17 June 2013

Apa Yang Menarik di Bali?

Ewahhh.. kemain lagi tajuk. Ala-ala wartawan gittew.. aww... kehkehkeh

Okey, memandangkan tiket kapal terbang semakin mampu dibeli oleh rakyat Malaysia, makanya kena le beli. *ayat apakah ini..*

Maklumla kawan-kawan kat fesbuk sibuk la menghaplod gambar ke Bali, jadi hati tu teringin le jugeekkk nak kesana. Dari dulu memang nak kesana sebab dulu hakak belajar pasal landskap, jadi tahu le sikit-sikit landskap ala Bali. Dapat le pulak ada buku landskap rekaan Made Wijaya yang gojes ittew. Lagipun kat Malaysia ni kan sibuk le kita nak tiru landskap kat sana, cantik katanya..

Aku pegi naik MAS (waahhh... macam orang kaya ye kauu..) Takde maknanya kaya sebab masa aku check tiket Air Asia harga dia beza RM100.00 je. Jadi nak nampak kelas sikit dan takyah susah-susah nak pilih or beli makanan dalam kapal terbang, aku beli la MAS. Masa pegi tu okey la service dia tapi orang belakang aku tu gems sikit. Aku kena sound sebab turunkan seat, boleh? Hangin je maakkk... Dah tau kau tu tak kurus pegi la beli seat mahal sikit kan? Waktu balik service cam hampas. Video takde suara, pramugari muka cam tak puas hati gaji kena potong. Selimut takde. Nyampah.

Okey citer panjang-panjang takde maknanya kalau takde gambar kan..

Aku sampai  hari pertama kat Depansar pukul 3 p.m. We all dah buat survey, cari kat google, tanya kawan cara-cara nak melancong ke sana sebab macam biasa laaa.. aku tak suka gi melancong dengan ejen. Suka jalan ikut kepala lutut aku nak gi mana.. Kawan kitaorang cakap sampai sana jangan amik ulat teksi sebab nanti kena tipu. jadi kitaorang ni beratur la kat kaunter taksi nak beli tiket taksi ke Seminyak. Tengok kat harga yang terpampang tu Rp60,000 je. So lebih kurang RM20.00 la kot kan? Tapi bila bagitau nak ke hotel kitaorang terus harga dia jadi Rp95,000. Bila tanya apsal harga dia lain? Orang kat kaunter tu jawab "Hotel bapak ini jalannya jauh dikit, perlu berpusing kembali." Oooo.. okeylah, kita tak tahu jadi kita percaya jelahkan.. kata beli tiket kat kaunter kannnn...

Kitaorang dengan rasa percaya naiklah taksi tu. Bila sampai je kat hotel terasa dalam hati, eh manade jauh nak berpusing pun? Tiba-tiba dah sampai. Sah! Aku dah kena tipu. Cilakak betul, beli kat kaunter pun kena tipu kauuu.. Jadi, kome-kome tu berhati-hati ye.

Astana Kunti Apartment

Hotel tapi apartment. Acane tu? Sebab ada dapur boleh main masak-masak kot? Haha :P
Ada sofa, tv, pinggan mangkuk, kuali, fridge. Okeyla untuk orang yang bajet tak berapa ni kan. Bukan kita nak duduk kat situ 24 jam ye dak?

Kolam renang yang comel dan simple. Yang best tu, bukak sliding door je terus keluar ke swimming pool. Boleh verangan macam kat rumah le kot. Haha.. maklumle aku ni bukan orang ada-ada *flip hair*

Belah kiri tu suasana laluan masuk ke hotel. Belah kanan tu pintu masuk hotel yang comey lote itu.

Deuss Ex Machina, Oberoi

Kedai amende tah partner aku sibuk nau nak pegi. Katanya kedai ni takde kat Malaysia. Yang terdekat kat Bali. Aku layankan je laaaaa... Tapi kedai ni memang style. Semua baju jantan jeee.. Betina? Ilekk.. *goyang kepala* Malam pertama sampai je terus ke sini nak beli seluar mandi katanyaa...

