18 December 2013

Shopping Tak Ingat Donia : Bangkok.

Kemana pulak kita kali ni? Wahwahwah!! Aku dah plan lama dengan adik aku nak ke Bangkok dan menghabiskan duit dengan cara melupakan diri kat sana. Beberapa hujung minggu lepas terlaksana juga hajat kitaorang untuk melupakan diri sendiri.

Sila tabahkan hati membaca entry ni sebab ada 30 keping dan lebih gambar tau..

Aku dah beli tiket kat Air Asia melalui Expedia sebab nak tempah hotel sekali. Harga tak berapa nak ingat pulak tapi lebih kurang Rm500 tiket pergi balik termasuk hotel 3 hari 2 malam.

Aku bergerak dari Melaka pagi dalam pukul 10 pagi macam tu. Tetiba kat highway kemain jem. Jauh pulak tuuuuu... Hati dah risau takut terlepas flight ni. Tengok tuiter plustrafik update ada kemalangan je. Tapi hati dah gundah gulana apsal lama sangat tak settle jem.


Ni le sebabnya. kuangjaq punya warga singa yang takde otak. Dah tu driver boleh larik lak? Memang kena sumpah seranah dari aku sebab menyebabkan aku lambat sampai airport. Dah tu plus pulak terhegeh-hegeh nak settle masalah ni. Tol bayar sama gak takde diskaun pulak tu. Tahun depan ada hati nak naikkan harga tol lagi tuu. Patutnya semua yang terlibat dalam jem sebab kemalangan akan dapat diskaun kan? 

Aku terpaksa keluar highway, masuk ikut Senawang ikut jalan belakang gi LCCT. Flight pukul 2.20 petang tapi aku sampai LCCT 12.30 tengah hari cenggitu. Kelam kelibut aku gi check in bagai dan tak sempat nak lunch. Eh korang perasan tak dulu kalau naik Air Asia ni dia bagi free luggage dalam 15kg kan? Sekarang memang takde eh? Ke aku yang salah? 

Okey, part paling bahagia bila dah nak naik flight tu, (korang tahu kan tempat sebelum nak naik flight tu kemain panas yang ada laluan ada awning tu). Kitaorang kena berdiri dan beratur dalam 30 minit kot. Kalau takleh naik kapal terbang tu takyah suruh kita keluar dulu ye dak? Lepas tu suruh kitaorang masuk balik kat tempat menunggu tak sampai 5 minit dah boleh keluar naik kapal terbang. Hampeh betul.


Haa nampak aku gigih mengipas? Sibuk-sibuk mengipas terperasan belakang aku yang rambut kerinting tu retis kau.. Aku jeles tau rambut dia kerinting cantik dan dia memang cantik. Actually aku lupa nama retis tu.. Hadeh, sampai hari ni tak ingat nama dia. (-____-)"



Ini jamii. Budak Bangkok yang sempat berkenalan sambil beratur kat tempat panas tadi tu. Next time pegi Bangkok kami dah ada kawan. Yeay!



Kitaorang duduk tempat lain-lain sebab buat web check in lambat. Tapi lepas tu aku ikut suka alih tempat duduk sebab banyak seat kosong. Hehe..



Awan kat Thailand dah. sampai kat sana petang, flight amik masa dalam 2 jam cenggitu.


Cerita dalam flight takde apa sangat selain beli nasi lemak pak nasir yang 10 hengget dan air mineral 350ml tu harga 3 henget (memang mahal nak arwah). lepas tu tidooo.. zzzzz..

Kalau naik Air Asia korang akan turun kat Don Mueang Airport. Ni airport lama dan tak berapa sibuk. Aku suka je airport yang boleh jalan sambil nyanyi lalalalala.. Airport baru tu kat Survanabhumi. mana tau next time aku naik kapal terbang bukan encik Tony punya, boleh la aku cerita pasal airport tu pulak.

