26 July 2013

Nuzul Quran tu apa ye?

Eh eh dah 17 Ramadhan? Tak sedar masa berlalu.. ecewwaahhh... Amboi.. ramai cuti ye? Dapat pulak cuti hari Jumaat sambung sampai Ahad. Sure ramai yang amik kesempatan ni nak balik berbuka dengan keluarga dan shopping untuk kelengkapan raya kan? 

Sebenarnya hari ni terpanggil nak tulis pasal Nuzul Quran sebab pagi-pagi dah ada soalan daripada budak cerdik, "Nuzul Quran tu apa?" Alamak, makcik cuma boleh jawab cenggini je, "Hari di mana Al-Quran diturunkan." Dah terpinga-pinga budak cerdik tu. Amende le makcik ni cakap? Tah-tah dalam kepala otak dia fikir Al-Quran tu diturunkan sebijik macam sekarang dalam satu jilid turun pakai tali. Ah, sudah.. ni yang pepagi sibuk baca sana sini sebab dah janji nanti petang nak explain balik kat dia apa dia Nuzul Quran.

Bila baca tu baru la cheq tau yang Nuzul atau maknanya diturunkan atau berpindah dari tempat yang tinggi. Manakala Al Quran maknanya bacaan atau himpunan. Yang paling cheq tak tau sebenaqnya tarikh Nuzul Quran ni bukan la 17 Ramadhan macam yang selalu kita cuti tapi sebenaqnya pada 24 Ramadhan. Macam mana kita boleh kata 17 Ramadhan? Depa habaq laaa.. Bukan aku habaq tau..


Pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramadhan adalah berdasarkan ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal. Surah ini hanyalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran. Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu:

 إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللَّـهِ وَمَا أَنزَلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ ۗ وَاللَّـهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٤١

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad SAW) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”   (8 : 41)

Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Menurut riwayat dari Ibn Abbas, ayat tersebut hanya penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut.

“ Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.

.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan  seperti di bawah.

Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).

Firman Allah SWT.:

  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah al-Dukhan ayat 3).
  2.  Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah al-Qadr, ayat 1).
  3. Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  (Surah al-Baqarah, ayat 185)

‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri.
Ketiga2 ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.

Ewah, kemain lagi penulisan kan? Rilek-rilek, jangan kagum sangat... ni aku copy paste je daripada shafiqolbu ni haa.. aku bukan pandai sangat pun tapi terima kasih la sebab aku dapat maklumat ni dan bolehla aku terangkan kat budak cerdik petang nanti.
Selamat bercuti. :)

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...