Barong Dance

Penceritaan dalam tarian yang assiikkk sekali.. Haha. Actually ni cerita tentang mak si Erlangga. Nama dia Rangda mengamalkan ilmu hitam. (nama pun dah konpius) Rangda ni bini Raja Bali tapi lepas Raja Bali dah mati dan dia menjanda, roh jahat dalam hutan panggil dia untuk kacau anak dia si Erlangga tu la. Diaorang pun gaduh laaa.. Mak dengan anak gaduh.. tsskk.. tsskk.. 

Sebab mak dia ni kuat sangat, Erlangga mintak bantuan si Barong dan diaorang pun bergaduh laa.. Tapi Rangda kasi jampi semua tentera Erlangga supaya diaorang bunuh diri sendiri dengan menikam keris yang beracun. Tapi lepas tu Barong pun datang dan matikan sihir si Rangda degan menjadikan semua tentera Erlangga jadi kebal. Akhirnya Rangda pun kalah dan menghilangkan diri.. Sekian, terima kasih. Lalala...

Diaorang kata kalau sampai musim Rangda tu terlalu kuat, orang yang berlakon jadi tentera Rangda tu boleh kena rasuk wooo.. Masa aku tengok hari tu memang ada sorang mamat tu memang macam nak tikam diri sendiri dah. Nasib baik ada pakcik bomoh pakai baju putih tu datang cepat. kalau tak dah berdarah kot pentas tu.

Topeng Barong dan Rangda dianggap perkara suci, dan sebelum mereka dibawa keluar kat pentas ada le pak imam menawarkan rahmat dengan percikkan air suci dari Gunung Agung. 

Yang tengah tu si Barong. Yang monyet tu pengacau cerita dan orang kemetot tu macam pak lawak le jugak. Pentas dia cool sebab ada pokok betul.

Persembahan dengan berlatar tepi muzik gamelan. Yang kiri tu Erlangga, Tengah tu aku rasa Rangda, kanan aku tidak mengerti siapakah dia.. hahahaha.

Ni masa Erlangga kena tangkap dengan Rangda dan diikat dalam hutan.

Kiri tu kuasa jahat dari hutan. Kanan tu pak lawak yang aku lagi sekali tak mengerti. Lalala..

Kiri antara tentera Barong yang berusaha melawan Rangda. Kanan kuasa jahat tu datang la cenggitu. Haha, ada banyak lagi gambar tapi takyah upload la. Korang gi tengok sendiri ye. :p

Tempat ni nak tengok kena pegi pagi. Pukul 9.30 dah start. Sampai awal dapat seat yang bagus. Kena bayar Rp10,000 satu kepala yee...

Tegalalang, Ubud

Tempat opkos lee kat Mukim Tegalalang. Kalau kat Malaysia panggil Kampung Tegalalang.  Orang kampung kat sini tanam beras kat bukit. Tu yang jadi pemandangan dia cantik. Ada je yang tanam kat tanah rata kat area Canggu. Ubud ni terletak kira-kira 600m atas paras laut. Ubud ni kita boleh singgah sekejap dia jalan sekali ke Kintamani. Amende Kintamani? Kejap lagi sampai le yee.. saboo.. saboo..  

Kampung ini dulu kampung biasa jeee.. Supir atau pemandu yang bawak kitaorang tu kata, dulu orang datang amik gambar pastu blah. Penduduk kampung kata baik minyak pelancong bayar supaya duit tu boleh la bagi kat kampung diaorang. Jadi, bila lalu kat sini kena bayar le jugak.. Lebih kurang Rp2000 sekepala kot. Aku dah tak berapa ingat. 

Petak sawah ni korek pakai cangkul lah ye kengkawan. Ate, takkan le jentera pembajak nak lalu kat tebing ye dak? Acane nak lalunye?

Tempat lepak untuk tengok pemandangan hijau sawah. memang asiikkk sekali...

Gunung Batur, Kintamani

Tempat yang best untuk singgah makan tengah hari sebab cuaca dia sejuuuuukkkk.... dan boleh makan sambil tengok gunung. Eh, tengok je? Aah ye lee tengok je. Nanti lenkali aku datang aku gi daki pulak. 

