09 February 2013

Syed Mokhtar Albukhary



Menceritakan bagaimana Syed Mokhtar berusaha berniaga dari bawah hingga ke kemuncak. Cara dan prinsip hidupnya membawanya kepada siapa dia hari ini. Keluarga banyak mempengaruhinya dalam mejalani kehidupannya. Sifatnya yang merendah diri dan sentiasa menjaga hubungan baik antara rakan serta berlaku jujur dalam perniagaan membuahkan hasil yang membanggakan. 

Tidak dapat menghabiskan persekolahan tidak menghalang minat beliau untuk berniaga. Belajar daripada arwah bapanya menjual dan membeli lembu, beliau bergerak maju ke hadapan dengan perniagaan pengangkutan, hartanah, pembinaan, pembekal kepada badan kerajaan dan banyak lagi. Mencontohi cara bangsa Cina dalam berniaga iaitu tidak menonjolkan diri beliau terus mara dalam diam sehingga dikenali hari ini.

Aku sangat kagum dengan perjalanan hidupnya. Cerita panjang-panjang pun tak guna. Korang pegi beli dan baca. Sangat berbaloi memiliki buku ni macam korang beli buku Doktor Umum juga. (n___n)  

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...