Dari Don Mueang tu kitaorang amik cab kat ke Radjprarop Road untuk ke hotel. Kitaorag stay kat Baiyoke Boutique Hotel. Cab harga 700 baht kira Rm70 la. Mahal kan? Diaorang kata amik masa sejam gak la nak gi hotel aku tu sebab jalan jem, tapi takde le jem mana pun. Cab dia memang okey tapi bukan macam kita punya pakai limo dan ada tulis KLIA. Dia takde.. keta biasa pastu amik je penumpang tapi kita bayar kat kaunter dalam airport tu la. Walaupun bayar kat kaunter, korang kena tanya dua atau tiga kaunter tau sebab harga diaorang still berbeza. Siap ada satu lagi kaunter tu boleh pulak bagi harga 800 baht. Bas ada je tapi bas henti-henti tu laa.. 

Sampai kat hotel je terus check in dan mandi sebab perut dah lapo. Not bad la hotel ni sebab actually dia anak buah Baiyoke Suite Hotel kat Baiyoke Sky Hotel. Baiyoke Sky ni merupakan bangunan tertinggi kat Bangkok. Tapi jangan korang berimaginasi lebih-lebih sebab takde le tinggi macam menara key el tu.. Biasa-biasa je bangunan dia.



Nampak sangat gelojoh nak mampos. Baru je masuk semua barang main campak je.


Ada fridge kecik, water heater, cermin panjang (tak nampak dalam gambar), tivi (semua cerita bahasa Thai termasuk kartun), safety box dan takde almari. Hantam je laa.. Bukan nak duduk setahun pun kat sini.

Lepas mandi siap-siap, aku bersedia jalan kaki sambil mengesat peluh jantan cari kedai makan. Tapi rupa-rupanya tak sempat ketiak berpeluh pun, bernafas dalam 20 kali tetiba dah sampai? Ceehhh...tak mencabar langsung. 


Kat sini tetiap malam cenggini. Ramai orang kat laluan jalan kaki ni tapi selamba je teksi dan tuk tuk lalu. Tapi diaorang ni sangat laaa sopan membawa kereta kat sini. Kesabaran diaorang memang salute abis la. Kalau kat Malaysia sure kena maki dah tak kira pemandu kereta atau pun pejalan kaki.

Malam tu aku tengok street food memang banyak tapi rasa was-was nak beli. Aku beli mangga yang dah siap-siap potong sambil tu jalan-jalan cari kedai makan.


Ko tengok! Acane ko tak bernapsu nampak mangga diaorang? Actually harga dia boleh tahan mahal gak sebab dia tau kita ni pelancong. Kalau beli air mineral kat & eleven boleh dapat 7 baht, kat tepi jalan dia jual 10 baht. Ceehhh...


Ni aku amik gambar jee.. Aku tak beli fm cenggini sebab ni kalau jatuh sure pecah. Kalau tak pun magnet belakang tu tercabut ikut suka dia.


Sambil jalan kaki kat lorong mana tah terjumpa tempat makan suasana dia kekonon dalam hutan. Aku pun dengan senang hati masuk je laaa. Perut dah kemaruk berbunyik mintak makanan nih. Tapi aku takde terkasima sangat sebab konsep kedai ni lebih kurang sama je dengan Aunty Aini's kat Nilai tu.





Signboard kekonon misteri lettew.. 


Ni pinggan ke bunga teratai? Kemain dia lipat kain tu macam bunga teratai tapi haram aku tak guna pun letak kat atas peha. Aku buat lap tangan je.



Konon-konon dramatik eh romantik le amik gambar..



Ooiii abis cover lapar nak makan ni sebab nak amik gambar makanan punya pasal, padahal dah nak terkam semua ni.



Tom yam dia style yo dan sedap. Salad mangga dan betik atas kanan tu sedap gak. bawah kanan tu korang rasa apa? Macam tempat cuci tangan je kan? Tu air mineral weyh.. Pelik je aku rasa minum pakai mangkuk cuci tangan. Aku order air mineral tapi diaorang siap tuangkan dalam mangkuk cuci tangan dan kalau dah abis diaorang akan refill kan.



