10 December 2014

Perth Day 4 *28oct2014

Haaa.. hari keempat ni kami plan nak pusing bandar je. Tapi yang bangun awal hari tu adalah aku dan Jie sebab kami plan nak jogging ke King's Park. Pukul 6.30 pagi dia punya cerah haaa..



Kami lalu kat laluan tepi Swan Bell Tower yang tengah renovate. Maleh nak amik gambo Swan Bell Tower sebab kaciwa.  

Bandar Perth. Eh aku rasa banyak gambar aku dah terdelete kot. *nangis*


Kings Park

Sumber gambar : justalittlefurther.com

Haaa.. kami ingat Kings Park ni beso Taman Tasik Taiping? Ish ish ish beso bebeno le kome. Teman tak pusin abih pun. Jangan le pandai pakai kasut tumit tinggi ye. Kami lari anak kat Mountains Bay Road sebab tak tau nak ikut mana. Kongsi dengan laluan basikal yang banyak gila kat sini.  

Bandar Perth dari Kings Park.

Kami shorcut kat Lovers Walk dan naik ikut Kokoda Track. Macam lalu dalam hutan dan ghasenya ni.

Ini namanya Vietnam Memorial Pavillion. Semua nama askar yang terkorban ada kat sini. Beribu kot. Err sejarah Perth dengan Vietnam? Err nanti la aku study.

Vietnam Memorial Pavillion.

Bajet retis tapi tak jadi.

Ni laluan kami balik. Beso-beso pokok dia. Tanam tahun 1929 tau. Sekarang dah 85 tahun. Wow!

...................................................................................................

Sampai apartment Xeera & Omey dah bangun dan kami breakfast dengan saki baki makanan yang ada dan malam semalam sempat le beli makanan kat convenient store masa balik.

Sedap woi! Senang dimasak sedap dimakan. Cuma panaskan dalam microwave selama 90 saat dah siap untuk dimakan.

Kemain, air pun saje nak menunjuk.

Okey sebelum kita start jalan jom study map Perth City sat.

Nampak dak Wellington St? City Apartment kat belah kiri tu. Masa balik jogging kat Kings Park pagi tadi kami lalu le sebelah Parliament House tu.

Ni la Parliament House dia. Comel je sempoi tepi jalan.

Kami plan nak pegi Rottnest Island tapi harga dia mahal sangat dan kami rasa masa yang perlu ke sana agak lama takut kami tak sempat nak explore bandar Perth. Jadi kami pegi Harbour Town betul-betul depan City Stay Apartment dulu.


Harbour Town

Sumber gambar: Google

Dah kata depan apartment je kan, jadi kami orang terawal sampai hahaha. Pagi-pagi lengang lagi.

Ada 2 tingkat.


Boleh tahan murah la berbanding harga kat Malaysia, Jie dah berkenan running shoe kat NB kat sini $60 kalau convert jadi RM180 kalau kat Malaysia RM349. Tapi masa ni tak beli lagiii... Hahaha.

Lepas diaorang membeli belah, Jie & Omey pegi la letak barang kat apartment, aku dengan Xeera tunggu kat bus stop depan apartment sebab nak tunggu bas free. Ye, ada bas free yang akan ke certain tempat nama dia TransPERTH. Boleh le nak tengok timetable dan sebagainya kat sini


Ada Blue CAT, Yellow CAT, Green CAT & Red CAT. Pepandai le kome plan tour tu ye. Mula-mula kami naik Yellow CAT pegi Museum of WA. kat area Perth Cultural Centre, James Street, Megamart Square.

Museum of WA.


Kawasan sekitar luar muzium.

Masuk FREE!

Berlakon khusyuk je si Omey ni kehkehkeh.


Ni bukannya tengok pun tv tu.. Tu tengah discuss nak beli ke tak kasut NB tadi. 

Ruang yang takde apa tapi cantik. Hahaha.

Pandai deme ni susun barang. Laci-laci tu boleh bukak dan ada barang-barang pameran. Jimat ruang.


Masa sini ada la pameran potret Bush Babies sempena memperingati warga emas mereka yang masih hidup dan mereka ini semua dilahirkan di dalam semak. Untuk mengetahui pameran yang sedang berlangsung korang boleh le lawati http://museum.wa.gov.au/


Masa ni ada pameran Afghanistan Hidden Treasure tapi kami tak masuk sebab kena bayo mahey.



