27 July 2013

Seksi Ovari


Buku-buku macam ni dah semakin menular dalam pasaran. Banyak je syarikat yang berminat nak terbitkan naskah diaorang ni. Puisi, cerpen, novel yang bergenre 'zaman sekarang' ni boleh tahan jugak. Berbeza dengan puisi, cerpen dan novel orang-orang dulu, mereka-mereka ni lebih lantang dalam menyuarakan isi hati dengan kata-kata yang lebih direct. Mereka-mereka ni memang berbakat dan dengan evolusi marketing menggunakan internet ni lebih memudahkan mereka ke depan. Berbanding orang dulu-dulu yang terpaksa ketuk pintu syarikat penerbitan dan kalau nasib tak baik hasil mereka akan ditolak. Kelebihan di sini karya tak perlu dicetak dan boleh je diletakkan di blog dan jika kau bagus maka akan ada yang menawarkan untuk menerbitkan karya kau. 

Aku suka cara sekarang bukan sebab lebih memudahkan tapi kita boleh cari bakat-bakat yang ada tak disedari sendiri oleh tuan punya badan.

Okey, Seksi Ovari dengan penulis wanita, buku yang sangat feymes. Puisi-puisi tentang rasa hati seorang perempuan. Mungkin penulis nak bukunya diterbitkan dengan cara begini sahaja, polos tanpa gambar dan hanya tulisan. Bait-bait kata yang cuba disamakan irama di setiap penghujung. Bagus bagi aku tapi masih tak cukup bagus. Ceh macam aku bagus sangat tapi bakatnya tak dinafikan.

You go girl!

26 July 2013

Nuzul Quran tu apa ye?

Eh eh dah 17 Ramadhan? Tak sedar masa berlalu.. ecewwaahhh... Amboi.. ramai cuti ye? Dapat pulak cuti hari Jumaat sambung sampai Ahad. Sure ramai yang amik kesempatan ni nak balik berbuka dengan keluarga dan shopping untuk kelengkapan raya kan? 

Sebenarnya hari ni terpanggil nak tulis pasal Nuzul Quran sebab pagi-pagi dah ada soalan daripada budak cerdik, "Nuzul Quran tu apa?" Alamak, makcik cuma boleh jawab cenggini je, "Hari di mana Al-Quran diturunkan." Dah terpinga-pinga budak cerdik tu. Amende le makcik ni cakap? Tah-tah dalam kepala otak dia fikir Al-Quran tu diturunkan sebijik macam sekarang dalam satu jilid turun pakai tali. Ah, sudah.. ni yang pepagi sibuk baca sana sini sebab dah janji nanti petang nak explain balik kat dia apa dia Nuzul Quran.

Bila baca tu baru la cheq tau yang Nuzul atau maknanya diturunkan atau berpindah dari tempat yang tinggi. Manakala Al Quran maknanya bacaan atau himpunan. Yang paling cheq tak tau sebenaqnya tarikh Nuzul Quran ni bukan la 17 Ramadhan macam yang selalu kita cuti tapi sebenaqnya pada 24 Ramadhan. Macam mana kita boleh kata 17 Ramadhan? Depa habaq laaa.. Bukan aku habaq tau..


Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

 إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”   (8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.

“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.

.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan  seperti di bawah.

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Ewah, kemain lagi penulisan kan? Rilek-rilek, jangan kagum sangat... ni aku copy paste je daripada shafiqolbu ni haa.. aku bukan pandai sangat pun tapi terima kasih la sebab aku dapat maklumat ni dan bolehla aku terangkan kat budak cerdik petang nanti.
Selamat bercuti. :)

25 July 2013

Zen And The Art Of Happiness


Ni bukan buku cerita tapi tentang buku cara-cara nak mencari gembira. Eh? Bukan kot, mencari bahagia agaknya. Hahaha. Jangan le skeptical nengok gambo pakcik perut buncit tu ye. Buku ni bagus dan best sebab cara penulisan dia simple dan buku tak tebal. Tengah-tengah baca tetiba eh dah habis ke? 

