02 February 2013

Padang Besar, Perlis.

Eh, agaklah macam rugi juga kalau dah ke Perlis tapi tak ke Padang Besar kan? Memang itulah salah satu tarikan utama di sana. Lagipun kat sana Tesco takde, Giant takde, Mydin takde, kira-kira takde hypermarketlah setakat ni. Cuma ada The Store dan supermarket besa-besa je.Betapa aman damainya kalau aku tinggal kat situ dan konpom aku cepat kaya punya laaaaaa.... ngeeee.. Terletak kat sempadan Malaysia dan Selatan Thailand. Nak ke sana memang akan lalu kat bahagian pemeriksaan Kastam untuk ke negara jiran tu. Kalau ada passport tu boleh la sekali ke sana. Pegi luar negara tuu.. kehkehkeh.. 

Nasib baik aku pegi lepas waktu lunch, kalau pegi dari pagi memang sampai tutup la aku kat situ kot, muahaha! Pegi sini kena la set mood ala makcik-makcik gitteww. Oh nasib baik juga aku ke Padang Besar tu aku tak kabor kat sesape, kalau tak sure balik aku kena bawak tong nasik, kuali, periuk, toto bla bla bla. :pp

Laporan tanpa gambar adalah zzzz..

Kawasan sekitar. Lebih kuranglah ye.
Kasut, pelbagai warna, design, warna, baju, beg mainan. Cemana nak balik ni?
Tak lupa makanan kudapan serta barang rumah. Actually banyak lagi tapi yang ni je sempat snap sebab sibuk habiskan duit. Bwahaha!
Selipar pun menarik gak kan? Barang hiasan orang perempuan memang le banyak nyah oiii.... Boleh le beli bebanyak pastu buat bisnes pulak.
Gambaran serba sedikit kawasan Arked Niaga. Ada 3 tingkat. Kemudahan yang ada seperti surau dan tandas.
Ruang legar kat bahagian bawah. Memang tempat ni sentiasa penuh umat ye?

Nota tambahan : Start meniaga dari 8.00 pagi - 6.00 petang lebih kurang. Nak ke sana senang sangat laa... Sampai kat Pekan Kangar tu follow je signboard gi Padang Besar (macam kurang ajar je info aku ni). Cis yang tu takyah bagitau pun takpe.. Hahaha! Aku pun tak reti nak explain (Boleh?). Korang berenti je keta kat mana-mana pastu tanya la sesape kat sana tu. Diaorang konpom tahu punya laaa.. (Jangan marah aaa... :p) 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...