Mintak bil masa nak bayar tu dia tak bagi dulang der, dia bagi kotak kayu dan kita masukkan duit ikut bil tu la.. Dah namanya cenggini punya makan dan layanan tak mustahil le kan makan malam je dah lebih 500 baht.



Gambar-gambar yang sempat di amik lepas makan. Siap waiter diaorang offer nak amikkan gambar lagi. Kalau perati mat saleh yang makan kat sini takde heran nak amik gambar makanan pun. Orang asia je sibuk keluarkan kamera nak amik gambar makanan. Termasuk kitaorang haha.


Lepas tu balik hotel jalan kaki. bukan jauh punnn

Esoknya, pagi-pagi 6.30 aku dah keluar hotel. Uish tu pun dah terang benderang kauu.. 




Haaa.. Nampak? 6.30 pagi ni.. Rupa-rupanya pasar ni 5.30 pagi dah start weyh. Ni kat area Pratunam la ni.. Tapi ni kira morning market kat tepi-tepi shoplot dan supermarket. Takde lain dah diaorang jual.. Semuanya pakaian je. Ni tempat yang sama dengan gambar malam yang jual baju-baju tu tau.. 


Hoh, tak muat aku nak ngambik gambar bagai orang ramai kemain dengan kebanyakan orang bawak beg besar ada roda macam makcik ni bawak. Pasar pagi ni diaorang tutup pukul 9.00 pagi sebab supermarket kat sini bukak pukul 9. Sama macam Malaysia gak. 9.00 pagi diaorang, kita 10.00 pagi kann..

Lepas pasar pagi ni tutup aku pegi makan dulu kat satu restoran halal kat sebelah hotel kitaorang ni. Boleh tahan ramai orang Malaysia gak kat sini.. Acane tau? Sebab diaorang cakap Bahasa Melayu lee..hehe..



Apa tah nama restoran ni.. Al sana ke, Al sena ke.. Hantam je laa.. Dia macam Indian Restaurant laa... Harga? Pergh kemain mahal kau.. Breakfast je 500 baht. Hamiikkk... Padahal aku makan nasi goreng ayam dan air milo. Si Pini ni makan roti paratha dengan kuah kari ikan. Tu yang mahal kot kan? Air mineral ingatkan dia letak tu tak kena bayar, siap dia paksa bayar sekali. Hahaha..  Padan muka kitaorang.


Lepas bersarapan ala-ala bangsawan tuu.. Kitaorang naik bilik sat hantar hasil belian awal pagi kat bilik dan turun balik carik shuttle van yang hotel sediakan untuk sesape yang stay kat situ untuk ke Chatuchak Market. Ewah.. datang time ngam-ngam je pun shuttle van dah penuh? Pukul berapa diaorang ni semua tunggu shuttle van? Pelik haku.. Mentang-mentang free cepat je diaorang berebut tau. Jadi, terpaksa kitaorang amik cab. Mula-mula tanya orang cab yang tunggu sesape takleh naik shuttle van kat situ, diaorang nak offer la.. Heh tapi diaorang silap orang nak tipu tauu.. Ada ke dia nak charge double kat kita? Aku dah tanya siap-siap kat hotel berapa charge cab dari Pratunam ke Chatuchak, driver tu cakap 150 baht je. Ada ke driver cab tu nak charge kitaorang 300 baht. Caiiss.. nehi nehi..

Kalau tak naik cab pun korang boleh naik tuk tuk tapi dinasihatkan tak payah le sebab tuk tuk mahal padahal takde ekon. Kalau naik BTS pun boleh.. Korang boleh turun kat stesen Mo Chit lepas tu jalan kaki sikit je dah sampai.