Okey penulis dia Chris Prentiss (aku pun tak kenal gakk..). Acane nak cerita pasal buku ni eh? Dia bukan cerita tapi tentang macam mana kita nak rasa happy walaupun sesuatu yang buruk berlaku kepada kita. Boleh? Boleh? Korang boleh buat? Semuanya sebenarnya bergantung kepada pemikiran kita. Lagipun ada jugak yang mamat ni kata betul, kalau kita dah biasa marah-marah kita akan lebih mahukan kemarahan sebab kita rasa hati kita puas dengan rasa marah tu. Paham ke? Hahahaha! Okey2 aku memang tak pandai nak explain sangat tapi buku ni tak rugi baca dan akan membuka minda kita yang kadang-kadang tak terfikir pun yang kita sebenarnya boleh untuk pilih rasa gembira daripada merasa marah.

:)

24 July 2013

Turbo

Cerita Theo si siput yang berangan nak jadi laju macam kereta lumba. Satu malam Theo ni jenjalan memalam dan terpelanting dalam enjin keta lumba haram teruuuussss.. dia bertukar DNA jadi keta lumba le pulak> Ceh macam citer Spiderman pun hadooo.. Lepas tu mamat Mexico terjumpa dia dan Chet (abang dia) kat tengah jalan sebab dia dah kena buang dengan geng. Dari situ dia akhirnya dapat berlumba dengan idola dia si Guy Gagne yang kahirnya dia tahu takdela sebaik mana yang dia sangkakan tu..

Ceh sejak akhir-akhir ni semua citer kekanak je kan? Takpe, nanti cerita pasal drama bersiri Korea le pulak. Muahaha!


23 July 2013

Salina


Cerita ni dah lama tapi aku baru terhegeh-hegeh nak baca, sebab dulu kena baca buku teks je keennn... *konon rajin*

Salina digambarkan sebagai awek cun masa zaman selepas perang dan sebelum merdeka hidup setelah kematian keluarga dan kekasih akibat perang meneruskan kehidupan sebagai seorang pelacur. Tinggal di Kampung Kambing (sebab rumah tu asalnya nak buat kandang kambing tapi tak jadi) dengan penyewa-penyewa lain. Cerita berkisar tentang bagaimana mereka-mereka berusaha meneruskan kehidupan, anak muda jatuh cinta, hasad dengki, cita-cita dan lain-lain lagi.

Salina yang menanggung pasangannnya Abdul Fakar selama hampir 2 tahun 'makan tanggung, berak cangkung' kerana sejarah cintanya yang tak kesampaian.

Ewah, macam pengulas buku le pulak.

Buku ni bukan terbitan pertama, dah lama diaorang tak cetak sebab ada kontreversi kekonon cerita ni takde tauladan. Lepas tu anak A.Samad Said berusaha cetak balik dan aku beli online siap dengan tanda tangan. Hemph.. bangga sat dapat autograph. Sekarang korang beli kat Popular dan MPH tapi takde autograph lee.. Tetiba aku rasa special. Kahkahkah.

Ok dah, pi beli cepat.

20 July 2013

Kelli's Castle

Wahh... selama hidup 100 tahun ni makcik tak penah pegi Kelli's Castle. Ni le first time makcik datang sini. Dulu masa sekolah bukan jauh nau nak pegi sini tapi sebab masa tu rombongan sekolah aku tak follow makanya ni le baru nak jejak kaki kat istana tak siap ni..

Sebelum apa-apa moh le kita belajar sejarah..

Pakcik William Kellie Smith ni lahir kat Kellas, Moray Firth, Scotland tahun 1870. Masa dia 20 tahun dia dah sampai Malaysia, kerja katanya.. Jurutera kau.. Agak pelik kan? Umur berapa dia masuk unibersiti? 
Dia dapat 'wang besar, wang besar' (gaya Roda Impian) lepaskerja dengan Charles Alma Baker dan dapat kontrak dengan kerajaan buat jalan dan kosongkan 9000 hektar hutan kat Batu Gajah. Lepas tu dia beli 1000 ekar tanah kat Kinta dan tanam pokok getah serta buat bisnes biji timah. 

