28 February 2013

Raphis spp

Assalamualikum w.b.t

Hari ni moh le kita belajar tentang pokok renek / shrub yang dikenali sebagai Raphis. Termasuk dalam family Aracaceae dan Palmae, shrub ni selalunya restoran dan hotel memang suka guna sebagai hiasan sebab penjagaan dia memang mudah, warna hijau yang cantik serta form dia yang menarik dan juga memberi impak ala-ala tropika gitteww..

okey moh tukar mode ala-ala kuliah lak.


Rhapis ni kalau kat Malaysia kita belajar ada 2 jenis je yang biasa kita tanam tapi kalau ikut mungkin ada 12 spesies - semuanya dari Asia, termasuk China Selatan, Thailand dan beberapa pulau-pulau lain. Walaupun asal-usul pokok ni kat kawasan tropika, tapi kebanyakan boleh hidup dengan baik dalam apa jenis cuaca pun sebab memang tahan lasak.

Struktur

Bentuk daun Raphis ni macam tapak tangan dengan konon-konon ada jari yang langsing gittew. Batang pokok ni ada macam batang pokok kelapa sawit.

Pembiakan

Cara Rhapis nak membiak adalah melalui bawah tanah (rizom) dan merebak ke semua arah secara perlahan. Kalau tanam dalam pasu memang sesuai sebab dia takleh membiak secara berlebih-lebih, tapi sampai satu tahap bila dia dah semakin membiak korang kena buang sebahagiannnya atau pi tanam dalam pasu lain atau pi bagi kat kawan-kawan atau jiran atau kalau dah keturunan Haji Bakhil tu bolehla pegi cari pasu besaaaar punyaa.. tanam dalam pasu besar atau malas nak jaga tapi sayang nak buang, tanam atas tanah. Settle.

Spesis Rhapis Humilis adalah daripada semuanya genus jantan dan Rhapis laoensis adalah semua betina. Kedua-dua spesies ni kena laaa dibahagikan kalau nak dibiakkan. Ini adalah cara pembiakan yang memang le mudah, semudah Hantu Kak Limah pun boleh buat tauu.. Tapi spesis-spesis lain kenala buat pembiakan  dengan pengeluaran benih dan percambahan. 

Penjagaan

Secara amnya Rhapis ni memang le mudah bebeno nak tanam dan jaga sebab hanya perlukan usaha membuat persenyawaan sikit, air untuk bagi dia minum, tanah untuk tinggal (tanah berasid adalah paling yang Raphis suka), cahaya terang (walaupun ramai rasa yang cahaya redup berpanjangan tu sesuai, tapi spesis palma, jadi palma memang perlukan cahaya), suhu yang agak hangat tapi idok le sampai panas terik (walaupun Raphis memang tahan lasak dalam cuaca sejuk juga) dan kelembapan. Kebanyakan spesies Rhapis juga agak tahan kepada pemangsa serangga. 

Okey, jom kita kenali spesis-spesis Raphis ni.

Raphis excelsa (Broadleaf Lady palm)



Spesis yang paling biasa ditanam dan paling mudah adalah Rhapis excelsa. Senang sangat nak jumpa kat nurseri tanaman sebab senang membiak dan hidup walau dengan cahaya rendah, kemarau dan tahan angin dan tahan serangan serangga perosak. Paling sesuai tanam dalam  pasu. Rhapis excelsa boleh dikenal pasti dengan bentuk daun yang hujungnya tumpul berbanding Rhapis lain biasa yang mempunyai hujung daun yang tajam. Daun biasanya ada kurang daripada 8 hingga 10 bilah kat setiap daun (berbanding dengan Rhapis humilis atau Raphis multifida yang biasanya mempunyai lebih daripada 10, atau Rhapis laoensis yang biasanya hanya mempunyai 2 atau 3.) Struktur daun yang berpecah memberi impak ilusi pokok ni mewah dan lebat. Perlu disiram secukupnya, kalau tak daun akan mula mati dari bawah ke atas. Daun selalu coklat kat bahagian hujung. Jadi biasanya kome rajin-rajin la potong bahagian tersebut. Tak potong pun boleh takde masalah punya sebab tak bagi apa-apa efek. Cuma kalau potong efek cantik je la dan takkan rosakkan pokok pun kalau potong. Batang dia berlapis warna perang gelap. Kadang-kadang batang dia menipis keluar gak dan boleh la potong je bagi meningkatkan mutu kecantikan pokok ni.