Tempat ni cantik sebab tepi gunung ada tasik. Boleh cenggitu? Hahaha.. Sukati aku la nak kata cantik ke tak kan? Kat sini ada tempat makan yang terkenal sebab ko boleh makan kat tempat yang strategik. Makan kena bayar secara buffet. Harga dalam Rp30,000 sekepala kot. Aiyakk.. sorry lah ye korang aku ingat lebih kurang je sebab duit dia main puluh ribu. Susah aku nak ingat amount yang betul.

Kat sini ada beberapa kampung. Nama kampung tu Kedisan, Buahan, Abang, Trunyan, Songan, Selatan Batur, Timur Batur Utara Batur, Kintamani dan Sukawana. Bukan sukawan atau suka-suka ye..

Gunung Batur terletak di Kintamani  penah le meletup kira-kira 24 kali sejak 1800 dan masih aktif sampai laa nii... Tasik Batur pulak merupakan tasik terbesar kat Bali dan berfungsi sebagai sumber pengairan untuk petani di sekitar dan ia juga adalah untuk semua masyarakat Bali amnya. (pergh ayat formal ni).

Masa yang cun nak datang sini lebih kurang 10 pagi sampai 3 petang. Sebab masa ni boleh nampak pemandangan dengan jelas.  

Kalau nak pegi sini sila pegi dengan kereta sebab naik keta pun amik masa 2 jam dari Depansar. naik moto tu mau 3 jam la kot.

Oh ye, kena bayar juga kalau lalu kat sini. Hahaha, dan macam biasa aku tak berapa ingat harga dia maybe Rp5000 sekepala kot.

Cantik. Sekian.

Tempat makan.

Restoran ni halal dan sangat popular dikalangan orang Asia kata supir kitaorang la. Botol kicap dan sos dia sangat comel.

Ladang Kopi

Pegi ladang kopi untuk mencuba kopi luwak, kopi termahal di dunia. Hanya boleh didapati di Bali. Ewaahhh... minum macam bangsawan gitteww.. Kopi yang dimakan oleh enche' Luwak (sejenis musang) dan diberakkan kopi tersebut sebab dia makan buah kopi dan buang biji kopi secara pemberakan. Biji kopi yang diberakkan itu dikutip dan dibersihkan serta diproses menjadi kopi. Kemain sedap omputeh kata. Aku rasa sedap lagi neskape. Huahuahua..

Laluan masuk ke ladang kopi dan pondok lepak-lepak untuk minum kopi.


Biji-biji kopi yang dipamerkan ada vanila, cengkih dan bla bla bla. Minuman yang beratur tu bagi percuma. Macam-macam perisa ada... Ada Bali Coffee (rasa kopi lee), Bali Cocoa (rasa cekelat van houten), Bali Lemon Grass Tea (rasa serai), Bali Ginger Tea (rasa halia yang kuat), Bali Mocha Coffee (rasa kopi starbucks), Bali Vanilla Coffee (rasa vanila), Bali Coconut Coffe (rasa kelapak), Bali Spice Tea (rasa sedap :p) dan Bali Ginseng Tea (rasa best jugak)


Budak yang duduk tu berlakon  panggang kopi jee..

Ni le ghopenya kopi luwak. Tekstur dia lembut sangat. Sebelum minum kena tunggu dulu bagi hampas kopi tu turun ke bawah. Yang ni kena bayo le cik kak. Harga Rp30,000 kee... Rp300,000 cenggitu la. Haha aku tak bayo jadi aku tak ingat. Aku cuma rasa je.

Kedai jual kopi, cekelat, minyak urut, oil fragrance, curut, keropok dan macam-macam. Cekelat oren tu sedap. Cekelat perisa cili tu pelik bagi aku. Tapi aku tak beli laa.. Maleh nak mengusung cekelat, kang cayorr..

Sebelum ke Uluwatu, mari lihat tahi enche' luwak. eeuuuwww....

Uluwatu

Kuil Uluwatu (Pura Uluwatu) adalah salah satu daripada sembilan kuil utama kat Bali. Kuil yang unik sebab dibina atas tebing curam setinggi 70 meter atas lautan India.