Dia dengan suka hati pulak namakan estet dia "Kinta Kellas" dan rumah ladang dia "Easter Kellas" dan lepas tu dia pulak memiliki syarikat Kinta Kellas Tin Dredging. Lepas dah kaya balik kampung le cari bini yedak? Tak nak dia kawin dengan minah melayu. Kalau time tu dah ada rupa Lisa Surihani tah-tah dia dah rembat awal-awal kot. Haha. Dia kawin dengan awek dia Agnes dan bawak balik Malaysia (mana bleh tinggal ye dak?) masa 1903. Next year tu dia dah dapat dapat anak pompuan' Helen Agnes. 

Tahun 1909 Smith bina rumah yang dia bagi nama "Kellas House". 1915 pulak dia dapat anak lelaki, Anthony. Lepas tu dia start plan nak buat istana kekonon ada ciri-ciri senibina Scotland, Moor dan India. Dia bawak 70 tukang dari Madras India, batu bata dan marmar diimport dari India dan dia plan nak buat menara 6 tingkat dan letak lif. Kalau dia buat gak time tu memang kira sejarah terulung "Lif pertama di Malaya". Dia siap plan nak buat gelanggang tenis dan garden atas bumbung tuu.. ye la kan.. kan dah ada pepatah, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.. Ewahh.. 


Masa istana tu dibina, pekerja dia ramai yang terkena wabak penyakit Spanish Flu atau dalam BM selesema Sepanyol. Eh? Sebab nak kasi baik penyakit selesema tu pekerja dia mintak dia bina satu kuill sebelah istana tu dan Kellie ni setuju je la. Dekat kuil tu diaorang siap buat patung ghope si Kellie kekonon nak balas budi laaa... Lepas kuil tu siap baru diaorang sambung nak buat istana dia balik. Tapi tetiba si kellie nak balik kampung diaorang kata ada family gathering. Masa nak balik tu dia melencong ke Lisbon, Portugal nak ambik lif yang dia nak pasang tu la. Tapi lepas tu dia tak penah balik Malaya. Dia meninggal 1926 sebab sakit patu-paru. jadi, tinggal le istana dia yang tak siap tuuu.. 

Baca sejarah ni memang boring kan? Adeeehhhh... dah le jom tengok gambar yang tahapahapa ni..

Gambar dari luar bangunan.

Batu bata import ni weeyyy..

Tak tahu le si Kellie ni nak plaster bangunan ni ke tidak. Ada yang siap plaster ada yang takde.

Kawasan belakang istana.

Bangunan tak siap le.. Apa lagi ye dak?

Landskap yang kekonon omputih leee.. Boleh laaa... Usaha yang patut dipuji.

Kawasan luar dan belakang istana.

Bilik simpanan arak. kemain takut nak turun kau.. gelap nak mampus.. apa laa... pasangkan le lampu ye dak?

Ruang tamu yang tak bertamu dan takleh masuk pun.. Tak tahu le betui ke tidak sebab macam pelik je ada mangkuk sia kat atas lemari tu..

Ada pulak tempat sembahyang. Dia ni agama apa pun aku tak pasti.

Haaa.. ni namanya serius sebab tetiba ada model segan-segan nak lompat. Kahkahkah.

Kome nengok tu, kemain lagi view ni. Ni kat bahagian paling atas istana. Kalau gayat kome jangan le naik. Tangga nak naik pun kecit kenot. Memang takleh nak selisish le. Orang dulu-dulu kecik sangat ke?


Ceh kome ingat nak masuk sini free? Takdeee.. kena bayar tauu.. Dewasa RM5 dan kekanak RM2.50.