Ni rupa pasar Chatuchak atau deme kat sana panggil JJ Market. Lebih kurang pukul 11 kitaorang dah start memburu. Kemain banyak kedai weyh.. Tapi kedai kat sini setingkat je tau.. Takde eskelator, takde air conditioner dan takde starbucks ke, coffee bean kee.. takde takde.. kipas adaa..



Ni rupa dalaman lorong-lorong gelap. Dapat imagine tak pasar ni acane? Jap aku kasik haplod peta.




Haaa... Boleh imagine ko habis tawaf semua kedai? Korang boleh dapatkan peta ni kat gate 3. Free jee.. Siap ada satu bank beroperasi kat tengah-tengah pasar ni. Dia ada seksyen-seksyen dan dalam setiap seksyen ada lorong kecik dan sempit. Kedai diaorang kecit kenot jee.. Diulangi ye.. Takde ekon.. 



Antara barang-barang yang dijual. Kat sini boleh dikatakan apa ko nak semua ada. Pakaian, barang rumah, makanan, plastik, binatang, kertas, barang pertanian semua ada.. Boleh dikatakan setiap seksyen ada je kedai jual pakaian. Kalau korang rajin berjalan korang akan jumpa kedai yang jual barang-barang yang unik.



Posing kat dalam kedai yang comel. Nampak tak, siap dia sediakan kipas untuk customer sebab dah celah-celah kedai sure la panas weyh walaupun berbumbung.



Antara suasana JJ Market yang sempat ditangkap. Gambar atas sekali tu dia memang lukis siaran langsung. Aku nak beli gambar yang background putih tu.. Mahal gak dalam 2000 baht lebih. Tapi tak jadi beli. Gambar lain semua ada binatang dan manusia. tak nak le aku..Gambar tengah tu ada budak main apa kejadah menatang alat muzik tu aku tak tau. Aku takde bagi duitnye.. *kedekut nak mampus* wahahaha.. Gambar bawah ada le pulak flash mob tengah hari buta tu.. Lagu psy lak tuu...  



Korang nampak si Pini tarik beg? Haa.. Aku baru beli tuu sebab barang dah banyak tak larat nak pikul. (pikul?) Hahaha.. Takde pikulnya.. Baju berat weyh.. Pini berkeras tu tak nak beli beg sebab dia kata, eh aku beli tak banyak pun. tapi sebenarnya 3/4 baju dalam tu dia punya tau. At last sebelum balik dia beli beg lagi besar daripada aku.


Air kelapa diaorang memang lain tau. Kalau pegi sana korang kena rasa. Sedap.. Yang ni tak berapa sangat tapi yang malam kat Pratunam tu memang best. Bebudak ni boleh tipu kitaorang tau? Nampak tak dia tulis 10 tu? Maknanya 10 baht tau. Aku beli mangga tu dengan harga 40 baht padahal signboard tu tulis 10 baht. Lepas beli tu ada mamat kat kedai mana tah lalu masa kitaorang beli tu dan kitaorang jumpa dia, dia bagitau yang harga mangga tu memang 10 baht je. Celaka tak? 



Makcik buat eksrim pakai air berkarbonat.




Ghope eskrim Thailand. Aku sampai sekarang masih tak paham acane dia buat eskrim tanpa peti ais.



Hoh, kalau korang baca le kan.. pasar ni bukak weekend je. Aku macam tak caya je bukak weekend sahaja sebab kemain banyak kedai kat sini. Dah tu cakap bukak sampai pukul 6 je. Aku punya shopping tak ingat donia (eh macam sama dengan tajuk je ayat ni kan?) sampai terlupa nak lunch. Boleh? Sampai kedai dah tutup aku ada kat situ lagi. pukul 4.00 petang baru terasa nak kencing. Lagi malam lagi ramai orang hoiii... Aku rasa laaa... Diaorang panggil weekend market sebab hujung minggu je diaorang akan bukak macam gerai-gerai sampai tengah malam.  Hari biasa dia bukak sampai pukul 6 kot. Tapi kedai -kedai lot tu memang dia tutup pukul 6, cuma dia akan bukak table atau payung kat jalan utama sampai tengah malam. Aku agak je sebab aku pun datang hari minggu. Eh sebenarnya caption ni nak cerita makanan yang aku makan kat JJ Market tu. Memang ada kedai makan yang jual makanan halal. Nampak macam nasik kan? Tapi rasa pulut. Aku siap letak sambal hijau dan merah banyak-banyak sebab rasa masam-masam tu best jee..