Nak masuk kuil ni kena hormat sikit ye. Kalau pakai seluar panjang dia bagi kain kuning untuk ikat kat pinggang. Kalau pakai seluar pendek atau skirt kena pakai kain ungu. Kain dia bagi free je. Tapi kena pulang balik lepas keluar. Nak masuk macam biasaaaaa.. kena bayar dalam Rp20,000 kot. 

Kawasan ni penuh monyet yang liar. Jangan le kome tarik perhatian deme dengan bawak plastik yang berisi apa pun sebab dia akan ingat dalam tu ada makanan. Cermin mata pun kena jaga sebab dia akan amik gak. Kamera yang tergantung takde... dia tak amik, kata supir kami lagii..

Datang kat sini kena tengok kecak dance sebab diaorang kata kecak dance kat sini cun. Jadi sila datang awal lebih kurang pukul 5pm untuk dapatkan seat yang best sambil tengok sunset dan kecak dance. 

Kalau gayat sila jangan tengok bawah. Dengar bunyi ombak je pun dah okey. Tapi tempat ni memang cantik.

Kawasan dalam kuil. Senibina yang unik dan hanya orang Bali sahaja yang tahu cara nak ukir batu tu. 

Kecak Dance

Tarian yang paling terkenal kat Bali nih, sebab muzik dia pakai bunyi suara je. Konon-konon acapella tapi dia cakap "cak acak acak acak acak" je. Pastu ada "uuuuuu..." Cenggitu je la.. Lebih kurang 50 orang lelaki je yang buat bunyi walaupun ada sumber kata ada gak pompuan yang buat bunyi tu. Lelaki-lelaki tu pakai kain petak-petak dan bunga raya kat telinga. Umur penyanyi tak kesah kot sebab ada je orang tua dan budak remaja. 

Apa yang best sepanjang 45 minit persembahan ni, bunyi vokal berubah sepanjang persembahan ikut jalan cerita dan penyanyi tu pun takde le statik je sebab diaorang akan bangun, lambai tangan tiru api, angin, sel penjara bagi menyampaikan cerita. 

Tarian ni cerita pasal Putera Rama nak selamatkan Permaisuri Sita kena culik dengan Raja Rahwana yang jahat. Ye la kalau dia baik takkan dia nak culik bini orang ye dak? Oleh itu, diaorang mintak tolong monyet putih untuk selamatkan bini dia. 

Sebab supir aku bawak keta ala-ala nak gi pasar je, maka aku sampai terlewat sikit dan dapat tempat duduk yang tak best. Maka aku tengok dalam keributan berlatarbelakangkan penonton yang ramai dan membelakangkan sunset. Tarian ni memang akan buat masa sunset je sebab ada peranan api baru la nampak time malam. 

Monyet putih kena tangkap dengan Raja Rahwana.

Antara watak-watak yang ada. Aku rasa yang tengah tu konco Raja Rahwana. Yang tepi tu rasanya Raja Rahwana sebab ghope dia tak hensem.

Yang atas tu Permaisuri Sita le gamaknya kan?

Jimbaran

Tempat makan ikan bakar yang deme kata sedap bebeno tuuu.. Konon makan atas pasir giteww..

Puuii.. Kome nak tau harga dia untuk set makan 2 orang Rp750,000 bersamaa lebih kurang Rm250.00? Perghh.. setakat makan udang, sutun, ikan dan ayor coke je baik balik Malaysia aku makan kat Melaka tu boleh makan 10 kepala kot. 

Setakat makan atas pasir, kat Perhentian lagi happening aku rasa.. Tak caya? Nanti kome pegi, kome nilai le sendiri ye. Sebab aku tak jadi makan kat situ, maka takde le gambooo.. Hahaha.

Nusa Dua

Deme kata Bali ada pantai yang cantik. Ye ke? Tak lah bagi aku. Cantik lagi pantai kat Malaysia. Deme kata Nusa Dua ni tempat orang kaya sebab hotel dia mahal dan pantai cantik. Kalau tanya aku, takde lah. Bayaran nak buat aktiviti tu memang mahal. Mahal nak arwah. Benda sama je baik buat kat Malaysia. Tapi yang lainnya ada macam walking under the sea kena pakai kaca macam Sandy dalam katun Spongebob tu. Kat sini semua main USD. Maka dengan itu aku cuma jalan kaki amik gambar je laaa... Tak mampu dek nonnn....