Raphis humilis (Chinese Lady palm) 


Rhapis humilis adalah spesis kedua paling biasa ditanam.  Spesies ini juga boleh dikenal pasti dengan bilah daun melebihi sepuluh atau lebih tajam dan melabu. Kurang sarat dengan daun dan batang buatkan batang dia lebih nampak sebab daun tak rimbun sangat serta boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki. Pertumbuhan yang sangat lambat. Dalam banyak-banyak, yang ni paling tahan dengan cahaya matahari tapi masih lebih suka teduhan. 

Raphis multifida (Finger Palm)


Rhapis multifida mungkin adalah yang paling cantik sebab form dia lebih kembang, rendah sikit daripada Raphis Excelsa dan ada rupa Raphis humilis yang diminikan. Batang yang menonjol dan lansing serta daun yang runcing buatkan dia ada rupa bonsai sebab spesis ni lebih pendek, biasanya hanya kira-kira 4 atau 5 kaki tinggi tapi dia boleh membesar sampai 8 kaki kat atas tanah. Batang spesis ni kecil macam pensil dan nipis. Spesis ni takleh kering dan memerlukan akarnya basah sepanjang masa, takleh kena cahaya matahari yang terik dan tak tahan suhu rendah juga. 

Raphis subtilis (Dwarf Thailand Lady Palm)



Rhapis subtilis kononnya spesis kerdil Rhapis. Spesies ni daunnya lebih lembut dan berjurai dengan hujung agak tajam. Pertumbuhan sangat perlahan dan agak cerewet. Ketahanan suhu sejuk lebih kurang Rhapis multifida. dan memang kena sentiasa pastikan akar dia sentiasa basah. Spesis ni memang banyak sangat ditanam kat Thailand. 

Raphis laoensis (Laos Lady Palm)



Rhapis laoensis adalah satu lagi spesies seks tunggal, hanya betina sahaja. Spesis ini adalah rare. Bentuk dia macam sawit mini dan mungkin boleh capai ketinggian 6 kaki. Bilah daun biasanya dibahagikan kepada 2 atau 3 (kadang-kadang lebih sedikit). Tak tahan dengan suhu bawah takat beku dan memerlukan air pada setiap masa, dan daun akan bertukar coklat jika kualiti air lebih berakali.

Raphis 'Alicia' 


Rhapis 'Alicia' bukanlah spesis yang pelik sebab ia adalah hibrid rasmi dinamakan daripada  kawin campur antara Rhapis laoensis dan Rhapis multifida. Hasilnya spesis ni ada kedua-dua ciri daripada pokok-pokok yang dikawinkan. Bilah daun yang elegan laoensis, sempit (tak jarang), bilah daun multifida dan batang pensil-nipis. Ketahanan cuaca sejuk hampir sama dengan multifida atau lebih baik. serta tahan cahaya matahari. Tapi tak tahan dengan angin serta daun mudah koyak. 


Raphis robusta 


Spesis ni mempunyai daun yang lebar, licin dengan bilah palma yang mudah dikenalpasti. Biasanya ada empat bilah dengan daun berlipat dan jalur yang sangat jelas, tepi melengkung, lebih tirus kat bahagian pangkal dan hujung. Mempunyai batang yang agak halus dan berserat kasar. 




Raphis micrantha


Raphis micrantha adalah spesis yang sama dengan Raphis excelsa tapi bezanya pada segmen daun 6-10 bilah dibahagikan kepada persimpangan dengan petiol, pada bahagian daun mudah lihat berjalur dengan bahagian hujung daun tajam.

Baiklah, sekian sahaja kuliah kita hari ini. Tadaaa...

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...