26 February 2013

Janji

Setiap kata yang diucap adalah janji. Walaupun hanya,

"kita jumpa lagi 5 minit ye." Itu adalah janji.

Apatah lagi bila kata saya sayang awak, maknanya kita dah berjanji secara tak langsung menyatakan yang saya ada niat nak kawin dengan awak tapi bukan sekarang.

Orang perempuan adalah orang yang paling mudah percaya dengan kata-kata. Jangan le kau janji nak pegi tengok wayang hujung minggu nanti. Tiba-tiba esok nak gi hari kau kata,

"Tak jadi la, mummy I suruh balik rumah, kucing I nak beranak".

Walaupun dia kata,

"Oo ye ke? Takpelah, I faham. Next time la kita pegi ye." Padahal dalam hati dia remuk redam tau?

Jangan laaa... JANGAN! JANGAN! Korang wahai lelaki di luar sana suka-suka janji nak pegi sana sini tapi bila sampai waktu tu korang takleh nak pegi atas sebab yang tak boleh diterima. Sakit hati tau? seringkas-ringkas ucapan tu pun adalah janji tau?

Waima kepada kanak-kanak juga kau tak boleh suka-suka cakap,

"Jangan nangis ye? Nanti ayah belikan Adam basikal okey?"

"Bila?" Soal Adam balik.

"Esok la". Jawab ayah.

Esoknya kau tak beli pulak. Pergghh... Kau tau tak kau dah ajar budak tu bahawa janji tu tak perlu ditepati? Perilaku tu akan diteruskan tanpa dia rasa bersalah.

Salah satu ciri orang yang susah nak tepati janji adalah selalu lewat ke tempat kerja. Kau dah berjanji nak bekerja dengan syarikat tersebut dan perlu menunaikan segala kerja termasuk kedatangan kau dan majikan berjanji akan membayar upah sebanyak RM bla bla bla bila cukup tempoh kau bekerja. Kalau la majikan buat-buat terlupa bayar gaji kau cemana? Takkan kau nak buat-buat bodo jee... sebab tu majikan takleh buat-buat bodo kalau kau datang kerja lambat.

Lagi satu, kau tengok pembayaran hutang kat bank dia cemana. Ada penah sangkut? Kalau ada sikit-sikit tu maknanya dia tu susah nak tunaikan janji sikit-sikit. Tapi kalau sampai buat bodo dan kena blacklist jangan le kau percaya cakap dia. Tapi orang yang kena blacklist sebab jadi penjamin tak termasuk la.

Okey, aku dah merepek tahap cipan sebab aku tengah sakit hati dengan seseorang yang dah berjanji dengan aku sebanyak dua kali berturut-turut dan dia rasa tak apa kalau janji tu ditangguhkan. Oi manusia! Lagi sekali kau buat, memang kau nak kena pukul dengan aku tau?

Orang yang tak menepati janji adalah MUNAFIK tau? M.U.N.A.F.I.K. Aku marah ni.

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...