Yang tak best pantai kat Bali ni korang kalau jalan naik keta atau naik moto atau jalan kaki kat jalan raya, memang kome takkan nampak laut punyalah. Diaorang ni dah bina hotel sepanjang tepi pantai. Kalau nak gi pantai kena le lalu celah-celah bangunan. 

Dari jauh nampak lawo le gak kan? Dekat-dekat takde le best nauu..

Laluan celah bangunan nak ke pantai dan tetiba terpacul cik Sandy ni. Dia nak masuk laut kot nak jumpa Patrick dan Spongebob.

Deuss Ex Machina, Canggu

Kawasan ni tak berapa feymes dengan pelancong Asia. Bule je yang gemor ke sini. Orang Bali panggil mat saleh tu bule ye kawan-kawan. Kawasan sawah padi tapi berdekatan pantai. Bule ramai suka gi sini pantai Canggu boleh surfing. Tapi aku tak sempat gi pantai sebab supir aku yang kali ni perangai cam celaka. Apa kita cakap semua dia nak bangkang. Hangin je akuuu dengan dia ni.

Kawasan sekitar kedai yang ohsem.

Siap ada kedai gunting rambut tapi jantan je laaa... Pompuan takde ye. tapi kalau nak gunting style jantan boleh kot.

Deko dalam kedai yang cantik sebab gambar dia pun cantik.

Motor dan basikal tu bukan hiasan tau. Memang dia jual gak.

Tanah Lot

Salah satu kuil yang penting kat Bali. Kuil terletak atas batu. Kalau air surut boleh le jalan kaki ke kuil tu tapi kalau air pasang memang takde sape berani kot. Air pasang dia kuat weeyy...  Kat sini pun ada kecak dance tapi tempat dia tak berapa cun macam Uluwatu la. 

Tempat fofular nak tengok sunset. Oh ye, kena bayar macam biasa laaa... dalam Rp5,000 satu kereta. Sebelum masuk kita kena lalu kat kawasan jual cenderamata. diorang kata kat sini boleh tahan murah. Macam-macam ada. Aku sempat le rembat 2 keping painting. Satu aku bagi kat member.

Time aku pegi ni cuaca tak berapa cun jadi matahari tu segan-segan nak keluar.

Tetiba terperasan ada satu air terjun kat hujung sana. nak pegi takut sesat pulak.

Ada taman ular yang simple tapi aku geli kat ular. Jadi aku tengok burung je laa.. Haha :pp

Jalan Raya

Banyak nak cerita tentang jalan raya ni sebab kat sini baru ada cerita rakyat tempatan kan?