Kat luar muzium pun ada disediakan ruang untuk mencuba alat-alat muzik apa nama tah aku pun tak tahu tapi aku try le gak tapi cuma ada bunyi je la, nak kata jadi lagu memang tak la. Kehkehkeh.


Perth City

Muka kena paksa hahaha.




Ni kat Murray Street.




Sempat le singgah kedai buku nama dia Dymocks. Eh ada gambar kat atas tu kan? Macam biasa dapat le aku beli seketul buku untuk kenangan.




Masa ni lepak dengan Xeera dia sibuk la dengan anti sosial. Maklumle semua ada data ai je yang jadi pelancong betul-betul. Sekali 3 ketul tu kena marah dengan haku sebab asyik la ngadap telepon. Hamik mak tiri dah mengamok hahahaha.

Dah jalan lama koottt.. takkan tak lapar kan?

Kami lalu kat Restoran Indonesia Indah kat Barrack Street. Omey & Xeera makan nasi aku dan Jie kaco sikit-sikit je. Tak tau le masa ni penat kot tu yang aku takde rasa nak makan tapi memang aku kacau abis la terung bercili Xeera hahaha. Kesian Xeera. Okey korang boleh tengok info yang patut kat http://www.indonesiaindah.com.au/

Aku order apulkat. Perghhhhh lemak berkrim disukai ramai.

Eh, lepas makan boleh le pulak ternampak kedai ni. Secara tiba-tiba kami boleh le pulak termasuk kat kedai ni.

Keluar je dari Restoran Indonesia Indah ni dah boleh nampak kedai ni.


Haa kat sini la yang aku kata kedai yang harga dia lebih murah berbanding Fremantle. Murah gila tu tak laa.. Tapi murah la sikit.

Masih kat Barrack Street lagi, kami nampak le pulok kedai Bella's Cupcake World ni ha. Yang ni kami termasuk le jugak.

Gelato. 

Cupcakes yang menawan jiwa raga.


Tak ke korang tergoda? Tidakkah korang?

Akhirnya kami semua tewas dan terbeli macaroons yang sedap ini.


London Court

Haaa.. nak tau cemana nak sampai sini? Meh click kat sini. Tak susah pun nak sampai sini berdekatan dengan Hay Street.


Kekonon macam kat London lah ni ye. Maklumle, ostrolia ni kan orang British yang takluk dan rampas daripada penduduk orang asli. Nama-nama highway kat sini semua bunyi orang asli je.


Kecit je tempat ni tapi lawo le.

Kings Park 

Eh bukan tadi dah citer pasal ni ke? Eh tu citer pagi masa aku dengan Jie pegi jogging. Ni citer kami semua le pulak naik bas pegi sini.

Kami naik Green CAT dari St George Tce sampai Havelock St. Then kena jalan kaki lah sikit kalau naik Blue CAT rasanya dekat sikit dia berhenti.

Ni takde keje le namanya tu.

Lepak kat Zamia Cafe makan kek dan minum teh.

Cubaan Jie nak ngambik gambo aku lettew. Minat ai tapi tak ngaku hahaha. :p




Haaa.. tergolek le ko kat sini cemana pun takde sape pun heran. Nampak Swan Valley dan laut. Boleh duduk sampai malam le kot tapi bahaya la kot aku tak pasti sebab kami dah bergegas balik.

.............................................................................................

Malam tu kami keluar nak cari hotel lain untuk esoknya sebab kami dah kena checkout. Nak sambung takleh sebab bilik semua dah kena book katanya ada artis mana tah (yang aku ingat Ricky Martin je) buat show kat Perth Arena kat depan apartment yang kitaorang duduk ni la. Esok pepagi Omey dah balik sebab dia tak dapat beli tiket balik waktu sama so dia kena balik awal.

Kami tido mana pulak esoknya? Kena tunggu entry lagi satulah nampaknya.

Okey2, macam biasa bagi satu gambar Bandar Perth yang cantik.

No filter. :)

No comments:

Post a Comment

Keputusan Terburu-Buru

Wah kemain tajuk post mengundang sangat, padehal nak cerita pasal marathon je. Dah bertahun tak masuk event lari ni sebab takde motivation. ...