Balik tu kitaorang amik cab gak sebab barang dah bertimbun kan.. Jangan risau, cab memang ramai menunggu kat gate tu. Mentang-mentang kita ni pelancong dia nak charge kitaorang lebih-lebih lak. Haish.. si Pini yang kaki tawar menawar ittew dapatkan harga balik 160 baht. okey la tuu.. Kalau rajin boleh dapat 150 baht agaknya sebab kitaorang dah penat seharian, jadi hantam saja la.. Baru je gerak dari JJ Market dalam cab tu, dalam jem tu boleh pulak aku nampak keta kacak karmann ghia takde bumbung lalu kat tepi. Hoii mau ta terkinja-kinja aku ngambik gambo?



Sampai kat hotel, letak baju rehat jap, kencing, lepas tu pegi cari tempat massage kat area pasar. Kat celah-celah kedai tu memang banyak je kedai urut ni. Harga pun boleh tahan murah dalam 200 baht satu jam untuk urut kaki. Suasana kedai janganle harap macam spa kat Malaysia tu.. Dengan lagu ala-ala gamelan, lampu malap-malap. Ni takdenya.. Tapi okey la tuu..

Lepas massage balik bilik, tidoooo..

Hari Ahad esoknya, pagi ni memang kitaorang start pagi betul. 5.30 pagi dah keluar hotel. Kitaorang yang pegi Pratunam Market yang betul-betul Pratunam. Apa, semalam tu Pratunam tipu ke? Hahaha.. takde la.. Yang dekat dengan hotel kitaorang tu area Pratunam gak cuma kat situ memang ada satu area tu macam ghope JJ Market gak yang jual baju-baju. Gigih la we all bertanya kat pemandu motosikal kat situ nak pegi Pratunam Market siap bergaduh lagi. Dia cakap yang kitaorang pergi tu le Pratunam Market. Mampus kau la pakcik. Kitaorag tanya pakcik tuk tuk le pulak. Lepas tu tetiba je kitaorang dah sampai..



Dapat la aku merasa naik tuk tuk. Gear dia kat celah kelengkang tau. Agak lucah tau abang ni. Hahaha! Kemain merempit lagi tuk tuk aku naik ni. Kalau setakat nak rasa naik tuk tuk ni jalan dekat-dekat okey la. Jangan le suruh dia bawak round jauh-jauh. Mampuih nak membayo weii..

Sampai kat Pratunam Market tu aku tiba-tiba hilang kewarasan membeli lagi sekali. Shopping kat situ dari 6.30 pagi sampai 8.30 pagi tak terasa. Dengan tak sarapannya, nasib baik kat area hotel tu kitaorang beli waffle dan kuih tempatan Thailand.Sedap weyh. Tapi sebab lapo tak sempat ngambik gambar. 



Kat Pratunam Market ni pun aku tak sempat amik gambar cuma bila nak balik je sebab lalu kat tempat orang buat teh ni, maka amik le gambar pakcik ni buat teh. Hahaha.. jadi le kan?

Pukul 8.30 tu kitaorang dah naik tuk tuk balik hotel. Sebenarnya dah booked kereta nak hantar ke airport dengan harga yang sama. 9.30 macam tu kitaorang turun masuk beg siap-siap dalam 9.45 gerak ke airport. Tiba-tiba je 10 pagi dah sampai airport. Eh 15 minit je ke? Cilakak, kemain mahal bayau cab pergi balik. Baik aku amik teksi biasa tauuuuu... Siap driver cab tu cakap kitaorang sampai awal sangat sebab flight pukul 12.