1. Bila nak naik taksi kena rajin tawar menawar.
2. Beli barang pun kena menawar ye baru dapat harga yang berbaloi.
3. Sekolah hari Senin - Sabtu tapi dari pukul 7 - 12 je sebab kebanyakan budak-budak kat sana kena tolong parents cari duit. Kalau balik lambat nanti diaorang penat.
4. Hari Ahad adalah hari libur.
5. Ada bas umum (awam) kat Bali tapi tak ramai naik sebab bas tu tak pegi banyak tempat. Diaorang lagi suka naik sepeda (moto).
6. Helmet diaorang comey! Diaorang panggil helmet tu helem tapi eja helm.
7. Baju sekolah ada 3 kaler.
8. Hari last sekolah budak-budak akan conteng baju sekolah. Memang happening!
9. Tempat nak beli souvenir dengan kuantiti yang banyak dan murah kat Krisna. Sebelum balik bolehla singgah berdekatan airport. 5 minit je dari airport. Kat sini takleh tawar ye sebab harga dia mmg dah murah.
10. Sebelum balik, sila simpan Rp150,000 satu kepala untuk bayar tax kat airport. Memang keluar dari mana-mana part kat Indonesia kena bayar tax.
11. Kat sana macet (jem) sekali. Diaorang tengah siapkan proyek (projek) highway dan airport baru sebab hujung tahun ni ada pertandingan miss world 2013 dan apa tah satu lagi. Hahaha aku dah lupa apa tah nama mende tu. 
12. Gratis adalah percuma. 
13. Orang asal Bali kalau cakap memang bunyi orang Malaysia. Kalau Kuta dia akan sebut Kute. Apa jadi ape. Mana jadi mane.
14. Orang Bali kan 90% agama Hindu. Jadi diaorang ni selalu kena balik kampung kalau ada apa-apa upacara. 
15. Kenduri kawin dia kemain lagi kauuuu... Kenduri bukan sehari tapi berhari-hari. Sama kalau ada kematian. Berhari-hari kenduri.
16. Diaorang takde kedai nombor ekor.
17. Laga ayam dan judi pakau dah diharamkan tapi kalau ada apa-apa keraian diaorang akan ada gak. Judi main dalam Ringgit.
18. Kuil besar tu dia panggil Pura. Kuil kecik panggil Puri. Setiap rumah ada Puri dan tempat letak Puri takleh suka-suka letak kat memana sebab kawasan rumah tu dibina ikut konsep tubuh badan manusia yang mana Puri adalah kepala, tengah mesti ada satu pondok kalau ada kenduri ke, kematian, tempat keraian ke semua kat situ. Dalam satu kawasan rumah tu boleh ada banyak rumah keluarga.
19. Diaorang ada kalendar sendiri gak. Kalau sehari lepas sambutan tahun baru Bali diaorang ada nama hari sepi. Hari tu semua orang termasuk pelancong takleh keluar gi memana. Kena duduk hotel atau rumah je dengan alasan untuk kita mengenang balik perkara-perkara yang kita dah buat sepanjang tahun lepas. Kira macam bermuhasabah diri la. Yang boleh keluar cuma ambulans dan polis adat. Polis adat diaorang dilantik untuk mejaga adat-adat kat sana dilanggar. Ewahh.. ada gak jawatan tu ek?
20. Kat sana ada supermarket juga yeee... boleh tahan gak besar. Apa nama dia ek, Matahari Square la cenggitu nama dia dan kat Seminyak ada Seminyak Square.
21. Kalau naik taksi kena tanya pakai meter ke tak sebab kalau tak korang akan kena sembelih.
22. Kalau amik tour guide lebih baik sebab dia kira pakai jam. Kalau 10 jam tu dia akan charge Rp500,000. Actually kalau pandai boleh la tawar juga. Tapi biasanya susah laa.. 
23. Jangan terpedaya nak ke pusat kraftangan kayu la, perhiasan la.. yang tu ikut korang la sebab aku tak pegi. Tour guide tu akan pujuk korang pegi sebab dia akan dapat komisyen. Kalau korang dah ada plan sendiri baik tulis siap-siap dan bagitau terus yang korang cuma nak ke tempat-tempat yang spesifik tu je.
24. Tanah kat Bali memang subur gile. Kau cucuk le pokok yang sesuai. Tup-tup tumbuh je.
25. Kalau buat rumah tu pasir dia pun kaler hitam.
26. Bangunan takde yang tinggi-tinggi sangat. Budaya kot.
27. The Thing, Volkswagon (kat sana panggil Safari) dalam sehari boleh nampak 10. Kat Malaysia 1 pun susah nak nampak.
28. Masa kat sana dengan Malaysia sama je cuma pukul 5.30 dah ghope maghrib. 





Itu je lah untuk kali ni. nanti ingat nak gi lagi ke sana nak pegi tempat-tempat yang tak sempat nak pegi - Bedugul, Kuta dan Tanjung Benoa :))

32 comments:

  1. nice story n lots of info yang membantu... thanks! *mytrip ke bali end of dis year... :)

    ReplyDelete
  2. awak baju2 aka blouse leggings ker murah tak..berbaloi tak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. @strwbrry76, awk kalau nak beli untuk diri sendiri okey je sebab harga dia biasa-biasa je. kalau kat butik2 tu memang tak boleh mintak discount tapi kalau macam kiosk tu rajin-rajin tawar tau.. kalau nak berniaga tu tak bijak nak berbelanja kat bali. :)

      Delete
  3. insyaAllah akan ke nusa dua tgh bln 12 ni.. tgh cari tempat2 menarik kat situ.. ad lg x info pasal nusa dua tu? btw nice info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh lambatnya saya reply. maaf ye kesibukan melanda diri.
      wah, stay kat tempat orang ada-ada tu.. :) awak pergi masa peak season tu nak dekat krismas, sure ramai mat saleh kat sana. anyway, happy holiday ya!

