03 May 2013

Nipah Guesthouse, Pulau Pangkor.

Entry sebelum ni cerita pasal Pulau Pangkor, ni Pangkor lagik? Masa pegi Pangkor hari tu kan ada bagitau yang terjumpa tempat penginapan yang takde dalam Agoda. Lalu depan tempat ni terus jatuh bedebuk cinta.

Dengan ini mempersembahkan.. Nipah GuestHouse yang comey sangat. *gaya mengada*


Nama memang rilek jeee... sekali tengok signboard siap dapat recommendation dari Tripadvisor kauu.. Apsal tempat ni boleh dapat? Meh tengok lagik..


Pandangan dari dalam ke luar.


Kalau tadi dari dalam ke luar yang ni sure la pandangan dari luar ke dalam.


Yang ni salah satu daripada cottage comel.


Masa aku datang buat lawatan sambil belajar tu tuan tanah tengah buat kolam renang comel sendiri. Sambil tu dia buat landskap yang simple dan praktikal untuk ruang guesthouse dia yang kecil ni. kagum dengan kegigihan dan citarasa dia yang takde nak ikut orang lain asik2 gaya tipikal tropikal ala Bali tu. *ewah, komen macam terer nau*


Pengusaha yang bijak sebab dia sediakan apa yang pengunjung perlukan sahaja dan tidak berlebihan dalam hiasan.


Deko yang simple but nice. Ce korang cakap kat aku acane aku tak jatuh cinta gedebuk gedebak?

Disebabkan aku tak dapat stay kat sini sebab tak dapat maklumat, maka aku takboleh la amik gambo dalam cottage dan bilik yang kiut itteww.. Makanya aku telah amik gambar dari pakcik google je.



Ni le ghope dalam cottage. Sangat simple. Jangan sangka cottage takde tibi tauu..





Ni pulak dalam chalet dan guesthouse.

Masa aku curi-curi masuk tu ada la orang tengah buat kerja kat dalam tu. Maklumle mana boleh tahan hati tengok tempat cantik ye dak? Ada la orang yang baik hati tegur aku 'Ye cik? Ada apa saya boleh tolong?' Aku dengan muka tak malu pun tetiba terrrr sembang baeekk pulak sebab dia tengah buat mound untuk siapkan landskap. Maka terjadilah persembangan pokok apa yang sesuai la, macam mana dengan kolam renang yang dia tengah buat tu ok ke tak.. bla, bla, bla..

Tuan tanah nama dia Anuar bersama isteri Alicia, mula-mula dia cerita laa yang dulu2 awal tahun 90an Teluk Nipah ni takde sape tau pun. Lepas tu dia balik kampung tengok ramai le pulak pelancong dan dia rasa nak sediakan aktiviti untuk pelancong dan orang tempatan untuk main futsal. Tapi apa yang dia fikirkan tu tak jadi dan dia jatuh. Lepaih tu dia tak terus jatuh tapi bangun dengan perlahan tapi berterusan dengan membuka guesthouse ni secara berperingkat. Lama kelamaan bila dah ada keuntungan baru dia tambah sikit sini sana seperti yang tengah dia buat sekarang dengan menambah kemudahan kolam renang dan menaiktaraf landskap. Idea yang diketengahkan ni adalah sangat praktikal dan kemas serta dapat komen yang baik dan memberangsangkan daripada setiap pelanggan. Kelebihan Nipah Guesthouse ni ialah harga yang ditawarkan temasuk dengan sarapan pagi yang mana pemilik lain takde buat. Sarapan adalah penting ye sebab bangun pagi adalah mustahil kami pelancong dapat berfikir dengan waras kat mana nak makan.

Lokasi dia tak jauh dari pantai serta kemudahan dia termasuk, tv, astro, air cond, sarapan, kipas, akan datang kolam renang. 

Harga-harganya... Ini semua akan berubah setelah kolam renang siap tau.. tetiba cakap omputih nampak nau copy n paste kahkahkah!

Room Rates

A-Frame Cottage (Max 2 person including children)

Sunday – Thursday: RM120.00 per unit/night
Friday, Saturday & School Holiday: RM150.00 per unit/night
Peak Season: RM180.00 per unit/night

Deluxe Chalet (Max 3 person including children)

Sunday – Thursday: RM150.00 per unit/night
Friday, Saturday & School Holiday: RM180.00 per unit/night
Peak Season: RM210.00 per unit/night

Tower Cottage (Max 3 person including children)

Sunday – Thursday: RM180.00 per unit/night
Friday, Saturday & School Holiday: RM210.00 per unit/night
Peak Season: RM240.00 per unit/night

Guesthouse (Up to 6 person including children)

Sunday – Thursday: RM300.00 per unit/night
Friday, Saturday  School Holiday: RM350.00 per unit/night
Peak Season: RM400.00 per unit/night




Anuar Abd Razak 017-5069259

haaa.. apa tunggu lagi? 

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...