Aku tulis ni takde le lengkap bebeno, kome nengok le kat sini ye.. Aku takde study sejarah sebab senang no tetidonye. 

10 July 2013

Ramadhan Kareem

Sahur di 1 Ramadhan tahun ni semoga semuanya baik-baik belaka dengan izin Allah S.W.T.

Semoga kita tak menggantikan syaitan yang terikat dengan makan sebanyak-banyaknya waktu berbuka nanti.

Semoga segala toksin dalam badan dapat dikeluarkan.

Semoga tak jadi jin di Isetan kala berbelanja untuk sambutan raya.

Semoga semuanya gembira di bulan Ramadhan ini.

Hoyeeeahhhhhhhh!!!!!!!

09 July 2013

Despicable Me 2

wahh.. kan main lagi sejak akhir-akhir ni pegi tengok wayang ye.. almaklumlaaa.. ehem, ehem.. :p

ok2, ni citer sambungan daripada yang no 1 dulu tu bagi aku laaa... tak best sangat pun dan aku takde gelak gila-gila dalam panggung macam yang orang lain kata kelakar giler tu. Gru (watak utama yang merupakan bekas penjenayah yang pelik) ditawarkan oleh AVL untuk cari sape yang curi serum PX-41. Dia dipasangkan dengan Lucy untuk menyamar dan syak pengusaha restoran (El Macho) kat pasaraya kat situ yang curik tapi takde bukti kukuh. Okey, plotnya bagi aku mudah sangat dan jalan cerita yang boleh dijangka. Dah dah jom layan trailer. Hahaha..

kiut kan?

05 July 2013

Lone Ranger

owhhh... Johnny Depp.. *guling-guling*

kahkahkah, tak menahan aksi hindustan tapi citer aksi ni. Semalam pegi tengok kat GSC (kemain cepat pegi tengok JD punya pasal kennn...)

Johnny Depp jadi Tonto dari puak Indian apa tah lupa.. nasib laa.. haha, nak balas dendam kat orang yang dia gelar Windigo (orang kulit putih) sebab masa dia kecik dia tukarkan maklumat hasil bijih perak kat tempat tinggal dia dengan jam rantai. Lepas tu Windigo tu datang kat tempat puak Tonto dan musnahkan penempatan diaorang. Tonto ni ingatkan yang Windigo tu nama dia Butch Cavendich (penjenayah) dan selama dia hidup memang dia kejar mamat tu je laa... Masa dia dalam ketapi nak pegi Texas dari Colby Tonto ni dah sama2 dengan si Butch dalam ketapi nak kena hukuman gantung pastu si Butch ni boleh pulak terlepas dan time tu gak la si Tonto ni terjumpa dengan John Reids (Armie Hammer atau Armie si Pengetuk? kahkahkah) adik kepada ranger terknal Dan Reids.

Si John ni pulak sebenarnya peguam, nyampah tul dengan sikap kekanak dia tu.. Hahaha.. So, dipendekkan cerita Tonto dan John ni sama-sama buru si Butch sebab dia dah bunuh abang John si Dan tuuu.. (konon nak dapatkan keadilan letteww..) Last-last deme dapat tahu yang dalang sebenar ialah Latham Cole orang yang beriya nau nak bina landasan ketapi kat situ kekonon nak bagi kemajuan la apa laaa.. Tapi niat sebenar dia nak korek semua hasil bijih perak kat situ.. Last sekali opkos laa citer Walt Disney sure happy ending punyaaa... kan? kan? kan? Dah moh tengok trailer pastu kalau ada duit lebih gi la tengok kat panggung berdekatan anda kalau tak tunggu dia keluar kat astro. Muihihihi..




p/s : cerita ni kelakar dowh.. paling tak boleh bla si Tonto sibuk bagi burung gagak dia yang dah arwah tu makan tapi walaupun terbitan encik Disney macam tak sesuai je untuk kekanak sebab aksi bunuh-bunuh dan cium-cium tu ada.

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...