menjalankan kerja2 tertentu dan berniat nak tinggalkan tempat tu lepas kerja dia selesai selama 18 hari jeeww... 

-Imam Abu Hanifah pulak berpendapat solat Qasar boleh selama mana orang itu belum selesai menjalankan tugasnya di sesuatu tempat dan dia tak berniat untuk tinggal menetap atau bermastautin kat situ.

kita orang Malaysia kena ikut Imam Shafi'e. jangan bantah! hehe

Solat Qasar

Qasar = pendek atau ringkas.

solat Fardhu yang yang diringkaskan - 4 rakaat jadi 2 rakaat. Hanya solat Zuhur, Asar dan Isya' sahaja tau.. Subuh dengan Maghrib kena buat macam biasa. 

rukun solat sama je macam solat Fardhu cuma kena adjust niat dan bilangan rakaat *opkos la kann*

cth : niat solat Isyak yang biasa - 'sahaja aku sembahyang fardhu Isya' empat rakaat kerana Allah Ta'ala'

       niat solat Isyak qasar - 'sahaja aku sembahyang fadhu Isya' Qasar dua rakaat kerana Allah Ta'ala'

senang je kan?


Hukum solat Qasar

- kalau lebih 2 marhalah tapi kurang 3 marhalah = harus
- kalau lebih 3 marhalah = afdal (lebih baik buat solat Qasar)




Solat Jamak (Taqdim & Ta'khir)

Solat yang merupakan rukhsoh /kemudahan yang diberi oleh Allah Ta'ala untuk perjalanan jauh (lebih 2 marhalah)

Jamak = kumpul , himpun, gabung. 

ada 4 solat je.. Zuhur + Asar atau Maghrib + Isya'

Zuhur + Asar = Zuhur (2 rakaat) + Asar (2 rakaat) boleh dibuat sekaligus dalam satu waktu sama ada waktu Zuhur atau waktu Asar.

Maghrib + Isya' = Maghrib (3 rakaat) + Isya' (2 rakaat) boleh dibuat sekaligus dalam satu waktu sama ada waktu Maghrib atau Isya'.

Jamak Taqdim = solat yang didahulukan. Cth: Zuhur + Asar buat dalam waktu Zuhur / Maghrib + Isya' buat dalam waktu Maghrib.

Jamak Ta'khir = solat yang diundurkan. Cth: Zuhur + Asar buat dalam waktu Asar / Maghrib + Isya' buat dalam waktu Isya'.


Penting

- jangan pisahkan terlalu lama antara doa solat Jamak. lepas je yang pertama terus bangun untuk solat kedua. takyah baca wirid, doa or solat sunat. lepas bagi salam terus bangun dan niat solat kedua. lepas tu baru baca doa or wirid okey? ;)

- kalau Jamak Ta'khir kena niat dalam hati waktu solat Zuhur contohnya yang kita akan tunaikan solat Zuhur secara Jamak Ta'khir dalam waktu Asar nanti. wajib niat! kalau tak nanti kena solat Qadha. sama la macam Maghrib dengan Isya' tau..

- takyah le susah2 nak baca 'Usolli Fardhu Maghribi..." cakap dalam hati je kita nak tunaikan solat Maghrib dalam waktu Isyak nanti dengan cara Jamak Ta'khir.

- kalau dah namanya Jamak Ta'khir solat mana nak kena buat dulu eaa? ha.. tak kesah mana2 pun boleh.. Maghrib + Isya' kalau nak buat Maghrib dulu pun boleh ataupun nak solat Isya' dulu pun boleh. janji solat ye dak?


lafaz niat solat Jamak

Maghrib + Isya'


Maghrib Jamak Taqdim - "sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat Jamak Taqdim kerana Allah Ta'ala"

Isya' - Qasar dan Jamak Taqdim - "sahaja aku sembahyang fardhu Isya', qasar dua rakaat Jamak Taqdim kerana Allah Ta'ala"


Maghrib Jamak Ta'khir - "sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib tiga rakaat Jamak Ta'khir kerana Allah Ta'ala"

Isya' - Qasar dan Jamak Ta'khir - "sahaja aku sembahyang fardhu Isya', Qasar, dua rakaat Jamak Ta'khir kerana Allah Ta'ala"

Zuhur + Asar

Zuhur - Qasar dan Jamak Taqdim - "sahaja aku sembahyang fardhu Zuhur, Qasar, dua rakaat Jamak Taqdim kerana Allah Ta'ala"

Asar - Qasar dan Jamak Taqdim - "sahaja aku sembahyang fardhu Asar, Qasar, dua rakaat Jamak Taqdim kerana Allah Ta'ala"

Zuhur - Qasar dan Jamak Ta'khir - "sahaja aku sembahyang fardhu Asar, Qasar , dua rakaat Jamak Ta'khir kerana Allah Ta'ala"

Asar - Qasar dan Jamak Ta'khir - "sahaja aku sembahyang fardhu Asar, Qasar, dua rakaat Jamak Ta'khir kerana Allah Ta'ala"


Solat Jumaat boleh Jamak ke?

Jumaat dijamak dengan Asar. boleh? bolehh... tapi kena Jamak Taqdim je. kena buat berjemaah juga tau dengan ahli jemaah yang lain pada awal waktu Zuhur yakni macam solat Jumaat biasa tuu..maknanya, kena buat dalam waktu Zuhur je. kena niat dia cenggini


"sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat Jamak Taqdim, makmum kerana Allah Ta'ala"

kalau nak buat Jamak Taqdim tak kira tu solat Jumaat. tu kira solat Zuhur yee..

tapi sebab musafir, solat Jumaat tu tak diwajibkan. cuma kalau sepanjang perjalanan tu ada kesempatan dan tempat untuk solat Jumaat boleh la buat solat Jumaat juga. 


harap2 sama2 kita dapat manfaat k. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...