      Delete
  4. salam.. thanx for sharing.. tumpang tnya, agak2 brape kos perbelanjaam di bali ea? sy dah beli tiket utk mlncong sana bln 6 thun 2014 ni.. thanx for respon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai apih, budget sebenarnya terpulang pada awak.

      awak boleh cari penginapan di agoda je (saya pun cari kat situ). banyak pilihan dan awak boleh pilih penginapan yang sesuai dengan budget. tengok area jugak tau sebab kalau area yang pelancong suka duduk macam kat kuta tu pun boleh tahan harga dia tapi ada juga yang murah tapi tak dinasihatkan duduk kat nusa dua situ tempat orang ada- ada. hihi..

      pengangkutan pun ada banyak pilihan. kalau awak pergi dengan family awak boleh sewa kereta atau bayar supir (pemandu). biasanya diaorang akan charge lebih kurang USD43 atau lebih kurang RM150 cenggitu untuk 8 jam. kalau nak ada yang sampai 10 jam dan lebih. teksi pun banyak kat sana, jangan risau. kalau awak pergi dengan kawan2 boleh sewa motor je.

      makanan kena pilih sikit la sebab kat sana agama hindu tak semua tempat boleh makan. bagi saya makanan murah juga cuma kat kintamani tu makan buffet jadi harga dia boleh tahan gak dalam RM70 seorang kot. (saya tak berapa ingat).

      souvenir boleh beli kat krisna sebab kat sana boleh tahan murah.

      masa saya pergi tu 3 orang untuk 4 hari 3 malam, saya berbelanja Rm2000. tu tak termasuk penginapan tau.. tapi jenuh jugak la saya menghabiskan duit kat krisna beli souvenir.

      harap2 penerangan ni dapat bantu apih ye. ;)

      Delete
  5. hi,
    saya plan nk pegi Bali dkm bln Jun...nk pegi dgn family (anak 3 org) yg kecil umur 2thn ++...agaknye sesuai x klu nk pegi tgk tarian barongan & lain2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai anonymous, oh kecik lagi anak tu.. yang barongan tu okey la tapi kecak tu tak digalakkan sebab upacara tu kat tepi laut dan waktu senja. kalau tempat lain tu rasanya takde masalah sebab just sightseeing.

      jalan2 kat sana lokasi dia ada yang agak jauh juga ye.. jadi anak akan cepat rasa letih tambahan cuaca kat sana agak panas juga. jangan lupa bawa air kosong dan payung atau topi untuk elakkan terdehidrasi ye.

      enjoy ya! cantik tau pemandangan kat sana. (^__^)

      Delete
  6. Hye . Sy nak tanya , rate hotel satu malam berapa ye ? Plan nak pergi sana tapi nak kena study more about bali plak . Skrg tgh cari info utk 3hari 2malam kat sana . Ke tak cukup masa kalau 3hari 2 malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Cik Sen, rate hotel ada banyak dan bergantung pada tempat dan juga hari apa yang Cik Sen nak pergi tu. Boleh cari kat www.agoda.com dan terus tempah. :)

      3 hari 2 malam tu tak sempat nak discover tempat-tempat menarik yang utama kat sana. saya suggest awak pilih ke mana awak nak pegi sebab kalau ikut jarak dari satu tempat ke satu tempat tu memakan masa sampai ada amik lebih 1 jam. awak boleh tengok kat website ni http://bali-agung-tours.com/detail-109.htm. bergantung kepada jadual penerbangan awak juga ye.

      harap makumat2 tu dapat membantu sedikit. :)

      Delete
  7. hi. saya nak tanya, kalau baju i love bali tu berapa yer? dan anggaran u habis berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya tak sempat beli baju i love bali tapi saya beli baju lain yang harga lebih kurang Rm 10 - 15 rasanya. Habis tu terpulang kepada awak. Kalau rasa nak berbelanja banyak, duduk hotel mahal dan makan makanan mahal, banyak la belanja perlu dikeluarkan. Begitu juga sebaliknya. Ataupun awak boleh tentukan bajet siap2 dengan melancong bersama ejen pelancongan.

