27 May 2013

Standard Chartered Fun Run 2013

Lokasi : Dataran Gemilang, Putrajaya.
Tarikh : 26 Mei 2013
Masa : 7.30 pagi
Jarak : 8km



Pertama kali aku masuk larian jarak jauh. Dulu masa sekolah rasanya paling jauh lari 5km je dalam sukan sekolah. Itupun mengah nak arwah sebab takde proper training sebab lari cenggitu je. Dengan dorongan daripada seorang rakan sebab selalu tengok dia post gambar dia masuk marathon kat fesbuk, maka aku berazam nak cuba le setakat mana aku boleh tahan. Jadi dengan gigihnya aku telah berlatih. Maklumle, first time nak lari jauh (walaupun orang lain lari lagi jauh). Tapi takpe sebab kita kena berlatih dulu baru tahu takat mana kita mampu pegi ye dak? Tak cuba cemana kita nak tahu kan?

Aku bergerak dari Balakong pukul 6.00 pagi lepas subuh. Ingatkan nak subuh kat Masjid Sultan Mizan tapi baru nak keluar je terus dengar azan. Sampai kat sana pukul 6.30 pagi. Masa tengah cari parking kat depan masjid tu terus ternampak kawan yang amikkan bib untuk lari. Terus excited terlompat-lompat dan peluk-peluk. Muahahaha! Terima kasih Jie. Kami parking depan tu dan jalan kaki. Sebenarnya penganjur ada bagitau yang diaorang sediakan tempat parking dan ada shuttle bus percuma untuk ke Dataran Gemilang. Tapi kami gatai jugak parking kat semesjid. Makanya itu adalah keputusan mengong dan kurang bijak serta amat dikesali sebab dari semesjid tu berjalan kaki ke Dataran Gemilang adalah jarak sejauh lebih kurang 2km. Fenat mak berjalan dan cari lokasi pepagi buta. Nasib kami baik sebab masa tengah menggagau cari starting point tu ada sorang chinese guy tegur dan tanya mana starting point. Dengan baik hatinya dia ajak we all tumpang naik kereta dia. What a wonderful guy.

Sampai kat sana mak aiihhh dah ramai le pulak manusia. Nasib baik aku dah minum 2 teguk air 100 plus sebab masa tu dah pukul 7.00 pagi. Diaorang dah beratur ramai dah. 7.30 pagi we all dilepaskan. Aku jogging biasa-biasa je maklumle, tak berani jogging laju takut fenat. 5km pertama aku berjaya jogging non stop dan pit stop pertama yang ada sediakan air tu aku tak amik takut takleh lari. 1 km lebih kurang aku jalan dan jog balik. Lagi 2km aku jog balik dan pit stop no 2 aku bantai 2 cawan air. Hamik ko, haus nau dah aku ghase. Aku berjaya habiskan 8.7km dalam masa 1 jam 10 minit. Hoyeah! *hunus penumbuk ke udara*. Kenapa 8.7km lak? Bukan 8km je ke? Cisss korang jangan le percaya sangat penganjur tu. Diaorang tu penipu tau? Aku biasa jogging kalau 4 lagu aku pasang kat ipod tu dah 2km tapi sampai 8 lagu aku pasang tak sampai-sampai 4km. Tengok jarak larian ghupe-ghupenya dah lebih. Hangin mak tau..

Eh lupa nak cerita, masa lari tu ada pelari yang comel lari pakai baju tido, kaftan, baju sekolah, half naked (lelaki leww, kalau pompuan abih semua jantan kejau dia) siap kilatkan badan. Bukan calang-calang gak diaorang tu. Tabik gua kat deme.


Lepas lari aku pun gi amik t-shirt free. Lepas tu ada upacara penyampaian hadiah dan dengar tempat ketiga pun lari 8.7km dalam masa 28 minit. Tu no. 3 weyy.. huahuahua TT___TT nangis aku nak kejauuu...

Okey lepas ni boleh daftar larian lain pulak. 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...