Aahhh.. lantak laa.. Pengalaman pertama gi Bangkok semata-mata gi beli baju le katakan, next time kita dah tau dahh...  Kitaorang breakfast kat airport tu makan roti tuna dan minum kopi je. Lepas tu sambung shopping lagi (yarabbi.. tak sedar diri lagi tuuu). Aku sempat le beli loose powder. Yang lagi best kemain sibuk belek barang, tetiba tau-tau je dah final call untuk flight kitaorang. Apa lagiii.. berlari laaaa kat dalam airport tu hahahaha. 

Dalam perjalanan balik tu aku dah tak ingat apa dah. Lepas je boleh bukak seat belt tu aku gi seat yang takde orang terus tido sampai le ke KLIA.


Last but not least, getah rambut, gelang kaki dan hiasan dalam kereta yang kitaorang beli kat JJ Market yang sangat unik. 

Eh lupa nak bagitau, walaupun masa ni Bangkok sibuk ada riot tapi tempat yang kitaorang pegi ni aman damai. Yang riot tu kat area pentadbiran kerajaan. Jangan korang dah tau sana ada riot gatal gak nak ke sana. Kang apa-apa jadi aku tak tanggung.

05 December 2013

perpisahan


perpisahan
adalah apa yang kau bilang penuh perjuangan

perpisahan
adalah apa yang kau bilang penuh dengan tangisan

bisakah kita
membuatkan perpisahan yang mengharukan sayang?

bukan sekedar air mata
atau peluk yang memenuhi waktu-waktu terakhir kita

aku ingin kita bahagia
aku ingin melihatmu tersenyum penuh rela
aku ingin melihat hangat matamu
seraya berkata :

"kita akan baik-baik saja nanti"

kerna
aku ingin percaya
perpisahan adalah mengikhlaskan
bukan sekedar melepaskan
perpisahan adalah merelakan
bukan malah mengabaikan

perpisahan
adalah kebaikan yang direncanakan tuhan
untuk bahagianya masa depan

tetaplah cemerlang
sayang
agar ku tahu
kau tak pernah berhenti berjuang

tia setiawati priatna.


02 December 2013

TM Fanrun 2013



Lokasi : Dataran Putrajaya Precint 3.
Tarikh : 1 Disember 2013
Masa : 7.15 pagi
Jarak : 10km (12km sebenarnya)

Ewah ewah, kemain lagi gambar berlari sekarang ni. Maklumla ai dah bawak tukang amik gambar kehkeh. Kali ni lari pun best gak sebab ada geng dan laluan lari tu tak berbukit bukau. Banyak laluan rata tapi Putrajaya walaupun ko lari pepagi pun rasa panas gilos. Eh eh abang KJ pun ada tau tapi dia tak lari la, dia jadi tukang tembak pistol jew. Okey letteewww...

Sponsor untuk larian ni takde le best sangat sebab tak dapat voucher apa pun. Tapi dia punya sokongan sepanjang lari tu siap ada adik Upin Ipin la, cheerleader la, orang pukul gendang la, adik pakai kaki pelik pun ada tau hahaha tapi aku tak amik gambar sebab aku memang lari cuma bawak ipod kecit kenot je.

Aktiviti biasaaaaa lepas lari kena amik gambar reramai.

Lagi pose gedik-gedik dengan kengkawan.

Aku paksa adik aku join lari gak dan dia sempat amik gambar dengan Upin. Dia siap takde training apa pun tetiba datang lari je.

Result dah keluar dan aku dapat no 234 daripada 8 ratus lebih peserta wanita dengan catatan masa 1jam 25 minit cenggitu. Wahaha, ye ye aku tau takde le bagus sangat. Boleh improve lagi next time.

Korang bila nak join?



Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...