      Delete
  8. Hye. 17/2 ni sy n suami nk g bali. Dah 6months kawen ponn nk hanimun sket lg. Ngee. Tpi tulh. Kmi backpackers. So ada tips tk utk kami berhanimun dgn agk tenang dripda turun flight sampailh naek flight blek? :-) thnxs in advance dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai zura, sorry lambat reply agak sibuk kebelakangan ni. saya cadangkan awak duduk area seminyak je tempat saya duduk tu. kalau ada duit lebih boleh je duduk area canggu, nusa dua dan, kintamani atau tegalalang. cuma saya tak pasti area sana ada atau tak hotel untuk backpackers. area kuta memang banyak cuma suasana bising.

      Delete
  9. hye.. bleh bg tips x utk cari supir or transport kt sana??? service dieorg tu leh dpt kt mna ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai linie :)

      ramai je supir kat sana. kalau awak tak sempat cari sebelum pergi, awak boleh orang kat hotel awak call je.

      atau awak boleh cari kat http://www.balitoursprivate.com/, http://www.tourguidesbali.com/ atau kalau nak yang muslim http://muslimtourguide.blogspot.com/

      kalau awak rajin boleh je google sebab ada banyak lagi supir..

      awak boleh email diaorang siap2 dan diaorang akan tunggu kat airport. kalau tak nak daorang tunggu pun boleh.. semua tu boleh dirunding. harga rata2 lebih kurang sama tapi kalau pandai awak boleh dapat murah tapi biasanya susah.

      Delete
  10. hye, sy nak tanye rate 1 mlm awk dok hotel tu brape yea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye anonymous, awak boleh check harga kat website ni ye. :)

      http://www.astanakunti.com/room-type

      Delete
  11. Assalamualaikum, sy nak tanye, tarian Barongan dan Tarian Kecak tu memang betul2 seram ker? pasal wife sy lemah sikit. Sy ke bali bulan Nov 2014. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. Bagi saya Barongan tu kelakar.. Topeng dia je yang buat orang orang takut sikit kot.. Yang Kecak tu pun ada elemen kelakar. Kalau awak rasa nak tengok prebiu, boleh la tgk kat http://www.youtube.com/watch?v=ojWua6EOmYk dan http://www.youtube.com/watch?v=v8cbRtFC0d4. Ada banyak lagi kat youtube kalau awakboleh google. Lepas tengok tu boleh la decide nak pegi ke tak ye?

      Delete
  12. Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai Ikan Dolphin tu. Kat sane kan ade ikan Dolphine. So, bape ye cas nyer...kalau admin tahu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, saya tak sempat lagi pergi. Sorry ye.. tak dapat nak bagi info. Tapi awak boleh pegi ke websitehttp://www.lovina.net/ untuk info harga, masa yang sesuai untuk pergi dan lain-lain. :)

      Delete
  13. Hi. Banyak info yang bagus...senang saya nak plan trip ke Bali. Sudi ke blog saya Waktu terbaik minum air kosong

    ReplyDelete
  14. Thank u so much. Sy pun plan nak pegi Bali on August. Thanks for sharing. Byk info berguna. Thumbs up!

    ReplyDelete
  15. http://jalanblog.wordpress.com/2012/02/10/orang-indonesia-harus-ke-bali-saya-juga/

    ReplyDelete
  16. Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang bepatutan dan murah.
    Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
    Wechat ID : astawa-krishna
    RM 240 Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.
    Sewa Kereta Murah Kat Bali
    Ingin melancong dengan pakej termurah? Kami berikan anda jawapanya. Pakej Pelancongan & Pakej Percutian Murah Kat Bali dijamin termurah dan memuaskan!
    We offer Halal Bali Tour & Travel Packages for Muslim travelers. Included of halal food(حلال), prayer facilities, and etc.

    ReplyDelete

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...